The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, July 31, 2009

GAGAL: KEJAYAAN YANG DITANGGUHKAN...

Friday, July 31, 2009
Bookmark and Share
Saat aku melalui zaman persekolahan suatu ketika dahulu, ada beberapa ungkapan yang aku pegang hampir seperti falsafah hidupku. Antara ungkapan itu ialah "Kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan". Ia lebih kurang sama lah dengan sekali gagal bukan gagal selama-lamanya. Cuma, yang ini ayatnya lebih positif berbanding yang satu lagi.
Mengikut maksud yang tersirat, jangan rasa kecewa jika gagal. Gagal itu hakikatnya cuma menangguhkan kejayaan yang akan tiba kemudiannya. Ungkapan itu hampir sinonim dengan satu ungkapan lain yang berbunyi "Kita tidak gagal kerana kalah dalam apa-apa perjuangan. sekiranya kita mampu bangun semula selepas kegagalan itu..." Secara fitrahnya, siapa yang redha dengan kegagalan yang menimpa diri? Malah manusia selamanya inginkan kejayaan, kemewahan, kesenangan serta apa sahaja yang positif. Tetapi hakikatnya ia tidak semudah yang dijangkakan. Malah kerap kali takdir Allah S.W.T. mengatasi tadbir manusia. Dan, itulah hakikat yang perlu ditaakul secara mendalam.
Cuma, sebagai manusia kita cuma perlu berusaha sebaik mungkin. Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Namun, Allah S.W.T. dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim akan berlaku adil kepada setiap hamba-Nya yang rajin berusaha. Sesiapa yang berusaha lebih lazimnya akan mendapat lebih, begitulah sebaliknya.
Namun, bukan mudah juga untuk menyerap setiap kegagalan yang mendatang. Kekadang ia perlu bantuan orang lain yang kita percayai. Itupun jika betul orangnya... Jika tidak ia mungkin akan membobrokkan lagi keadaan. Bukan sahaja kita gagal menyerap makna sebuah kegagalan malah kita tidak mampu bangun lagi untuk menggapai sebuah kejayaan yang diimpi-impikan.
Berbalik kepada kejayaan yang tertangguh tadi... Bunyinya sangat positif. Seolah-olah kejayaan itu adalah suatu yang pasti... Cuma ia akan mengambil sedikit masa atau masa yang lebih lama bergantung kepada usaha kita untuk mencapainya. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh, ia akan datang kepada kita dalam jangka masa yang sangat singkat. Mungkin dengan sekali cuba sahaja ia terus berhasil... Tetapi jika sambil lewa, nescaya kejayaan itu seakan menangguhkan kehadirannya kerana ia melihat kita belum bersedia...
Mungkin ada benarnya telahan sesetengah manusia...
"Enkau malas, jadi kejayaan segan nak datang dekat kau!"
Oh... sekali fikir, kejayaan itu macam ada karekter macam manusia juga. Tetapi pada fikrahku, kejayaan itu suatu yang sangat indah. Jika ia hadir kepada orang yang berusaha, sudah pasti insan itu akan rasa syukur atas nikmat dianugerahi kejayaan. Jika kejayaan itu menimpa orang yang malas umpamanya, sudah tentu ia akan rasa takbur...
"Hah! Kau orang tengok, aku yang tak rajin ni pun boleh barjaya. Kau orang belajar macam nak rak... apa dapat? Hampeh!"
Jika sedmikian, apakah perasaan orang yang gagal tetapi sangat rajin berusaha? Tentulah kecewa... Justeru umumnya kejayaan itu bolehlah dianggap sebagai anugerah kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha...
BACA LAGI...

Thursday, July 30, 2009

ASTRO KEJAM

Thursday, July 30, 2009
Bookmark and Share
Aku mendengar berita bahawa Astro akan menaikkan bayaran langganannya untuk pakej sukan semasa aku berkursus dua hari di Hill Cty, Ipoh. Berita yang paling aku tak suka dan berharap ia hanya kepada pelanggan-pelanggan baru sahaja. Namun, harapan hanya tinggal harapan... Sepucuk surat aku terima sebaik sahaja aku masuk ke rumah petang tadi menyatakan yuran langganan untuk pakej sukan dinaikkan! Jadi tawaran langganan aku dari RM59.95 kepada RM71.95 bermula pada 12 Julai 2009! Kenaikan sebanyak 20%!
Apa ke jadahnya ni! Sebagai justifikasi (biasa) Astro kata telah sekian lama menyerap kos penyiaran saluran sukan lah... bla..bla... Jadi terpaksa menaikkan kadar langganan. Tolonglah! Takkan Satu Malaysia nak kena tipu? Ini merupakan kenaikan kedua berkaitan dengan pakej sukan. Sebelum itu pakej sukan dimasukkan sekali dalam pakej mini... Bila asing kena up bayaran... sekarang up lagi... Hairannya kenapa pakej sukan pulak? Sebab pakej sukan memang ramai yang langgan... Kalau up yang lain, orang tak nak langgan. Macam majalah Astro View. tak ramai yang langgan selepas kena bayar... Pakej Mustika pun macam tu jugak! Jadi akhirnya naikkan sukan lah...
Pakej aku selama ni ialah, Astro Family+Learning+ News+Sport.= RM59.95 Kini aku terpaksa korbankan mini pakej News! Jadi kena bayar RM54.95. Aku dah sign-up pakej baru nih kerana nak remain pakej sukan... Apa boleh buat!
Di sebalik ini semua, aku terfikir seketika... Sama ada aku tak perasan atau terlupa, jarang pulak isu yang melibatkan Astro keluar kat media massa... Orang marah pasal Astro naikkan kadar langganan umpamanya... Kualiti siaran merosot apabila hujan turun ke... Kenapa? Sebab pelanggan astro ni bukan dalam kalangan rakyat marhaen ke?
Itu mungkin satu sebab... tetapi pihak astro kena fikirlah... Perkhidmatan stesyen televisyen satelit ni sudah menjadi sebahagian sumber ilmu dan maklumat masa kini... Bukan soal luxury atau tidak. Kenapa orang sanggup bayar broadband internet sama ada wired atau wireless walaupun bayaran langganan mahal? Sebab nak akses cepat kepada maklumat. Serupa juga dengan Astro... Maklumat cepat! Justeru, pihak Astro kena fikir aspek tanggungjawab sosial lah... Buka sekadar nak untung sahaja!
Dalam masa yang sama Astro masih tidak memperbaiki kualiti siaran semasa hujan. Kata bulan Disember 2008! Kini dah nak masuk Dsember 2009... Sepatutnya itu menjadi keutamaan khidmat pelanggan Astro. Pernah tak Astro fikir... "kerugian" yang pelanggan hadapi kerana tidak dapat melihat siaran yang digemari ketika hujan turun! Patut Astro kena bayar pampasan!
Kenapa RTM tak melihat ini semua sebagai satu peluang baru? Buat siaran televisyen satelit juga... kenakan bayaran... tetapi dengan harga lebih kompetitif? Peralatan penyiaran kan dah ada... Kita juga kan dah ada satelit penyiaran yang baik... Terkini Razaksat! Jangan bagi kuasa monopoli kepada Astro!
BACA LAGI...

NAK TERUSKAN PEPERIKSAAN JUGA?

Bookmark and Share
Pada pandangan saya, selaku ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini, kenyataan KPPM untuk terus melaksanakan peperiksaan-peperiksaan awam mengikut jadual walaupun jangkitan H1N1 dilihat semakin serius serta amat membimbangkan sebagai satu kenyataan yang sangat mendukacitakan. Walaupun saya faham (kerana sering terlibat dalam pengawasan peperiksaan) untuk mengurus sesebuah peperiksaan itu memerlukan tahap pengurusan yang tertinggi, tetapi aspek keselamatan para pelajar juga wajib diambil kira.
Pada hemat saya, KPPM perlu meringankan ketegangan yang sedang wujud kini. Sebenarnya ibu bapa sedang bergelut dengan isu keselamatan diri dan ahli keluarga terhadap ancaman virus pendamik tersebut. Sekolah, sebuah demi sebuah ditutup, menandakan wabak tersebut ia semakin serius. Pada masa yang sama pula, kementerian kesihatan khususnya seperti tidak serius terhadap ancaman ini... Umpamanya membekalkan topeng atau mask ke sekolah-sekolah... Suntikan vaksin yang sesuai atau mewajibkan pemakaian topeng mulut di sekolah hatta di tempat-tempat awam. Jika mekanisme kuarantin yang dijalankan berkesan, sudah pasti kadar jangkitan tidak bertambah.
Apabila KPPM membuat kenyataan sebegitu menyebabkan ibu bapa rasa tidak senang hati, marah dan geram! Hal tersebut dianggap sebagai satu tindakan orang yang mementingkan diri sendiri. Sepatutnya, bagi menampakkan keprihatinan KPPM terhadap kegawatan yang sedang berlaku, membuat kenyataan yang lebih lunak.
Sebagai contoh... "Kita akan memantau keadaan yang sedang berlaku secara lebih dekat... Pihak KPM akan membuat kenyataan yang sewajarnya apabila difikirkan perlu... Setakat ini KPM tidak berhasrat untuk menunda atau mengubah tarikh-tarikh peperiksaan awam yang akan berlangsung mulai bulan september ini..."
Justeru, sambil mengharap keadaan akan menajdi lebih baik, ibu bapa akan berbuat sesuatu agar kesihatan serta keselamatan anak-anaknya berada dalam kondisi yang sangat baik bagi menghadapi peperiksaan-peperiksaan tersebut.
Apa kata keadaan semakin bertambah buruk? (Mohon dijauhkan...) kadar kematian mula direkodkan dalam kalangan pelajar sekolah? Nak teruskan peperiksaan juga kah? Sedangkan duduk di rumah juga belum tentu akan selamat, inikan pula hendak ke sekolah!
Justeru, pada hemat saya jika KPPM ingin membuat kenyataan sebegitu, nyatakanlah sahaja kepada jentera peperiksaan di semua peringkat. Bukan kepada umum, terutamanya kepada ibu bapa. Jangan cepat melatah kerana bertindak sedemikian dilihat sangat tidak bijak. Urus lah terlebih dahulu masalah yang ada dengan baik sebelum membuat kenyataan yang agak jauh di hadapan sedangkan kita tidak dapat menduga secara tepat apa yang akan berlaku...
BACA LAGI...

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 DAH SAMPAI TM!!!!

Wednesday, July 29, 2009
Bookmark and Share
Lebih kurang pukul 2.00 pagi tadi aku menerima sms daripada seorang pelajar UPSI yang sangat menaktkan! Katanya UPSI kena kuarantin kerana pendamik maut tu dah sampai Tg.Malim! Kira-kira pukul 8.00 pagi aku mendapat sapaan YM pula memaklumkan perkara yang sama...
Cemas... Takut... macam-macam perasaan datang betimpa-timpa... Aku try call isteri aku kat sekoahnya (sebab aku masih lagi kat Hill City) ... tapi tak berangkat pula. Cuma nak tanya sama ada dah tahu ke belum... Kalau belum kena buat sesuatu agar wabak tersebut dapat dikawal... Tapi aku rasa belum... kalau sudah tenu dia call aku!
Tanjung Malim nih bukannya besar mana... Kalau dua kolej kediaman luar (di Proton dan di Taman Bahtera) dah dijangkiti... alamatnya satu Tg.Malim akan tersebar! Setakat mana mekanisme kuarantin tu berkesan... Kalau berkesan tentu jangkitan yang sebelum-sebelum ni dapat dikawal daripada terus merebak. Sekarang hampir semua IPTA yang ada di Semenanjung Malaysia dah kena kuarantine... Apa hal ni!
Nampaknya kena pakai topeng muka lah aku dan seluruh keluarga aku... Tapi macam mana pulak anak aku yang kecik-kecik tu... Mau ke deme makai bende-bende tu? Tentu dia rasa rimas! Ya Allah ampunkan segala dosa hamba-hamba Mu ini... Inilah bala yang menimpa manusia lantaran tangan-tangan manusia yang tidak akur pada perintah dan larangan-Mu...
Hah... Maklumat yang aku baru terima daripada isteri aku! Di Poli Beharang 80 orang dah infected! SMKA Slim River tutup!!! (Buat gempak jer... setakat ni.. kat UPSI jer...)
BACA LAGI...

Tuesday, July 28, 2009

BERMALAM DI LENGKOK RAPAT SETIA

Tuesday, July 28, 2009
Bookmark and Share
Aku rasa sedikit pelik dengan kursus yang aku lalui kali ini sebab, di jalankan selama dua hari tetapi tidak disediakan penginapan. Lagi pelik, tak ada elaun lojing atau hotel! Ertinya boleh claim perjalanan pergi dan balik. Bermalam... tidur lah kat mana-mana yang patut.Aku teringat kes yang lebih kurang sama masa aku ikuti kursus di bawah Prestariang, iaitu BTBTN (?). Kursus dua minggu tetapi boleh claim masa datang (hari pertama) dan balik masa hari terakhir minggu kedua. Seolah-olahnya aku tak balik-balik selama dua minggu. Tetapi... tempat tinggal tak ada pulak!
Bukanlah aku nak memperbesar bab boleh claim atau tak... cuma macam ada yang tak kena dengan pakej kursus kali ini... Sedangkan kakitangan kerajaan boleh atau dibenarkan membuat tuntutan yang munsabah mengikut pekeliling yang ada.
Oklah... tolak tepilah isu tersebut. Jadi, aku terpaksa menggunakan talian hayat yang ada lah... Apa lagi aku call lah paman aku (adik emak) yang duduk kat Rapat Setia... Hehe... kalau dia kata aku nih, bila terdesak baru nak cari dia ... apa nak buat... Tak gitu... Aku pun dah lama tak jumpa dia. Ialah last ada kot dua tiga tawun lepas... Kalau tak silap masa aku renew licence jurulatih BSMM kat Wisma BSMM, Ipoh.
Oleh sebab paman aku tu ada dua tiga hal yang kena dibereskan... aku pun tak tergesa-gesa nak kerumahnya. Akal aku dah semakin panjang bila aku tak bimbang sesat-larat... Lepas keluar dari Hill City, aku nak cari masjid untuk solat... Aku search utility komuniti yang ada... ada sebuah masjid sejauh 1.6 km iaitu di Kg Sg.Rokam... Aku pun terus ke situ.
Selepas solat aku terfikir plak nak ke Green Town Mall... Nak cari buah tangan sikt dan jumpa "kawanku"... Dari masjid aku terus ikut navigator aku terus ke GTM. Sedikit sebal apabila jalan agak jam... Tetapi aku ikut sahaja sehinggalah sampai. Cuma aku terpaksa parkir kereta kat bawah GTM sebab kat luar nampaknya tak nampak ada ruang parking. Semasa keluar dari basement parking, aku respect kat navigator aku nih... dia punya direction very accurate beb! Sampai aku tertanya-tanya eh... jalan depan nih boleh masuk ke? Tapi akhirnya aku berjaya keluar dari GTM tanpa sebarang masalah. Sampai kat rumah paman aku sekitar 6.30 petang.
Malamnya aku diajak makan luar... Paman dan bibik aku kata nak ajak makan kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Jalan Ali Pitchay, Ipoh... Depa kata best! Aku pelawa paman aku drive keter... sebab aku tak on navigator aku. Dia kata ok... jalan terus jer... Tapi tahu-tahulah aku nih... Jenuh dia bagi arahan!
Wah... makin lama makin ramai orang datang ke Restoran tu... Mula-mula (mungkin hujan renyai-renyai turun) tak ramai lagi... Menunya ok sangat lah... Ayam kampungnya memang kaw! Teringat masa kat kampung dolu-dolu... Aroma ayamnya memang sangat mencairkan alir liur... Cuma nasik lemaknya agak sikit... Aku order lagi nasi kosong dengan sup ayam kampung... Fuh! supnya, wa cakap lu... raanya ala-ala sup ekor! Nantilah bila ada masa yang sesuai... aku bawak anak-anak bini aku datang... Kira lah;
Nasi Lemak Ayam Kampung 2 x RM6.00 = RM12.00
Nasi Lemak Ayam Merah 1 = RM 5.00
Sup Ayam Kampung 2 x RM6.50 = RM13.00
Nasi Putih 2 x RM1.20 = RM 2.40
Air Tembikai Kecil 1 = RM 3.50
Limau Ais Kecil 2 x RM1.70 = RM 3.40
Kopi CNI 1 = RM 2.20
JUMLAH = RM41.50
Apa lagi lepas kekenyangan kami pun balik lah... Kali ini aku nak tunjukkan pada paman dan bibik aku tu... kehebatan navigator. Setelah set nak balik.. aku terus follow arahan navigator... Paman dan bibik aku terkejut apabila navigator aku tu bawak kami ikut jalan yang lengang! Kata Paman aku... kalau ikut idea dia... memang akan tempuh kesesakan jalan raya. Lu pikirlah sendiri!!
BACA LAGI...

Saturday, July 25, 2009

KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH

Saturday, July 25, 2009
Bookmark and Share
Kata orang "Baru setahun jagung..." "Ubun-ubun tak keras lagi". Begitulah perumpamaan aku dan kajian tindakan. Seingatan aku, aku telah diminta membuat kajian tindakan sejak 2003. Tak berjaya... sehinggalah 2007 barulah aku berjaya menghasilkan kajian sulungku. Alhamdulillah kajian tersebut berjaya dibentangkan sehingga peringkat daerah. Kata Jurulatih Daerah, kajian aku terpilih untuk dibentang ke peringkat negeri, namun entah di mana silapnnya aku hanya dijemput sebagai pemerhati sahaja pada Konvensyen Kajian Tindakan Peringkat Negeri Perak yang dilangsungkan di Coral Bay, Pulau Pangkor pada tahun lepas.
Tahun ini aku sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah kajian yang hampir sama dengan kajian tahun sebelumnya. Ia berkaitan dengan penulisan esei untuk mata pelajaran Pengajian Am kertas 2. Cuma tekniknya sahaja yang berbeza. Sehingga kini ia dah selamat dibentangkan di peringkat sekolah pada pagi tadi.
Dalam pembentangan pagi tadi, aku merupakan pembentang pertama daripada tiga orang pembentang. Entahlah... ak rasa setakat ok-ok sahaja. Tapi tak tahulah apa respon para guru yang melihat sesi pembentangan tersebut. Cuma daripada beberapa cakap-cakap kengkawan, bila dia dengar pembentangan tersebut, dia tahu bagaimana nak bezakan antara esei laras sastera dan laras sains. Kalau gitu.. aku rasa oklah.
Sebenarnya tidaklah payah mana nak menghasilkan kajian tindakan. Tidak perlukan skop kajian yang besar-besar dan hebat-hebat! Cukup sekadar satu aspek yang kecil. Cuma apa yang paling penting ialah adanya aspek intervensi yang dilakukan. Selebihnya, lebih kepada proses kajian yang dijalankan. Akhirnya bagaimana dapatan daripada kajian tersebut.
Dah alang-alang jadi guru akademik tingkatan enam, aspek kajian merupakan antara core business penting, jadi aku cadang nak terus menghasilkan beberpa kajian lagi. Cuma apa yang kekadang membataskan nawaitu tersebut ialah masa serta teknik yang digunakan.
BACA LAGI...

Friday, July 24, 2009

PENGALAMAN YANG AGAK MENGERIKAN...

Friday, July 24, 2009
Bookmark and Share
Sewaktu aku menerima surat yang meminta aku hadir ke SMK Sg.Kruit, Sungkai untuk membantu guru-guru UPSR dan PMR berkaitan dengan perisian markah kerja kursus, aku rasa biasa-biasa sahaja. Tugas yang telah aku lalui sejak lima tahun lalu. Cuma, pada tahun ini sedikit pelik kerana aku tidak terlibat pada peringkat pendaftaran peperiksaan pada awal tahun seperti tahun-tahun sebelumnya. "Mungin, sebab aku tak jadi setiausaha peperiksaan SPM agaknya, sebab itu mereka tak panggil aku", aku mengagak-ngagak kosong.
Aku sampai ke lokasi taklimat beberapa minit lewat sebab aku agak lewat keluar dari rumah. Semua persiapan sebenarnya berjalan dengan baik. Aku keluar sekolah pun agak awal iaitu sekitar 12.10 tengah hari iaitu selepas aku selesai kelas terakhir aku pada sesi pagi. Manakala kelas research tingkatan enam (2.00-4.00 petang) aku dah maklumkan kat cikgu sorang lagi (sebab kami berdua handle kelas tu..). Dia kata okey sebab hari ini budak-budak akan bentang rough idea menggunakan powerpoint.
Cuma, aku terlelap sewaktu menunggu azan solat zuhur. Sedar-sedar pada masa tu dah pukul 1.50 petang! Apa lagi aku pun melompat lah... Alhamdulillah semua dah ready, tremasuk merarau... Jadi, lepas solat aku pun mendesup ke Sungkai. Aku tak sempat nak set GPS aku lokasi yang hendak dituju. Cuma navigating biasa je... maksudnya navigator on tetapi tak tahu ke mana arah kita nak pergi... Hehe... bukan pasal aku tak tahu tempat... Cuma nak tahu jangkaan sampai ke lokasi. Dengan on sahaja navigator tanpa set tempat, semua peringatan masih dapat. Umpamanya amaran had kelajuan bila ada speed trap.
Aku belasah sampai 130 kmj. Bukan ikut highway beb! Jalan lama jer... Aku harap-harap navigator tak silap sebab tiada amaran speed trap sepanjang perjalanan.
Sampai kat SMK Sungkai En.Shahid arah aku ke bilik gerakan, sebab aku diminta bantu setiausaha-setiausaha PMR. okey jer lah... Macam biasalah... Aku akan terlibat hnya dalam membantu guru-guru tu semasa nak install software, taklimat dan penjelasan awal Hj Badrul yang handle. Sesampai sahaja kat muka bilik gerakan...
"Alhamdulillah, cikgu Malek sampai... saya tengah tunggu ni..." Kata Hj Hassan, Penyelia Unit Penilaian & Peperiksaan PPD.
"Hj Badrul mana tuan haji?" Itu solan yang pertama terpacul dari bibirku sebaik sahaja aku tidak megengesan kelibat beliau.
"Dia ke Penang ada kursus...." Ringkas tetapi cukup menyentap jantungku!
"Siapa nak handle taklimat ni tuan haji?" Sekadar nak confirnkan.... sebab aku dah "terhidu" sesuatu yang cukup berat beberapa minit mendatang...
"Cikgu Malek lah... Hehe" Perlahan tetapi cukup mendalam...
"Errr.. saya...?"
"Kalau cikgu Malek tak datang tadi... saya tak tahu macam mana nak buat ... Harap kat Cikgu Lai lah pulak...." Kata-kata itu bukan pelega malah menambahkan lagi tekanan kepada aku.
Sebenarnya, mengawal situasi seperti itu bukanlah suatu yang asing bagi aku. Beberapa pengalaman lampau sewaktu mengacarakan majlis, kekadang lebih mencabar. Umpamanya, tinggal beberapa minit majlis bermula aku terpaksa mengubah pegawai perasmi serta seluruh solutasiya. Daripada tiada Datuk kepada Datuk dan akhirnya tiada Datuk kembali! Memang merimaskan.
Yang ini... situasi baru...! Bukan sahaja berdepan dengan wajah-wajah cikgu yang sebahagian besarnya aku dah jumpa beberapa kali sebelum ini... Malah berdepan dengan perisian kerja kursus yang memang saban tahun ada sahaja masalahnya! Kadang-kadang masalah pada laptop!, kekadang pada softwarenya dan bahan maklumat calon yang perlu diimport dari disket (Sehingga kini... aplikasi yang melibatkan peperiksaan sahaja yang masih pakai disket!).
Setelah Hj Hassan menyampaikan introduksinya, aku diminta menyampaikan taklimat. Hehe... bila sampai nak import data... laptop Hj.Hassan tak boleh detact external A drive! Alhamdulillah aku bawak laptop. setelah selesai pasang lapotop dan akhirnya proses import data berjaya dilakukan.
Ok... pada mulanya aku tak nampak ada msalah kat cikgu-cikgu tu... Semuanya nampak cool jer... Aku terasa sangat lega... Tetiba sewaktu giliran cikgu-cikgu nak import data... masing-masing kata data dalam disket yang PPD bagi tak boleh bacalah... kosong lah...
Haha... Inilah masalah yang aku katakan tadi... Pada masa tu... semua nak masalah mereka mesti diselesaikan! Sebab, bila balik ke sekolah nanti takada masalah yang basic nih... Cuma key-in markah jer! Rupa-rupnya sewaktu aku agak kelam-kabut tu... Hj Hassan bagi cd pecah data pada Ust Saleh.
Kalau sebelum-sebelum ni proses pecah data kami buat pada hari taklimat dengan menggunakan disket yang cikgu-cikgu bawak. Tapi, kali ni proses tu telah dibuat lebih awal oleh pihak Unit Penilaian & Peperiksaan (UPP), PPD. Daripada lebih kurang 24 buah sekolah (termasuk sekolah agama rakyat dan Bantuan Kerajaan (SABK)) sekitar 11 sekolah bermasalah...
Menggunakan pengalaman lalu.. aku cuba buat proses pecah data semula. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya berjaya... Kalau tak berjaya jugak... aku terpaksa call Hj.Badrul kat Penang! Melalui cikgu Lai, kalau masih tak boleh import data... ia melibatkan laptop jadi kena guna laptop lain lah... Kalau masih jadi juga... uninstall software kerja kursus dan reinstall semula software tersebut. Setelah it aku nampak cikgu-cikgu dah macam cool balik... Tapi, berdasarkan pengalaman lalu... tunggulah beberapa hari lagi ada cikgu-cikgu yang call aku... Sebab aku diarahkan jadi troubleshooter untuk area Tg.Malim... Sampai kengkawan kat sekolah perlui-perli aku... Masa aku jadi s/u SPM, bilik Unit Peperiksaan Sekolah merangkap Unit Kecil Penilaian dan Peperiksaan PPD Batang Padang... Pehhh!!
Sewaktu turun ke kantin, aku sempat sembang dengan Hj.Hassan..
"Kenapa Tn.Hj tak bagi tahu ... saya kena bagi taklimat.... Sekurang-kurangnya adalah persediaan mental dan apa-apa yang patut..."
"Hehe.. Kalau saya bagi tahu... takut cikgu Malek tak datang.."
Hehehe... aku nak cakap apa lagi!
Betul ker... pengalaman itu hanya bermakna jika kita berjaya melaluinya... Habis tu kalau tak berjaya?
BACA LAGI...

Monday, July 20, 2009

KENALI MUSUH DALAM DIRI KITA...

Monday, July 20, 2009
Bookmark and Share
Aku pernah terbaca, tetapi entah di mana. Katanya, "Kenali bukan sahaja musuh di luar diri anda, tetapi juga musuh dalam diri anda..." Ungkapan tersebut singgah sejenak dalam lintasan fikiranku semasa aku berkongsi pengalaman dalam sesi Program Peningkatan Mata Pelajaran Pengajian Am di SMK Sungkai pada awal pagi tadi. Lantas, aku terus mengungkapkannya kepada mereka.
Untuk berjaya, kita bukan sahaja perlu mengenali "musuh-musuh" di luar diri kita. Siapakah musuh-musuh itu? Jika dalam medan perang, musuh adalah pihak yang sedang berhseteru dengan kita. Justeru, kita perlu membaca setiap kekuatan dan kelemahan yang mereka ada sebagaimana kita membaca setiap inci kekuatan dan kelemahan diri kita. Kenapa? Sebab, selagi ia adalah manusia, sudah pasti ada kelemahan walaupun diselimuti kekuatan yang maha hebat. Mengenali kelemahan musuh bererti kita akan menggunakan kelemahan tersebut untuk mengalahkannya. Jika kita terlalu fokus kepada kekuatannya, secara psikologinya kita tidak akan mampu mengatasinya.
Jika dalam konteks pembelajaran, siapakah musuh di luar diri kita? Mungkin televisyen, melepak, internet, sukan dan sebagainnya. Soalnya kenapa ia dianggap musuh walaupun pada zahirnya ia dilihat suatu aktivti yang bermanfaat? Jawapannya, musuh itu hadir bukan pada zahirnya tetapi pada sifatnya. Sebagai contoh televisyen, walaupun umumnya ia hanyalah sebuah alat yang menjadi bahan hiburan, tetapi jika ia melekakan para pelajar maka ia mesti dianggap musuh. Jadi sifat musuh itu datang apabila ia melekakan. Jika ia tidak melekakan dan para pelajar masih mampu mengurus masa dengan baik, ia tidak perlu dimusuhi malah masih boleh bersahabat dengannya. Daripada perspektif yang lain, sekiranya pembolehubah-pemboleh ubah yang ada di sekeliling kita itu lazimnya boleh menghalang kejayaan orang lain tetapi jika kita dapat mengawalnya pasti ia tidak berupaya mengapa-apakan kita...
Justeru, elemen yang paling penting dalam mengurus kejayaan kita ialah diri kita. Itulah sebenarnya musuh utama diri kita. Jika kita gagal mengawal sikap, perasaan dan persepsi diri kita terhadap apa yang ada di sekeliling kita ternyata itulah yang akan menjatuhkan diri kita sendiri. Begitu juga sebaliknya. Biarpun semua orang di sekeliling kita mengatakan bahawa televisyen adalah musuh utama pelajar, tetapi jika kita mampu meletakkan persepsi yang positif terhadap televisyen dan kita mampu mendisiplinkan diri untuk menontonnya, mungkin anda tidak terkesan dengan sifat melekakan yang ada pada televisyen itu.
Justeru, mengenali kekuatan dan kelemahan diri sangat penting. Jika kita tidak assertif terhadap sesuatu yang negatif, maka elakkannya. Jangan sesekali melepak jika kita tidak berupaya mencari kesan negatif melepak! Jika anda tahu melepak itu amalan yang negatif, sudah tentu jika anda ingin menghilangkan rasa bosan sekalipun, anda akan mengambil masa yang singkat sahaja untuk melepak. Sebab, anda yang mengawal nafsu serta emosi anda yang sememangnya gemar mengheret kita ke arah sesuatu yang sia-sia.
Kesimpulannya, mengenali musuh dalam diri kita lebih penting daripada sekadar mengenali musuh-musuh di luar diri kita. Namun, bukanlah terlalu payah "menewaskan" musuh dalam diri kita. Sentiasa rasional, berpandangan positif serta sentiasa fokus terhadap masa depan, dilihat mampu menangani pembentukan bibit-bibit perasaan negatif dalam diri.
BACA LAGI...

PROGRAM PENINGKATAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM

Bookmark and Share
Entah mengapa aku agak tergocoh-gocoh sikit pagi ini sehingga menyebabkan tak jumpa surat jemputan dari SMK Sungkai bagi mengadakan perkongsian pengalaman dalam Program Pemantapan mata Pelajaran Pengajian Am. Justeru aku menghantar sms kepada Cik Rozi guru PA di situ untuk bertanya pukul berapa program bermula. Menurutnya pukul 8.30 pagi. Memandangkan jarak Sungkai dan TM tidak lah begitu jauh, maka aku mengambil keputusan untuk mengikuti perhimpunan rasmi dulu. Setelah jam menunjukkan pukul 8.00 pagi, aku meninggalkan perhimpunan untuk bergegas ke sekolah tersebut. Alhamdulillah aku sempat menemui PK1 sebelum perhimpunan, jadi aku sekadar perlu mengisi buku keluar masuk guru dan terus bergerak ke Sungkai.
Memandangkan aku pernah dijemput ke program yang sama pada tahu lepas, pada kali ini aku rasa seperti berdepan dengan murid-muridku sendiri. Justru, mana yang aku perlu aku bagi semuanya. Cuma aku tidak sediakan handout. Terpulanglah bagaimana mereka mencatat. Apa yang penting ialah kesungguhan mereka "menadah" maklumat yang aku sampaikan selama hampir 3 jam. Sedikit kesilapan maklumat berlaku. Aku ingat program sampai pukul 11.00 pagi. jadi aku berhenti pada pukul 11.15 pagi. Namun, setelah Cik Rozi dipanggil, beliau mengatakan program sampai pukul 12.00 tengah hari. Adusss... Aku rasa bersalah lalu mengambil mikrofon semula dan menyambung kembali "bebelan" sehingga pukul 12.00 tengah hari.
Biasalah, kat mana-mana pun, pelajar perempuan nampaknya lebih fokus. Bukan bererti semua pelajar lelaki tiada fokus, cuma antara sebab aku berhenti pukul 11.15 pagi sebab ada segelintir pelajar-pelajar lelaki minta berhenti rehat dulu... Jadi lebih baik berhenti terus daripada berhenti rehat dan sambung semula. Tentu lagi lewat habis. Lagi pun aku dah janji pada PK1 akan balik sebelum 1.10 petang sebab aku ada kelas 1.10 sehingga 2.20 petang.
Terima kasih kepada seramai lebih kurang 70 orang calon-calon STPM SMK Sungkai, kerana perhatian yang anda semua berikan. Semoga akan sukses dalam peperiksaan yang tinggal 121 hari lagi.
BACA LAGI...

Sunday, July 19, 2009

BERKONGSI APLIKASI WEB 2.0

Sunday, July 19, 2009
Bookmark and Share
Kalau Tn.Hj.Nazri Md Saad, Pengarah pusat ICT UPSI aka YDP PIBG sekolah aku tahu, hari ini aku berkongsi maklumat dengan guru-guru penasihat serta pegawai-pegawai BSMM kawasan Tg.Malim/Slim River pasal web 2.0 tentu beliau susah nak percaya. Entahlah ini mungkin gara-gara posting yang aku tulis selepas LaDaP tempoh hari. Bila AJK BSMM Cabang Tg.Malim/Slim River ada yang terbaca posting tersebut, sudahnya... depa pun mintak aku buat inhouse training.
Payah gak nak "goreng" dalam masa 2 jam nih... Apa yang aku nak buat! Itulah antara perkara yang berlegar-legar dalam minda aku sejak OC Latihan menelefon aku beberapa hari lepas. Malam tadi, aku "tanya" kat "Lebai" Google. Oh... baru aku tahu... rupanya blog juga merupakan antara aplikasi web 2.0. Wah... aku ada banyak idea nak cakap pasal blog lah...
*********************
Sekali lagi masa menyelamatkan aku. Bengkel Pembinaan Modul Pengajaran BSMM tu bermula agak lewat sebab sarapan tak ready lagi... Pukul 9.15 baru mula. Sejam suku lebih lewat daripada masa yang sepatutnya. Aku bermula dengan slaid yang aku muat turun dari Pak Lebai tu... Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0... Dan, contoh yang paling mudah ialah blog aku lah...
Lepas tu aku beralih kepada Google Cocument. Aku hanya sempat menjelaskan bagaimana nak upload dan create words document. Selebihnya tak dapat sebab internet conectivity very slow. Itu pun aku bukak dua tiga windows serentak untuk lebih lancar. Kalau satu lepas satu lagilah lama. Aku tahu itu bukan idea yang terbaik, tetapi memandangkan internet yang lembab... aku terpaksa lakukan. Aku teringat kata guru IT kat sekolah aku kata..
"Komputer ni sebenarnya secara prinsipnya membuat kerja satu lepas satu... Sebab tu bila kita klik macam-macam, lama-lama dia hang..."
Aku berhenti sekitar 10.15 pagi. Lebih kurang sejam. Dalam hati ada gak nak masuk Twitter. Tapi lupakanlah... kalau internet slow macam nak mamposs! Geram gak... Wireless broadband ni walaupun katanya dia punya speed 3.6 mbps... Tak lawan 1 mbps Streamyx broadband! Aku memang tak puas hati langsoong dengan performance wireless broadband yang aku langgan dengan harga RM98 sebulan nih... Aku tengah nak survey performance Maxis plak lepas nih... sebab kat sekolah ada kawan yang pakai Maxis broadband...
Pada hujung sesi ada seorang guru mintak aku tunjukkan cara nak create blog. Aku sempat tunjuk sikit. Itupun tak masuk bahagaian sign up Gmail... Aku bagi tahu... tang tu kena sign up dulu. Bab blogger.com ni tak payah sangat.
Akhirnya, aku tak pasti sejauh manakah keberkesanan perkongsian aku tu... Sebab, ada tiga generasi yang duduk kat majlis tu. Pertama otai-otai BSMM, ada yang dah pencen. Hehe.. ada yang tak pernah sentuh pc atau laptop. tapi aku tabik gak... ada yang kata akan belajar! Cayalah! Kedua orang yang lebih kurang umur aku. Yang ni kebanyakannya cikgu-cikgu sekolah. Taklah buta ICT. Cuma, mungkin tak biasa dan masih tak rasa perlu ada blog. manakala generasi ketiga, budak lepasan sekolah. Depa lebih advance lah... Cuma disebabkan tak ada internet conection (sebab depa taka da wireless broadband...) tak boleh lah explore lebih-lebih.
Aku rasa kalau nak lebih mendalam pasal blog ni.. kena ada kursus khas membina blog. Dan orang yang perlu berkongsi maklumat tentang ini semua ialah SU Cabang Tg.Malim/Slim River. Buat masa nih dia mengurus 8 buah blog! Termasuk blog BSMM Cawangan Perak dan Cabang Tg.Malim/Slim River dan blog-blog peribadi. Aku tolong-tolong sebagai "pelakon tambahan" buleh lah...
BACA LAGI...

Wednesday, July 15, 2009

TERIMA KASIH TEKNOLOGI GPS...

Wednesday, July 15, 2009
Bookmark and Share
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya ke Petaling Jaya tanpa sesat-larat! Terima kasih Global Positioning System (GPS) Garmin Nuvi yang aku rembat kat Low Yat seminggu lalu. Mulanya aku tidaklah seyakin mana dengan GPS ni... Walau bagaimanapun setakat area Tanjong Malim aku dah test. Memang terbukti ketepatannya. Namun, untuk menggunakan GPS ke Kuala Lumpur atau bandar-bandar yang berdekatan dengannya aku masih kurang yakin. Maklumlah.. simpang beribu, takut tersalah masuk jalan dan sebagainya. Dan, sejarah lampau pula membuktikan aku akan sesat-larat!
Aku bertolak dari Tol Hulu Bernam (Tol Tanjong Malim lah tu...) sekitar 1.30 petang, selepas usai menunaikan solat zuhur di situ. Aku terus masuk highway mengikut yang diarahkan oleh GPS aku tu... Sampai Sg.Way sekitar 2.30 petang. Sepanjang perjalanan lancar tanpa sebarang masalah.
Cuma masa balik ada sikit masalah... apabila kenderaan agak banyak, dan sewaktu menghampiri Kerinchi Link, aku tidak dapat ke tepi sebelah kanan jalan seperti yang diarahkan. Aku dah risau gak... Rupanya GPS navigate aku ke jalan lain. Keluar dari Sungai Way sekitar 3.30 petang dan sampai ke Tanjung pukul 4.50 petang. Lambat sikit... Itupun Alhamdulillah berjaya keluar dari Sg.Way sebelum orang ramai keluar office.
Aku rasa tersangat lega dengan teknologi canggih ni! Dapat membantu orang macam aku... Hehe... lemah bab visual-ruang. Kalau ada co-pilot, lagi cantik. Boleh tengok peta manakala yang drive fokus kat jalan sahaja. Bila drive kat bandar-bandar besar nih.... ada satu perkara yang kena cekap (walaupun dah dibantu dengan GPS) iaitu kemahiran mengukur jarak. GPS akan bagi tahu dalam bentuk meter dan kilometer... Jadi bila dia kata 1.5 km belok kiri contohnya, kita kena agak jarak tersebut dari kedudukan kita. Walaupun jalan yang hendak di tuju ditanda dengan warna ungu, tetapi dalam keadaan kita memandu sorang-sorang... jenuh jugak.
Lepas ni, beranilah aku kalau nak ke mana-mana... Set awal-awal lokasinya, dan terus tekan "pergi"... Kita pun ikut ajalah... Pilih sama ada jarak yang dekat atau masa yang cepat! Sambil tu kalau terdesak cari stesyen minyak, GPS bagi pilihan, nak pergi stesyen yang mana lepas tu, ikut sahaja. Begitu juga dengan beberapa kemudahan lain. Umpamanya, hospital, restoran dan beberapa fitur yang lain. Cuma masjid dan surau tak ada... kena search manually nampaknya. Nak buat macam mana... buat gajet tu pun kat Thailand!
Satu hakikat yang aku terpaksa terima selepas ini ialah, aku akan jadi lebih "buta" daripada sebelum ini, bila 100% bergantung kepada GPS. Dan, bayangkan kalau GPS aku rosak atau sebagainya...! Jadilah aku persis "Sibuta kehilangan tongkatnya..." Hehe...
********************
Aku ke Sungai Way sebab nak pasang roof box kat Livina aku. Dua tiga hari lalu aku search kat internet melalui Thule (sebut dengan TU-LE... "E" pepet) distributors. Ada banyak kedai yang pasang benda tu... tapi entah macam mana aku berminat kat Tukang Basikal Fook Sang. Aku bayangkan sebuah kedai basikal macam kat kampung-kampung lah... Tapi hairan gak jual peralatan jenama Thule. Sebab jenama tu mahal berbanding dengan jenama-jenama lain. (Mahal sebab kalau berlaku kemalangan, pecah disebabkan cuaca ada insuran cover... selama 5 tahun) Setelah bagi deposit RM700, aku pun kata nak datang petang ini.
Masa aku sampai kat kedai tu, aku terkejut beruk sebab kedainya macam biasa-biasa jer... tapi basikal-basikalnya ada yang cecah RM5k sebuah. Aku pun teruja gak ngan basikal Proton model T-Bolt (?) yang berharga RM950. Rege asalnya RM2.5k. Mak ai... Ada absorber kat basikal tu... nasib baik tak cayor hati aku...
Dekat sejam gak depa masang set roof box tu... Jenuh menelek manual pemasangan... Setelah selesai semuanya, aku kena tambah lagi RM2k lagi... Thule Pasific 200 kata Ah Yong (tuan punya kedai) harga asal RM3.8k. After discount jadilah RM2.7k. Bukan apa sangat nak pakai roof box nih... bila sesekali nak jalan dan bermalam... tak ada tempat nak letak barang... Akhirnya kena reserve satu seat. Sudahnya berimpit juga... Aduss!
Aku rasa, ada kesan jugak pasang rof box nih... terutama bila speeding. Aku rasa macam berat sikit. Ialah dah besar bagak benda tu atas bumbung kereta dah tentu akan menjadikan halangan angin walaupun reka bentuknya aerodinamik. Aku tengah fikir... sama ada nak biarkan benda tu sentiasa terpasang kat kereta atau nak bukak-pasang. Sebabnya, nak diletakkan dalam rumah susah nak bubuh di mana... Lagipun susah gak nak pasang bukak... Tule Pasific ni.. dia bukak ikut tepi. Jadi, bila nak pasang balik susah nak ketatkan bahagian yang jauh daripada kita. Nak dibiarkan atas bumbung tu ... rasa tak cantik pulak...
Tapi ada baiknya juga kalau dibiarkan atas bumbung kereta... nanti takut orang tahu... bila aku pasang benda tu... ertinya aku pergi jauh lah... Hehehe bahaya gak tu... Masih berfikir lagi....
Dan, nanti bila aku dah isi barang dan pengalaman-pengalaman lain sewaktu menggunakan roof box nih... aku akan citer kemudian...
BACA LAGI...

Sunday, July 12, 2009

CERITERA DUKA NATRAH...

Sunday, July 12, 2009
Bookmark and Share
Kali pertama aku mendengar nama Natrah atau Maria Herthog ni, kalau tidak silap semasa aku di tahun dua di UM. Aku ada ambil kertas Prof. Datuk Muhammad Abu Bakar. Tahu juga serba sedikit tentang rusuhan orang-orang Melayu di Singapura pada tahun 1950.
Selepas habis belajar cerita itu terus pendam daripada ingatanku.. Tiba-tiba meletus balik bila cerita Aishah Bukhari muncul pada lewat 1990an. Tema yang lebih kurang sama iaitu dua orang gadis Islam yang kemudiannya menganut agama Kristian. Walau bagaimanapun jika diteliti secara sedikit mendalam, ternyata berbeza. Persis bumi degan langit. Jika Aishah dengan sukarela memrtadkan dirinya dengan mengikut teman lelakinya yang beragama Kristian Katolik, Natrah terpaksa dipisahkan dengan agama Islam dan sekali gus suaminya melalui keputusan mahkamah.
Cerita pilu ini mengetuk gegendang telingaku sekali lagi sewaktu aku dalam perjalanan ke sekolah pada hari khamis lalu. Aku sedikit lupa dengan riwayat Maria Herthog ini, lantaran ia pendam buat sekian lama. Namun, bila aku baca akhbar hari ini, tulisan Hazizah Che Sab (Berita Minggu 12 Julai 2009) ternyata ada ceritera pilu yang tak pernah aku baca sebelum ini. Walhal ceritera-ceritera itu telah dimuat dalam Dewan Masyarakat lewat 1980-an lagi.
Cuma apa yang aku ingin nyatakan di sini, ialah tentang kejamnya undang-undang dunia memisahkan perasaan cinta dua insan yang akhirnya perasaan itu dipendam sehingga akhir hayatnya. Tetapi jauh di sudut hatiku, tertanya-tanya bagaimaakah perasaan bekas suaminya, Mansur Adabi? Apa yang tercatat dalam tulisan itu hanyalah kebahagiaannya selepas berkeluarga baru...
BACA LAGI...

BERAT BAHU YANG MEMIKUL ATAU MATA YANG MEMANDANG?

Bookmark and Share
Berada di celah-celah himpitan karektor manusia, sesekali kita akan rasa lemas dan rimas. Lemas kerana kehendak dan tuntutan individu yang seakan infiniti bagi mencapai target yang secara umum diterima secara kosensus. Itu mesti dilaksanakan, ini mesti dilakukan, dan di sana pula sedang menunggu senarai panjang tugasan yang pasti akan sampai detik dan ketikanya untuk ditempuh. Rimas pula sebab, apabila kita menerima kritikan yang destruktif lantaran tugasan yang kita lakukan tidak mencapai piawai yang individu itu kehendaki.

Hehe.. itu adalah sebahagian kenyataan yang pernah kita dengar. Sama ada kita sendiri pernah melaluinya atau tidak, cubalah difikir-fikirkan. Cuma, jika pada saat ini kita adalah orang bawahan... Cuba andaikan kita adalah orang atasan. Apa yang kita akan lakukan jika kita pula menerima tekanan daripada orang yang lebih atas daripada kita.? Malah, kita dianggap sebagai pentadbir yang sentiasa menggambarkan kecekapan seluruh organisasi kita. Apa yang anda akan lakukan? Adakah ada trend leadership lain yang anda akan lakukan bagi mengelakkan perasaan lemas dan rimas yang anda sedang alami sewaktu melakukan arahan-arahan daripada pihak atasan?
Bagaimana dalam pada masa yang sama, kita berjaya melaksanakan arahan daripada orang-orang yang lebih atas daripada kita dengan jayanya, tetapi masih menjunjung tinggi etika profesionalisme sebagai rakan sejawat dan sebagai manusia? Bagaimana caranya apabila ada sesetengah daripada kita yang selalu take for granted apabila kita dilihat berlunak dengan semua orang.
Justeru, bagaimana hendak berlaku adil kepada semua orang? Bukan memarahi dan mengkritik secara membabi buta! Kekadang orang yang taat pun kena marah sekali kerana yang culas tidak selalu berada dalam taklimat-taklimat penting organisasi...
Macam mana kita hendak menghadapi reaksi terhadap elemen-elemen yang tidak menyukai kita? Atau tidak akur terhadap arahan kita... Panggil dan nasihat, atau surat tunjuk sebab? Bawa ke PPD atau JPN? Bukankah itu nanti akan menggambarkan kita sebagai seorang pentadbir yang lemah?
********************
Jika kita setelah sekian tahun menjadi orang atasan, bayangkan pula pada hari ini kita menjadi orang bawahan semula... Kita tidak punya kuasa membuat keputusan dan arahan. Apa persediaan mental yang kita akan lakukan dalam mengurus pentadbir yang sering naik "hangin". Cuma, kita tidak terasa peritnya apabila kita tidak termasuk dalam kategori orang yang sedang "disembur api". Tetapi kalau kita turut menjadi mangsanya, bagaimana? Ingin mengkritik secara terbuka? Surat layang? Ugutan?
Setiap satu tindakan itu ada risikonya. Paling tidak pun kena panggil mengadap. Tetapi, adakah dengan itu, kita akan lebih menyenangi dan merestui apa juga elemen-elemen kediktatoran yang berlaku kemudiannya?
Berapa banyak air mata yang berderai, jiwa yang sebal, fikiran yang kedunguan apabila berlaku ketidakwajaran dalam arahan yang kita terima. Silent protest dengan tidak melakukan apa yang terbaik dalam tugasan yang diarahkan, bukan pula satu tindakan yang bijak kerana ia akan mencerminkan kita sebagai kakitangan yang semakin rendah prestasi kerjanya. Walhal kita boleh dan mampu buat yang terbaik!
********************
Here and now! Jadilah kita sebagaimana yang ada pada hari ini. Jika kita adalah orang biasa, jadilah orang biasa yang akur dan taat kepada kepala organisasi. Melaksanakan setiap tugasan dengan penuh komitmen. Anggap sahaja pandangan peribadi adalah sekadar cadangan yang sama tarafnya dengan cadangan-cadangan orang lain. Jika semua bersetuju terhadap mana-mana caangan, kita terus sahaja berbai'ah untuk menerima cadangan itu. Atau setidak-tidaknya kita beri peluang terhadap idea yang sudah disepakati itu untuk diuji dalam ruang pelaksanaan. Jika didapati tidak praktikal, baru pilih idea yang lain. Itupun jika ada masa!
Sikap diktator dalam konteks rakan setaraf bukan sahaja akan mengundang kritikan rakan-rakan, malah akan membuka pekung kita sendiri! Sebagai orang bawahan kita tidak ada kuasa "mengarah"... cuma apa yang ada hanya kuasa "minta tolong...". Namun, tidak semua pertolongan yang kita minta itu mesti disambut oleh rakan-rakan lain jika mereka juga sedang "ribut" mengurus tugasan masing-masing.
Ha... Sebagai orang atasan atau pentadbir tentunya kena tahu bagaimana hendak "menarik rambut dalam tepung"! Tindakan mesti dilakukan. Rambut mesti ditarik! Itu adalah arahan! Cuma bagaimana hendak mengurus tepung itu supaya tidak berserak sahaja perlukan human touch skills yang sangat effisyen.
Ketelusan maklumat perlu diletakkan dalam prioriti yang paling tinggi. Tanpa maklumat yang telus, sebuah organisasi mungkin akan menuju kehancuran. Sebenarnya semakin kecil sesuatu organisasi itu, semakin mudah ia diurus. Justeru jika diamanahkan oleh Allah S.W.T mengurus sebuah organisasi yang besar, tentunya memerlukan kaedah komunikasi yang sangat effisyen. Komunikasi yang berasaskan ICT contohnya perlu dipilih bagi menggantikan peranti-peranti komunikasi yang sudah kuno.
Kesimpulannya, sama ada sebaga orang-orang biasa atau pentadbir, kita sewajarnya tidak menggunakan "kuasa" yang ada pada kita secara tidak wajar. Kelak ia akan mengeruhkan perasaan keinsanan dalam kalangan kita. Jika kita terpaka mengkritik atas ketidaksempurnaan tugasan orang lain, lakukanlah dengan penuh berhemah. Sebab, kita juga bukan insan sempurna. Jauh sekali meletakkan sikap ego dalam setiap kedudukan yang kita ada... Kelak diri kita juga yang binasa.
BACA LAGI...

Thursday, July 9, 2009

MENGAPA HARUS PERJUDIKAN MASA DEPAN?

Thursday, July 9, 2009
Bookmark and Share
Aku tak faham mengapa masih ada pelajar yang telah sampai ke tahap pra universiti aka tingkatan enam masih berfikiran dangkal ketika menerawang masa hadapan dengan fikiran yang suntuk! Tidak hadir ke sekolah... lari dari peperiksaan dalaman... atau hadir kertas 1, ghaib kertas 2... Nasihat cikgu persis masuk telinga kanan u-turn semula dari telingan kanan...
Apa nawaitu masuk ke tingkatan enam? Mengisi masa senggang? Tak nak kena bebel emak di rumah? Kecewa kerana tidak dapat masuk ke mana-mana IPTA atau IPTS? Jika begitu, sia-sialah selama setahun setengah yang dilalui. Membuang wang ringgit... membazir tenaga... berasa tidak gembira... dan akhirnya akan menghadiahkan kegagalan kepada orang tua.
Semua orang ada masalah masing-masing. Malah, tiada seorangpun manusia yag normal tiada masalah. Bak kata pepatah "lautan mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan..." Justeru, manusia dan masalah adalah normal. Cuma bagaimana kita hendak menguruskan masalah tersebut dengan bijaksana! Justeru jalan penyelesaian yang ampuh semestinya berasaskan ilmu tentang kehidupan yang kita pupuk sama ada sewaktu di sekolah atau di rumah atau di mana-mana sahaja.
Namun, apa juga penyelesaian masalah yang kita ambil semestinya tidak mengorbankan masa hadapan kita sendiri. Jika masalah itu kecil, mungkin kita boleh buat-buat tak reti je... Tetapi jika terlalu besar dan kita tidak berupaya menghadapinya, jika berpindah sekolah adalah jalan yang terbaik, maka wajib dilakukan! Justeru, tidak hadir sekolah bukan penyelesaian, malah ia sekadar escapism kepada masalah tersebut. Apa yang lebih teruk lagi... kita menzalimi diri kita sendiri!
Cuba pandang sedikit jauh ke hadapan... dalam tempoh empat tahun lagi Insya Allah ramai daripada pelajar-pelajar tingkatan enam ini akan bergelar graduan! Dalam pelbagai bidang dan bersedia untuk memasuki pasaran buruh dengan kelulusan ijazah sarjana muda. Anda di mana? Lebih menyakitkan hati ada dalam kalangan mereka itu berprestasi lebih rendah dalam peperiksaan yang anda pernah lalui bersama. Dalam hati anda akan berkata;
"Kalau aku terus belajar, sudah pasti aku lebih baik atau setidak-tidak setaraf dengannya..."
Tapi, bak kata pepatah "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Setiap saat yang berlalu tidak mungkin akan kembali lagi.
BACA LAGI...

AHA... PPSMI

Bookmark and Share
"Cikgu, saya tak setuju PPSMI dimansuhkan.." Dengan suara yang agak perlahan seorang anak muridku menyatakan pandangannya terhadap isu yang baru "meletup" ini. Dia telah menyatakan pendapat yang sama sewaktu dalam kelas tadi.
"Mungkin dia ada lagi pandangan yang tak dapat diluahkan semasa dalam kelas tadi..." Bisik hatiku.
"Ya Lan, apa yang awak tak setuju?"
"Tak membazir ke cikgu semua yang dibuat selama ini?"
"Tak, semua peralatan yang melibatkan PPSMI masih boleh digunakan dalam P&P..." Aku nampak masih ada tanda tidak puas hati pada roman muka anak muridku itu.
"Lagipun... Jika PPSMI diteruskan akan mengorbankan lebih ramai pelajar..." Aku menambah.
"Mengapa pulak cikgu?"
"Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kita ialah, kurang mahir dalam Bahasa Inggeris, bukannya matematik dan sains, jadi... kenapa perlu memindahkan masalah Bahasa Inggeris ke dalam mata pelajaran matematik dan sains?"
"Sebab dalam matematik dan sains ada istilah-istilah tertentu yang spesifik. Jadi para pelajar akan menghadapi dua masalah sewaktu belajar matematik dan sains. Pertama Bahasa Inggeris yang lemah dan istilah-istilah dalam matematik dan sains dalam masa yang sama" Ulasku lagi.
Aku nampak seakan dia sedikit jelas dengan peneranganku itu.
"Lebih baik tingkatkan mutu pengajaran Bahasa Inggeris..." Aku manambah lagi.
"Sepatutnya kita perlu daulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kalau dalam zaman kesultanan Melaka bahasa Melayu pernah jadi bahasa lingua franca para pedagang, kenapa kita ragu terhadap keupayaan bahasa kita..."
"Sepatutnya, pelajar-pelajar luar negara yang datang belajar ke Malaysia, kena belajar bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris. Lambat laun lebih ramai orang luar akan menuturkan bahsa kita... Cuba kita lihat di negara Jepun, Korea, Ukrane dan sebagainya... kita kena belajar bahasa mereka kalau nak belajar di sana.."
Sedang aku berbual itu, tiba-tiba seorang rakanku mencelah...
"Saya tak nampak beza pemansuhan PPSMI ni.." Satu soalan yang agak provokatif.
"Kenapa?"
"Surat khabar kata menjelang 2012, PPSMI akan dimansuhkan". Aku kehairanan.
"Cuba tengok sekarang... mana ada orang mengajar math dan sc dalam Bahasa Inggeris?"
"Jadi, sampai 2012 pun senario yang sama akan berlaku."
"Mana ada beza.." Kenyataan itu menyebabkan satu ketawa kecil terderai.
Selepas itu aku segera meminta diri sebab ada perkara penting yang hendak diurus.
BACA LAGI...

Tuesday, July 7, 2009

ISU KAJIAN TINDAKAN DI NEGERI PERAK

Tuesday, July 7, 2009
Bookmark and Share
Menurut Dr.Latif Muhammad dari EPRD, negeri Perak adalah antara negeri yang terkehadapan dalam melaksanakan kajian tindakan di peringkat sekolah. Pada tahun 2008 sahaja sejumlah lebih kurang 1,000 kajian telah dihasilkan. Jika dihitung dengan bilangan tahun kajian dilaksanakan iaitu sejak tahun 1996, maka sudah tentu angka kajian tindakan yang telah dihasilkan mencapai sekurang-kurangnya 3,000 atau 4,000 kajian. Sesungguhnya itu satu situasi yang sangat membanggakan. Malah bebrapa orang daripada pengkaji di negeri Perak telah berjaya membentangkan kajian tindakan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Persoalannya sekarang, ke mana perginya kajian-kajian yang sebegitu banyak? Sejauh manakah ia dapat dimanfaatkan kepada guru-guru dalam negeri Perak khasnya. Kalaupun ada buku prosiding dalam Konvensyen Kajian Tindakan peringkat negeri Perak, berapa sangat kajian yang dapat dimuatkan.
Justeru, saya mencadangkan agar setiap jurulatih utama (JU) membina blog masing-masing. Melalui blog tersebut, para JU boleh menyatakan idea-idea mereka tentang kajian tindakan yang boleh diikuti oleh para penyelidik. Begitu juga dengan hyperlink-hyperlink yang bersesuaian boleh disenaraikan dalam blog list para JU. Pada masa yang sama, guru-guru yang membuat kajian tindakan perlu juga menulis dalam blog masing-masing. Oleh itu blog cikgu-cikgu juga boleh disenaraikan dalam bloglist para JU. Oleh itu para JU akan dapat memantau setiap pengemaskinian blog guru-guru kerana melalui blogger.com maklumat berkaitan dengan posting yang baru akan dikemaskini secara automatik.
Untuk tujuan itu, pihak JPN dicadangkan untuk mengadakan kursus yang khusus dalam pembinaan blog. Selepas itu kursus yang sama diadakan pula di peringkat daerah.
Jika idea ini dapat direalisasikan, maka pihak JPN tidak perlu lagi mengemaskini laman web Kajian Tindakan. Sebaliknya, guru-guru dan para JU hanya perlu mengemaskini blog masing-masing. (Entri ini aku hantar kepada Dr.Sammikanu melalui email untuk dipanjangkan kepada pihak JPN)
BACA LAGI...

KE HOTEL PUTRA, KUALA LUMPUR (Bahagian 2): MENAPAK DARI TITIWANGSA KE PUTRA HOTEL!

Bookmark and Share
Jadual kursus hari kedua tidaklah terlalu padat. Beberapa slot dikompress bagi membolehkan pada waktu petang ada peluang untuk merayau-rayau di sekitar Kuala Lumpur. Seakan pihak urusetia tahu bahawa ramai yang telah membuat perancangan untuk ke "syurga" ICT di ibu kota ini.
Selesai slot petang pukul 4.00 ptg, selepas minum petang, aku, room-mate dan Man, kawan dari Taiping bersetuju untuk ke Low Yat. Kami ada masa sehingga 7.00 malam (time makan). Slot malam bermula 8.30 malam. Setelah berbincang lebih kurang, akhirnya kami teruskan niat nak pergi. Man nak cari laptop Atom katanya. Aku tak ada apa-apa plan nak shoping, tapi tau-taulah kalau aku rambang mata melihat gajet-gajet ICT yang bersepah di sana-sini. Perancangan kami sedikit tergugat apabila hujan turun dengan lebatnya. Namun, apalah sangat sekadar air.... hehe... kami redah juga. Termengah-mengah aku berlari pecut dari hotel ke jejantas yang terletak di hadapan Wisma Sejarah, bersebelahan dengan Perpustakaan Negara. Kami berteduh di bawah jejantas tu, sambil menunggu bapak saudara room-mate aku tu sampai dan bawa kami ke Titiwangsa Monorail.
Inilah pertama kali aku naik transit aliran ringan. Antara tiga orang, aku lah nampaknya yang paling bengap pasal jalan di KL ni... ikut jelah malas nak fikir-fikir. Orang bayar tiket, aku bayar tiket. Rupa-rupanya tak bolehlah simpan tiket monorail...Kali pertama masukkan tiket , ok dia keluar balik. Bila masuk ke laluan nak naik monorail tu, sekali lagi masuk tiket terus dia telan! Nasib baik aku ambik gambar... adalah kenang-kenangan.
Wah... gayat gak aku! Terutama bila lalu kawasan yang berbelok. Walaupun tak tinggi, tapi ngeri juga, ditambah dengan bilangan penumpang yang ramai. Tapi kira ok lah... Ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tu... Kalau dulu bas mini lah yang jadi serbuan para penumpang. Aku pernah bergayut kat tepi pintu je.. dari Kampung Baru ke Jalan Parlimen semasa mengajar sementara di SK Jalan Mahameru, berdekatan dengan Bank Negara Malaysia.
Kami turun di Bukit Bintang. Alhamdulillah hujan dah lawas (berhenti)... kami berjalan kaki ke Low Yat Plaza. Malu nak cakap... Ini kali keempat aku ke situ. Pertama masa aku join MLM dulu, overnight kat Summit Hotel, lepas tu masa kursus ICT (tak ingat menginap kat hotel mana...), ketiga masa kursus pemilihan teks Kesusasteraan Melayu di Quality Hotel dan ini kali keempat. Malu sebab, nampak macam giler ICT tapi jarang-jarang ke Low Yat! Sebabnya bukan apa... aku bukannya hafal sangat jalan kat KL ni. Nanti sesat larat pulak!
Masuk ke bangunan tu... ramai juga parapengunjungnya. Mula-mula tengok laptop... lepas tu tengok pulak kamera. Ada cadang nak beli flash kamera untuk Nikon D60 aku tu... Setakat ni pakai kamera built in je... tanya brand Nikon SB800, dua kedai kata dah tak jual model tu... Yang ada spec yang lebih rendah dan SB900. Alamak harganya pulak yang tak tahan. RM1.5 k. Tapi promoter tu kata tak payah guna Nikon guna saja brand yang lain... tapi spec lebih baik daripada SB900! Cuma flash tu tak ada LCD screen je... harga RM750. Akhirnya aku pun blah!
Tiba-tiba aku mataku terpaku pada GPS set.
"Inilah jawapan kepada orang yang selalu sesat-larat!" Bisik hatiku.
Banyak aku tanya kat pekedai tu. Sebab dalam hati dah jatuh hati nak beli! Ada tiga model RM600, RM800 dan RM1.4k. Setelah lama berfikir, akhirnya aku sambar yang RM800. Brand GARMIN nuvi 205w.
Itu jelah yang aku bawak balik dari Low Yat memandangkan masa pun dah lewat dan takut akan lebih banyak duit terbang lagi... Man dah balik awal sebab kad Maybank Touch & Go yang auto top-up tercicir sewaktu masuk ke Plaza Low Yat tadi. Habis langsung semangatnya nak shoping. Lagipun, katanya harga kat situ sama je dengan di Ipoh. Room-mate aku, sewaktu tengah tawar-menawar dengan pekedai GPS, dia beli head phone dan USB adaptor untuk kereta.
Akhrnya kami menuju ke monorail Bukit Bintang semula untuk balik ke hotel. Dari arah BB ke Titiwangsa, penumpang monorail lebih ramai. Ialah time tu semua dari tempat kerja dan nak balik ke rumah. Aku hanya dapat duduk bila sampai Chow Kit. Keluar dari monorail, kami confuse nak pergi arah mana... Akhirnya tersilap arah dan terpaksa lalu ikut jejantas menghala balik ke arah hotel Putra. Apalah punya nasib... tahan teksi, teksi tak nak hantar. Entah apa sebabnya aku tak tahu. Mungkin dekat sangat kot... Sudahnya apa lagi... kami mengambil keputusan untuk menapak ke hotel! Ialah.... Jam sudah 6.30 petang. paling lewat sampai lebih kurang 7.30 malam. Nanti miss soru plak.
"Ya Allah... punyalah jauh. " Hehe.. Aku macam nak menangis!
Tang menapak tu oklah... yang menyeberang jalan tu! Aduss.. kenderaan punyalah laju mendesup... Room-mate aku bab seberang-menyeberang jalan nih... aku tabik spring! Macam lipas kudung!
Finally kami sampai kat Selese Cafe, Hotel Putra sekitar 7.30 petang. Sejam berjalan kaki yop! Melecet jugalah kaki aku dibuatnya.
BACA LAGI...

Monday, July 6, 2009

KE HOTEL PUTRA, KUALA LUMPUR (Bahagian 1)

Monday, July 6, 2009
Bookmark and Share
6.30 ptg | Peluang menambahkan ilmu seharusnya diterima dengan tangan terbuka dan berlapang dada. Itu adalah tekad yang aku junjung sejak sekian lama. Biarpun ada yang kata berkursus ni sekadar nak makan sedap dan tidur lena. Tak apalah masing-masing punya perspektif. Bagi aku, jika kita tidak mengambil peluang menambah ilmu apabila peluang terbentang di hadapan mata, sebenarnya kita telah 'berhenti' daripada profesion keguruan. Hal ini kerana pendidikan pada masa kini menuntut guru-guru meningkatkan maklumat dan kepakaran masing-masing.
Hari ini peluang itu menjengahku lagi untuk kesekian kalinya. Biarpun tajuk kursus yang aku hadiri pada kali ini agak mengecutkan perut, namun aku akan gagahkan diri ini untuk adopt and adapt dengan apa juga ilmu dan maklumat yang mendatang. Kursus Pemantapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Perak!. Entahlah apa yang akan berlaku dalam bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang aku pasrah kepada Ilahi...
Untuk seketika ini aku masih ada masa senggang sebelum turun makan malam bagi mencatat bahagian muqaddimah perjalanan kursusku ini di Hotel Putera, Kuala Lumpur. Lagipun masa aku nak pergi malam semalam, nanti aku akan update blog dari KL.
Setakat ini pada perspektif aku, hotel ini berada dalam kelasnya tersendiri. Dengan busana staffnya yang sopan serta menutup aurat (pakai tudung walaupun masih nampak shape badan...) aku kira oklah. Berada di tengah ibu kota ni... ada cabaran besar kepadaku... Kata room-mate aku dari sini nak ke Low Yatt tak jauh kalau naikSTAR LRT... Dari jendela tingkatan 8 hotel ini pun tersergam beberapa mercu tanda tersohor ibu negara Malaysia. Antaranya, IJN, Menara Berkembar Petronas, Yayasan Selangor, Hospital PUSRAWI (sebelah bangunan, hehe... kena jenguk tingkap lain...) dan banyak yang aku tak tahu namanya... hehe..
******************************************
10.50 mlm | Aku baru selesai melalui slot pertama. Perasmian oleh Dr.Latif Muhammad dari EPRD. Dari mula beliau masuk, aku seakan pernah tengok wajahnya. Tapi... di mana ya... Bila dia ada bercakap pernah belajar di UM, aku mula mengesyaki kami pernah berjumpa di menara gading yang tersohor di Malaysia itu... Mungkin beliau di fakulti pendidikan atau sains, sebab beliau kata dia pernah belajar matematik dengan seorang pensyarah "bisu". Aha... aku tak hairan kalau kami pernah lepak di musollah FSSS sebab biasanya lepas soru di Siswarama, terus solat zuhor di situ.
Selepas habis perasmian, sewaktu supper aku dan seorang lagi rakan sangkatan semasa di MU, mendekati beliau. Sah! Memang itulah sebenarnya. Beliau graduate dari MU pada tahun yang sama aku grad. Masters di UPM dan Doctorate di UKM. Aku? Kui kui kui...
Beliau bercakap selama lebih kurang sejam setengah tentang peranan guru dalam penyelidikan di sekolah. Apa yang penting bagi seorang guru ialah peka terhadap permasalahan pelajar dan berfikir bagaimana hendak mengatasinya. Maka, jadilah satu kajian berdasarkan tindakan guru dalam mengatasi masalah tersebut. Secara teorinya memang amat mudah, tetapi dalam melaksanakan kajian sehinggalah proses pendokumentasian selesai ternyata amat sukar. Sebab, bukan budaya menyelidik sahaja yang sukar tetapi budaya mencatat dan merekod sesuatu dapatan atau suatu refeleksi agaknya belum meresap dan membudaya dalam kalangan guru-guru di Malaysia. Hehe.. termasuk yang cakap nih...
Justeru, ayuh wahai warga pendidik gunakan media internet sebagai wadah penulisan kita. Catat apa sahaja yang bersangkutan dengan dunia pendidikan atau mungkin sahaja dunia pendidik buat dinilai oleh rakan-rakan yang lain atau anak-anak murid kita. Mungkin ada pendapat konstruktif yang boleh kita ambil daripada mereka.
****************************************
11.35 mlm | Aku turun ke bawah dengan room-mate. Katanya boring dan nak lepak-lepak kat bawah. Sesekali melepak di tengah ibu kota yang sentiasa sibuk ni, suatu yang agak mengujakan. Ingatan masa silam sewaktu 'mengaji' di MU datang bertandang dalam benak fikiranku. Sesekali bila terlalu stress dengan study, aku akan akan naik bas mini ke Chow Kit. Bukan apa, sekadar makan angin dengan naik bas dan jalan-jalan sekejap melihat gelagat manusia... lepas tu naik bas mini semula dan balik ke Kg.Kerinchi. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan belaka. Perkhidmatan bas mini pun dah tiada.
Aku berjalan gontai ke stesyen minyak Petronas berdekatan hotel dan masuk ke MyMesra untuk membeli air RO, kacang gajus dan air juce limau 'Twister'. Sambil melihat kehidupan yang masih segar lalu-lalang dari arah bus-stand (depan hotel) sambil meneguk air dan mengunyah kacang gajus... ada nikmatnya juga. Bukan nikmat meneguk air dan mengunyah kacang, malah nikmat yang sedang aku rasai setelah sekian lama menghambakan diri untuk memburu kejayaan dalam bidang pendidikan.
Setelah tidak dapat hendak kemana-mana lagi... kedai-kedai pun dah tutup maka kami naik ke atas untuk melelapkan mata buat menghadapi hari esok. Insya Allah.
BACA LAGI...

Saturday, July 4, 2009

KE SELAYANG BERSAMA FAMILY...

Saturday, July 4, 2009
Bookmark and Share
Kesempatan hari sabtu tanpa aktiviti kokurikulum atau apa-apa juga aktiviti di sekolah, aku bersama keluarga berjalan-jalan ke Selayang. Pertama sebab nak pergi ke Celcom Center. Dua tiga kali dail 1111 nak tanya promosi pasal wireless broadband untuk kakitangan kerajaan. Macam-macam fakta yang tak serupa setiap kali aku call. Ada yang kata pergi terus ke Celcom Center dan bayar RM200 serta langganan RM50. Ada pula yang kata pakej untuk kakitangan kerajaan kena pergi ke Majlis Daerah Tanjong Malim, untuk kawasan Tanjong Malim. Nasib baik aku tak pergi. Kalau tak tak pasal-pasal aku termalu! Sebab, bila aku call kali ketiga, operator tu kata pakej tu dah tamat!
"Eh, macam mana nih!, setiap kali saya telefon kenapa maklumat yang diberikan tak sama!" Nada suaraku sedikit tinggi.
"Err.. kejap ya encik.." Suaranya agak gelabah.
"Gini... pakej tu masih on... sampai 31 Julai 2009" Nada suaranya sedikit tergesa-gesa setelah merujuk kat kawan dia barangkali...
"Betul ke saya kena pergi Majlis Daerah Tanjong Malim...!" Aku meminta satu lagi kepastian.
"Tak perlu... terus ke Celcom Center yang terhampir" Aku dapat merasakan beliau yakin dengan maklumat yang diberikan.
Dipendekkan cerita aku kena pergi sendiri ke Selayang kerana itulah Celcom Center yang paling dekat dengan TM.
Setelah berbincang dengan isteriku, kami akan ke Selayang pada hari Sabtu.
**********************
Kali terakhir aku sampai ke Celcom Center kira-kira awal tahun 2007. Masa tu aku nak terminate dunia mobility aku dengan Maxis. Oleh sebab pakej pospaid Maxis aku melibatkan suplimentary line... lepas tu kawan aku tu nak takeover jadi main line... maka kami kena berurusan dengan Maxis Center. Apa yang memaksa kami ke Celcom Center (tak jauh dari situ) ialah, bila permohonan kawan aku tu nak diproses, rupa-rupanya sangkut sebab bil telefon lama tak bayar. Masa tu zaman ATUR 101 (?). Telefonnya sebesar tool box dan harganya pulak tersangatlah mahal...
Aku, kalau ke arah KL memang "alergic" sikit... Selalu sesat larat. Nak masuk ke Celcom Center jer dua kali tawaf round about. Kali pertama tak boleh masuk sebab berada di lane paling kanan, jadi bila nak masuk ke kiri kena sekat dengan kenderaan yang datang dari sebelah kiri! Kali kedua baru masuk... tetapi salah arah... Sepatutnya bila dah masuk ke kiri (dari jalan utama), kena u-turn balik masuk lorong pertama... Jadi, terpaksalah patah balik ke belakang.. Naik jejambat untuk u-turn ke arah Pasar Borong Selayang.
Sampai-sampai kat Celcom Center, rupanya tutup! Macam sekolah pulak... Sabtu pertama dan ketiga tutup... (Kat sekolah pun mula-mula dulu jer macam tu... Sekarang tak kira Sabtu ke Ahad ke... belasah jer! Kalau tak bila aktiviti nak jalan...). Aku panik sekejap.
Di situ ada seorang upas bertugas...
"Hari Sabtu pertama dan ketiga, tutup." Dengan nada yang serius, lurus dan wajah yang sangat menjengkelkan!
"Aku rampas senapang engko kang.... Ku tembak tepat kat dahi baru tahu!" Mungkin rasa 'keletihan minda' yang aku alami akibat tersesat tadi dan rasa hampa sebab Celcom Center yang tutup menyebabkan hatiku menyumpah-nyumpah.
Tiba-tiba aku terpandang kira-kira seratus meter dari Celcom Center ... Dari jauh kelihatan signboard Celcom...
"Harap-harap... bukak lah" Hatiku separuh berdoa...
"Datang jauh-jauh... kalau tak berhasil rugilah!" Hatiku menggerutu.
"Udahlah sesat larat..."
Keteika kenderaan aku menghampiri kawsan tersebut,
"Kedai tu bukak ayah! Kata anak slulungku
Aku terus keluar, dan dari balik cermin gelap ruang kedai tu tuplasma 40 inci (?) nampak terpasang ...
"Alhamdulillah bukak" Seakan penat fikiranku terawat sekelip mata !
Tetapi, niatku untuk mendapatkan pakej Celcom untuk anggota kerajaan tu terbantut serta merta!
"Encik, kena pergi ke Celcom Center Jalan Semarak, KL" Aku seperti terperosok kat kerusi depan tiga orang kakitangan Cyrix Enterprise... bila salah seorang daripadanya memaklumkan kepadaku tentang perkara tersebut.
"Bukan semua center terlibat, encik..." Jelasnya lagi
"Habis tu...Apa aja pakej yang ada kat sini?" Setelah aku terdiam untuk seketika melayan erasaan kecewaku yang sukar lagi disembunyikan...
"Penipu!" Hatiku penyumpah-nyumpah lagi...
"Kat telefon tak cakap pun... Katanya boleh datang ke Selayang" Akhirnya aku menyuarakan kekesalan itu kepada tiga orang anak dara kat situ (?).
Kami hanya ada pakej biasa je... Speed modem 384 kbps, bulanan RM68 dan modem RM333. Kalau speed modem 3.6 mbps, bulanan 98 dan modem RM333! Lama juga aku berfikir, nak ambik pakej yang mana... Sebab kalau ikut pakej anggota kerajaan aku telefon tu, yang pertama hanya RM50. Modem percuma dan deposit RM200. Manakala pakej kedua bulanan RM90 dan downpayment RM180 tambah 18 bulan kontrak.
Setelah berfikir panjang akhirnya aku ambil pakej RM98. Jadi aku kena bayar RM431. Walau bagaimanapun aku tak terikat dengan contract. Bila-bila masa boleh terminate. Modem tu aku boleh ambik terus!
Ahh...Terbang lagi duit aku...
******************************
Balik dari Selayang, singgah sekejap di NAGOYA, Rawang. Hehe... nak cari bahan baju raya lah... Walaupun, usahkan raya... puasa pun tak lagi... takut nanti tukang jahit tak terima tempahan pulak... Walaupun tailornya emak aku... Hari itu masa balik kampung dah booking untuk jahit satu family. Agak lama juga kadinya.. orang tak lah ramai sangat, tapi pekerjanya yang tak ramai. Sampaikan aku tersalah panggil... Rupa-rupanya dia pun macam kami gak! Pelanggan! Rasa nak menyorok kat celah-celah kain ! Malunya aku... Adusss!
******************************
Lepas solat zuhur kat musolla bersebelahan Petronas kami makan tengahari tak jauh dari Bintang! Selepas usai terus ke Brothers. Niat nak tanya pasal roof box... Hampir-hampir jadi. Rupanya bracket box tu tak cukup... Kena order katanya.
"Minggu depan sampai mah...." Kata tokey dia kut..
Aku terus tanya pasal antena televisyen... Malas nak fikir panjang, aku suruh dia pasang. siap semua RM128. Sekali fikir... lebih kurang kat TM. Tapi dah sampai situ... Lagipun bukan itu niat utamanya... pasang aja lah...
Siap pasang semuanya sekitar 5.30 petang. Isteriku kata, tak payahlah singgah Mydin, sebab dah petang. Jadi kami terus mengarah ke hinghway selepas singgah kat Shell. Lampu kuning kereta aku dah menyala. Tanda minyak sudah reserve...Di Shell, aku bergurau dengan isteriku sejurus aku masuk ke dalam kereta.
"Nak ikut bertanding tak?"
"Tak payah lah.... tunggu jadi jutawan" balas isteriku selamba.
"Betul ni..." Aku sedikit serius.
"Tahu tak pertandingan apa?" Soalku
"Apa?"
"Audio Competition!"
"Cuba tengok kat tepi jalan tu..." Aku menuding ke arah sebuah van yang pada bahagian belakangnya penuh dengan speaker! Tak kurang 10 buah! Sampai tak nampak bahagian depan beb!"
"Agak-agak siapalah yang boleh mengalahkan van tu?"
"Kalau kita kat belakang van tu... mau terbang kita, weh!" Aku amat hairan dengan obsesi orang itu dengan dunia audionya.
"Kalau kita masuk, tak sempat bertanding... baru sesi pemeriksaan peralatan audio.... terus dia suruh kita balik!"
Aku terus berlegar dari situ dengan perasaan hairan... Macam-macam bentuk obsesi manusia ni... Aku dengan dunia ICT... Dah ada wired streamyx... rembat pulak wireless broadband... Isteri aku dah tak terkata apa...
"Tak apa... giler macam abang ni, jenis tak keluar rumah!"
"Itulah jawapan aku bila isteri aku macam membebel bila aku beli macam-macam tentang hardware dan gajet ICT.
Menjelang 5.45petang aku singgah di Plaza Tol Rawang, solat asar sebelum mendesup balik ke tanjong! Tak sabar nak try gajet terbaru nih....
BACA LAGI...

Thursday, July 2, 2009

RESEARCH TINGKATAN ENAM: DAH PILIH TAJUK...

Thursday, July 2, 2009
Bookmark and Share
"Kuliah" penyelidikan dan R&D 2.00 hingga 4.00 petang ini bermula dengan agak hambar. Aku tercari-cari apakah bahan yang nak digunakan. Minggu lepas kelas terpaksa ditangguhkan sebab para pelajar sibuk membuat experiment untuk pameran sempena Karnival sains dan Teknologi. Okey lah, bagi aku itupun sebahagaian daripada P&P juga.
Budak-budak sains ni nampaknya agak berminat juga dengan research. Persiapan aku yang agak kurang lancar pun akhirnya berjaya menarik minat mereka. Pada hari ini aku cuba mendekatkan aspek-aspek yang paling asas tentang penyelidikan. Bermula dengan apakah tujuan buat penyelidikan atau untuk apa sesuatu penyelidikan itu dilakukan. Sudah tentu ia bermula dengan masalah. Jika semuanya okey, tiada masalah... maka, buat apa buat kajian. Sebab sesuatu kajian itu menuntut pengorbanan masa dan tenaga.
Selaps itu aku kaitkan pula dengan rasional serta objektif sesuatu kajian. Rasional ialah justifikasi yang kita pilih untuk melaksanakan sesuatu kajian. Manakala objektif pula ialah apa yang kita harap diakhir kajian yang kita jalankan. Sesudah jelas rasional dan objektif kajian, barulah kita tentukan siapakah yang akan menjadi sampel kita. Jika sampel kita itu perlu kepada aspek reprisentativness, tentulah data yang kita akan cari adalah bersifat kuantitatif. Justeru, sejumlah populasi tertentu perlu ditetapkan. Jika tidak, kajian kita hanya bersifat kajian kes, iaitu hanya merujuk kepada kes yang kita kaji sahaja. Oleh itu ia tidak mewakili mana-mana populasi (tiada reprisentativeness). Walau bagaiamnapun oleh sebab kajian itu merupakan kajian secara kuantitatif maka bilangan sampel tidak kurang daripada 30 orang (N=30) tetap diperlukan.
Satu pilihan yang lain ialah, kajian secara kualitatif. Tidak perlu sampel yang ramai, tetapi kajian ini perlu dijalankan secara mendalam. Mungkin tiga empat orang sampel, tetapi mungkin melalui lima sesi temubual setiap orang!
Sejurus pemilihan sampel selesai, barulah kita tetntukan apakah data yang perlu diperolehi daripada para sampel. Sama ada data tersebut berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Jika kualitatif, ia berkaitan dengan temu bual, pemerhatian, catatan jurnal, dokumen dan sebagainya. Manakala data kuantitatif pula berbentu, questionare atau soal selidik, survey dan sebagainya.
Aku tidak menjangka para pelajar akan bertindak cepat apabila aku bagi tahu mereka bahawa minggu depan, mereka kena bawa tajuk yang sesuai. langsung di situ juga empat tajuk bagi empat kumpulan diputuskan. Melalui LCD projektor, aku terus taip pada slaid.
  1. Kajian tentang masalah kepuasan hati pelajar terhadap kualiti kebersihan dan penyediaan makanan di kantin.
  2. Kajian terhadap amalan melepak sewaktu P&P
  3. Kajian tentang sikap obses terhadap "online game"
  4. Kajian terhadap tabiat merokok dalam kalangan pelajar

Minggu depan aku bercadang untuk menjelaskan tentang kajian literatur. Mengapa penting dan bagaimana hendak melakukannya. Aku harap semangat para pelajar yang kelihatannya berkobar-kobar untuk buat penyelidikan ni akan berpanjangan. Semoga pada akhirnya empat buah kajian akan dihasilkan seterusnya dibentangkan dalam kolokium tingkatan enam.

BACA LAGI...

DAFTAR LAGI... PERJALANAN TERLALU SAYUP!

Bookmark and Share
Ada kalanya aku dah nak surrender... Dua semester yang aku lalui, ternyata tidak banyak perkembangan yang positif. Malah semester dua yang lepas, aku langsung tidak bertemu dengan penyelia. Kebetulan (?) pulak penyelia aku pun tak call aku dan begitu juga sebaliknya. Kesibukan yang sering membelenggu, kadang-kadang bertukar menjadi keributan. Keadaan bertambah gawat apabila isteri pula bersalin anak yang keenam.
Kini, pada 18 Jun 2009, surat bersampul besar itu datang lagi. Meminta aku mendaftar untuk semester ketiga. Tarikh tutup 28 Jun 2009! Aku rasa seperti ingin membiarkan sahaja surat itu ... Macam mana ni? Nak terus atau nak angkat tangan sahaja. Sekali fikir memang nak kibar bendera putih je... Setelah memikirkan banyak perkara, akhirnya aku daftar semula dua hari sebelum aku pergi ke Arau. Entahlah aku terasa seperti mendapat semangat baru apabila adik aku suami isteri dapat scholarship untuk buat Ph.D. Sesekali rasa jealous datang... Setiap kali itu juga aku anggap itu adalah rezkinya. Namun... Jika aku bersungguh-sungguh... aku juga boleh berjaya, walaupun sebagai part timer student. Insya Allah. Namun, sebagai part timer ni, terlalu banyak halangannya. Banyak perkara perlu diurus. Terutama hal-hal yang melibatkan sekolah.
Untuk menyemarakkan lagi semangat yang kian malap ini, pada hari isnin lepas aku menghubungi penyelia aku setelah aku bank-in yuran melalui Bank Islam.
"Apa cerita Malek?"
"Sorry Prof, saya missing pada sem lepas..." Aku segera menceritakan kepada beliau apa yang berlaku.
"Bila mahu sambung balik?" Desak beliau.
"Saya sudah daftar semula Prof...."
"Okey, minggu ini saya ada hal... Minggu depan kita jumpa?"
Apa lagi yang aku boleh katakan selain "okey".
Minggu depan pun aku tak nampak bila... Isnin hingga Rabu aku kena hadir kursus Pemantapan JU Kajian Tindakan di Hotel Putera, KL. Aku rasa Rabu hingga Jumaat kena buat rehearsal hari Anugerah Cemerlang. Macam biasa... sebagai pengacara. Harap-harap petang Rabu atau Jumaat aku boleh jumpa. Perjumpaan yang aku rasa sangat penting bagi mencari jalan yang aku telah tinggalkan untuk seketika.
Malam Isnin, aku segera mencari fail dokumentasi untuk aku bawa ke perpustakaan lebih kurang pada pukul 8.15 malam, iaitu selepas aku menghantar anakku tusyen. Alangkah terkejutnya aku apabila sampai kat depan perpustakaan, suasana gelap! Aku teruskan juga masuk ke ruang 24 jam sorang-sorang. Mulanya seram jugak! Maklumlah banyak gak aku dengar cerita-cerita yang kurang enak kat kawasan library tu... Alhamdulillah aku dapat atasi perasaan aku tu. Cuma, nyamuk je yang banyak... Asyik menggaru kaki dan tangan jer... Sesekali melenyek nyamuk yang mati ...
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template