The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label PASCA SISWAZAH. Show all posts
Showing posts with label PASCA SISWAZAH. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

SALAM RAMADHAN...

Sunday, August 22, 2010
Bookmark and Share
Salam Ramadhan buat rakan-rakan pembaca nan budiman...

Telah sebulan lebih aku tidak membuat apa-apa posting dalam laman ini. Teringin tapi tak bekesempatan... Itulah status yang aku hadapi kini. Maklumlah... membuat kerja 3 dalam 1. Sebagai seorang ketua keluarga yang agak besar saiznya, seorang penjawat awam (guru) dan sedang menggalas misi peribadi dan keluarga dalam mengejar impian untuk bergraduat secepatnya dua tahun lagi...

Namun, sejak dua tiga minggu ini aku terpaksa banyak meluangkan masa untuk yang ketiga itu nampaknya. Dan, yang paling minimum aku lakukan adalah tugas yang pertama.

Semenjak penyeliaku tidak lagi menjawat jawatan pengarah di Pusat Jaminan Kualiti, kini masanya agak banyak aku isi. Bagaikan empat semester yang lalu itu sama nilainya dengan semester lima ini. hampir saban minggu aku menemui penyeliaku itu. Berbincang, memantau dan menilai kerja-kerja yang aku lakukan. Sebelum Ramadhan menjelang, aku telah mengubah cara aku mengurus masa senggangku. Petang sebaik sahaja habis p&p aku terus ke Perpustakaan Tuanku Bainun sementara anak-anakku istreiku yang urus semuanya. Aku hanya mengurus anak-anak sewaktu awal pagi dan lewat petang, sewaktu mengambil anak-anak di sekolah agama.

Melihat kepayahan isteriku mengurus anak-anak, menjadikan aku lebih bersemangat meneruskan ranjau dan onak pengajianku. Kekadang, lantaran keletihan tidur yang jarang-jarang sempurna aku terlelap sewaktu di perpustakaan. Lantas bila mengenangkan pengorbanan isteriku itu aku bingkas bangun dan menyambung kembali kerja-kerjaku yang banyak dan masih jauh daripada sempurna.

Aku hampir-hampir sahaja kematian angin untuk meneruskan pengajianku di semester ini. Tempoh pendaftaran secara online yang singkat ditambah dengan minggu akhir cuti persekolahan pada waktu yang agak sibuk, menyebabkan aku terlepas tempoh tersebut. Aku jadi seperti orang dungu seketika...
"Berhentikah aku?"
"Macam mana aku nak bagi tahu isteriku?"
"Macam mana biasiswa separuh masa aku?"

Alhamdulilah, selang beberapa hari selepas itu penyeliaku menelefonku. Beliau segera menghubungi pihak IPS dan akhirnya aku dapat kembali meneruskan pengajianku. Terima kasih Prof...

Kini aku sedang bertungkus lumus menyediakan proposalku. Sudah selesai ketiga-tiga bab namun masih banyak lagi yang perlu dikemaskini sebelum menghantarkannya ke pihak IPS dan menunggu hari mempertahankan proposal tersebut. Aku perlu meneliti sungguh-sungguh tiga bab pertama ini kerana aku sudah serik sewaktu aku melalui pengajian di peringkat ijazah keduaku yang lalu. Persediaan yang kurang rapi menyebabkan panel yang menilai tidak dapat mengesan kelemahan design penyelidikan yang aku akan lalui. Akhirnya aku terpaksa melalui proses viva dua kali apabila pemeriksa luar melihat ada masalah dengan design yang aku jalankan.

Mudahan aku dianugerahi kekuatan oleh Allah S.W.T. dalam melalui hari-hari yang mendatang seterusnya beroleh kejayaan. Terima kasih kepada rakan-rakan pembaca blogku ini yang masih menjenagahiku walaupun kekadang jengahan itu berakhir dengan kehampaan lantaran tiada update yang aku lakukan... Insya Allah bila ada kesempatan akan aku nukilkan sesuatu di ruang ini buat tatapan semua...

Wassalam..

BACA LAGI...

Thursday, December 3, 2009

RANGKUMAN SEMASA...

Thursday, December 3, 2009
Bookmark and Share
Setelah beberapa hari ini aku memberikan fokus yang maksimum kepada proposalku, kini aku kembali menghadap ruang karyaku yang ini bagi melepaskan "rindu" untuk berblog. Namun, tidak bererti selama beberap hari ini aku tidak menghadap ruang blog, sebab proposal aku itu sebenarnya berbentuk blog.
Akhirnya misi menemui penyeliaku pada semester tiga (dah over pun...) berjaya pada sore Selasa, 1 Disember 2009. Tanpa aku sedari betul-betul, rupanya sekarang ini dah cuti semester... Dan tak lama lagi (14 Disember 2009) aku akan daftar lagi untuk semester empat plak! Begitulah masa yang aku rasa sangat pantas berlalu. Aku pun tak pasti, sama ada aku sedang berada di atas track yang sebenar atau sebaliknya kerana dah nak masuk sem 4 tapi proposal masih banyak yang lompang di sana-sini. Dan, secara tiba-tiba saja semangatku untuk membentangkan proposal kajianku pada sem depan menjalar dalam tubuh... Dan, ia bermula (aku rasa...) semasa aku menemui sekejap penyeliaku bagi mendapatkan laporan kemajuan pengajianku bagi sem 3. Setelah tiga semester, ini kali pertama aku mengisi borang sedemikian. Setidak-tidaknya, penyelia aku tahu dalam kesibukannya yang maha dahsyat ini, aku mesti dibantu ... dan begitu juga dengan students yang lain... Lalu bagi menyesuaikan laporan dan realiti, dia nak jumpa aku pada 30 Disember 2009 bersama dengan co-supervisor sekali! Dengan penyelia, tak apa lagi... bila dia kata (beliau terus menghubungi dan mendapat pengesahan daripada penyelia kedua akan hadir...) penyelia kedua akan turut bersama... aku rasa macam kena karan elektrik! Maklumlah, penyelia kedua aku itu... aku kenal sangat dan jiran aku sendiri... Cuma dalam "dunia" penyelidikan, kami berbeza mazhab! Aku sejak bergurukan penyelia utama ini (sejak tahun 2000!) telah menggabungkan diri sepenuhnya dengan mazhab kualitatif.
Justeru, aku perlu segera berbuat sesuatu supaya proposal aku tak nampak laih sangat! Semntelahan denga ketibaan cuti sekolah, aku ke Arkib Negara dan selebihnya ke library UPSI bagi menkosmetikkan "wajah hodoh" proposalku itu. Buatlah "make-over" di sana-sini agar sedikit ayu... hehehe! Alhamdulillah... wireless broadbandku sangat membantu aku pada saat-saat kritikal ini. Apa tidaknya, talian telefon rumah senyap-sunyi (tiada dail tone) sejak aku balik petang Sabtu. Setelah aku telefon bahagian kerosakan, rupanya kabel tiga tiang terakhir (lebih kurang 50 meter panjangnya) telah kena samun! Termasuklah talian yang melibatkan rumah aku... Itu memang tak boleh buat apalah... Kalau kerosakan teknikal yang lain, TM janji akan membaikinya dalam tempoh 24 jam walaupun hari cuti! Haha.. baru petang semalam talian pulih seperti sedia kala. Kesempatan aku ke TM Point, T.Malim... kerana report pertama macam tak ada perkembangan... aku terus buat beberapa perkara yang dah sekian lama tertangguh.
Pertama, aku downgrade pakej Streamyx aku, dari 1 mbps (RM88, pakej tahun 2006 + RM68, iTalk pakej) ke 386 kbps (RM60, termasuk sewa talian sekali + RM10 untuk unlimited home to home calls) Hehe.. jimat Rm86! Tapi sebelum aku sign-up pakej baru, aku tanya macam-macam pasal speed ke internet... Ialah, walaupun aku dah rely kat wireless broadbandku, tapi kesian lah plak kat anak-anak aku yang surf internet guna pc kat rumah, kalau terkedek-kedek dan terkemut-kemut... hehehe aku pinjam terma seorang blogger!
Kedua, aku baru sedar akaun dail-up 1551 aku masih on! Bila aku terima bill bulan lepas... baru aku sedar, akaun aku tu masih aktif. Rupa-rupanya bukan senang gak nak tamatkan kedua-dua perkara tu... Paling susah dail-up tu... Kalau tak silap semua skali aku kena isi 3 borang . Pertama dan kedua borang pemotongan dial-up, ketiga pakej iTalk.
Keadaan bertambah "huru-hara" apabila pada 30 November lepas, aku menerima surat dari Bahagian Tajaan, KPM meminta aku menghantar beberapa perkara ke situ. Apa yang paling maha tension ialah laporan keputusan setiap semester! Untuk sem 3 oklah... aku dah buat... Tapi lagi dua sem tu? Dannnn.. 30 November itulah due-datenya! Kesempatan penyelia aku tak dapat jumpa pada hari tu, menambahkan lagi panjang langkah kakiku... Aku menghubungi pihak BT,KPM mintak postpone dalam sehari dua lagi... lepas tu aku mengubungi plak pihak IPS,UPSI mintak pandangan pasal yang dua sem tu... Aku jumpa staff IPS dan dia mintak aku berbincang ngan penyelia... Oleh sebab laporan kemajuan tu baru sem lepas ini dikuatkuasakan, student macam aku ni tertinggal lah... aku bukan ada exam... jadi result exam tak dek lah... Sebab tu kena isi borang kemajuan selewat-lewatnya dua minggu selepas exam habis! (Itu pun kena alert lah..) Kalau tak, nak hantar laporan apa kat pihak penaja! Kalau lengkap, dan pihak IPS berpuas hati... barulah status SEDANG MAJU (SM) akan diberikan kepada pelajar yang terlibat... Kalu tak, status TM (Tidak memuaskan kot?) bukanTanjong Malim atau Telekom Malaysia haha... Dan, kalau dua kali TM boleh diberhentikan beb!
Tentang surat penerimaan dari BT,KPM tu terpaksa emailkan... Cadang, nak fakskan... baru teringat line telefon black-out! Yang selebihnya, aku kena ke kampus untuk uruskan dengan beberap pihak... Pertama kena jumpa penyelia bagi mendapat laporan penyeliaan dan tanda tangan kat borang (dua-dua orang skali) lepas tu ke fakulti untuk dapatkan tanda tangan dan cop dekan, lepas tu ke IPS lagi untuk dapatkan tanda tangan dan cop Pengarah IPS... Alhamdulillah aku dapat selesaikan semuanya menjelang 3.30 petang.
Masa yang ditetapkan untuk berjumpa dengan penyelia dah dah lewat beberapa minit, aku berjalan separuh berlari menuju ke aras empat bangunan Canselori.. Mujurlah masa aku sampai seorang pelajar macam aku sedang ada contact-hour dengan Prof... Sempatlah aku melaraskan pernafasan aku yang tercungap-cungap... Bla dah ok baru aku tanya kat staff kat BPPQ, bolehkah aku jumpa Prof ....
Alhamdulillah sesi perbincangan berjalan dengan lancar... Kalau ikut voice recorder aku, lebih kurang sejam setengah kami berbincang... Apa yang penting overall design dia terima. Cuma kena tambah kat beberapa bahagan lagi ... Aku akur dengan pandangannya dan berkemungkinan, kami akan berjumpa lagi pada bulan Februari! Bulan Disember dan Januari jadualnya sendat-padat-mampat!
Malm tu, aku balik kampung nak ambik anak isteri yang sejak hari Sabtu aku tinggalkan kat kampung.. Sebelum balik aku singgah kat Klinik Syifak daftarkan anak aku nombor arba'a ntuk berkhatan... Kali ni nak guna teknologi SmatKlamp yang anak-anak AzlanLin guna tu.. Nampak senang nak urus.. Haha... mintak hari Jumaat, tak dapat sebab dah penuh.. Harap-harap lepas tu nanti proses penyembuhan akan cepat berlaku... Aku dah tak ada masa... Hari Ahad ni, kena gi Ipoh adik aku ada kenduri sikit sebab nak Umrah 19 Disember. Skali ngan bapak dan emak... Hari Isnin dan Selasa ke SMK Kepong, ada taklimat.. dan lepas tu lebih kurang 3 minggu terperap kat rumah... Jadi... aku tak pasti boleh atau tak ke Ipoh.. Kalau ikut brosur yang aku dapat, dan info dari azlinlan.blogspot.com, proses penyembuhannya agak cepat...
Semalam aku ke library lagi... bagi meghalusi apa yang aku kena buat berdasarkan rakaman yang aku buat semasa berjumpa ngan penyelia aku tu... Lebih kurang 2.30 petang, hujan turun dengan lebat... Aku terperangkap kat library dan aku gunakan masa yang ada untuk melihat disertasi yang ada untuk dijadikan contoh dalam memperincikan Kajian Literaturnya.... Adusssss! Fening aku.... Aku keluar dari library sekitar 4.00 petang. Sebelum balik, singgah kedai beli dua pasang kain pelekat untuk anakku yang akan berkhatan esok!!! Ayahnya pun suspen gak... Tapi, esok gak aku bertugas kat skolah... Tengoklah macam mana nak adjust masa... Klinik kata sehingga 5.00 petang... Tapi ikut kebiasaan, orang berkhatan elok pagi...
BACA LAGI...

Monday, November 30, 2009

AKU BERKURUNG...

Monday, November 30, 2009
Bookmark and Share
Kesempatan berseorangan di rumah, aku gunakan sepenuhnya untuk mengmaskini proposal yang akan dibentangkan di depan dua orang penyeliaku pada hari Isnin ini. Walaupun kedua-dua penyelia tersebut ingin melihat progress yang aku telah buat sepanjang tiga semester ini, tetapi kesempatan bertemu kedua-duanya kesempata yang sangat berharga. Maklumlah bukan senang nak jumpa kedua-duanya.
Aku pun tak menjangka aku akan balik sendirian ke TM. Tiba-tiba sahaja isteriku kata nak tinggal lebih lama kat ST. Apa lagi, lepas solat Maghrib (Sabtu) aku terus ke TM. Dalam kepala ada beberapa perkara nak diuruskan sejurus sampai di TM.
Pertama, aku singgah ke BHL pasal laptop Toshiba yang aku baru beli dah ada masalah. Setelah membuat diagnosa, spekernya ada masalah... Bunyi berdetap-detap sebaik sahaja kekunci power ditekan. Langsung tak dengar apa-apa bila muzik dimainkan. Bertambah sah lagi, bila aku pakai head-set bunyinya ok! Jadi aku datang tepat pada masanya, kedai BHL masih belum tutup. Bertambah baik lagi Ben (towkey kedai) ada... Haha.. aku berpuas hati dengan "service" yang dibuat kat laptop aku... Setelah usai aku singgah kat kedai beli makanan ringan. Tak ada selera nak makan berat. Aku sampai ke rumah lebih kurang pukul 9.30 malam.
Mula-mula aku rasa kekok jugak bila berseorangan ni... Ialah, biasa hiruk-pikuk macam kat market ikan huhu... Tiba-tiba aku terasa aneh... sepi-sunyi-senyap! Sesekali terdengar seakan suara anakku yang nombor khomsah memanggil "Ayah!".
Namun, aku teruskan semangat untuk mengemaskini blog disertasiku dengan buku-buku yang ada serta bahan-bahan yang berkaitan (termasuk bahan yang aku dapat masa di arkib tempo hari). Entahlah, sama ada penyelia-penyeliaku boleh menerima kaedah aku ini... Bahan utama aku sehingga kini adalah dalam bentuk blog. Boleh dicetak, tetapi bentuknya memanglah tak sama dengan proposal yang sepatutnya. Aku kena print ikut posting. Tapi, aku rasa ini pembaharuan yang jarang dibuat oleh student lain. Antara kebaikan penggunaan blog dalam penulisan disertasi ialah, penyelia boleh memantau setiap perkembangan secara online dan boleh membuat cadangan atau komen terus pada setiap posting. Walau bagaimanapun blog disertasiku ini aku tidak buka kepada umum atas sebab-sebab tertentu. Selain daripada itu aku lnkkan dengan bahan-bahan lain yang berkaitan kat sidebar. Oleh itu penyelia boleh terus lihat secara hands-on.
Hahaha... hari ini aku menerima satu permintaan daripada pengunjung blog aku ini agar invite dia jadi reader untuk blog disertasiku itu. Aku cadang nak bagi laluan namun dalam tempoh yang terhad. Tengah fikir berapa lama... huhuhu. Entahlah macam-macam rasa dalam fikiran... Rasa tak bersedia pun ada sebab tak siap lagi... Tak apa lah.. asalkan bagi email. Sebaik-baiknya email yahoo dan google. Email lain aku tak pasti...
Malam tadi aku dah selesaikan apa yang perlu dan hardcopy aku hantar kat salah seorang penyelia sebab rumahnya tak jauh dengan rumah aku. Namun, ada masalah sikit... bila print, tulisan jadi kecik plak... kat skrin monitor ok! Aduss.. justeru, aku dah invite kedua-duanya jadi reader...
Proposal sebenarnya siap dihantar sekitar jam 9.30 malam... Rasa nak melelapkan mata sebab petang Ahad tak tidur walaupun selelap. Tapi, kesunyian menyebabkan aku rasa susah nak memelapkan mata.. Sudahnya aku bangun dan menggondam balik proposal aku lagi... Aku melelapkan mata sekitar jam 6.00 pagi. Solat Subuh dulu.. dan bangun sekitar 7.30 pagi.
Sekitar jam 9.00 pagi aku menelefon penyelia utamaku.. Rupanya pertemuan pada petang ini dibatalkan sebab beliau mengalami cirit-birit. Perjumpaan ditunda ke petang esok! Petang ini aku nak ke kampus untuk menguruskan beberapa perkara yang melibatkan bahagian tajaan KPM....
BACA LAGI...

Thursday, July 2, 2009

DAFTAR LAGI... PERJALANAN TERLALU SAYUP!

Thursday, July 2, 2009
Bookmark and Share
Ada kalanya aku dah nak surrender... Dua semester yang aku lalui, ternyata tidak banyak perkembangan yang positif. Malah semester dua yang lepas, aku langsung tidak bertemu dengan penyelia. Kebetulan (?) pulak penyelia aku pun tak call aku dan begitu juga sebaliknya. Kesibukan yang sering membelenggu, kadang-kadang bertukar menjadi keributan. Keadaan bertambah gawat apabila isteri pula bersalin anak yang keenam.
Kini, pada 18 Jun 2009, surat bersampul besar itu datang lagi. Meminta aku mendaftar untuk semester ketiga. Tarikh tutup 28 Jun 2009! Aku rasa seperti ingin membiarkan sahaja surat itu ... Macam mana ni? Nak terus atau nak angkat tangan sahaja. Sekali fikir memang nak kibar bendera putih je... Setelah memikirkan banyak perkara, akhirnya aku daftar semula dua hari sebelum aku pergi ke Arau. Entahlah aku terasa seperti mendapat semangat baru apabila adik aku suami isteri dapat scholarship untuk buat Ph.D. Sesekali rasa jealous datang... Setiap kali itu juga aku anggap itu adalah rezkinya. Namun... Jika aku bersungguh-sungguh... aku juga boleh berjaya, walaupun sebagai part timer student. Insya Allah. Namun, sebagai part timer ni, terlalu banyak halangannya. Banyak perkara perlu diurus. Terutama hal-hal yang melibatkan sekolah.
Untuk menyemarakkan lagi semangat yang kian malap ini, pada hari isnin lepas aku menghubungi penyelia aku setelah aku bank-in yuran melalui Bank Islam.
"Apa cerita Malek?"
"Sorry Prof, saya missing pada sem lepas..." Aku segera menceritakan kepada beliau apa yang berlaku.
"Bila mahu sambung balik?" Desak beliau.
"Saya sudah daftar semula Prof...."
"Okey, minggu ini saya ada hal... Minggu depan kita jumpa?"
Apa lagi yang aku boleh katakan selain "okey".
Minggu depan pun aku tak nampak bila... Isnin hingga Rabu aku kena hadir kursus Pemantapan JU Kajian Tindakan di Hotel Putera, KL. Aku rasa Rabu hingga Jumaat kena buat rehearsal hari Anugerah Cemerlang. Macam biasa... sebagai pengacara. Harap-harap petang Rabu atau Jumaat aku boleh jumpa. Perjumpaan yang aku rasa sangat penting bagi mencari jalan yang aku telah tinggalkan untuk seketika.
Malam Isnin, aku segera mencari fail dokumentasi untuk aku bawa ke perpustakaan lebih kurang pada pukul 8.15 malam, iaitu selepas aku menghantar anakku tusyen. Alangkah terkejutnya aku apabila sampai kat depan perpustakaan, suasana gelap! Aku teruskan juga masuk ke ruang 24 jam sorang-sorang. Mulanya seram jugak! Maklumlah banyak gak aku dengar cerita-cerita yang kurang enak kat kawasan library tu... Alhamdulillah aku dapat atasi perasaan aku tu. Cuma, nyamuk je yang banyak... Asyik menggaru kaki dan tangan jer... Sesekali melenyek nyamuk yang mati ...
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template