The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label TINGKATAN ENAM. Show all posts
Showing posts with label TINGKATAN ENAM. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

ISU PANAS.... TENTANG TINGKATAN ENAM LAGI!

Thursday, May 5, 2011
Bookmark and Share
Isu yang melibatkan tingkatan enam sekali lagi meniti di dada akhbar. Isu yang mungkin tidak berlaku di negeri-negeri lain, tapi inilah antara hakikat yang berlaku di negeri Perak. Isu ketidakakuran seperti apa yang digariskan dalam Taklimat Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam oleh JPN Perak pada tahun 2009 sukar disembunyikan lagi.

Tulisan yang keluar dalam akhbar Harakah 5 Mei 2011, adalah sebahagian menifestasi luahan kecelaruan tersebut. Ringkasnya ia menuntut tindakan pemantauan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum sistem modular dilaksanakan sepenuhnya. Ada baiknya juga sistem tersebut ditangguhkan. Kalau mengikut apa yang terkandung dalam garis panduan tersebut, sistem tersebut sepatutnya dilaksanakan pada kemasukan pelajar baru pada 9 Mei 2011 ini. Namun, mungkin kekurangan persediaan dan juga kekaburan banyak pihak dalam memahami pelaksanaan tersebut menyebabkan sistem tersebut ditangguhkan sehingga tahun 2012. Apatah lagi beberapa buah negeri masih dibelenggu masalah dalam proses pelantikan guru akademik serta penolong kanan tingkatan enam, termasuklah negeri Perak juga.

Sama ada suka atau tidak nampaknya pihak KPM terpaksa membuat pemantauan bagaimana status pelaksanaan pembelajaran di tingkatan enam sekarang ini yang dikategorikan melalui era transisi daripada era konvensional kepada sistem modular. Walaupun sistem modular belum dilaksanakan, tetapi format pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan di seluruh pusat pengajian prauniversiti di Malaysia.


BACA LAGI...

Friday, May 28, 2010

ISU TINGKATAN ENAM LAGI

Friday, May 28, 2010
Bookmark and Share
Sekali lagi saya sangat berminat untuk membicarakan isu tingkatan enam dalam ruang ini. Pada kesempatan ini saya cuba mengenal pasti punca mengapa 2/3 daripada sejumlah 280 orang pelajar yang ditawarkan ke tingkatan enam tidak mendaftarakan diri di sekolah saya Manakala sebilangan pelajar yang telah mendaftar sedang mengintai-intai peluang untuk keluar daripada tingkatan enam.

Aliran keluar dan masuk yang aktif.

Di sekolah-sekolah Pusat Pengajian Tingkatan Enam (PPTE) pada ketika ini masih lagi "sibuk". Para pelajar enam rendah masih belum lagi settled. Aliran traffic keluar masuk masih lagi berlaku walaupun pengajaran dan pembelajaran (p&p) telah bermula. Hal tersebut berlaku disebabkan masih ada beberapa lagi peluang yang mereka sedang rebut sebelum terlewat.

Pertama, ke matrikulasi IPTA. Selepas gagal ke matrikulasi KPM, para pelajar masih lagi berpeluang untuk ke matrikulasi serta pusat asasi yang dikendalikan oleh IPTA. Namun, lazimnya bilangan yang terlibat tidak begitu ramai kerana biasanya para pelajar ini mempunyai keputusan yang cemerlang dalam SPM tetapi enggan ke matrikulasi KPM.

Kedua, perpindahan keluar dan masuk sekolah. Ada sebilangan pelajar yang ditawarkan ke PPTE yang tidak bersesuaian dengan kedudukan tempat tinggal mereka. Sebagai contoh, sewaktu di tingkatan 5, para pelajar belajar di sekolah yang tiada tingkatan 6. Oleh itu, apabila tawaran sampai mereka ditempatkan di sekolah lain yang lebih jauh serta berkemungkinan tiada kemudahan asrama. Dalam kes ini para pelajar terpaksa mencari PPTE yang ada asrama atau memilih belajar di sekolah yang berhampiran dengan rumahnya walaupun ada kalanya terpaksa "berhijrah" ke negeri lain.

Ketiga, bertukar bidang. Kes ini lazimnya melibatkan para pelajar aliran sains. Mereka ditawarkan ke aliran sains memandangkan keputusan mereka yang agak baik serta layak untuk ditawarkan ke aliran sains. Walau bagaimanapun sejarah lampau barangkali banyak menghantui mereka. Bukan mudah berada di tingkatan 6 aliran sains. Jika diimbas kembali pengwujudan pusat matrikulasi serta asasi sains, fenomena ini ada asasnya. Justeru, ramai daripada kalangan mereka akan bertukar ke bidang kemanusiaan. Jika mereka ditawarkan ke sekolah (yang ada aliran sains) yang terletak jauh dari rumah, walhal ada sekolah PPTE yang terletak berhampiran dengan kediaman mereka tetapi tiada aliran sains, kebanyakan kes mereka akan memohon pula bertukar sekolah pula.

Keempat bertukar kerana reputasi sekolah. Dalam konteks semasa,t iada halangan kepada para pelajar untuk bersekolah di mana-mana. Walaupun pihak JPN menetapkan sekolah-sekolah tertentu untuk menerima para pelajar tersebut, tetapi selepas pendaftaran para pelajar boleh memohon tukar ke sekolah-sekolah lain yang dilihat lebih hebat. Kadang-kadang ia melampaui daerah dan negeri. Asalkan perkara-perkara asas seperti tempat penginapan tiada masalah, maka perkara-perkara lain turut tiada masalah.

Kelima, tawaran UPU. Menjelang hujung Jun dan awal Julai, fenomena gelombang kedua keluar masuk ini akan berlaku secara lebih besar. Pada ketika itu UPU akan menawarkan program diploma dan pra diploma kepada para pelajar yang layak. Sekitar 90% pelajar yang ditawarkan ke program tersebut akan menerima tawaran. Begitu juga ada yang ditawarkan ke program yang sama di IPTS. Kalau dilihat trend beberapa tahun lepas, para pelajar yang kekal bertahan di tingkatan enam sekitar 70% daripada jumlah pelajar tingkatan enam rendah yang ada.

Keenam, pengambilan kedua IPTA. Bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran ke IPTA, lazimnya akan membuat rayuan. Dalam kes-kes sebegini bilangannya tidaklah ramai. Mungkin sekitar beberapa orang sahaja.

Daripada beberapa faktor di atas, jelas sekali tingkatan enam bukanlah destinasi utama yang menjadi pilihan para pelajar selepas SPM. Sebab itulah hanya 1/3 pelajar yang ditawarkan ke tingkatan enam mendaftarkan diri di sekolah saya. Selebihnya ghaib dan tentunya tidak berminat. Saya melihat perkara ini agak serius. Saya berharap fenomena tersebut akan berkurangan apabila sistem modular (SM) dilaksanakan menjelang 2011. Namun, daripada penelitian saya, ada dua isu besar yang harus diberi peneilitian yang sewajarya. Pertama isu pembelajaran dan kedua isu persekitaran. Bagi menjelaskan kedua-dua isu tersebut, elok rasanya kalau saya membuat perbandingan dengan pesaing bagi kedua-dua isu tersebut sekali gus.

Isu Pembelajaran.

STPM dikatakan susah. Banyak buku kena baca. Belum ada jaminan pasti lulus STPM dan akhirnya ke menara gading. Berbanding dengan di IPTA atau di IPTS. Bilangan pelajar yang gagal mendapat diploma terlalu kecil. Sesi pembelajaran secara semester tidak membebankan pelajar. Peperiksaan ditadbir secara dalaman di IPTA dan IPTS. Oleh itu para pelajar lebih tahu skop topik yang akan diuji dalam peperiksaan. Selain daripada itu kerja-kerja kursus yang dilakukan akan menyumbah sejumlah peratusan yang agak besar dalam peperiksaan akhir.

Jadual waktu yang rigid. Di tingkatan enam masih lagi mengamalkan jadual waktu yang lebih kurang sama dengan para pelajar aliran perdana (tingkatan 1 hingga 5). Dalam kes di sekolah saya, beberapa aktiviti seperti R&D, kolokium, kokurikulum dilaksanakan selepas waktu p&p iaitu dari pukul 1.10 sehingga 2.30 petang. Keadaan ini berlainan di IPTA dan IPTS. Mereka akan datang dan pergi mengikut kesesuaian masa p&p. Selebihnya, sama ada mereka akan ke perpustakaan atau menyiapkan tugasan-tugasan di rumah atau di bilik-bilik khas.

Isu Persekitaran.

Kekurangan bahan di pusat sumber sekolah (PSS). Walaupun mata-mata pelajaran di peringkat STPM masih relevan dengan sistem persekolahan, namun bahan rujukan bertaraf prauniversiti tidak disediakan dengan secukupnya. Bahan-bahan bacaan ilmiah (bukan nota dan bahan rujukan peperiksaan) yang menyokong p&p sangat minimum. Sedangkan semua mata pelajaran di peringkat STPM tiada sebarang buku teks. Hal sedemikian tidak berlaku di IPTA dan IPTS. Masing-masing menjadikan pusat sumber sebagai tarikan utama para pelajar ke situ. Masing-masing menyatakan pusat sumber mereka mempunyai koleksi rujukan yang terbanyak berbanding pusat-pusat pengajian yang lain.

Peraturan yang rigid ke PSS. PSS masih mengikut prosedur biasa seperti peraturan yang dikenakan kepada para pelajar aliran perdana. Umpamanya mesti ada kebenaran guru atau bersama-sama guru sewaktu berkunjung ke PSS. Fenomena tersebut kadang-kadang menyebabkan para pelajar malas hendak ke PSS. Berada di IPTA dan IPTS, pusat sumber adalah "rakan" yang sangat akrab kepada para pelajar. Mereka bukan sahaja menjadikan pusat sumber sebagi tempat membuat rujukan malah pelbagai aktiviti lain termasuklah perbincangan, akses internet dan konsultasi dengan pensyarah.

Uniform sekolah. Daripada sembang-sembang dengan para pelajar yang tidak begitu seronok berada di tingkatan enam menyatakan bahawa mereka "cemburu" dengan rakan-rakannya yang berada di IPTA dan IPTS tidak lagi memakai uniform sekolah. Mereka dilihat sudah jemu memakai uniform sekolah sejak 11 tahun yang lalu. Keadaan tersebut tidak terlalu ketara kira-kira 10 tahun yang lalu kerana pada ketika itu tidak banyak IPTA dan IPTS diwujudkan untuk program-program pasca SPM.

Justeru, melalui pelaksanaan SM yang akan berlangsung pada tahun hadapan, kita tidak pasti sama ada sentimen tidak suka ke tingkatan enam akan berakhir atau akan mencetuskan pula fenomena yang lain. Sekali imbas, SM hanya berupaya menyelesaikan sebahagian isu pembelajaran sahaja. Jika dilihat jadual pelaksanaan sistem tiga semester seperti di matrikulasi dan di IPTA/ IPTS, ia akan meringankan beban pembelajaran para pelajar. Mereka akan menduduki tiga peperiksaan sepanjang tiga semester. Jika keputusan mana-mana dua semester awal tidak begitu baik, mereka boleh mengulang pada semester ketiga. Manakala jadual yang rigid masih lagi dilihat tidak berubah. Para pelajar dikehendaki berada di sekolah dari pukul 7.30 pagi sehingga 2.30 petang. Walau bagaimanapun saya tidak melihat ia satu masalah yang sangat besar lagipun para pelajar masih lagi "mesra" dengan budaya belajar yang sedemikian.

Namun, isu-isu persekitaran dilihat lebih mencabar pihak KPM. Walaupun banyak budi bicara serta penyelesian diserahkan kepada pihak sekolah, namun ia sebenarnya memerlukan campur tangan pihak KPM. Isu PSS yang saya nyatakan di atas serta banyak lagi kemudahan asas untuk prauniversiti seperti yang digariskan dalam senarai semak KPM sewaktu memantau minggu orientasi tingkatan enam rendah baru-baru ini perlukan tindakan segera daripada pihak KPM. Bilik kuliah (berserta peralatannya), bilik penolong kanan tingkatan 6, bilik guru para pensyarah, makmal sains, makmal komputer dan banyak lagi. Jika semau itu perlu dilengkapkan, sudah pasti akan memakan kos yang sangat tinggi.

Pada pandangan saya, pihak KPM perlu memikirkan alternatif lain yang lebih praktikal. Sebagai contoh membina sebuah PPTE di setiap daerah. Atau menukar status sebuah sekolah tertentu dalam setiap daerah daripada sekolah aliran perdana kepada PPTE. Oleh sebab bilangan pelajar tingkatan enam sehingga kini sekitar 1/3 daripada sejumlah yang ditawarkan maka pilihlah sekolah yang sederhana besar saiznya tetapi cukup prasarana untuk sebuah PPTE berfungsi dengan baik.

Kewujudan PPTE sejak dijenamakan semula sebenarnya mengundang beberapa sub budaya yang agak tidak sihat. Sebagai contoh, pemisahan pentadbiran antara PPTE dan aliran perdana mengundang tafsiran-tafsiran yang negatif serta berupaya mengeruhkan hubungan antara guru dan pihak pentadbiran.

Kewujudan perjawatan guru akademik tingkatan enam (GAT6) DG44, DG48 dan DG52 dilihat menjadi idaman kepada ramai guru. Bukan sahaja guru-guru yang pernah mengajar tingkatan enam, malah mereka yang tidak pernah mengajar pun turut berminat. Ada cerita-cerita yang menyatakan penolong kanan pun berminat melepaskan jawatan untuk memohon gred yang lebih tinggi dalam GAT6. Perkara tersebut tidaklah menjadi satu masalah. KPM pun membenarkan sesiapa yang berkelayakan untuk memohon GAT6. Walau bagaimanapun dalam proses memperakui GAT6, pihak Bahagian Sumber Manusia (BSM) punyai syarat tertentu bagi memilih GAT6 yag benar-benar layak. Justeru, ramai yang tak dapat. Maka banyaklah cerita-cerita, ulasan-ulasan, kritikan-kritikan yang pelbagai terhadap GAT6 yang diperakukan oleh pihak BSM.

Begitu juga dengan bentuk jadual waktu p&p para pensyarah tingkatan 6 yang turut dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Ia dilihat tidak adil jika dibandingkan dengan guru-guru aliran perdana. Waktu mengajar yang dilihat sedikit manakala kewajaran memasukkan beberapa aktiviti seperti R&D, kolokium, pentaksiran dan beberapa lagi dalam jadual waktu turut dipersoalkan.

Penglibatan dalam aktivit kokurikulum turut menjadi isu. Guru-guru tingkatan enam yang mengandalikan aktiviti kokurikulum di peringkat tingkatan enam masih perlu dilibatkan dalam aktiviti kokurikulum dalam aliran perdana. Oleh itu, setiap guru tingkatan enam mempunyai lebih daripada tiga bidang kokurikulum. Apabila keadaan ini berlaku menyebabkan beberapa salah faham timbul dan hubungan antara rakan sejawat mulai bermasalah.

Jika diteliti secara mendalam bayak lagi titik bengik yang timbul dengan pewujudan "dua" sistem aliran ini. Oleh itu, untuk perancangan jangka pendek dan panjang sangat wajar dan praktikal jika PPTE beropersi dalam sebuah sekolah di setiap daerah. Apa juga pembaharuan atau penjenamaan yang berlaku tidak akan menimbulkan rasa tidak senang pihak-pihak lain yang tidak berkaitan tetapi sering dikaitkan kerana salah tafsir tentang sesuatu perkara.

Jika alternatif ini menjadi realiti, lebih banyak daya tarikan dapat dilakukan. Masa pembelajaran yang lebih fleksibel, kemudahan asrama yang lebih optimum, isu uniform dan banyak lagi. Tidak hairan jika minat para pelajar akan bertukar arah dan bersedia menerima tawaran belajar PPTE! Tambahan pula, pegawai yang mengurus tingkatan enam di peringkat PPD, JPN dan KPM akan lebih mudah dan tentunya akan lebih efisyen.

Kesimpulannya, usaha menjanamakan semula tingkatan enam dilihat sangat wajar. Hal ini sedimikian kerana tingkatan enam merupakan "jalan terus" kepada para pelajar ke program ijazah di universiti selain program matrikulasi dan asasi sains. Walau bagaimanapun bagi meletakkan jenama tersebut sejajar dengan IPTA dan IPTS, ia memerlukan kepada usaha pemurnian keseluruhan sistem yang berkaitan.

BACA LAGI...

Wednesday, November 18, 2009

TERKINI TENTANG PERJAWATAN TINGKATAN ENAM.

Wednesday, November 18, 2009
Bookmark and Share
Beberapa kekusutan yang berlegar-legar dalam minda berubung dengan perjawatan dalam tingkatan enam sedikit sebanyak telah terungkai sewaktu menghadiri mesyuarat akhir tahun yang berlangsung semalam. Walau bagaimanapun maklumat yang aku nak kongsi dalam entri kali ini adalah maklumat yang aku dapat dari mesyuarat tersebut dan daripada Penolong Kanan Tingkatan Enam sewaktu beliau menghadiri taklimat yang sama dengan tuan pengetua di Teluk Intan.
Pertama. Jawatan Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) adalah jawatan fast-track untuk kenaikan pangkat, seperti Guru Cemerlang. Ertinya sesiapa yang menerima jawatan GAT6 berpeluang untuk pergi sehingga DG52 tanpa mengambil kira kaedah kenaikan pangkat secara KUP. Sebagai contoh, guru yang belum layak dilantik ke DG44 KUP, oleh sebab perkhidmatannya diperlukan di tingkatan enam, mereka boleh diperakukan bagi memangku jawatan tersebut selama dua tahun maksimum. Dalam tempoh pemangkuan itu mereka akan dibayar elaun pemangkuan gred DG44. Selepas dilantik secara hakiki DG44, mereka terus boleh memohon untuk ke gred DG48 tanpa menunggu selama 10 tahun.
Kedua. Bagi guru-guru (hehe.. macam aku lah) yang dilantik GAT6 DG44 Hakiki (ertinya yang dah cukup syarat ke DG48) akan digerakkan untuk mengisi kekosongan jawatan DG48 di mana-mana sekolah. Pertama dalam daerah dulu, kalau dalam daerah penuh, sampai antara negeri pun jadi! Itu yang aku ada rasa gembira dan ada rasa cemas!
Ketiga. Mengikut rangking kekananan, penolog kanan yang berjawatan hakiki adalah lebih kanan berbanding penolong kanan KUP! Jadi kalau kat sekolah, PK1 berstatus KUP, sedangkan PK Tingkatan Enam berstatus hakiki sedangkan kedua-duanya dalam gred yang sama, maka PKT6 lebih kanan! Hahaha... yang ini agak kelakar sikit. Bayangkan PK1 mengurus satu sekolah sedangkan PKT6 mengurus tingkatan enam sahaja! Ada PK1 yang panas hati dan telinga nih... Bagi aku, aspek ini pihak JPA atau BSM mungkin tak terfikir atau terlepas pandang semasa menggubal perjawatan tingkatan enam. Sebab, jarang-jarang aku dengar sekolah yang PK1 hakiki, kecuali di sekolah-sekolah luar bandar. Kalau kat sekolah aku, PK1 (mantan, sebab dah jadi pengetua) DG48 KUP. Bayangkan kalau ada GC48 hakiki! Sapa lebih kanan? Tapi, ialah dari pada segi jawatan pengetua tentulah lebih kanan dari sesiapa sahaja yang ada dalam organisasi tersebut kan?
Keempat. Boleh ke lagi menolak jawatan GAT6 ? Jawabnya, boleh sebelum 31 Disember 2009. Selepas tarikh itu sebarang permohonan untuk menolak GAT6 akan ditolak dan tidak akan dilayan.
Kelima. Sah, masa mengajar penolong kanan tingkatan enam hanya 8 waktu sahaja. Sama dengan waktu pengetua. Lebih sedikit berbanding dengan penolong kanan yang lain.Mungkin, alasannya PKT6 kena urus semua perkara berkaitan dengan tingkatan enam, kecuali kokrikulum sebab ada penyelarasnya.
Jadi, mungkin inilah sebabnya aku dengar-dengar ada orang yang "berebut" untuk ke tingkatan enam. Soal yang trcicir kerana telah memegang jawatan pentadbiran, itu cerita lain. Itu dngar kisahnya akan dimasukkan dalam pngisian fasa 1 klompok kedua yang aku kata kat atas tadi.
BACA LAGI...

Thursday, November 12, 2009

DI MANA ADA KEINGINAN, DI SITU ADA TUJUAN...

Thursday, November 12, 2009
Bookmark and Share
Aku sedar dah agak lama tidak "mempeduikan" blog ini lantaran masa aku yang masih 24 jam sehari semalam itu aku peruntukkan lebih kepada blog tingkatan enam [http://t6kjtm.blogspot.com]. Bukan tiada idea nak ditulis, bukan ketandusan ilham untuk dinukilkan, cuma macam falsafah cunfucius kata... tentang Yin-Yang. Kalau kita lebih di sana, maka kita akan kurang di sini. Begitulah sebaliknya.
Hujung minggu lepas aku "berhempas pulas " untuk menyediakan kertas undi online kerana pada hari Isnin (9/11/2009) aku terlibat dalam Pilihan Raya MPPPU. Bukan pandai sangat pun... yang sebenarnya aku memandai-mandai jer... Pertama kali aku nampak pilihan raya boleh dibuat secara online dengan menggunakan Googldoc sewaktu aku membuat borang soal selidik untuk kursus pembinaan blog tempoh hari. Setelah membuat exploration sikit, akhirnya aku rasa memang boleh.
Biasalah, first time guna memang banyak masaah yang timbul. Umpamanya apabila kita telah key-in sesuatu maklumat dalam borang, ia akan masuk ke dalam spreedsheet. Masalahnya jika kita buang maklumat tersebut, dalam rumusan masih ada. Aku ada bertanya pada sifu yang ajar aku masa LADAP di UPSI tempoh hari, tapi email aku tidak dijawab. Akhirnya aku belasah sendiri jer. Caranya kita kena delete dulu maklumat yang kita tak nak kemudian copy sekali lagi fail tersebut. Apabila muncul fail yang baru, summary tersebut akan hilang.
Hari pengundian tiba juga akhirnya. Harapan untuk menggunakan makmal ICT, tidak kesampaian kerana proses pengubahsuaian bilik tersebut masih belum siap sepenuhnya. Akhirnya kami memilih kantin sekolah. Ada sedikit masalah, kerana capaian wifi di kantin tidak begitu baik. Tenggelam timbul dan tercungap-cungap. Namun Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan lancar.
BACA LAGI...

Tuesday, November 3, 2009

SEKADAR MENABUR HARAPAN...

Tuesday, November 3, 2009
Bookmark and Share
Mungkin ada yang setuju dengan apa yang aku ingin katakan di sini. Dan, mungkin ada yang sebaliknya.
Peperiksaan awam yang besar-besar kat sekolah kian hampir. Apa yang terlebih besar daripada SPM dan STPM? Pada saat-saat begini, macam-macam program dengan macam-macam jenama sedang dilaksanakan di sekolah bagi usaha-usaha terakhir sebelum peperiksaan sebenar bermula. Segala-galanya demi satu nawaitu yang uniform, iaitu ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Apa lagi kalau bukan 'A'! Kalau dalam SPM berapa banyak A boleh dapat! manakala dalam STPM sama ada 4A atau 5A!
Hari ini pun serorang Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang, En.Khamdan Iskandar datang ke sekolah kerana ingin bertemu face to face dengan calon-calon STPM yang diharapkan akan mencapai straight A's. Setelah menangguhkan sebanyak dua kali, lebih kurang pukul 11.30 pagi beliau muncul di Bilik Gerakan.
Melihat wajah-wajah yang seramai enam orang itu, aku rasa kesian pun ada, rasa bangga pun ada. Kesian, sebab mereka memikul harapan nan tinggi pihak PPD untuk memperoleh sekurang-kurangnya 2 orang straight A's dalam daerah Batang Padang. Dalam daerah ini ada enam buah sekolah yang ada form six. Aku pernah ingin mengambil wajah mereka untuk di muatkan dalam blog tingkatan enam, tetapi tak berjaya sepenuhnya. Sebabnya mereka rasa takut kalau-kalau mereka tidak berjaya mengulangi atau mengekalkan kejayaan tersebut. Ialah, sekadar peperiksaan percubaan.
"Kalau nanti dalam peperiksaan sebenar kami tak berjaya, macam mana?" Soal salah seorang daripada mereka yang tak mahu diambil gambarnya.
Hari ini, mereka tiada pilihan! Terpaksa merelakan diri mereka diabadikan dalam foto bersama EnKhamdan! Sebab, En.Khamdan juga ada misi yang lain iaitu kena buat laporan turun padang buat dilaporkan kepada Ketua Sektor Pengrusan Akademik JPN Perak.
Bangga, sebab para pelajar sekolah aku yang enam orang itu turut disenarai bagi memugkinkan dua orang cemerlang dalam daerah Batang Padang itu wujud dalam keputusan STPM 2009.
Setelah berakhirnya sesi tersebut, aku bertanya kepada diriku sendiri. Membuat refleksi terhadap sistem pendidikan nasional masa kini. Dan, satu hakikat yang aku sangat yakin akan kebenarannya ialah, keenam-enam anak muridku itu kini berada dalam kondisi tertekan. Tiga beban serentak yang digalaskan di atas pundak mereka. Iaitu, mencemerlangkan sekolah, daerah dan negeri. Hal ini kerana, berdasarkan keputusan peperiksaan awam 2008, hanya STPM sahaja yang berjaya menempatkan dalam kelompok tujuh negeri teratas. Manakal peperiksaan-peperiksaan yang lain sangat mengaibkan. Paling aib ialah SPM, berada di tempat tercorot. 16/16!
Walau bagaimanapun, aku harapkan "beban" yang digalaskan di atas pundak mereka itu tidaklah seberat apa yang aku fikirkan pada peringkat awal, kerana aku pernah menyatakan kepada mereka bahawa, jangan hiraukan harapan orang lain, tetapi hiraukan harapan diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Ertinya, apa yang dibuat sebelum ini adalah untuk mencemerlangkan diri sendiri. Kalau keputusan yang akan mereka perolehi nanti sekadar untuk "disumbangkan" kepada pihak sekolah, satu prinsipal sudah memadai. Tetapi, lepas dapat satu prinsipal, hendak kemana pula lepas itu?
Justeru aku harap apa yang dinyatakan kepada para pelajar pagi tadi, sekadar menabur sebuah harapan... Apabila mampu mencapai kecemerlangan untuk diri sendiri, kenapa tidak sahaja berusaha lebih sedikit untuk mencapai keputusan yang terbaik yang menjadikan pihak PPD dan JPN berbangga dengan kejayaan tersebut.
Itu tidak termasuk pula cikgu-cikgu yang turut mengharapkan seramai mungkin pelajarnya mendapat pangkat A dalam peperiksaan tersebut. Malah sudah ada tawaran A dengan nilai RM tertentu... Adakah itu tekanan? Tentnya bukan! Oleh itu aku berharap kepada para pelajar agar menjadikan semua ini sekadar taburan harapan... Seperti harapan guru-guru juga.. Kalau tak tercapai, anda tidak perlu bayar apa-apa! Cuma, kalau tercapai, anda akan diraikan dalam segenap acara daerah dan negeri... Diwar-warkan seantero cerok dan jajahan negeri ini. Maka terhindarlah badi "malang" yang terpalit pada wajah pengarah dan pegawai pelajar daerah lantaran prestasi terburuk dalam peperiksaan awam 2008.
BACA LAGI...

Wednesday, October 28, 2009

RENDAH DIRI ATAU TAK YAKIN DIRI?

Wednesday, October 28, 2009
Bookmark and Share
Seminggu ini aku disibukkan dengan aktiviti mengambil foto untuk Pilihan Raya MPPPU. Mengambil foto calon-calon yang akan bertanding dan dimuatkan dalam sekeping poster. Kemudiannya ditampalkan dalam seluruh kelas tingkatan enam.
Ia merupakan sebahagian daripada proses kempen. Cuma untuk kali pertamanya dijalanakan, biar cikgu yang buat dulu. Harap-harap pada tahun hadapan ia akan dilaksanakan oleh para pelajar sendiri. Ertinya, sebelum mengadakan pilihan raya, kena set up dulu "suruhanjaya" pilihan raya untuk menegndalikan pilihan raya MPPU.
Alhamdulillah proses pengambilan gambar selesai pada hari isnin. Jadi hari ini aku bercadang nak ambik gambar lima orang pelajar yang telah dipilih sebagai para pelajar terbaik percubaan STPM 2009. Aku fikir, tak lah sesusah mengambil gambar calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya MPPU. Bialangannya pun cuma lima orang.
Rupa-rupanya dugaanku salah. Aku hanya sempat mengambil tiga daripada mereka sahaja. Chao, Shahira dan Syafinas. Lagi dua orang tak datang sebab demam dan sorang lagi memang tak nak! Yang tiga orang tu pun jenuh memujuk dan merayu... Antara lain kata mereka,
"Ala cikgu, bukan periksa betul.. Cuma percubaan sahaja..."
Mahu jer aku tarik depa tu ke bilik pengurusan tingkatan enam. Tapi, kang masuk paper plak... seorang cikgu mencabul kehormatan pelajar! Ish, ish... mintak dijauhkan! Cuma, disebalik itu semua, ada persoalan melintas benakku. Mungkin betul juga tindakan mereka tu. Ialah, dalam peperiksaan ni... macam-macam boleh jadi. Kalau cemerlang dalam percubaan tetapi sebaliknya pulak berlaku dalam peperiksaan sebenar macam mana? Secara jujur aku pun tak dapat nak jawab.
Mungkin itu adalah tanda merendah diri. Lebih-lebih lagi di hadapan rakan-rakan mereka pulak. nanti ada yang kata berlagak plak. Tetapi, harap-harap ia bukan tanda tidak yakin pada diri sendiri. Jika itu semua sebagai tanda tidak yakin, ia boleh mengundang masalah dalaman yang boleh mengganggu persiapan terakhir sebelum peperiksaan.
Walau apa pun aku menghormati prinsip mereka tu. Sebab itulah aku tak muatkan gambar di atas dalam Laman Pra Universiti, SMK Khir Johari, Tg.Malim. Justeru aku letakkannya di sini sebagai satu catatan peribadiku sahaja. Sambil mendoakan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang!
BACA LAGI...

Thursday, October 15, 2009

"MEMASYARAKATKAN" APLIKASI ICT ...

Thursday, October 15, 2009
Bookmark and Share
Dalam detik waktu yang berlalu ini, aku teringat satu ungkapan yang aku masih pegang sehingga kini. "Apa yang paling payah ialah memulakan sesuatu...". Begitulah agaknya... Apa-apa pun bila hendak membuat sesuatu yang baru itu memang susah dan banyak tribulasinya.
Aku bersama rakan-rakan dalam Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) sedang berusaha untuk mengadakan pilihanraya kali pertama kepada para pelajar di sekolah ini. Sehingga kini kami telah menyelesaikan aktiviti penerangan dan penamaan calon. Alhamdulillah segalanya nampak berjalan dengan baik seperti apa yang dirancang. Cuma, oleh sebab ini adalah kali pertama aktiviti seumpama ini dilaksanakan, maka beberapa salah faham berlaku. Lebih-lebih lagi sesi penamaan calon dibuat secara dalam talian menggunakan google document. Ialah, sebagi satu usaha untuk memasyarakatkan aplikasi ICT dalam konteks pelajar tingkatan enam. Bukanlah terror sangat, nak guna ilmu yang kami dapat semasa LADAP di UPSI tempoh hari. Kalau tak guna, nanti lupa pulak.
Aku terpaksa membawa laptop ke kelas-kelas untuk membolehkan para pelajar mengisi "kertas pencalonan" sebelum dihantar menerusi wireless broadband. Apa yang menarik, ada yang mengisi nama sendiri, sedangkan dia adalah pencadang atau penyokong kepada calon-calon yang disenaraikan. Aku pejam sebelah mata aja lah... Untuk kali ini aku benarkanlah... Kerana, orang yang isi borang tu merupakan pelajar yang agak celik ICT. Kalau aku sekat, kuranglah pulak calon yang agak berkaliber.
Kejadian aneh seterusnya... Mereka ingat terus mengundi! Masing-masing kerumun laptop... Aku nak gelak pun ada...
"Ish.. awak nak undi sapa?, senarai calon yang nak diundi pun tak ada lagi.." Kawan-kawan yang ada di situ gelak terbahak-bahak.
Tiba-tiba datang lah pulak pelajar lain..
"Meh. aku nak undi!" Maksudnya bukan hendak mengundi tetapi nak buat pencalonan, tetapi salah guna istilah...
"Bukan nak undi.. nak buat pencalonan laa.." Aku menjelaskan istilah yang sebenar kepadanya. Budak itupun tersipu-sipu malu.
Mula-mulanya aku ingat hanya ada tiga pencalonan sahaja dari tiga kelas tingkatan enam rendah. Rupa-rupanya setelah sesi pencalonan ditutup pada 12.00 tengah malam semalam, ada enam "kertas pencalonan" yang dihantar. Dua daripadanya merupakan posting lewat, iaitu sekitar 10.00 malam.
Untuk berlaku adil serta bagi membolehkan semangat berpilihan raya akan terus membara sehingga hari pengundian iaitu pada hari khamis depan, aku senaraian sepenuhnya nama-nama tersebut walaupun ada yang bertindan.
Walaupun proses pilihan raya ini tidak sepenuhnya seperti apa yang dilaksanakan oleh SPR, setidak-tidaknya mereka tahu aliran proses pilihan raya dari mula sehingga pengumuman keputusan dilaksanakan. Oleh itu, ia diharap dapat memberikan gambaran umum selaras dengan sukatan pelajaran Pengajian Am kertas 1.
Maklumat yang selanjutnya boleh dirujuk DI SINI
BACA LAGI...

Sunday, October 4, 2009

BANYAKNYA BLOG CIKGU!

Sunday, October 4, 2009
Bookmark and Share
Membiarkan masa berlalu tanpa sebarang catatan dalam ruang ini, terasa sangat mendukacitakan. Namun, begitulah manusia... bila kita buat itu, kita tak buat ini. Kerana itu dan ini menggunakan ruang masa yang sama.
Aku bukan tak ada idea nak digondam dalam blog ini, malah beberapa idea datang sewaktu aku "bertungkus limus" menghasilkan sebuah lagi blog yang aku kira tak kurang pentingnya. Blog tersebut aku namakan Laman Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim.Sebenarnya aku dah lama berjanji nak buat blog khas untuk form 6, tetapi aku seperti tak mampu nak memulakannya.Apatah lagi janji nak memberi kursus dalaman kepada GAT6 untuk membina blog masing-masing. Nasib baik setakat ini masih tak ada lagi cikgu-cikgu yang menuntut janji tersebut.
Cuma, semasa pendaftaran kokurikulum beberapa hari yang lalu, aku melihat perlunya satu wadah yang dapat djadikan sebagai rujukan kepada guru dan pelajar tingkatan 6. Dan, tentunya medianya berasakan web... Justeru malam itu aku cuba memulakan suatu tugas yang penting. Membina blog buat julung kalinya untuk tingkatan enam. Sebelum ini maklumat tentang tingkatan 6 aku tempekkan dalam laman web sekolah. Tetapi, oleh sebab server laman itupun dah tutup... bukan sahaja pautan tingkatan enam hilang, malah laman web sekolah juga dah ghaib!
Setakat ini, laman itu dah aku bina walaupun tak dapat tamplet yang baik. Untuk maklumat aktiviti dan informasi, aku dah masukkan sebaiknya. Selebihnya aku kena jumpa PK Tingkatan 6 untuk dapatkan maklumat terkini.
Hari Jumaat lepas aku dah paparkan laman itu kepada para pelajar 6 rendah yang aku ajar.
"Banyakknya blog cikgu!" Itu yang terpacul dari bibir beberapa orang dalam kalangan mereka apabila dapat tahu aku juga yang handle blog tersebut.
Aku tak dapat jawab secara tepat. Aku cuma berkias-kias, bagi menampakkan aku tak terbeban dalam menguruskan laman tersebut. Cuma, aku berharap agar laman tersbut dapat dijadikan one stop centre kepada para pelajar tingkatan enam dalam mendapatkan maklumat dan melaporkan aktiviti yang dijalankan. Begitulah harapannya...
BACA LAGI...

Sunday, September 13, 2009

BLOG PENGAJIAN AM...

Sunday, September 13, 2009
Bookmark and Share
Setelah bebrapa ketika mengendalikan blog Perpektif Cikgu Maleque(CPM), aku terfikir mengapa aku tak buat blog untuk mata pelajaran yang sedang aku ajar kini? 
Justeru, dengan pengetahuan yang agak bertambah tentang blog ini.. aku cuba dengan sedaya upaya untuk menampikan konsep yang agak berbeza dengan blog PCM. Aku cuba cari templet yang sesuai serta fitur-fitur yang bersesuaian dengan konsep blog mata pelajaran. Apatah lagi mata pelajaran di tingkatan enam alias pra-universiti katanya.
Satu lagi perkara, blog PENGAJIAN AM 900 (klik pada imej di atas) ini aku tak cadang nak update hari-hari macam PCM. Aku bercadang untuk menjadikan blog PA900 ini sekadar satu laman yang menempatkan resos tentang mata pelajaran PA bagi memudahkan anak-anak murid aku khususnya mengakses pelbagai pautan yang bersesuaian tanpa pergi merata-rata tempat. Namun, itu hanya cadangan. Maklumlah nak memindahkan maklumat dalam PC ke scribd.com pun bukannya cepat. Lebih-lebih lagi dua tiga hari ini talian streamyx aku rasa lembab semacam!
Setidak-tidaknya, bila aku dipanggil untuk mengisi slot program peningkatan akademik pada masa-masa akan datang, aku juga boleh cadangkan kepada mereka untuk melawat blog PA900 aku tu... Termasuklah dokum en yang berkaitan dengan teknik mendekati soalan.
Satu lagi, bila dah dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) sebagai jawatan hakiki, inilah bidangnya. Segala-galanya berkaitan dengan P&P. Aku tahu aku agak tertingal berbanding beberapa orang GAT6 sekolah lain yang lebih proaktif, tetapi kalau aku tak memulakannya sekarang, aku akan terus tercicir daripada arus penggunaan pembelajaran berasaskan web.
Aku harap usaha aku ini akan berhasil... Ini sekali gus akan menambahkan lagi masa aku menghadap pc... yang aku tak pasti berapa jam sehari... Dan, setakat hari ini (termasuk blog yang aku dah tak selenggara kerana peralihan minat...) ada lima buah blog kesemuanya. Namun daripada sejumlah itu, hanya tiga blog sahaja yang aku bercadang untuk menyelenggaranya secara regular. Iaitu PCM, PA900 dan Desertasiku (tidak dibuka untuk umum).
Satu lagi harapan, jika ada cikgu-cikgu yang aku cilok bahannya untuk dilinkkan dalam blog aku ini, atau yang aku senaraikan blognya dalam bloggroll aku, mohon halalkan... Maklumlah bila kita guna internet nih.. hak cipta seakan ditolak ketepi.namun, begitu juga.. sekiranya cikgu-cikgu ingin memanfaatkan apa-apa juga dalam blog PA900 tu.. Silakan... Itu saya namakan perkongsiam setara Hehe...
BACA LAGI...

Tuesday, September 8, 2009

ISU PENYELIDIKAN TINGKATA ENAM : INI RESOLUSI KAMI...

Tuesday, September 8, 2009
Bookmark and Share
Isu penyelidikan tingkata enam ternyata masih belum berakhir. Situasi berkabus dan berjerebu menyelubungi minda guru, apatah lagi para pelajar. Sehingga kini masih belum ada panduan  khusus yang pihak sekolah terima. Jadi, masing-masing punyai tafsiran tersendiri. Ada 15 orang guru, setidak-tidaknya ada dua "mazhab". 
Satu hendakkan format penyelidikan yang sebenar. Ertinya memadai sebuah kajian sepanjang tiga semester di pra universiti. Ala-ala tesis gitu... Masalahnya, bukan semua cikgu ada latar belakang penyelidikan yang mantap. tidak semua Guru Akademik Tingkatan 6 (GAT6) punyai pengalaman menjalankan research pendidikan. 
Kedua, golongan yang mahukan sekadar tugasan atau assignment. Justifikasinya masuk kat kepala gak. Bebudak ni bila masa nak belajar tentang research methodology?  Kat universiti pun setidak-tidaknya satu semester belajar! Itupun blur gak... Jadi, ajar depa buat assignment dah... Ikut subjek yang mereka ambil kat form 6...
Jadi, Penolong Kanan Tingkatan 6 mendesak "Ketua Penyelidik Tingkatan 6" (Hehe.. bukan aku lah..) buat taklimat pasal penyelidikan nih.. Aku masih guna istiilah research sebab dalam jadual ditulis R&D dan Kolokium... Jadi dia pun mintak aku isi slot tu... Peh.. Juling biji mata aku nak  cari bahan. Jenuh seluruh pelusuk internet aku jelajah cari kalau-kalau ada orang dah upload bahan yang bersesuaian.. hampeh tak ada! Sabtu dan Ahad semalam aku jumpalah blog Cik Rodzi, SMK Michael, Ipoh... Aku copy maklumat yang dia paparkan kat blog dia tu... tapi sambil buat sambil fikir... tak sesuai rasanya nak bagi kat budak... Very technical! Tapi, aku buat juga sampai siap. 
Hari ini ketua penyilidik tanya pasal bahan.. dia nak perbanyak dan bagi kat bebudak... Aduss! Apa aku nak cakap! Aku pun tunjuklah powerpoint yang aku buat tu... dia pun tak setuju... payah... Sudahnya kami mula pukul 8.00 pagi sampai 12.15 tengahari mengadap laptop untuk cari bahan yang sesuai... Hehe... bebudak upper six tengah trial jadi banyak masa free... Sudahnya, bukan kaedah penyelidikan yang terhasil! Tapi, format penulisan sahaja yang mampu dibuat...
Pukul 12.30 tengahari bebudak mula masuk ke PSS. Cikgu pun sorang demi sorang mengisi ruang hadapan PSS. Hah... selepas intro, aku terus betulkan audience mind set. Aku takut depa espect aku bagi tahu kaedah penyelidikan. Namun, sebelum aku go through aku sentuh juga kaedah membuat tugasan satu perkara yang lain, teknik penulisan pula satu perkara  yang lain... Masa kami buat handout sejak pagi tadi, kami dah buat keputusan bahawa objektif  kami nak mintak pelajar hasilkan assignment jer... Itu lebih penting kerana bila depa ke U nanti... setidak-tidaknya mereka tahu bagaimana nak buat assignment. Sebab, kaedah membuat assignment biasanya tak diajar secara formal kat U. Ikut pensyarah jer...
Alhamdulillah, semua penerangan selesai sekitar 1.55 petang. Namun aku keluar dari PSS sekitar 2.10 petang sebab ada guru yang masih tak clear terntang format tersebut. Aku bagi tahu beliau.. Format assignment sebenarnya bermula dengan memilih tajuk. Tajuk jangan terlalu umum. Lebih spesifik tetapi agak menarik dan kelihatan lebih ke arah tajuk penulisan ilmiah.
Contoh: Jerebu: Tindakan Mapan Perlu Dicari
Tajuk tu sebenarnya berfokus kepada langkah mengatasi. Mata pelajaran Pengajian Am. Esei laras sastera.
 Format kandungan tugasan (contoh):
  1. Introduksi
  2. Definisi
  3. Mengubah Persepsi Individu
  4. Kerajaan perlu proaktif
  5. Kerjasama dengan Negara Jiran
  6. Perspektif Undang-undang
  7. Penutup
Semoga perjumpaan pada petang tadi membawa sedikit sebanyak manfaat. Masih ada sikit lagi perkara yang masih dibahaskan. Mengikut arahan semasa, setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan assignment mengikut mata pelajaran yang diambil termasuk MUET. Jadi, setidak-tidaknya ada lima assignment kena dihasilkan.Selamat berbuka puasa..
BACA LAGI...

Friday, August 21, 2009

AKHIRNYA JANJI TELAH KUTUNAIKAN...

Friday, August 21, 2009
Bookmark and Share
Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua aku berjaya menghadirkan diri ke SMKDZM bagi mengisi slot Program Peningkatan Mata Pelajaran Pengajian Am. Setelah dua kali menangguhkan pertemuan, pada hari ini aku datang lebih awal dan terus menuju ke Bilik Gerakan Sekolah. Aku hampir-hampir sahaja menangguhkan untuk kali ketiga, apabila pihak BSMM Cabang cuba mengatur pertemuan untuk bertemu Pengarah Pusat Kokurikulum, UPSI atas urusan yang tidak kurang pentingnya. Akhirnya aku mengatakan tidak dapat hadir kerana ingin memenuhi janji yang tertangguh itu. Syukur, aku membuat keputusan yang tepat kerana perjumpaan tersebut terpaksa ditangguhkan ke esok petang.
Masa aku mula masuk Bilik Gerakan (lebih bkurang 2.25 petang), lebih kurang 10 orang pelajar berada di situ. Akhirnya seramai 27 orang pelajar tingkatan Enam Atas yang hadir. Masa itu, tiada seorang guru pun yang ada. Selepas bebrapa ketika kaunselor pelajar masuk dan memaklumkan bahawa ketiga-tiga guru Pengajian Am tiada di sekolah. Seorang ke Kedah mengambil anak, yang dua orang lagi kursus. Oklah tu...! Sekurang-kurangnya aku tidak menghadapi "tekanan" daripada kehadiran guru-guru Pengajian Am yang aku pasti lebih senior dalam konteks pengalaman mengajar mata pelajaran Pengajian Am. Aku memulakan perkongsian maklumat sekitar 2.35 petang.
Sepanjang sesi perkongsian maklumat tersebut, aku mendapati respon pelajar sangat bagus. Sesi soal-jawab agak rancak pada semua bahagia. Namun, banyak soalan berlegar pada bahagian D. Alhamdulillah aku cuba menjawabnya dengan sedapat mungkin. Aku menmatkan kalimat yang terakhir sekitar jam 5.15 petang.
Terima kasih, kepada warga SMKDZM yang masih sudi menunggu kehadiranku... Ingatkan dah tak jadi bila dua kali membuat penangguhan. Terima kasih kepada semua pelajar atas tumpuan serta perehatian yang diberikan. Semoga berjaya hendaknya.
BACA LAGI...

Saturday, August 8, 2009

SUATU CATATAN PENGALAMAN YANG BESAR PENGERTIANNYA...

Saturday, August 8, 2009
Bookmark and Share
Setelah memastikan tiada apa-apa aktivti keluar, aku bercadang nak men"defrag" ruang karyaku yang bersepah serta tidak sedap mata aku memandangnya. Meja tulis dengan beberapa buah fail serta buku yang "main aci letak" memang menambahkan kusut fikiran sesiapa yang sahaja yang menengoknya. Atas meja pc bil-bil celcom serta bil air yang belum dilunaskan... Entah macam mana kali ini dalam "kawanku" boleh terlicin diambil semua, jadi bila ada bill yang datang lewat kena masukkan baliklah beberapa keping not RM50 untuk membolehkan aplikasi pembayaran bil atas talian dapat dilakukan.
Tiba-tiba aku teringat untuk menghantar sms kepada janji yang telah aku berikan secara lisan tetapi entah kenapa sehingga semalam aku tak menerima sebarang pengesahan daripada cikgu tersebut sama ada jadi atau tidak program peningkatan mata pelajaran Pengajian Am di sekolahnya. Aku menerima panggilan hari sabtu lepas sewaktu aku di market ikan... Antara lain aku kata, oklah.. hantarlah surat rasmi ke sekolah.
Semalam aku hantar sms serta beberapa kali buat panggilan tetapi hairannya tidak berjawab. Aku, mudah sahaja... "no news is good news.." Aku tak perlulah ke sana... tak payah susah-susahlah... Lagipun cikgu sekolah situ aku dah jumpa masa program daerah hari itu... agaknya tak jadilah.. sebab imput yang lebih kurang sama aku akan bagi kat student dia..
Lebih kurang sepuluh minit sebelum 8.00 pagi, aku rasa macam tak sedap hati.. sms aku kirim
bagi memastikan aku tidak silap membuat keputusan..
"Saya anggap teknik menjawab PA pd hari ini batal sbb x ada surat rasmi dr sekolah, dan cikgu x jawab panggilan dan sms saya.. tkasih"
Sedang aku baru on pc.. tetiba ada panggilan masuk.. Bila sahaja aku jawab salam daripada suara yang memanggi..
"Cikgu, jadi ker datang ke sekolah kami..."
"Hah! Kenapa? Jadi ker program tu?"
"Kami sedang tunggu cikgu nih..."
"Ya Allah.. kenapa tak respon sms dan panggilan saya semalam?"
"Cikgu call sapa?"
"Entah... nombor 019-5xxxxxx"
"Saya mintak dia uruskan... "
"Saya tak terima pun surat dari sekolah cikgu..."
"Ha? Saya dah faks... kat saya ni ada salinannya..."
Setelah beberapa ketika bertukar-tukar suara termasuk dengan tuan punya nombor itu... Aku bersetuju untuk hadir kerana memandangkan seramai 60 orang pelajar sedang menunggu, aku rasa simpati sangat. Mahu jugak aku tolak... memandangkan bukan salah aku!
Aku melihat jam 8.30 pagi. Aku masih tak bersiap langsung! Kena hantar anak pula tusyen kat sekolahnya... Jadi aku sambar mana-mana yang patut dan wajib sahaja dan sambar laptop dan terus keluar! Aku berdoa, minyak kereta aku cukup untuk menyampaikan ke sana kerana aku tak nak kehilangan banyak masa... Aku singgahkan anak aku kat sekolah dulu dan terus masuk highway Behrang.
Aku masuk highway Behrang sekitar 8.45 pagi melalui lorong Touch n Go sebab bimbang nanti masa keluar kena queue pulak.. Dalam keadaan macam itu, aku hanya berharap... tiada speed trap dan minyak cukup. Ada ketikanya kelajuan kereta aku mencecah 170 kmj, tetapi tidak kurang daripada 150 kmj. Dengan kelajuan itu aku sampai di tol keluar sekitar 9.18 pagi! Betullah intuisi aku, masa keluar tol memang banyak kenderaan berderet-deret. Masa sebegitu aku biasanya akan teringat iklan Roslan Aziz nak kereta buruk, kena potong dek budak-budak muda yang naik kereta baru! Oleh sebab jalan agak kurang lancar, aku sampai di sekolah tersebut sekitar 9.25 pagi.
Sebaik sahaja kaunselor menyerahkan majlis kepada aku, aku terus memecut macam aku naik kereta tadi! Bayangkan ada lima bahagian nak dikongsi sedangkan masa yang diberi lebih kurang 1 jam 45 minit.
Aku harap perkongsian maklumat aku itu akan memberi manfaat kepada para pelajar di situ... Aku sedar, aku bukan malaikat yang mampu mengeluarkan semua kejahilan bagi menempatkan semua maklumat yang dikehendaki... Lebih-lebih lagi, dalam kelompok tersebut ada dua buah sekolah rupanya. Aku sedar, aku cuma akar yang ditemui bagi menggantikan sebatang rotan yang dicari... Mohon maaf atas kekurangan di sana-sini. Jika dipanjangkan umur dan ada kesudian pihak tuan rumah, tahun hadapan kita jumpa lagi dengan ruang masa yang lebih panjang ...
Dalam perjalanan balik, aku geleng-geleng kepala... lantas aku teringat pesan salah seorang PPD suatu ketika dulu... Semasa aku menjadi emcee sempena pemasyhuran nama sebuah sekolah rendah di TM...
"Malek, Lebih baik kita terlebih maklumat daripada terkurang maklumat"
"Kalau terlebih maklumat memudahkan banyak pihak, tetapi.. kalau terkurang maklumat menyusahkan semua orang.."
Datang pula ungkapan kaunselor sewaktu pembukaan majlis tadi.. "Kita yakin bahawa setiap sesuatu perkara itu pasti ada hikmahnya... Tunggulah beberapa ketika lagi, Insya Allah kita akan faham hikmahnya itu"
Hehe... mungkin ada betulnya. Bye!
BACA LAGI...

Tuesday, August 4, 2009

PERKONGSIAN MAKLUMAT DENGAN RAKAN-RAKAN...

Tuesday, August 4, 2009
Bookmark and Share
Seawal 7.50 pagi, aku dah tiba di SMK Sungkai. Untuk menjayakan Program Peningkatan Mata Pelajaran Pengajian Am daerah batang Padang. Entah, aku tak pasti apa yang aku akan kongsikan dengan guru-guru bagi meningkatkan ketrampilan guru-guru dalam mengajar mata pelajaran yang maha penting dalam STPM itu.
Mengikut jadual, aku bermula jam 8.45 pagi. Sebelum itu majlis memberi laluan kepada wakil PPD. Tetapi, hakikatnya aku lah "wakil" PPD itu, (sebab pegawai khas yang ditugaskan menyelia tingkatan enam call aku semalam menyatakan beliau tidak dapat hadir) jadi aku terus memulakan program jam 8.30 pagi. Tanpa pengacara, atau ucapan alu-aluan daripada pihak tuan rumah, aku terus sahaja mengemudi majlis. Aku sengaja berbuat sedemikian... Kerana, aku tidak mahu dilihat oleh guru-guru seperti orang luar, atau penceramah pakar atau yang seumpama dengannya. Aku mahu dianggap adalah sebahagian daripada mereka. Justeru, aku memilih satu "tema' sendiri yang lebih bersifat tidak formal. Lagipun aku memang sudah biasa dengan sekolah tersebut. Ramai juga guru-guru yang otai-otai adalah kawan-kawan yang aku telah kenali sama ada melalui mata pelajaran Pengajian Am sendiri ataupun Kesusasteraan Melayu yang aku libati sejak sekian lama.
Tidaklah terasa nervous sangat... Cuma aku tidak pernah berbicara depan guru-guru Pengajian Am dalam konteks memberi input penting kepada mereka. Terasa juga sedikit kekok apabila guru-guru yang agak lewat datang itu jauh lebih berpengalaman mengajar mata pelajaran tersebut berbading aku. Entahlah... mahu je aku beberapa orang cikgu yang lebih berpengalaman itu ke hadapan dan aku yang duduk! Tapi, tentu lebih banyak buruk daripada baiknya nanti... Alhamdulillah, nampaknya bahagian A, B dan C berjalan dengan agak baik dan lancar. Tetapi, apabila masuk ke bahagian D, aku terasa tersangkut-sangkut. Alhadulillahlah beberapa orang guru yang sama-sama berkursus di Hill City baru-baru ini sama-sama berkongsi idea. Bolehlah tampung di sana-sini.
Sesi petang bermula sekitar jam 2.15 petang. Hanya satu bahagian sahaja iaitu bahagian E. Tak kurang juga cabarannya. Bantuan daripada rakan-rakan amat aku hargai. Menjelang jam 3.10 petang, majlis diserahkan kepada cikgu J. Beliau bercakap tetang software mind manager. Very interesting... Kalau boleh buat untuk kertas satu tentu lebih umpph. Aku dah dapat ideanya cuma kena explore lagi...
Aku harap perkongsian singkat yang kami adakan pada hari ini akan membuahkan hasil. Sasaran JPN Perak mahu pencapaian STPM negeri Perak 2009 akan berubah dari tangga ke-7 ke tangga ke-5 mudahan dapat direalisasikan.
BACA LAGI...

Saturday, August 1, 2009

GAT6: APABILA MENJADI PUSAT PEMERHATIAN...

Saturday, August 1, 2009
Bookmark and Share
"aku tgok guru akademik tg 6 skrg ni bkn main eksen lagi, jalan dah mndabik ke langit, cakap tinggi tak mcm dulu.. perasan sgt, kerja tak seberapa gaji melambung, beban tgs takat gah on paper je, knyataannya mgajar tahap dulu2 juga..tapi ya rabbi sombongnya mcm prasan jd psyarah universiti...tapi...perasan je lbih..guru2 camni ada plak hati nk dpt 48 cpt...mkn gaji buta jer la..."

Setelah meneliti berulang-ulang kali komen di atas, banyak perkara yang datang merentas benak fikiranku. Mungkin ada benarnya segelintir guru yang mengajar tingkatan enam atau dikenali juga Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) kelihatan "eksen" pada pandangan guru-guru bukan tingkatan enam. Tetapi, aku tak fikir ia melibatkan semua guru. Sebenarnya tabiat eksen ini bukan sahaja kelihatan pada GAT6, malah guru ganti atau guru sandaran tidak terlatih (GSTT) atau sesiapa sahaja pun boleh kelihatan eksen. Hal itu kerana tabiat tersebut lebih menyangkut sifat dalaman individu. Cuma (dalam kalangan GAT6), kalau sebelum ini ia tidak begitu kelihatan mungkin kini semakin ketara. Itupun bukan kerana disebabkan sangat faktor GAT6, tetapi mungikin "pemanatuan" setiap gerak laku, turur kata yang semakin teliti oleh guru-guru lain.
Reaksi sebegini sebenarnya akan berlaku apabila sesuatu perjawatan baru diwujudkan atas kapisiti kenaikan pangkat atau berlakunya kenaikan gaji-elaun. Sebagai contoh lain ialah jawatan Guru Cemerlang dan BISP dalam PPSMI. Sebab, semua orang berkeinginan untuk mendapat peluang yang sama. Tetapi apabila peluang atau insentif yang lebih kurang sama untuk guru-guru yang mengajar di kawaan pedalaman (elaun daripada RM500 sehingga RM1500) tiada sesiapa yang mencemburuiya. Hal tersebut kerana tidak semua orang sanggup mengharungi detik-detik getir semasa di kawasan pedalaman tersebut.
Sebenarnya bukan suatu yang mudah untuk guru-guru tingkatan enam memilih opsyen sebagai GAT6. Kalau dalam konteks sekolah-sekolah yang berhampiran bandar atau bandar di mana ramai guru-guru yang telah menghampiri tahap kanan, opsyen tersebut ternyata lebih sukar. Bukan semua guru yang layak ke DG52, DG48 dan DG44 akan digerakkan ke gred-gred tersebut secara otomatik. Malah ramai juga yang "berputih mata" lantaran adanya halangan kuota. Justeru ramai juga yang menerima pergerakan gred setara , cuma apa yang berubah hanyalah daripada KUP kepada hakiki. Jika keadaan itu berlaku... individu tersebut tidak mendapat apa-apa imbuhan walaupun sesen.
Sehingga kini memang pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum tingkatan enam masih belum mantap. Masing-masing mengikut budi bicara sekolah. Tidak kurang sekolah yang melaksanakan sepenuhnya waktu persekolahan dari pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang. Kami dimaklumkan ia akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun depan. Sehingga tarikh itu, penguatkuasaan balik pukul 4.00 petang berlaku mengikut budi bicara sekolah. Jika keadaan ini diperhalusi, guru-guru GAT6 terpaksa berhadapan dengan waktu kerja pejabat sepanjang baki hayatnya dalam perkhidmatan! Sedangkan ada sebahagian guru yang terlibat tidak mendapat sesen pun imbuhan daripada skim tersebut! Malah ramai juga GAT6 yang menunggu masa sahaja untuk KUP 44 dan 48. Ertinya, tunggu sahaja lagi tiga empat tahun terus dapat gred tersebut tanpa ambil lebihan masa berada di sekolah kerana mengajar tingkatan enam. Malah, ramai guru yang telah menerima perlantikan ke DG44 KUP pun... Akhirnya menerima pelantikan sebagai GAT6 yang tarikh lantikannya beberpa bulan lebih awal berbanding DG44 KUP. Justeru penerimaan tersebut bukan sangat kerana gahnya jawatan GAT6... tetapi kerana telah sekian lama mengajar di tingkatan enam.
Soal "gaji buta" suatu yang sangat subjektif dan relatif... Kita tidak berhak mengukur beban kerja orang lain dengan imbuhan gaji yang diterima. Secara logik akal sepatutnya pekerja kolar biru dibayar gaji lebih berbanding pekerja kolar putih. Kerana, mereka memerah tulang empat kerat, bekerja di bawah panahan terik mentari dan sebagainya. Tetapi, ia tidak pula sedemikian. Mengapa agaknya? Lalu aku teringat pesan cikgu semasa sekolah dulu... "Pekerja dibayar gaji mahal sebab akalnya, bukan tenaganya..." Justeru, akal juga sepatutnya dapat memahami betapa subjektifnya antara kerja dan gaji, dan antara upah dan beban tugas. Lagi pun bukan semua kerja orang lain kita dapat lihat secara jelas.
Entahlah... Menurut akalku yang serba pandir ini, apabila kita ingin melihat sesuatu yang bersifat subjektif biarlah menggunakan 'kaca mata" yang sesuai. Jika kita melihatnya menggunakan kaca mata yang "kurang power" atau kita mengalami "buta warna" sebaiknya lebih baik bertanya kepada orang yang lebih "jelas penglihatannya". Kata bijak pandai "Lebih baik kita tidak membuat sebarang tafsiran daripada salah dalam membuat tafsiran..." Wallahu 'Alam.
BACA LAGI...

Monday, July 20, 2009

PROGRAM PENINGKATAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM

Monday, July 20, 2009
Bookmark and Share
Entah mengapa aku agak tergocoh-gocoh sikit pagi ini sehingga menyebabkan tak jumpa surat jemputan dari SMK Sungkai bagi mengadakan perkongsian pengalaman dalam Program Pemantapan mata Pelajaran Pengajian Am. Justeru aku menghantar sms kepada Cik Rozi guru PA di situ untuk bertanya pukul berapa program bermula. Menurutnya pukul 8.30 pagi. Memandangkan jarak Sungkai dan TM tidak lah begitu jauh, maka aku mengambil keputusan untuk mengikuti perhimpunan rasmi dulu. Setelah jam menunjukkan pukul 8.00 pagi, aku meninggalkan perhimpunan untuk bergegas ke sekolah tersebut. Alhamdulillah aku sempat menemui PK1 sebelum perhimpunan, jadi aku sekadar perlu mengisi buku keluar masuk guru dan terus bergerak ke Sungkai.
Memandangkan aku pernah dijemput ke program yang sama pada tahu lepas, pada kali ini aku rasa seperti berdepan dengan murid-muridku sendiri. Justru, mana yang aku perlu aku bagi semuanya. Cuma aku tidak sediakan handout. Terpulanglah bagaimana mereka mencatat. Apa yang penting ialah kesungguhan mereka "menadah" maklumat yang aku sampaikan selama hampir 3 jam. Sedikit kesilapan maklumat berlaku. Aku ingat program sampai pukul 11.00 pagi. jadi aku berhenti pada pukul 11.15 pagi. Namun, setelah Cik Rozi dipanggil, beliau mengatakan program sampai pukul 12.00 tengah hari. Adusss... Aku rasa bersalah lalu mengambil mikrofon semula dan menyambung kembali "bebelan" sehingga pukul 12.00 tengah hari.
Biasalah, kat mana-mana pun, pelajar perempuan nampaknya lebih fokus. Bukan bererti semua pelajar lelaki tiada fokus, cuma antara sebab aku berhenti pukul 11.15 pagi sebab ada segelintir pelajar-pelajar lelaki minta berhenti rehat dulu... Jadi lebih baik berhenti terus daripada berhenti rehat dan sambung semula. Tentu lagi lewat habis. Lagi pun aku dah janji pada PK1 akan balik sebelum 1.10 petang sebab aku ada kelas 1.10 sehingga 2.20 petang.
Terima kasih kepada seramai lebih kurang 70 orang calon-calon STPM SMK Sungkai, kerana perhatian yang anda semua berikan. Semoga akan sukses dalam peperiksaan yang tinggal 121 hari lagi.
BACA LAGI...

Thursday, July 2, 2009

RESEARCH TINGKATAN ENAM: DAH PILIH TAJUK...

Thursday, July 2, 2009
Bookmark and Share
"Kuliah" penyelidikan dan R&D 2.00 hingga 4.00 petang ini bermula dengan agak hambar. Aku tercari-cari apakah bahan yang nak digunakan. Minggu lepas kelas terpaksa ditangguhkan sebab para pelajar sibuk membuat experiment untuk pameran sempena Karnival sains dan Teknologi. Okey lah, bagi aku itupun sebahagaian daripada P&P juga.
Budak-budak sains ni nampaknya agak berminat juga dengan research. Persiapan aku yang agak kurang lancar pun akhirnya berjaya menarik minat mereka. Pada hari ini aku cuba mendekatkan aspek-aspek yang paling asas tentang penyelidikan. Bermula dengan apakah tujuan buat penyelidikan atau untuk apa sesuatu penyelidikan itu dilakukan. Sudah tentu ia bermula dengan masalah. Jika semuanya okey, tiada masalah... maka, buat apa buat kajian. Sebab sesuatu kajian itu menuntut pengorbanan masa dan tenaga.
Selaps itu aku kaitkan pula dengan rasional serta objektif sesuatu kajian. Rasional ialah justifikasi yang kita pilih untuk melaksanakan sesuatu kajian. Manakala objektif pula ialah apa yang kita harap diakhir kajian yang kita jalankan. Sesudah jelas rasional dan objektif kajian, barulah kita tentukan siapakah yang akan menjadi sampel kita. Jika sampel kita itu perlu kepada aspek reprisentativness, tentulah data yang kita akan cari adalah bersifat kuantitatif. Justeru, sejumlah populasi tertentu perlu ditetapkan. Jika tidak, kajian kita hanya bersifat kajian kes, iaitu hanya merujuk kepada kes yang kita kaji sahaja. Oleh itu ia tidak mewakili mana-mana populasi (tiada reprisentativeness). Walau bagaiamnapun oleh sebab kajian itu merupakan kajian secara kuantitatif maka bilangan sampel tidak kurang daripada 30 orang (N=30) tetap diperlukan.
Satu pilihan yang lain ialah, kajian secara kualitatif. Tidak perlu sampel yang ramai, tetapi kajian ini perlu dijalankan secara mendalam. Mungkin tiga empat orang sampel, tetapi mungkin melalui lima sesi temubual setiap orang!
Sejurus pemilihan sampel selesai, barulah kita tetntukan apakah data yang perlu diperolehi daripada para sampel. Sama ada data tersebut berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Jika kualitatif, ia berkaitan dengan temu bual, pemerhatian, catatan jurnal, dokumen dan sebagainya. Manakala data kuantitatif pula berbentu, questionare atau soal selidik, survey dan sebagainya.
Aku tidak menjangka para pelajar akan bertindak cepat apabila aku bagi tahu mereka bahawa minggu depan, mereka kena bawa tajuk yang sesuai. langsung di situ juga empat tajuk bagi empat kumpulan diputuskan. Melalui LCD projektor, aku terus taip pada slaid.
  1. Kajian tentang masalah kepuasan hati pelajar terhadap kualiti kebersihan dan penyediaan makanan di kantin.
  2. Kajian terhadap amalan melepak sewaktu P&P
  3. Kajian tentang sikap obses terhadap "online game"
  4. Kajian terhadap tabiat merokok dalam kalangan pelajar

Minggu depan aku bercadang untuk menjelaskan tentang kajian literatur. Mengapa penting dan bagaimana hendak melakukannya. Aku harap semangat para pelajar yang kelihatannya berkobar-kobar untuk buat penyelidikan ni akan berpanjangan. Semoga pada akhirnya empat buah kajian akan dihasilkan seterusnya dibentangkan dalam kolokium tingkatan enam.

BACA LAGI...

Monday, June 22, 2009

AHA... SURAT NAIK PANGKAT LAGI?

Monday, June 22, 2009
Bookmark and Share
Sewaktu aku memasuki ruang pejabat sekolah awal pagi tadi, aku terpandang seorang rakanku memegang beberapa keping kertas yang aku rasa nak tahu sangat...
Surat tersebut berkaitan dengan kenaikan pangkat bagi guru-guru yang sedang memangku jawatan DG44, DG48 dan DG52 di tingkatan enam. Cuma, apa yang aku rasa sedikit pelik ialah tarikh pemangkuannya bermula dari 1 Januari 2008. Sedangkan bagi guru-guru yang dilantik secara KUP atau hakiki bermula pada 16 Mei 2009.
Bagi menjawab tanda soal tersebut, aku cuba menghubungi pegawai di JPN, Unit Naik Pangkat. Antara lain pegawai tersebut menyatakan bahawa tarikh tersebut ada kaitan dengan permohonan fasa pertama untuk jawatan guru akademik tingkatan enam. Pada masa jawatan tersebut untuk pertama kalinya diiklankan, guru-guru tersebut sememangnya mengajar di tingkatan enam tetapi mereka tidak layak untuk diperaku kerana tidak cukup syarat. Umpamanya masih belum lulus PTK atau baru mengajar di tingkatan enam. Oleh itu mereka dilantik untuk memangku jawatan tersebut mulai 1 Januari 2008. Lagipun iklan guru akademik tingkatan enam pertama kali diklankan pada hujung 2007 bagi mengisi jawatan yang sepatutnya bermula pada 1 Januari 2008. Oleh sebab proses di Bahagian Sumber Manusia dan JPN mengambil masa yang agak panjang, barulah pada tahun 2009 ia diperakukan untuk menjalankan tugas sebagai guur akademik tingkatan enam.
Dalam kes aku, aku dilantik secara hakiki sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam bermula 16 Mei 2009 kerana aku telah dilantik secara KUP pada 1 Januari 2005. Kiranya aku ditempatkan secara hakiki untuk mengajar di tingkatan enam bermula dari tarikh tersebut. Walaupun aku berada di tingkatan enam, aku masih boleh memohon apa-apa iklan yang berkaitan dengan KUP umpamanya pengisian jawatan DG48 KUP. Cuma, aku kena keluar dari tingkatan enam.
Satu lagi maklumat yang aku dapat adalah, tiada jawatan Guru Cemerlang di tingkatan enam! Aku tanya'
"Setakat ini tiada...?"
"Bukan"
"Habis tu...?"
"Tiada warrant untuk jawatan Guru Cemerlang di tingkatan enam" Tegas pegawai itu.
"Oh.."
"Kecuali, guru cemerlang sedia ada diperaku untu mengajar di tingkatan enam (melalui permohonan), maka dia akan jadi Guru Akademik Tingkatan Enam sama ada kenaikan pangkat secara setara (contoh DG44 ke DG44) atau gred yang lebih tinggi (contoh DG44 ke DG48)"
Tentang "Enrolment murid 1750 orang" itu menurut pegawai tersebut, kat Perak ni hanya ada sebuah sekolah sahaja. Pengetuanya DG52 manakala guru-gurunya berpeluang untuk dinaikkan pangkat yang lebih tinggi. Tetapi sekolah tersebut tidak ada tingkatan enam.
**************************
Begitulah pencarian maklumat aku.... Hari ini aku bernasib baik kerana aku terus dapat bercakap dengan pegawai yang memang tahu tentang urusan perjawatan tersebut. Sekarang ini aku kena lebih sensitif dengan urusan-urusan yang sebegitu. Ini kerana aku bimbang lantaran kejahilan kita, kita akan tercicir akhirnya.
BACA LAGI...

Thursday, June 18, 2009

RESEARCH AND DEVELOPMENT DAN KOLOKIUM

Thursday, June 18, 2009
Bookmark and Share
Hari ini aku menempa sejarah peribadi yang tersendiri. Kekadang aku hampir tak percaya bahawa aku mengajar kertas Research and Development dan Kolokium dalam kalangan pelajaran tingkatan enam. Sejak sekian lama mengajar di tingkatan enam, tak ada terlintas nak bantu pelajar-pelajar ni buat penyelidikan dan pembangunan dan akhirnya laporan kajian tersebut dibentangkan dalam satu kolokium.
Masih terlalu awal untuk melihat sejauhmanakah perkenalan para pelajar aku dengan R&D akan menghasilkan satu atau beberapa buah tangan yang layak dikategorikan sebuah kajian ilmiah. Hal ini kerana ia satu tugasan yang agak payah. Lebih-lebih lagi apakah 'imbuhan' yang mereka akan dapat apabila kajian tersebut berjaya dijalankan. Ada markah ke... dalam pengiraan CGPA. Kalau didasarkan kepada apa yang sedang berlangsung di tingkatan enam atas, memang tak ada apa-apa lah! Kalau serupa itulah hakikatnya, jenuh lah memaksa bebudak tu buat tapi akhirnya tak kemana juga...
Petang tadi aku bersama seorang guru mendedahkan tentang worldview bidang kajian kepada para pelajar kelas sains. Daripada konsep-konsep asas kajian pendidikan sehingga jenis-jenis kajian serta perbezaan antara kajian secara kualitatif dan kuantitatif. Aku nampak bebudak memang blur dengan apa yang aku sampaikan. Sememangnya aku tak aspek jauh-jauh... sebab aku dulu pun ambik masa nak faham bagaimana nak buat penyelidikan. Bila buat tesisi barulah agak clear. Jadi bila budak secara purata memberi skala 2 hingga 4 (1 paling rendah dan enam paling tinggi), aku rasa oklah. Lagipun penjelasan dan kuliah aku dibantu dengan LCD projektor.
Aku nampak, sekurang-kurangnya para pelajar tersebut agak jelas apa yang dinamakan kajian dan bagaimana ia harus dimulakan. Aku bernasib baik kerana cikgu yang bersama-sama aku tu berkebolehan dalam menjalankan kajian secara kuantitatif. Justeru, aku melihat ia menjadi pelengkap kepada pengetahuanku yang agak cetek dalam paradigma penyelidikan secara kuantitatif.
BACA LAGI...

Tuesday, June 16, 2009

PILIHAN MUKTAMAD!

Tuesday, June 16, 2009
Bookmark and Share
Hari ini aku telah memuktamadkan pilihan untuk kekal sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam. Lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi aku menandatangani borang persetujuan untuk tujuan tersebut. Aku tidak terlalu pasti adakah aku akan tergolong dalam kalangan orang yang beruntung atau sebaliknya. Cuma aku rasa selesa berada di tingkatan enam setelah kembali mengajar pada tahun 2003. Sebelum itu aku pernah berkhidmat di tingkatan enam seawal 1996 sehingga 1998.. Selepas itu aku terpaksa menarik diri kerana mata pelajaran Kesusasteraan Melayu terpaksa 'tutup kedai'. Kini aku lebih 'terjamin' kerana aku mengajar mata pelajaran Pengajian Am, mata pelajaran wajib pada peringkat STPM.
Selainya aku rasa tak ada masalah dengan beban tugas sebagai "pensyarah Tingkatan Enam" ni... Cuma bab ada kuota untuk ke DG48 dan DG52 itu sahaja yang aku tak berpuas hati. Aku bercadang nak tulis kat akhbar tentang perkara tersebut agar pihak yang bertanggungjawab dapat menjawab masalah tersebut. Walau bagaimanapun aku mengharap dalam tempoh terdekat ini ada berita baik tentang tingkatan enam.
Namun hati kecilku seakan meyakinkan aku bahawa aku perlu menerima tawaran ini. Lagipun aku masih boleh memohon untuk mengisi kekosongan jawatan KUP apabila ada iklan. Cuma pada masa itu aku kena keluar daripada tingkatan enam. Tetapi jika aku tidak memilih tingkatan enam sekarang, rasanya samapi bila-bila pun aku tidak akan dapat mengajar tingkatan enam.
Cabaran berada di tingkatan enam telah mula terasa. Mulai minggu ini bermulanya masa mengajar sehingga pukul 4.00 petang! Hari ini kelas terakhir aku pukul 2.40 petang dan selebihnya ada urusan persendirian yang berkaitan dengan research. Hari khamis ini aku akan berhadapan pelajar 6 rendah sains untuk berbincang dalam bentuk tutorial bagi menjalankan kajian atau penyelidikan. Dalam kepala, ada beberapa idea yang boleh dilakukan bagi menyuburkan budaya menyelidik dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Cuma, bagaimanakah nantinya pelaksanaan dalam kalangan pelajar masih terlalu sukar dijangka. Terasa bersyukur sangat semasa di peringkat sarjana hari itu aku memilih mode kajian sepenunya. Tentunya banyak yang boleh bantu para pelajar. Apa yang sedikit merisaukan ialah, aku hanya menguasai paradigma kajian secara kualitatif. Aku harap akan mendapat gandingan guru-guru lain yang berkebolehan dalam menjalankan kajian dengan menggunakan paradigma kuantitatif.
BACA LAGI...

Tuesday, May 26, 2009

GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM 2

Tuesday, May 26, 2009
Bookmark and Share
Hari ini dengan kepala yang agak berserabut membuat beberapa tindakan yang agak desperado! Bermula dengan berbincang dengan kawan-kawan yang menerima perakuan untuk menjadi Guru Akademik T6 dan yang bukan....
Perbincangan masih berkaitan dengan persoalan semalam yang masih tiada jawapan pasti... Lebih kurang pukul 11.00 pagi aku berjumpa dengan Pengetua. Mintak pandangan beliau tentang tawaran tersebut. Akhirnya setelah berbincang panjang beliau mencadangkan aku menelefon pihak JPN Perak. Setelah beberpa kali mencuba pada pukul 3.45 petang baru aku berjaya menembusi talian Unit Naik Pangkat JPN. Walaupun aku tidak bercakap sendiri dengan pegawai yang bertanggungjawab, tapi aku dapat beberapa jawapan.
Pertama. Kedudukan pangkat untuk tingkatan enam adalah mengikut kuota. Bergantung kepada bilangan kelas yang ada. Menurut Pn.X, ia bergantung kepada waran yang ada. Jika ada perubahan daripada segi bilangan kelas maka waran akan ditambah.
Kedua. Seseorang guru yang layak memohon bagi urusan pemangkuan ke gred yang lebih tinggi secara KUP tidak bertentangan dengan pelaksanaan dengan perjawatan di tingkatan enam ini... Ertinya, dalam kes macam aku nih.. aku boleh mohon. Cuma jika dilantik ke gred yang lebih tinggi secara KUP, aku tidak boleh mengajar di tingkatan enam. Walau bagaimanapun, berasaskan kepada "kontrak" selama 5 tahun mengajar di tingkatan enam, aku rasa guru-guru akademik tingkatan 6 tidak akan ditawarkan ke DG48 KUP kurang daripada lima tahun..
Ketiga. Tarikh pelantikan untuk Guru Akademik Tingkatan Enam bukan dikira sebagai tarikh kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat ke DG44 dikira semasa aku dilantik sebagai guru DG44 KUP (1/1/2005) , bukan 16/5/2009. Jadi kekananan dalam DG44 bukan dikira semas dilantik sebagai DG44 hakiki.
Keempat. Dalam kes aku, tiada sebarang perubahan gaji! Macam biasa. Kalau ada pun hanya kenaikan gaji tahunan. Kecuali mereka yang masih DG41 tetapi diperaku untuk memangku DG44. Bayaran urusan pemangkuan adalah mengikut selisih gaji antara DG41 yang sedia ada dengan mata gaja di DG44 yang terhampir, dan tidak kurang daripada satu kenaikan tahunan.

BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template