The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Thursday, May 5, 2011

ISU PANAS.... TENTANG TINGKATAN ENAM LAGI!

Thursday, May 5, 2011
Bookmark and Share
Isu yang melibatkan tingkatan enam sekali lagi meniti di dada akhbar. Isu yang mungkin tidak berlaku di negeri-negeri lain, tapi inilah antara hakikat yang berlaku di negeri Perak. Isu ketidakakuran seperti apa yang digariskan dalam Taklimat Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam oleh JPN Perak pada tahun 2009 sukar disembunyikan lagi.

Tulisan yang keluar dalam akhbar Harakah 5 Mei 2011, adalah sebahagian menifestasi luahan kecelaruan tersebut. Ringkasnya ia menuntut tindakan pemantauan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum sistem modular dilaksanakan sepenuhnya. Ada baiknya juga sistem tersebut ditangguhkan. Kalau mengikut apa yang terkandung dalam garis panduan tersebut, sistem tersebut sepatutnya dilaksanakan pada kemasukan pelajar baru pada 9 Mei 2011 ini. Namun, mungkin kekurangan persediaan dan juga kekaburan banyak pihak dalam memahami pelaksanaan tersebut menyebabkan sistem tersebut ditangguhkan sehingga tahun 2012. Apatah lagi beberapa buah negeri masih dibelenggu masalah dalam proses pelantikan guru akademik serta penolong kanan tingkatan enam, termasuklah negeri Perak juga.

Sama ada suka atau tidak nampaknya pihak KPM terpaksa membuat pemantauan bagaimana status pelaksanaan pembelajaran di tingkatan enam sekarang ini yang dikategorikan melalui era transisi daripada era konvensional kepada sistem modular. Walaupun sistem modular belum dilaksanakan, tetapi format pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan di seluruh pusat pengajian prauniversiti di Malaysia.


Facebook Comments

8 PANDANGAN:

Anonymous said...

Selagi PPTE tidak diasingkan dengan aliran perdana secara fizikal, banyak pertindihan atau "grey area" dijangka terus wujud. Cadangan untuk mengadakan bangunan PPTE yang berasingan memang bernas. Jika sistem modular dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa perancangan dan sistem pengurusan yang baik, pelajarlah yang menjadi mangsa akhirnya.

Anonymous said...

Diharap KPM bercampur tangan terhadap isu tingkatan enam yang dianggap bercelaru selama ini.Pihak pentadbir khususnya pengetua haruslah mematuhi panduan pengurusan Tingkatan 6 secara profesional dan martabatkanlah jawatan Penolong Kanan Tingkatan 6. Peruntukkanlah bilangan guru untuk PPTE mengikut kadar 2.3 x bilangan kelas.Ini bermaksud purata bilangan waktu setiap pensyarah dalam seminggu adalah 20 waktu. Satu lagi perkara penting ialah kawal saiz kelas, bilangan pelajar setiap kelas antara 15 hingga 30 orang.

Anonymous said...

Melihat kepada keributan serta kehuruharaan yang berlaku di PPTE, semua pihak (terutamanya pihak penggubal dasar) memikirkan kembali usul sebelum penjenamaan semula tingkatan enam ini dilaksanakan. Iaitu, pewujudan kolej prauniversiti di peringkat daerah. Cadangan tersebut tidak dilaksanakan sebab ia menelan kos yang tinggi serta tidak banyak menyumbang kepada peluang kenaikan pangkat dalam kalangan pengetua terutamanya.

Bilangan guru yang akan dilantik mungkin tidak seramai pelantikan GAT6 yang ada sekarang. Tidak ramai pengetua yang berpeluang naik pangkat ke DG52 kerana hanya sebuah sekolah sahaja di setiap daerah.

Namun, melihat kepada apa yang berlaku sekarang, penjenamaan tingkatan enam di sekolah-sekolah yang sedia ada tingkatan enam tidak banyak mengarah kepada yang positif. Selain daripada proses pelantikan yang sangat lembab di peringkat KPM selebihnya ia memperlihatkan kelemahan pihak pengurusan sekolah.

Umpamanya, kemudahan fizikal yang disediakan untuk tingkatan enam sangat dhaif. Hal ini terjadi kerana pendafatran pelajar enam rendah pada bulan Mei, menyebabkan kelas serta prasarana sekolah telah digunakan sepenuhnya oleh kelas-kelas yang lain. Akhirnya kelas yang tinggal ada kalanya tidak ada kerusi dan meja.

Selain daripada itu, kewujudan tingkatan enam kini menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan guru-guru yang tidak terpilih ke tingkatan enam. Justeru, masalah yang timbul dalam kalangan GAT6 tidak dapat sokongan dan dokongan yang padu daripada guru-guru lain. Sehingga ada yang mencadangkan agar tingkatan enam mencari dana sendiri untuk memperlengkapkan prasarananya. Seolah-olah tigkatan enam hanya berstatus menumpang di sekolah yang sedia ada atau seperti berstatus "kelas" bantuan modal.

Anonymous said...

Sekolah saya mengalami masalah yang sama. Tiada komputer disediakan untuk pelajar Tingkatan 6. Bilik komputer yang sedia ada tidak berfungsi lagi kerana semua komputer telah rosak. Sesetengah kelas T6 terpaksa berapung kerana kekurangan bilik darjah. Guru T6 mengajar 24 waktu dengan bilangan pelajar melebihi 40 orang dalam sesetengah kelas T6. KPM haruslah memastikan semua masalah ini diatasi sebelum memulakan sistem modular.

Anonymous said...

Di sekolah saya, prasarana untuk tingkatan 6 adalah saki-baki apa yang telah diagihkan kepada para pelajarlain. Alasannya, kome udah besor.. kesian kat adik2 yang kecik2.... usahkan bilik komputer tak ada.. kelas untuk belajar pun tak cukup... Dalam hal ni, saya setuju kalau KPM buat pemantauan terhadap prasarana untuk tingkatan 6... Belum masuk dalam pemikiran pentadbir bahawa apabila sesebuah sekolah itu dijadikan PusatP engajian Tingatan Enam, maka Ting.6 lah yang mendapat keutamaan... kalau masalah kelas tak cukup.. kena turunkan kelas-kelas yang lebih rendah ke sesi petang...

Anonymous said...

Salam. Isu Tingkatan 6 makin panas. Ada Pengetua di sekolah yang ada Tg.6 yang begitu daif pengetahuannya. Ada yang gagal memahami transformasi yang cuba dilaksanakan dalam Tingkatan 6. Apa yang lebih mendukacitakan Guru Penolong Kanan aliran perdana seringkali memperlekehkan pengurusan Tingkatan 6. Aktiviti Ko Kurikulum Tg.6 mahu disatukan dan tidak mahu memahami garis panduan yang telah dikeluarkan oleh KPM. Bukan sahaja Pengetua tidak faham malah PPD juga kelabu tentang pengurusan Tingkatan 6. Tak payahlah buat sistem modular tu kalau tidak cukup persediaan fizikal dan maklumat pengurusan yang tepat kepada sasaranya.

Anonymous said...

Saya setuju tingkatan 6tu diasingkan, mudah menangani konflik yang timbul antara guru2 aliran perdana dengan guru tg 6. Ok lah kalau guru2 tg 6 mahu diasingkan dari aliran perdana sepenuhnya, mereka haruslah mematuhi peraturan2 pengurusan tg 6, mereka harus mematuhi jadual waktu bertugas harian yg waktu balik tak sama dgn guru aliran perdana, ada kolokium, aktiviti kokurikulum dan tutorial spt yg trdpt d matrikulasi dan asasi, janganlah nak cabut balik awal, datang aktiviti hujung minggu liat! haaah inilah masalahnya bila guru2 lantikan tg 6 ni berada d sek harian biasa, but bukan semua tau!!!!

Anonymous said...

KPM nampaknya lembab dalam melihat isu yang menyelubungi pengurusan Tingkatan 6 di Negeri Johor.Ada pengetua yang langsung tidak mahu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM sendiri. Malahan sering mengejek-ejek Penolong Pengarah JPNJ dengan kata apa yang Penolong Pengarah Tingkatan 6 boleh buat...Sekarang ini sudah ada berita dsari kalangan Pengetua Tingkatan Negeri Johor yang mengetepikan garis panduan tersebut dan engkar terhadap transformasi yang cadangkan oleh KPM. Adalah dicadangkan supaya Pengarah PPJ dapat mendapat maklum bals dari semua PKTg.6 seluruh negeri Johor supaya melaporkan status perlaksanaan garis panduan tersebut. Adalah juga dicadangkan kepada Pengetua-Pengetua sekolah-sekolah Tingkatan 6 di negeri Johor yang engkar melaksanakan perubahan tersebut supaya melepaskan jawatan kenaikan DG52 dan DG54, kerana mereka mendapat kenaikan tersebut atas tiket waran baru perjawatan Tingkatan 6. Mereka ini adalah duri dalam daging dalam merealisasikan transformasi Tingkatan 6 yang turut menjadi agenda TPM yang merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template