Thursday, November 5, 2009

BEHOON ATAU CHEESE KEK?

Thursday, November 5, 2009
Bookmark and Share
Aku keluar rumah seawal 7.00 pagi untuk menuju ke Ipoh bagi mengikuti satu taklimat penting dalam pengurusan peperiksaan. Biasanya pakej taklimat sebegini berlangsung dalam dua hari satu malam. Tapi, kali ini ia hanya berlaku dalam setengah hari sahaja. Kalau diikutkan memang mencukupi. Cuma aku treingat kata-kata mantan Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan di JPN,
"Kami nak bagi hadiah kat cikgu-cikgu kerana sudi menjadi ketua pengawas, memang tak boleh dan tak ada duit, jadi kami bagilah peluang cikgu-cikgu bermalam di hotel, rehat-rehat diri dan makan-makan.."
Kali ini niat itu tidak berlaku. Mungkin nak jimatkan perbelanjaan agaknya. Kalau tidak, tak mungkin ada dua pucuk surat untuk satu tujuan yang sama. Bezanya, yang pertama ada bermalam dan yang kedua tidak bermalam. Kemudian... yang kedua memansuhkan yang pertama.. Kira bab nasakh mansukh lah nih...
Aku tak kisah sangat itu semua.. Bermalam atau tidak bagi aku tak penting. Apa yang lebih penting bagi aku ialah pengisian maklumat yang hendak disampaikan kepada para peserta. Kalau orang macam aku nih... Insya Allah tak datang taklimat pun boleh run exam... Sejak 2003 aku handle exam nih... Setahun dua kali!
Bertaklimat di Heritage Hotel, Ipoh pun bukannya pertama kali.. Entah berapa kali pun aku tak ingat... Bukanlah berpuluh kali pun.. sebab tak fokus nak mengigat... empat lima kali pun tak dapat nak ingat hehehe... kata lah banyak kali.. Dalam bahasa 'Arab, tiga dan ke atas dah dikira jama'...
Entahlah kenapa aircond hotel tu sejuk betul.... Pakai coat, long sleeve dan neckless singlet tak cukup untuk mengwal suhu badan. Sebelum ini, rasanya taklah macam tu. Kalau tak disebabkan rasa malu (sebab duduk di baris ketiga dari depan), mahu sahaja aku keluar untuk memanaskan sedikit badan. Tapi, aku tengok orang lain yang tak pakai coat... releks dan slumber jer.. aku rasa tersangat hairan. Nak kata badan kurang lemak, hehehe... tak mungkin..
Menjelang jam 12.00 tangah hari, aku rasa memang tak tahan dimamah kesejukan. Melihat pamflet yang dibekalkan dalam folder, ada sejam lagi... Adusss.
"Eh.. rasa macam nak demam jer nih..?" Aku merasakan ada sesuatu yang luar biasa sedang menguasai diri aku sekarang... Sambil perut pulak rasa semacam jer...
"Nih tentu pasal sarapan pagi tadi" Aku menduga-duga kualiti makanan yang tidak baik telah menyerang perutku sewaktu bersarapan di lobi hotel pagi tadi.
Akhirnya detik yang aku nanti-nantikan sampai juga... Lebih kurang 1.10 petang, kami semua ke ruang makan hotel sebelum bertolak balik. Dengan perut yang agak tidak selesa, aku sebenarnya sudah kehilangan separuh daripada nafsu makanku. Jadi, aku pilih beberapa menu yang nampak sedap di mata..
Apabila suapan pertama masuk ke dalam mulut, aku sudah terasa... aku tak dapat menghabiskan makanan yang aku ambik itu. Pertama, masalah perutku yang semakin menunjukkan "perangainya".. dan yang kedua, aku rasa makanan itu memang kurang ummph... "Syukurlah" bukan aku seorang yang tak habis makan... Setidak-tidaknya, aku tidak berseorangan dalam menilai kualiti rendah pada makanan tersebut... Secara ikhlas, kalau perutku tidak bermaslah, aku masih lagi mampu menghabiskan makanan itu... walaupun sampai "terbelak-beliak bijik mata"... Tak elok membazir!
Menuju keluar dari kawasan hotel, aku semakin terasa "nak demam"... Hehe... bukan hendak dan mintak-mintak demam... Rasa tidak selesa dan seram sejuk mula menjalar dalam tubuhku...
"Alamak, minyak nak habis!" Aku barau perasan minyak aku tinggal satu takuk dan pada bila-bila masa sahaja lampu kuning pada panel itu akan menyala. Aku pun setlah pada GPS aku untuk mencari stesyen minyak ESSO yang terdekat. Rupa-rupanya baru aku faham satu lagi perkara dalam GPS nih.. Kalau kita set nak pergi ke satu-satu tempat sebagai satu titik laluan, kalau tersilap masuk... dia tak akan navigate ke situ lagi.. dia akan teruskan ke destinasi utama yang kita dah set awal... Jadi, kalau kena pergi juga ke satu-satu kena set sebagai satu destinasi baru... Akhirnya aku terpaksa mengisi minyak di Shell kerana aku telah meninggalkan jauh stesyen ESSO Gunung Rapat.
Melihat jam di tangan sudah mencecah jam 1.40 petang, aku kena berhenti di R&R Tapah untuk solat qasar Zuhur dan jama' taqdim Asar sekali. Oleh itu, aku terus membelok ke highway melalui tol Simpang Pulai.
Sewaktu meinggalkan R&R Tapah, rasa seram sejuk badan semakin terasa dan perut pula semakin memulas-mulas. Aku terasa seperti keracunan makanan.
"Ini mesti behoon pagi tadi lah nih.."
Namun, sangkaan itu segera beralih kepada punca-punca yang lain sebab isterku dan anak-anakku hampir satu rumah demam dan mengalami diarrhea.
"Apa yang kami makan ha?" Itu antara soalan yang berlegar dalam mindaku sejurus aku mendapat maklumat daripada isteriku itu.
Tiba-tiba aku teringat...
"Kek Cheese........"
"Patutlah aku rasa kek tu lain macam jer... keras dan namapk macam berongga sedikit pada permukaanya" Aku cuba mematut-matutkan pula bahawa kek keju itu menjadi penyebab kepada apa yang sedang kami sekeluarga alami.
Perjalan sejauh 140 km itu aka rasa seperti 400 km jauhnya! Aku tak dapat memberikan seratus peratus fokus terhadap pemanduanku. Justeru, keluar dari tol Slim River, aku terus mencari masjid untuk melelapkan mataku sepicing dua.
Tidak juga lena sepenuhnya, tetapi aku tersdar sebaik sahaja muazin mengumandangkan azan Asar.
"Hah.. Asar?" Hampir sejam juga aku melapkan mataku di perkarangan masjid Slim River. Oleh sebab aku telahpun solat jama' taqdim di Tapah, aku meneruskan perjalan sejauh 25 km lagi. Aku singgah sebentar di Balun untuk memesan empat bungkus soto untuk dibawa balik. Bila dah demam, memang tak berasap dapur lah... baik beli siap-siap untuk makan malam..
Dalam keadaan sebegitu pun, aku masih beia-ia nak singgah ke BHL! Haha.. nak ambik laptop yang aku beli malam semalam. Oleh sebab laptop masih belum diinstal OS dan Office dan yang lain-lain lagi, pihak kedai meminta aku ambik petang keesokan harinya.
Keluar dari BHL, sekitar jam 5.30 petang! Banyak soal tanya siasatnya kepada taknisyen yang pasang tu... dan sambil bodek-bodek nak dapatkan lebih banyak free gift! (Untuk yang ini aku catat dalam posting lain, Insya Allah)
Sesampai di rumah, aku menjalankan siasatan kepada semua isi keluarga. Kalau ikut teori aku, memang puncanya kek keju tu. Sapa yang makan banyak, kena teruk.. Haha.. itu isteri aku lah.. siap dengan muntah skali... aku level bawah sikit.... dan anak-anak aku lebih sedikit kesnnya... Nampaknya kedai yang jual cheese cake ni sudah masuk dalam senarai terkini kedai yang aku telah senaraikan hitam... Teringin gak nak try Secret Recipe punya cheese cake.. tapi regenya weih.. mahe bebenor!!!
BACA LAGI...

Tuesday, November 3, 2009

SEKADAR MENABUR HARAPAN...

Tuesday, November 3, 2009
Bookmark and Share
Mungkin ada yang setuju dengan apa yang aku ingin katakan di sini. Dan, mungkin ada yang sebaliknya.
Peperiksaan awam yang besar-besar kat sekolah kian hampir. Apa yang terlebih besar daripada SPM dan STPM? Pada saat-saat begini, macam-macam program dengan macam-macam jenama sedang dilaksanakan di sekolah bagi usaha-usaha terakhir sebelum peperiksaan sebenar bermula. Segala-galanya demi satu nawaitu yang uniform, iaitu ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Apa lagi kalau bukan 'A'! Kalau dalam SPM berapa banyak A boleh dapat! manakala dalam STPM sama ada 4A atau 5A!
Hari ini pun serorang Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang, En.Khamdan Iskandar datang ke sekolah kerana ingin bertemu face to face dengan calon-calon STPM yang diharapkan akan mencapai straight A's. Setelah menangguhkan sebanyak dua kali, lebih kurang pukul 11.30 pagi beliau muncul di Bilik Gerakan.
Melihat wajah-wajah yang seramai enam orang itu, aku rasa kesian pun ada, rasa bangga pun ada. Kesian, sebab mereka memikul harapan nan tinggi pihak PPD untuk memperoleh sekurang-kurangnya 2 orang straight A's dalam daerah Batang Padang. Dalam daerah ini ada enam buah sekolah yang ada form six. Aku pernah ingin mengambil wajah mereka untuk di muatkan dalam blog tingkatan enam, tetapi tak berjaya sepenuhnya. Sebabnya mereka rasa takut kalau-kalau mereka tidak berjaya mengulangi atau mengekalkan kejayaan tersebut. Ialah, sekadar peperiksaan percubaan.
"Kalau nanti dalam peperiksaan sebenar kami tak berjaya, macam mana?" Soal salah seorang daripada mereka yang tak mahu diambil gambarnya.
Hari ini, mereka tiada pilihan! Terpaksa merelakan diri mereka diabadikan dalam foto bersama EnKhamdan! Sebab, En.Khamdan juga ada misi yang lain iaitu kena buat laporan turun padang buat dilaporkan kepada Ketua Sektor Pengrusan Akademik JPN Perak.
Bangga, sebab para pelajar sekolah aku yang enam orang itu turut disenarai bagi memugkinkan dua orang cemerlang dalam daerah Batang Padang itu wujud dalam keputusan STPM 2009.
Setelah berakhirnya sesi tersebut, aku bertanya kepada diriku sendiri. Membuat refleksi terhadap sistem pendidikan nasional masa kini. Dan, satu hakikat yang aku sangat yakin akan kebenarannya ialah, keenam-enam anak muridku itu kini berada dalam kondisi tertekan. Tiga beban serentak yang digalaskan di atas pundak mereka. Iaitu, mencemerlangkan sekolah, daerah dan negeri. Hal ini kerana, berdasarkan keputusan peperiksaan awam 2008, hanya STPM sahaja yang berjaya menempatkan dalam kelompok tujuh negeri teratas. Manakal peperiksaan-peperiksaan yang lain sangat mengaibkan. Paling aib ialah SPM, berada di tempat tercorot. 16/16!
Walau bagaimanapun, aku harapkan "beban" yang digalaskan di atas pundak mereka itu tidaklah seberat apa yang aku fikirkan pada peringkat awal, kerana aku pernah menyatakan kepada mereka bahawa, jangan hiraukan harapan orang lain, tetapi hiraukan harapan diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Ertinya, apa yang dibuat sebelum ini adalah untuk mencemerlangkan diri sendiri. Kalau keputusan yang akan mereka perolehi nanti sekadar untuk "disumbangkan" kepada pihak sekolah, satu prinsipal sudah memadai. Tetapi, lepas dapat satu prinsipal, hendak kemana pula lepas itu?
Justeru aku harap apa yang dinyatakan kepada para pelajar pagi tadi, sekadar menabur sebuah harapan... Apabila mampu mencapai kecemerlangan untuk diri sendiri, kenapa tidak sahaja berusaha lebih sedikit untuk mencapai keputusan yang terbaik yang menjadikan pihak PPD dan JPN berbangga dengan kejayaan tersebut.
Itu tidak termasuk pula cikgu-cikgu yang turut mengharapkan seramai mungkin pelajarnya mendapat pangkat A dalam peperiksaan tersebut. Malah sudah ada tawaran A dengan nilai RM tertentu... Adakah itu tekanan? Tentnya bukan! Oleh itu aku berharap kepada para pelajar agar menjadikan semua ini sekadar taburan harapan... Seperti harapan guru-guru juga.. Kalau tak tercapai, anda tidak perlu bayar apa-apa! Cuma, kalau tercapai, anda akan diraikan dalam segenap acara daerah dan negeri... Diwar-warkan seantero cerok dan jajahan negeri ini. Maka terhindarlah badi "malang" yang terpalit pada wajah pengarah dan pegawai pelajar daerah lantaran prestasi terburuk dalam peperiksaan awam 2008.
BACA LAGI...

Monday, November 2, 2009

SELAMAT MAJU JAYA SHUKRI..

Monday, November 2, 2009
Bookmark and Share
Saya memohon maaf sebanyak-banyaknya jika sebelum ini ada karya anak-anak didikku yang tersiar di dada-dada akhbar tetapi aku tidak sedar akan kewujudannya.
Tetapi, kali ini aku sedar apabia teknologi internet dalam pelbagai aplikasi memugkinkan aku bukan sekadar membacabya secara online, malah aku dapat sendiri berinteraksi dengan penulisnya walaupun sekadar melalui alam maya.
Sementelahan pula anak muridku yang ini memiliki blog yang aku letakkan dalam bloglistku. Justeru, aku dapat melihat setiap posting terkini dari masa ke masa.
Aku berasa kagum dengan pencapaian yang anak didikku ini capai dalam tempoh yang sangat singkat. Berjaya menghasilkan 20 karya yang diterbitkan dalam majalah dan akhbar tempatan aku kira satu usaha yang sangat luar biasa. Ia hanya dapat dicerna oleh seorang penggiat sastera yang hardcore.
Justeru, meihat perkembangan tersebut aku rasa masa hadapan beliau dalam dunia puisi dan kesusasteraan Melayu khususnya sangat cerah.
Akhir kata, selamat maju jaya. Teruskan berkarya. Klik di sini untuk ke BLOG beliau.
BACA LAGI...

Sunday, November 1, 2009

CERITA SEBIJI BOLA DAN DUA HELAI JERSI BIRU

Sunday, November 1, 2009
Bookmark and Share
"Ayah, boleh tak Afif ikut Soccer Kid?" Aku hanya mendiamkan diri ketika pertanyaan itu menerjah cuping telingaku. Ketika itu bulan Ramadhan masih baru bermula beberapa hari.
Selang beberapa hari, soalan itu aku jawab secara sambil lewa.
"Kat mana?" Soalku ringkas.
"Kat Stadium Proton." Juga ringkas jawab anakku yang kedua itu.
"Hari apa?"
"Hari Ahad"
"Setiap minggu?"
"Ya"
"Kalau masa tu kita balik kampung atau ke mana-mana, macam mana?" Soalan yang lebih serius aku ajukan dengan harapan apa juga keputusan yang dibuat oleh anakku itu telah difikir secara serius.
"Tak pergi lah.."
"Nanti ayah fikirkan.."
Beberapa hari lepas itu, aku perasaan anakku itu terlebih rajin daripada biasa. Vacum rumahlah, sidai kainlah... Hari-hari biasa memanglah dia jadi harapan ibunya untuk membantu kerja-kerja mana yang terlarat. Feel anakku itu, kalau dia nak buat, suruh jer dia akan buat. Tapi, kalau dia tak nak buat.. Kalau "power" ibunya kadang-kadang tak makan saman... Kenalah guna "power" ayahnya!
Selapas hari raya, tiba-tiba aku dan isteriku mendapat dua keping cheque bernilai RM200. Aku pun berjanji dengan anakku itu untuk membelikan sepasang kasut bola dengan nilai kurang daripada RM30!
Aku jenuh pergi merata-rata tempat mencari sepasang kasut bola dengan harga sebanyak itu! Akhirnya aku terpaksa membeli kasut bola itu dengan harga RM70! Itulah yang termurah aku jumpa. Jenama Topper.
"Encik, kasut bola ha... talak kila saiz.. halga sama punya.." Seorang pekedai menjawab selamba apabila aku meminta discount harga kerana sukatan kasut anakku itu adalah saiz tujuh.
Aku tak tahu bagaimana gembiranya anakku itu akhirnya mendapat sepasang kasut bola yang diidam-idamkan. Hari ahadnya aku menghantar anakku itu ke Stadium Proton untuk mengikuti Program Soccer Kid yang dimaksudkan itu. Selain daripada kasut bola, aku kena bayar Rm50 untuk bola dan dua helai jersi. Manakala untuk yuran, aku bayar terus tiga bulan, iaitu RM45. Untuk senangkan kira-kira, aku bagi RM100 kepada anakku itu semasa hari pertama dia mengikuti program tersebut.
"Ayah. kasut bola Afif hilang kat rak kasut.." Aku terperanjat besar!
"Masa ayah pergi pagi semalam masih ada lagi!" Aku membalas sms tersebut. Ketika itu aku berada di Grad Kampar, mengikuti Knvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak.
Aku sudah terasa-rasa kasut bola itu akan hilang, memandangkan kasut sukanku dan anakku telah hilang sebelum ini. Cuma aku berpesan kepada isteriku agar mengunci pagar rumah sewaktu keluar ke sekolah kerana isteriku biasanya adalah orang terakhir meninggalkan rumah saban pagi.
Entahlah... aku nak cakap apa lagi.
Sesampai ke rumah, aku lihat muka anakku itu mencuka. Aku tahu mungkin dia mintak aku belikan lagi kasut bola bagi menggantikan kasutnya yang hilang itu.
"Fif, ayah tak ada duit untuk tujuan membeli kasut bola lagi.." Tegasku.
"Bil-bil elektrik, air, telefon, kereta dan lain-lain lagi ayah belum bayar tau.." Memang betul, aku masih belum sempat membayar bil-bil utiliti kerana tak "berkesempatan". Bila online, mula-mula nak bayar bil, alih-alih melencong ke blog..
Bagi aku isu kasut bola hilang, bukan isu utama untuk terus menyertai Soccer Kid. Kalau anakku itu mahu menyertai program tersebut, dia kena pakai kasut sekolah.
"Semua kawan-kawan Afif pakai kasut bola ke?" Soalku meminta kepastian.
"Ya la... Mahal-mahal lagi kasutnya..."
"Ayah kawan-kawan Afif orang-orang kaya.." Aku membuat kesimpulan.
Petang semalam kami bercadang nak balik kampung. Maklumlah sudah beberapa minggu tak menjengah ayah mertuaku. Semenjak emak mertuaku meninggal dunia, aku pasti rutin kehidupan ayah mertuaku menjadi caca-marba. Sarapan pagi bawa ke tengah hari dan sebagainya. Abang iparku walaupun tinggal serumah tetapi dia keluar pagi dan balik malam. Jarak Tg.Malim dan Sg.Tengi sejauh lebih kurang 40km tidak memungkin dia balik tengah hari. Untuk menguruskan dirinya sendiri pun tergocoh-gocoh memandangkan masa rehat tengah hari sangat singkat. Betul-betul untuk solat dan makan.
Sambil itu aku kena singgah di sebuah sekolah memandu untuk mengambil borang lesen belajar memandu untuk orang yang buta huruf. Sungguhpun kakak iparku tidak buta huruf tetapi ujian belajar memandu menggunakan komputer memang terlalu asing. Ulang banyak mana pun memang akan gagal. Malangnya borang tersebut kehabisan!
Keadaan menjadi gawat apabila aku terpaksa mengubah plan B. Plan A, balik petang sabtu, dan balik semula ke TM pada pagi ahad, sebab anakku nak ikut balik Program Soccer Kidnya itu. Aku akan membawa borang belajar memandu itu balik kampung kerana kakak iparku balik ke Sg.Tengi.
Jadi, aku terpaksa guna plan B. Balik pagi ahad setelah dapatkan borang tu terlebih dahulu. "Jadi, Program Soocer Kid tu macam mana?" Aku bertanya kepada isteriku.
"Esok, Afif pergi ke stadium, cakap kat cikgu yang latih Afif tak boleh ikut program tu.." Kata isteriku kepada anakku itu.
"Dah beberapa minggu Afif tak ikut pun.. Bulan sepuluh ni hanya sekali je dapat ikut.."
"Minggu lepas Afif ikut pertandingan catur di UPSI, minggu sebelum tu pertandinan roket air kat UPSI... masa bila nak ikut Soccer Kid?"
"Cakap kat cikgu tu lagi.. tuntut yuran bulan sebelas dan dua belas. Jangan main bola esok, kalau main jugak nanti yuran bulan sebelas kena bayar.."
"Kan ayah dah cakap... sebelum melakukan sesuatu, fikir masak-masak semua perkara.." Aku mencelah di tengah suasana yang agak panas itu.
"Jadi, esok nak buat apa Fif" Soalku bagi mendapatkan pelan tindakan yang sedang difikir oleh anakku itu.
"Pergi stadium bagi tahu cikgu tak jadi ikut Soccer Kid" Jelasnya.
"Ok ke?" Soalku lagi.
"Ok lah"
Mengampiri Stadium Proton pagi tadi, entah kenapa hatiku rasa tidak tenteram. Aku dah bagi tahu anakku itu yang aku tak akan campur tangan dalam urusan Soccer Kid ni.. Dia kena urus sendiri. Termasuklah untuk membatalkan penyertaannya itu pagi ini.
Mula-mulanya aku meletakkan kereta ke arah padang permainan kerana anakku itu meminta aku berbuat demikian. Namun, setelah anakku menghampiri lapangan latihan... aku segera mencari tempat letak kereta yang agak trelindung. Sebeanrnya aku risau kalau-kalau cikgunya itu tidak senang dengan keputusan yang akan diberitahu oleh anakku itu.
"Esok kalau jumpa cikgu tu... nak cakap apa?"
"Cakaplah ada masalah peribadi.." Kata anakku ringkas.
"Ish.. macam orang berkeluarga pulak.." Tingkahku.
"Cakaplah juga sebab kasut bola hilang.." Aku mencadangkan satu idea untuk mengukuhkan hujahnya.
"Tak nak lah..."
"Penting tu.. itu cerita sebenar.." Aku meminta idea aku itu dipertimbangkan semula sewaktu berjumpa dengan cikgunya itu.
Sedang aku menunggu itu aku terpandang dari cermin sisi keretaku, anakku sedang menggelek bola sambil memegang jersi berwarna biru menghampiri kereta. Sejurus masuk ke dalam kereta, anakku hanya mendiamkan diri.
"Kenapa, sedih ke?" Soalku untutuk memecah sedikit rasa sepi.
"Tak ada lah". Jelas anakku.
"Bola tu nak main kat mana Fif?"
"Entah.."
"Senang-senang derma kat sekolah jer" Aku cuba memancing perasaan anakku.
"Mana boleh" Tegasnya.
Aku tahu dia tak ada idea nak main di mana. Aku memang melarang anak-anakku bermain bola dalam rumah. Memandangkan saiz rumah sebesar ini, mana tempat nak main bola. Kat jalan? Payah gak. Jalannya pun banyak batu kerikil dan kenderaan banyak yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan. Kalau setakat main badminton, boleh lah... Kalau bola, aku takut nanti terkena cermin atau dinding kerata jiran-jiranku pula.
Selepas maghrib tadi aku bertanya dengan anakku nombor empat.
"Aliya, abang-abang buat apa?" Soalku bila aku perasaan ada sedikit bunyi gedegang-gedegung kat bilik anak-anak lelaki.
"Abang-abang main bola" Katanya ringkas.
Aku rasa nak pergi ke bilik anak-anakku itu untuk memarahi mereka. Tetapi, tiba-tiba aku rasa berat nak melangkah ke bilik mereka. Akhirnya aku baiarkan mereka bermain sehingga mereka turun sendiri ke tingkat bawah untuk makan malam.
Sehingga kini setakat mana aku nak menguatkuasakan laranganku sebelum ini, aku pun tak pasti. Kalau sebelum bola ada... aku memang tak ingin nak belikan bola. Tapi kini, bola sudah ada di tangan!
BACA LAGI...

Saturday, October 31, 2009

FACEBOOK DAN BLOGSPOT SALING MELENGKAPI?

Saturday, October 31, 2009
Bookmark and Share
Secara jujur, aku tidak begitu minat akan laman sosial seperti Facebook, Friendster, Flixter, Hi5 dan macam-macam lagi. Sebab ia sekadar membina network kenalan kita. Bukan tak nak dikenali, cuma aku lebih berminat dalam aspek penulisan. Justeru, blog ada kapisiti itu. Maka aku terus bertahan dengan blog aku sehingga terlarat.
Cuma, aku dapati (bukan pasti sangat ponn) blog serasi dengan Fb. Bila aku link blog aku pada Fb, automatik ia akan update apa sahaja yang aku tulis dalam blog. Jadi, aku tak perlu update Fb. Cuma sesekali ada juga sebab bila catatan tersebut keluar dalam Fb, maka kalau orang komen dalam Fb, ia tidak muncul dalam blog. Oleh itu aku kena balas dalam Fb. Aku akan dapat tahu sekiranya ada orang komen dalam Fb melalui email Yahoo aku..
Tetapi, aku tahu tak ramai orang suka menulis dalam blog. Sebab itu mereka lebih suka Fb. Sekadar add kawan-kawan dan setiap entry terbaru kawan-kawan dalam network kita, kita akan tahu. Bagi aku, dalam kalangan social network yang ada kat maya ni... Fb yang paling power! Jadi, tak hairalah kalau pelanggannya di seluruh dunia mencecah billions...
Kita pernah baca akhbar, katanya Presiden Iran (Mahmood Ahmadi Nejad) menghadapi streets protester pun melalui Fb. Di Malaysia mungkin belum lagi. Namun, nampaknya kita kena berhati-hati dalam add friends lah... kalau termasuk dalam underground group ke... nanti tak pasal-pasal kita terkapai-kapai.
Bagi aku Fb dan Blogspot saling lengkap melengkapi. Kini aku sedang memasuki fasa yang seterusnya untuk mengeksploitasi ruang maya dalam menjejak rakan dan... terkini anak-anak murid di Sabah. Entah bagaimana seorang anak murid di SMK Kuala Penyu (nama timangan SMK Kayul, sebab sekolah terletak dalam Kampong Kayul) menemui Fb aku... Agak lama aku tak respon mesej tersebut, sebab aku ingat anak murid aku di sini... "Nanti-nantilah aku balas.." Sewaktu aku nampak email yang baru masuk melalui YM. Rupa-rupanya anak murid di sekolah lama (kini mengajar di sekolah tersebut, sebagai PK HEM).. Bila aku masuk dalam Fb beliau, beberapa nama yang aku agak familiar terpapar dalam senarai kawan-kawannya. Termasuklah salah seorang daripadanya adalah rakan setugas iaitu Cikgu Masniah Othman isteri kepada Cikgu Amjah Hj.Yunus. Jadi, aku add lah nama-nama tersebut... Kini aku telah mula berhubung kembali dengan mereka melalui Fb! Ah! Suatu yang aku tak fikir sebelum ini.. Selama ini, aku jarang add kawan-kawan dalam Fb.. kebanyakannya aku terima sahaja daripada kawan-kawan dan masuk dalam list.
BACA LAGI...
Related Posts with Thumbnails
 

EMAIL

abdmaleks@yahoo.com
abdmaleks@gmail.com

PENGULAS AKTIF

Powered by Blogger Widgets

Followers

FEEDJIT Live Traffic Feed

TETAMUKU

Recent Comments

Powered by Blogger Widgets

TWITTER UPDATES

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template