The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, September 5, 2011

SEJARAH NEGARA PERLU DIBERI NAFAS BARU?

Monday, September 5, 2011
Bookmark and Share
Terpanggil pula untuk menyatakan pendapat berhubung dengan polemik yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden Parti Islam Malaysia (PAS), Haji Mohammad Sabu (Mat Sabu) berkaitan dengan Sejarah Bukit Kepong. Pada mulanya saya membuat andaian bahawa Mat Sabu sememangnya membuat kesilapan lantaran menyatakan pendapat secara semberono. Sementelahan pula sejak 28 Ramadhan sehingga 4 Syawal saya tidak berkesempatan melayari internet menggunakan jalur lebar. Justeru, maklumat yang ada sangat terbatas bagi mengetahui buah butir polemik dan dialektik yang ditimbulkan oleh beliau.

Sekembalinya ke rumah, saya terus menelusuri pelbagai sumber bagi mendapat kembali 'track' asal isu tersebut. Jadi pelbagai maklumat diperolehi. Selama ini saya memahami isu Bukit Kepong menggunakan perpektif Tan Sri Jins Shamsudin melalui versi layar perak beliau. Kesimpulan yang telah tersimpul mati bahawa tragedi Bukit Kepong sungguh tragis sehingga menutup ruang kemungkinan adanya perspektif lain tentang peristiwa tersebut.

Melalui polemik Mat Sabu menyebabkan pelbagai pihak mengeluarkan pelbagai hujah daripada beberapa perspektif. Terutamanya nama Mat Indera yang diberi 'nyawa' semula melalui polemik tersebut. Ternyata daripada maklumat yang dikemukakan di sana ada versi lain yang juga mempunyai hujah dan bahan bukti yang cukup meyakinkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis. Cukup jika kita membuat penilaian mengapa kerajaan negeri Johor menganggap Mat Indera adalah salah seorang patriot sewaktu menentang penjajahan Inggeris?

Melalui ruang picisan ini saya ingin mencadangkan agar pensejarahan negara diberi nafas baru agar beberapa orang tokoh yang terlibat menentang penjajahan Inggeris dibariskan sebagai pejuang tanah air dan bukan sebaliknya. Nafas baru itu pada hemat saya dengan menggunakan satu kriteria baru. Satu kriteria baru yang dapat menjelaskan secara lebih tepat siapakah pengkhianat dan pejuang yang sekian lama agak kabur kerana kaedah kemerdekaan yang kita terima daripada pihak Inggeris adalah secara rundingan, bukan melalui revolusi berdarah.

Saya sendiri pun tidak ada garis masa yang khusus dalam perkara ini. Oleh itu para sejarawan tanah air perlu duduk semeja bagi mencari "formula" dalam perkara tersebut. Sekadar memberikan tamsilan garis masa itu, mungkin kita boleh ambil kira garis masa itu setahun atau dua tahun sebelum negara mencapai kemrdekaan. Iaitu pada tahun 1955 atau 1956, di mana telah nampak bahawa pihak Inggeris mahu memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Oleh itu mereka yang menentang Inggeris sebelum tahun itu tidak boleh dianggap pengkhianat tanah air kerana tiada bukti bahawa pihak Inggeris mahu memberikan kemerdekaan dengan begitu mudah. Malah para pejuang tersebut mengorban seluruh harta benda, jiwa dan raga menentang penjajah Inggeris yang memerah peluh dan keringat penduduk Tanah Melayu bagi mengayakan mereka yang sangat bernafsu besar untuk menjajah wilayah-wilayah luar Eropah selaras dengan slogan "Gold, Gospel dan Glory" (3G).

Dengan menggunakan tarikh-tarikh tersebut, dapatlah pula mengeluarkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta rakan-rakannya yang lain sebagai pengkhianat kerana bersekongkol dengan pihak Inggeris selama itu. Hal ini kerana usaha yang dibuat oleh baginda lah, akhirnya kemerdekaan dapat direalisasikan. Justeru, sesiapa yang menentang usaha kemerdekaan atau pasca kemerdekaan boleh pula dianggap pengkhianat kerana pada ketika itu Malaya telah mencapai kemerdekaan daripada pihak Inggeris.

Pada hemat saya perjuangan nasionalis tanah air sebelum tarkh-tarikh tersebut dan perjuangan yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman seumpama dua "ijtihad' dalam merintis jalan ke arah kemerdekaan. Perjuangan Dato' Bahaman, Mat kilau, Tok Janggut, Dol Said, Hj Abdul Rahman Limbong dan termasuklah Mat Indera adalah secara revolusioner adalah ijtihad yang dipilih bagi menentang penjajahan Inggeris. Pada ketika itu mereka berkeyakinan bahawa tidak mungkin pihak penjajah akan menyerahkan wilayah yang dijajah secara aman damai. Justeru mereka berkeyakinan bahawa Tanah Melayu hanya akan merdeka melalui tumpah darah. Manakala Tunku Abdul Rahman pula memilih ijtihadnya sendiri bahawa Tanah Melayu boleh dimerdekakan melalui meja perundingan. Jadi sehingga Tanah Melayu belum merdeka, kedua-dua pihak tidak boleh didakwa sebagai pengkhianat tanah air!

Andaian tersebut dilihat ada benarnya kerana selepas tarikh 31 Ogos 1957 tiada insiden di mana tokoh-tokoh nasionalis Semenanjung Tanah Melayu yang mengangkat senjata menentang kerajaan Tanah Melayu selain komunis. Kalaupun ada ia lebih berkaitan dengan hal ehwal kenegaraan. Sebagai contoh peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Memali 19 November 1985.


-Mohon maaf jika pandangan ini agak keterlalun...
Sekadar lontaran idea...

Facebook Comments

2 PANDANGAN:

Anonymous said...

Setuju bahawa pensejarahan negara perlu diberi nafas baru.... terutamanya berkaitan dengan sejarah ke arah kemerdekaan negara...

Anonymous said...

saya amat bersetuju dgn pandangan tuan, perlu ada kajian yg menyeluruh ttg sejarah negara agar generasi masakini dan seterusnya akan menerima maklumat yg benar...tiada apa yg benar melainkan yang benar-benar belaka..

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template