The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label KAJIAN TINDAKAN. Show all posts
Showing posts with label KAJIAN TINDAKAN. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH NON MUSLIM DI INDON

Thursday, January 14, 2010
Bookmark and Share
Penggunaan nama Allah oleh non muslim di Indon Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini..

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi... lah, buku dakwah Kristian rupanya..

Risau gak klu jadi camni kat M'sia.

Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular.. Lu Fikir lah Sendiri....

REGARDS,
MUHAMMAD SALMAN BIN ISNIN
"if you haven't got somethings nice to say, say nothing at all"


BACA LAGI...

Saturday, October 24, 2009

CATATAN PASCA KONVENSYEN

Saturday, October 24, 2009
Bookmark and Share
Berjaya membentangkan kajian tindakan sehingga ke peringkat negeri, aku kira merupakan satu-satunya pencapaian terbaik yang aku pernah suratkan dalam tempoh hampir 20 tahun berada dalam dunia pendidikan. Terasa benar ia bukan suatu catatan yang membanggakan. Terasa malu juga pada rakan-rakan sekonvensyen yang rata-ratanya lebih muda serta junior. Ada yang tak sampai setahun mengajar, sudah berjaya membentangkan kajian mereka di peringkat ini. Justeru, aku cuba membuat beberapa andaian dan teori tentang realiti di konvensyen ini berdasarkan kepada pola-pola yang ada dan berdasarkan kepada pengamatanku sahaja.
Pertama, budaya menyelidik sehingga kini masih pada peringkat pembudayaan. Itupun bukannya suatu usaha yang mudah. Walaupun kajian tindakan di peringat nasional telah bermula sejak lewat 80-an, tetapi mula diperkenalkan di sekolah sekitar tahun 1990-an. Di negeri Perak, ia bermula pada tahun 2000. Di sekolahku, ia bermula pada tahun 2005. Dan, aku mula bergiat dalam kajian tindakn ini mulai tahun 2008! Begitulah evolusi kajian tindakan yang ada hubung kait dengan alam pendidikan sehinggalah kepada diriku sendiri.
Justeru, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kesahan setiap kajian yang dibentangkan, aku kira jawapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan Kebangsaan Dr.Ashley (Pengetua Cemerlang, SMK Methodist ACS, Sitiawan sangat tepat. Beliau setuju beberapa perkara perlu diambil kira untuk menjadikan kajian guru-guru betul-betul mencapai tahap kajian yang berkualiti. Tetapi, kita harus memulakannya pada tahap yang mudah bagi membolehkan guru-guru berasa mampu menjalankan kajian tersebut. Pada pandanganku apa yang lebih penting ialah prosedur kajian yang dijalankan itu memenuhi syarat sebuah kajian tindakan yang tentunya sangat berbeza dengan kajian konvensional.
Kedua, guru-guru yang baru posting lebih terdedah dengan prosedur kajian tindakan sebab mereka telah mendapat pendedahan semasa di peringkat ijazah pertama atau sewaktu mengikuti program diploma pendidikan. Justeru, nampaknya trend itu nampak dengan agak ketara dalam konvensyen kali ini. Manakala guru-guru yang agak senior (lebih kurang lebih 10 tahun mengajar dan ke atas...) budaya menyelidik itu suatu yang baru. Ditambah pula kebanyakan mereka memegang tugas-tugas penting di sekolah. Hal itu menyebabkan rasa sukar menjadi halangan terbesar untuk memulakan kajian walaupun sebenarnya ia tidaklah sesukar mana. Bagi yang pernah bergelumang dengan kajian ilmiah di universiti tentu macam tak percaya dengan proposal kajian sepanjang 10 halaman dan laporan sepanjang 30 halaman sudah dianggap lebih daripada cukup.
Ketiga, teknik penyelidikan KT yang mudah semata-mata untuk menarik lebih ramai lagi guru terlibat sebagai penyelidik. Kalau dalam kajian konvensional antara bahagian yang "meletihkan" ialah mencari kajian-kajian yang terdahulu (literature review) bagi dijadikan asas agar kajian kita tidak menyamai kajian-kajian tersebut, atau untuk membina "sempadan" yang baru terhadap kajian-kajian terdahulu, tetapi dalam KT, ia tidak diwajibkan. Jika penyelidik mampu melakukannya, itulah antara kriteria kajian yang berkualiti.
Manakala, teknik pengumpulan data juga dipermudahkan. Jika data kualitatif digunakan, nampaknya transkrip perbualan penuh tidak diperlukan. Memadai "transkrip curai", asalkan rakaman perbualan atau temu bual ada disimpan. Tak perlu sangat trangulasi. Cuma, quote ungkapan-ungkapan ayat yang diperlukan bagi menyokong tajuk atau sebaliknya. Atau, lampirkan gambar-gambar yang bersesuaian.
Jika data kuantitaif menjadi pilihan, tak perlu SPSS pun! Anova, Skor T, Korelasi dan sebagainya tak perlu. Memadai peratus, min dan frekuensi. Ataupun gabungan antara data kuantitatif dan kualitatif digunakan.
Keempat, untuk menyuburkan budaya menyelidik ni, pihak pentadbiran sendiri perlu terlibat sama. Jika tuan pengetua tidak menjalankan kajian pun, setidak-tidaknya beliau tahu konsep, prosedur dan teknik KT. Justeru, beliau boleh melontarkan idea atau bidang kajian kepada guru-guru. Barulah, pihak bidang dan panitia memperhalusi idea tersebut dan mata pelajaran mana lebih sesuai menjalankan kajian tersebut.
Kesimpulannya, apa yang paling susah ialah untuk memulakan sesuatu. Seumpama ingin menuju ke suatu destinasi. Semakin jelas kedudukan sesuatu lokasi itu, semakin berani atau semakin yakinlah kita untuk menempuhi perjalanan tersebut walaupun akan mengambil masa yang lama. Sama ada secara laju atau pelahan, lambat laun akan sampai juga. Tetapi jika kita tidak jelas arahnya, laluannya maka semakin sukarlah perjalanan kita. Banyaklah bantuan diperlukan. Dan, kalau terlalu sukar... mungkin kita akan patah balik.
Namun, jika kita telah pun sampai dengan jayanya ke destinasi tersebut, macam mana pula agaknya perasaan kita jika kita kena pergi ke situ lagi pada setiap tahun? Bukan tujuan balik kampung! Itu masalah lain yang timbul. Untuk melaksanakan kajian lain pada setiap tahun tentunya satu lagi kesukaran yang lain. Mungkin insentif tertentu perlu diberikan. Seumpama discount petrol, tiket penginapan atau voucer membeli belah perlu diberikan dalam contoh analogi di atas.
BACA LAGI...

Thursday, October 22, 2009

PEMIKIR OTAK KANAN AKAN MENGUASAI DUNIA...

Thursday, October 22, 2009
Bookmark and Share
Memasuki hari kedua, Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009 tanpa ada rasa tekanan memang menyeronokkan. Jadi, hari ini aku hanya memberi fokus mendengar, meneliti serta menaakul apa yang akan disampaikan oleh para pembentang dan satu ucap utama yang akan disampaikan oleh Prof.Dr.Othman Lebar.
Ucap utama oleh Prof.Dr.Othman Lebar bagi aku sangat menarik. Walaupun ada rakan-rakan sekursus mengklasifikasi ceramah atau kuliah beliau (sebelum ini) tidak "membumi", tapi bagi aku ia sebaliknya. Seperti dalam ucap utama dalam konvensyen yang sama pada tahun lepas, banyak input yang aku dapat catat. Namun, antara banyak-banyak itu aku teruja dengan ayat "Right brainer will rule the future".

Lawyers. Accountants. Software Engineers. That's what Mom and Dad encouraged us to become. They were wrong. Gone is the age of "left-brain" dominance. The future belongs to a different kind of person with a different kind of mind: designers, inventors, teachers, storytellers - creative and emphatic "right-brain" thinkers whose abilities mark the fault line between who gets ahead and who doesn't.

Drawing on research from around the advanced world, Daniel Pink outlines six fundamentally human abilities that are essential for professional success and personal fulfillment - and reveals how to master them.

From a laughter club in Bombay to an inner-city high school devoted to design, to a lesson on how to detect an insincere smile, A Whole New Mind takes listeners to a daring new place, and offers a provocative and urgent new way of thinking about a future that has already arrived.

©2005 Daniel H. Pink; (P)2008 Audible, Inc

Menurut beliau, pada masa kini dunia "ditadbir" oleh pemikir otak kiri. Mereka yang berfikir secara sistematik, berorientasikan sains dan matematik dan sebagainya. Mereka adalah perancang yang sangat sistematik. Namun, pada masa hadapan pemikir-pemikir sebegitu tidak lagi diperlukan. Dunia memerlukan pemikir yang boleh melihat secara global, kreatif dan innovatif. Pandangan pemikir ini tidak rigid kepada sesuatu prosedur sahaja. Tiada pandangan tunggal dalam sesuatu perkara. Malah fleksibiliti itu akan menjadi satu elemen penting dalam membuat sesuatu keputusan.
Golongan pemikir otak kanan ini menggunakan pendekatan yang bersifat "High concept, high touch". Antara beberapa konsep yang terkandung dalam pemikiran pemikir oatak kanan ialah;
Not just function but also DESIGN
Not just argument but also STORY
Not just focus but also SYMPHONY
Not just logic but also EMPATHY
Not just seroiusness but also PLAY
Not just accjumulation but also MEANING

Fikir-fikirkan!!
BACA LAGI...

KONVENSYEN KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK

Bookmark and Share
Aku sebenarnya tidak terlalu optimis kajian tindakan aku akan terpilih mewakili daerah Batang Padang ke konvensyen peringkat negeri. Sebab, kata JU tahun lepas kajian aku pun dipilih tetapi tak bentang pun. Aku dipilih hadir hanya sebagai peserta sahaja.
Akhirnya perasaan itu berubah apabila aku menerima surat jemputan rasmi dari JPN. Tetapi, aku tak sempat buat apa-apa dengan presentation yang aku bakal bentang itu. Ada cadangan nak guna mindmap, tapi akhirnya tak buat apa-apa pun.
Dengan apa yang berlaku sebelum aku bertolak ke Kampar, menyebabkan fikiran aku tak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan ke Kampar. Aku tak ada pilihan melainkan membentang apa yang aku telah buat semasa di peringkat daerah tempoh hari tanpa sebarang perubahan.
Setelah packing barang-barang, aku hanya dapat keluar dari rumah sekitar 3.30 petang. Ah terlalu lewat!
"Kalau aku tak ke Shah Alam, tentu waktu-waktu begini aku dah sampai ke Kampar!" Keluh hatiku.
Sepanjang perjalan ke Kampar, cuaca agak tidak menentu. Cuaca yang seketika redup dan gelap akhirnya bertukar menjadi hujan. Sebelum aku exit Tapah, sebuah kereta Honda Accord menghentam devider highway. Teruk jugak keadaan kereta tu. Tapi aku rasa pemandunya hanya mengalami luka ringan kerana bahagian penumpang tak nampak sangat kerosakannya.
Mataku mulai rasa berat. Sesekali menguap. Nampaknya aku perlu berhenti kat R&R Tapah agaknya. Kalau dapat selelap dua kira oklah! Memandangkan aku tak tahu flow majlis, aku menghubungi salah seorang JU yang ada di situ.
"Taklimat pukul 5.00 petang, dan slot pembentangan pertama pukul 8.30 malam. Cikgu Malek orang pertama.."
"Hah? Orang pertama!!!" Tiba-tiba rasa mengantuk hilang. Terbang entah ke mana aku tak pasti! Aku tak sempat matikan enjin kereta pun.. terus tekan minyak ke Kampar!
Menjelang 8.45 malam, aku telah selesai membentang kajian tindakanku. Rasa beban yang terpikul di atas bahuku tiba-tiba menghilang apabila mc bagi tahu, sesi pembentangan aku dah selesai... Entahlah, sama ada pembentangan aku memang jelas atau depa pakat tak nak tanya supaya lima sesi pembentangan yang perlu diselesaikan pada malam ini cepat berakhir. Hanya ada seorang cikgu dari SMK Gunung Rapat yang bertanya tentang proses sains. Aku anggap itu positif lah... Kalau dibuat semua orang bertanya, mahu pukul 1.00 pagi baru habis kot!
Alhamdulillah, aku telah pun menyempurnakan hasrat sifu KT aku kat sekolah... Dia nak aku bentang sampai ke peringkat negeri... Rasa lega tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Esok dan sehingga hari jumaat, aku hanya fokus kepada pembentangan orang lain pulak... Hehe.. aman dunia!!!
BACA LAGI...

Saturday, July 25, 2009

KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH

Saturday, July 25, 2009
Bookmark and Share
Kata orang "Baru setahun jagung..." "Ubun-ubun tak keras lagi". Begitulah perumpamaan aku dan kajian tindakan. Seingatan aku, aku telah diminta membuat kajian tindakan sejak 2003. Tak berjaya... sehinggalah 2007 barulah aku berjaya menghasilkan kajian sulungku. Alhamdulillah kajian tersebut berjaya dibentangkan sehingga peringkat daerah. Kata Jurulatih Daerah, kajian aku terpilih untuk dibentang ke peringkat negeri, namun entah di mana silapnnya aku hanya dijemput sebagai pemerhati sahaja pada Konvensyen Kajian Tindakan Peringkat Negeri Perak yang dilangsungkan di Coral Bay, Pulau Pangkor pada tahun lepas.
Tahun ini aku sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah kajian yang hampir sama dengan kajian tahun sebelumnya. Ia berkaitan dengan penulisan esei untuk mata pelajaran Pengajian Am kertas 2. Cuma tekniknya sahaja yang berbeza. Sehingga kini ia dah selamat dibentangkan di peringkat sekolah pada pagi tadi.
Dalam pembentangan pagi tadi, aku merupakan pembentang pertama daripada tiga orang pembentang. Entahlah... ak rasa setakat ok-ok sahaja. Tapi tak tahulah apa respon para guru yang melihat sesi pembentangan tersebut. Cuma daripada beberapa cakap-cakap kengkawan, bila dia dengar pembentangan tersebut, dia tahu bagaimana nak bezakan antara esei laras sastera dan laras sains. Kalau gitu.. aku rasa oklah.
Sebenarnya tidaklah payah mana nak menghasilkan kajian tindakan. Tidak perlukan skop kajian yang besar-besar dan hebat-hebat! Cukup sekadar satu aspek yang kecil. Cuma apa yang paling penting ialah adanya aspek intervensi yang dilakukan. Selebihnya, lebih kepada proses kajian yang dijalankan. Akhirnya bagaimana dapatan daripada kajian tersebut.
Dah alang-alang jadi guru akademik tingkatan enam, aspek kajian merupakan antara core business penting, jadi aku cadang nak terus menghasilkan beberpa kajian lagi. Cuma apa yang kekadang membataskan nawaitu tersebut ialah masa serta teknik yang digunakan.
BACA LAGI...

Tuesday, July 7, 2009

ISU KAJIAN TINDAKAN DI NEGERI PERAK

Tuesday, July 7, 2009
Bookmark and Share
Menurut Dr.Latif Muhammad dari EPRD, negeri Perak adalah antara negeri yang terkehadapan dalam melaksanakan kajian tindakan di peringkat sekolah. Pada tahun 2008 sahaja sejumlah lebih kurang 1,000 kajian telah dihasilkan. Jika dihitung dengan bilangan tahun kajian dilaksanakan iaitu sejak tahun 1996, maka sudah tentu angka kajian tindakan yang telah dihasilkan mencapai sekurang-kurangnya 3,000 atau 4,000 kajian. Sesungguhnya itu satu situasi yang sangat membanggakan. Malah bebrapa orang daripada pengkaji di negeri Perak telah berjaya membentangkan kajian tindakan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Persoalannya sekarang, ke mana perginya kajian-kajian yang sebegitu banyak? Sejauh manakah ia dapat dimanfaatkan kepada guru-guru dalam negeri Perak khasnya. Kalaupun ada buku prosiding dalam Konvensyen Kajian Tindakan peringkat negeri Perak, berapa sangat kajian yang dapat dimuatkan.
Justeru, saya mencadangkan agar setiap jurulatih utama (JU) membina blog masing-masing. Melalui blog tersebut, para JU boleh menyatakan idea-idea mereka tentang kajian tindakan yang boleh diikuti oleh para penyelidik. Begitu juga dengan hyperlink-hyperlink yang bersesuaian boleh disenaraikan dalam blog list para JU. Pada masa yang sama, guru-guru yang membuat kajian tindakan perlu juga menulis dalam blog masing-masing. Oleh itu blog cikgu-cikgu juga boleh disenaraikan dalam bloglist para JU. Oleh itu para JU akan dapat memantau setiap pengemaskinian blog guru-guru kerana melalui blogger.com maklumat berkaitan dengan posting yang baru akan dikemaskini secara automatik.
Untuk tujuan itu, pihak JPN dicadangkan untuk mengadakan kursus yang khusus dalam pembinaan blog. Selepas itu kursus yang sama diadakan pula di peringkat daerah.
Jika idea ini dapat direalisasikan, maka pihak JPN tidak perlu lagi mengemaskini laman web Kajian Tindakan. Sebaliknya, guru-guru dan para JU hanya perlu mengemaskini blog masing-masing. (Entri ini aku hantar kepada Dr.Sammikanu melalui email untuk dipanjangkan kepada pihak JPN)
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template