The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label FOTOGRAFI. Show all posts
Showing posts with label FOTOGRAFI. Show all posts

Friday, June 25, 2010

MINAT PUNYA PASAL...

Friday, June 25, 2010
Bookmark and Share
Menghadapi hari sabtu (26 Jun 2010) dengan persiapan untuk majlis Hari Anugerah Cemerlang Kali Ke-36 sekolah aku. Pada kali ini aku "terlepas" daripada tugas menjadi pengacara, tetapi beralih kepada satu lagi tugas yang aku biasa buat sebelum ini iaitu menghasilkan buku atur cara atau buku program. Bezanya, kalau mengacara majlis sibuk semasa majlis diadakan, tetapi bahagian buku program sibuk sebelum majlis diadakan. Alhamdulillah untuk versi "rakyat marhain" sudah siap dicetak. Esok ia akan di susun dan diklip oleh rakanku yang lain. Kami ada tiga orang yang terlibat dalam bahagian ni.... Oleh sebab kawan yang sorang lagi tu dah buat tahun lepas... kali ini offer aku buat untuk tahun ini.. dia urus percetakan dn sorang lagi urus staple.... Lagi pun aku dah agak lama tak guna MS Publisher ni... nanti takut lupa plak...

Tapi, untuk VIP sebanyak 15 naskhah itu masih belum selesai. Aku ingat malam ni nak bereskan tapi apakan daya printer laser aku kehabisan ink! Bahagian cover yang warna dah beres... Itu yang menyebabkan aku kebuntuan idea.. Tengok jam kat dinding dah melepasi jam 11.00 malam.... mana ada kedai komputer yang masih bukak! Nampaknya, esok jugak aku kena cari toner Canon LBP3050.. Tak tahu pulak berapa regenya... Semenjak beli awal tahun ni, starter toner baru ni habis... Harap-harap ada lah yang refill... Biasanya separuh daripada harga yang ori. Sebelum ni aku pakai LBP2900 biasa jer pakai yang refill... okey jer. Itupun Ben towkey kedai BHL yang bagi jaminan kat aku... Dia kata... kalau printer laser guna refill pun okey..

Bila biasa sibuk masa majlis HAC, kali ini aku rasa macam tak sempurna bermajlis jer kalau duduk melangut tenguk majlis berlangsung... Jadi, masa buat buku program.. aku bubuh nama aku kat bahagian fotografi. Daripada dua orang sekarang dah jadi tiga! Bukan apa... pertama tengah kemaruk dengan kamera nih... masih lagi try and error ... cuba guna manual sejak "belajar" ngan adik aku .. lagi satu aku sekarang handle blog tingkatan enam.. jadi tumpuan aku ialah pada para pelajar tingkatan enam yang akan ambik hadiah.. tapi, alang-alang ada kat situ sapu jer yang lain sekali..

Terasa gak nak ikut kursus fotografi secara pro! Tapi.. ya ampun mahe bebenor! RM850.00... Aku masuk forum paal DSLR.. ada lah mamat tu kata... ilmu pertama tentang DSLR ialah buku manual! Hehehe.. aku pun cari balik buku manual tu dan bila ada masa aku belek-belek buku tersebut. Makin dibelek makin seronok lah...

Kat sekolah tadi Guru Ketua Bidang Kemanusiaan ada jumpa aku kalau-kalau aku nak ikut pertandingan fotografi Warisan 1 Malaysia, anjuran Jabatan Warisan Negara... Aku? Hehehe "Kalau kail panjang sejengkal... lautan nan luas usah diduga.." Kataku pada cikgu tu.. Dia dapat maklumat yang menyatakan aku adalah penasihat Kelab Fotografi. Tergelak besar aku... Dia kata budakbudak pun kata aku guru kelab tu.. Huhuhu... mentang-mentang aku pakai DSLR, depa ingat aku penasihat Kelab Fotografi.. Tapi, dalam pada tu pun... aku sempat gak membelek syarat-syarat pertandingannya... Hahaha.. boleh tahan gak kosnya... Entahlah macam mana nak ambik gambar bertemakan Warisan 1 Malaysia...

Entahlah... aku main kamera ni pun bukan paal nak ikut pertandingan... tapi kalau dah cukup ilmu... boleh lah gak... tapi tak tahu bila...




Foto di atas: Tn.Hj. Mat Noh Supaat, PPD Daerah Batang Padang dijangka akan turun merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Khir Johari, Tg.Malim Kali Ke-36... Insya Allah
BACA LAGI...

Sunday, June 20, 2010

AKU DAN DUNIA FOTOGRAFI....

Sunday, June 20, 2010
Bookmark and Share
Malu pun ada bila nak bercakap pasal bidang fotografi. Sebab, sejak dari kecik lagi aku memang tak minat dengan hal-hal berkaitan dengan kamera. Agaknya sebab itulah aku tak ada koleksi gambar masa kecil. Bukan emak dan bapakku tak ada koleksi gambar-gambar lama... tapi habis musnah. Gambar-gambar tu habis aku koyakkan masa aku kecik, sewaktu nak pujuk aku berhenti menangis! Jadi gambar aku yang paling kecik semasa aku bersekolah menengah.... Sedih betul...

Aku mulai ada gambar masa sekolah sewaktu pakcikku (paman) ada kemera sendiri. Yashica MG-1 (?). Kamera SLR yang sangat hebat masa tu. Bila aku teringat macam mana paman aku boleh pinjamkan kat aku SLRnya tu sewaktu aku rombongan ke Pulau Pinang... rasa sayu sangat. Sebab masa tu aku tingkatan tiga jer... Alhamdulillah tak ada apa-apa berlaku. Tapi sekarang? Sanggupkah aku pinjamkan kamera DSLR aku kat anak aku kalau dia ikut rombongan sekolah? Begitulah baiknya hati paman aku ni... Bukan kamera sahaja dia bagi, bagi lagi duit RM50 untuk belanja ke Penang! Masa tu dia masih guru pelatih di sebuah maktab perguruan.

Minatku mula bertunas sewaktu aku mula mengajar di Sabah pada hujung tahun 1990. Aku beli sebuah kamera autofocus Yashica J-Mini yang harganya sekitar RM200 di Labuan. Tujuannya nak tunjukkan gambar kat keluarga tentang keadaan sekolah, tempat tinggal dan aktiviti di perantauan. Lama gak aku guna sehinggalah aku balik ke Semenanjung. Tapi malangnya banyak juga negatif filem yang tak "dicuci". Tulah... kata orang main kamera ni "makan duit"... Betul gak. Kena beli negatif film lepas tu cuci pulak... lepas tu kalau ada orang nak order, dulukan duit untuk cuci semula... alih-alih orang tak ambik pulak! Aku tompang sekaki lah klau ada kengkawan yang ada kamera.

Pada tahun 2006, aku memerlukan gambar digital sebab nak upoad dalam web sekolah. Walaupun untuk tujuan sekolah, aku tak suka mintak sekolah beli kamera sebab aku pun nak guna gak. Dan, aku bebas nak simpan kat rumah atau nak bawak ke mana-mana. Jadi aku rembat sebuah kamera kompak digital Olympus CAMEDIA di Rawang. Harganya RM599. tapi dengan memori card, rechargble battery dan bla..bla.. dekat RM700 aku keluar duit. Terasa mudahnya guna kamera digital. Tak perlu filem dan cuci... Simpan jer kat komputer. Kalau salah ambik, boleh terus delete. Nak touch-up gambor, edit guna software...

Aku rasa minat sesangat ngan kamera digital nih (minat giler hehehe)... Ke mana saja aku pergi aku akan bawak dan snap foto yang difikirkan menarik. Paling seronoknya... tak payah cuci! Tengok jer dalam pc atau laptop. Kemudian minat tu semakin berkembang. Daripada upload gambar untuk web sekolah, masuk setapak lagi upload gambor dalam blog pulak. Manakala gambar-gambar lain masuk dalam picasa fotopage. Memang teruja sangat. Dan kemudian semakin menjadi-jadi bila ada facebook. Nampaknya facebook ni memeng "pemurah" sangat... tak bagi tahu meksimum space yang ada pada setiap akaun. Aku pun bedal lah... setakat ni lebih 30 album gambar dalam fb aku!

Minat untuk explore kamera digital dah mula menjalar pada DSLR sekitar tahun 2008. Masa tu aku dilantik sebagai jurufoto sekolah. Hahaha.. bayangkan dengan kamera kompak aku tu aku bertindak sebagai jurufoto sekolah... Pernah YDP PIBG tegur aku... "mintak sekolah beli kemera yang bagus sikit". Aku pun bertekat nak beli DSLR plak... Pada hujung 2008, semsa aku dan beberapa orang guru balik dari melawat sebuah sekolah hebat di taiping aku sambar DSLR Nikon D60 di JUSCO, Ipoh. Itu pun masa tu Fotokem ada buat sale...

Hahaha... hampir setahun setengah aku ambik gambar guna D60 pakai auto jer! Orang ingat hebat sangat... Flas (speed light) pun guna yang built-in jer... Survey harga flash tak ada yang murah. Rasa bengkak gak bila tengok orang lain guna set kamera dengan flash sekali. Perasaan geram bertambah-tambah bila nampak orang pakai lens yang panjang-panjang tu... grrrr..!

Akhirnya aku berjaya mendapatkan kedua-dua aksesori kamera tu semasa aku pergi ipoh pada bulan 5 lepas. Aku beli speed light Nikon SB600 dan lens Nikkor AFS-DX 18-200 mm . Siap denga beg sekali! Lemah lutut gak menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk memenuhi hobi yang semakin gila-gila.

Untuk seketika aku masih lagi menggunakan fungsi auto. Contoh semasa aku menghadiri perjumpaan alumni sekolah aku dua hari selepas aku membeli aksesori tersebut. Aku rasa ok. Aku boleh zoom-in objek dari jarak yang jauh. Tak perlu bangun dari tempat duduk untuk ambil gambar atas pentas. Gambarpun ok. Sehinggalah seorang kawan bertanya...
"Pakai manual ker?"
"Hehhee... pakai auto jer.." Rasa malu gak.
Dalam masa yang singkat itu dia mengajarku beberapa teknik mengambil gambar secara manual. Memang ada perbezaan!
"Nampaknya aku kena berguru nih..." Itulah resolusi yang aku buat. Alang-alang dah beli peralatan kamera mahal-mahal tapi tak tahu guna fitur yang ada pada kamera sepenuhnya.

Justru, aku beruntung sebab aku ada seorang adik yang pernah berkursus secara profesional di Redzuan FotoMedia suatu ketika dulu. Sampai sekarang dia masih lagi "bermain" dengan kamera bila ada masa senggang. Ilmunya yang mendalam dalam kamera SLR, menjadikannya sangat mudah mengendalikan kamera DSLR. Tapi... aku terasa sangat lembap dalam mendalami bidang fotografi. Banyak kali dia bagi tau, tapi asyik lupa jer... Selain daripada aku apply apa yang dia bagi tahu, aku try and error jer... Nasib lah! Kalau tak jadi delete jer!


BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template