
Tapi, untuk VIP sebanyak 15 naskhah itu masih belum selesai. Aku ingat malam ni nak bereskan tapi apakan daya printer laser aku kehabisan ink! Bahagian cover yang warna dah beres... Itu yang menyebabkan aku kebuntuan idea.. Tengok jam kat dinding dah melepasi jam 11.00 malam.... mana ada kedai komputer yang masih bukak! Nampaknya, esok jugak aku kena cari toner Canon LBP3050.. Tak tahu pulak berapa regenya... Semenjak beli awal tahun ni, starter toner baru ni habis... Harap-harap ada lah yang refill... Biasanya separuh daripada harga yang ori. Sebelum ni aku pakai LBP2900 biasa jer pakai yang refill... okey jer. Itupun Ben towkey kedai BHL yang bagi jaminan kat aku... Dia kata... kalau printer laser guna refill pun okey..
Bila biasa sibuk masa majlis HAC, kali ini aku rasa macam tak sempurna bermajlis jer kalau duduk melangut tenguk majlis berlangsung... Jadi, masa buat buku program.. aku bubuh nama aku kat bahagian fotografi. Daripada dua orang sekarang dah jadi tiga! Bukan apa... pertama tengah kemaruk dengan kamera nih... masih lagi try and error ... cuba guna manual sejak "belajar" ngan adik aku .. lagi satu aku sekarang handle blog tingkatan enam.. jadi tumpuan aku ialah pada para pelajar tingkatan enam yang akan ambik hadiah.. tapi, alang-alang ada kat situ sapu jer yang lain sekali..
Terasa gak nak ikut kursus fotografi secara pro! Tapi.. ya ampun mahe bebenor! RM850.00... Aku masuk forum paal DSLR.. ada lah mamat tu kata... ilmu pertama tentang DSLR ialah buku manual! Hehehe.. aku pun cari balik buku manual tu dan bila ada masa aku belek-belek buku tersebut. Makin dibelek makin seronok lah...
Kat sekolah tadi Guru Ketua Bidang Kemanusiaan ada jumpa aku kalau-kalau aku nak ikut pertandingan fotografi Warisan 1 Malaysia, anjuran Jabatan Warisan Negara... Aku? Hehehe "Kalau kail panjang sejengkal... lautan nan luas usah diduga.." Kataku pada cikgu tu.. Dia dapat maklumat yang menyatakan aku adalah penasihat Kelab Fotografi. Tergelak besar aku... Dia kata budakbudak pun kata aku guru kelab tu.. Huhuhu... mentang-mentang aku pakai DSLR, depa ingat aku penasihat Kelab Fotografi.. Tapi, dalam pada tu pun... aku sempat gak membelek syarat-syarat pertandingannya... Hahaha.. boleh tahan gak kosnya... Entahlah macam mana nak ambik gambar bertemakan Warisan 1 Malaysia...
Entahlah... aku main kamera ni pun bukan paal nak ikut pertandingan... tapi kalau dah cukup ilmu... boleh lah gak... tapi tak tahu bila...

Foto di atas: Tn.Hj. Mat Noh Supaat, PPD Daerah Batang Padang dijangka akan turun merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Khir Johari, Tg.Malim Kali Ke-36... Insya Allah
0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...