
Buku program sehingga saat akhir masih mengalami kesilapan minor. Itulah hakikat yang aku terpaksa terima. Walaupun dalam mesyuarat kedua akhir JK HAC telah diputuskan agar segala maklumat yang perlu disurat dalam buku program dihatar pada hari pertama selepas cuti, namun sehingga hari Rabu masih ada yang baru sampai. Nak buat nacam mana... Draf pertama aku keluarkan pada hari Rabu. Aku cetak tiga salinan untuk diedit mana-mana yang patut. Alhamdulilah aku terima semua komen dan perubahan. Cuma, apa yang masih pending ialah senarai nama penyumbang yang perlu disuratkan pada bahagian penghargaan. Akhirnya pada pagi Khamis, aku hantar draf terakhir kepada rakanku untuk dicetak. Esoknya, pada hari Jumaat buku program buku program untuk bukan VIP tersebut telah siap distapel oleh dua orang rakanku yang lain berserta para pelajar tingkatan enam.
Tugas untuk mencetak buku program VIP's aku sanggupi kerana ia perlu dicetak warna pada kulit luarnya. Aku telah membeli kertas inkjet paper setebal 200 gms untuk tujuan tersebut. Dalam kepala semua buku program VIP dapat diserah kepada guru bahagian penyambut tetamu pada pagi Jumaat. Malangnya, bahagian dalam buku yang sepatutnya dicetak menggunakan printer laser gagal dilaksanakan kerana toner printer ku kehabisan ink (powder). Hahaha... aku terpaksa membeli toneryang baru pada pagi Jumaat. Pada waktu itu jugalah, aku mendapat maklumat bahawa ada nama guru yang tercicir pada bahagian Anugerah Guru... Tiada pilihan... aku terpaksa menggunakan empat helai sticker paper untuk mencetak nama guru tersebut dan ditampalkan pada 200 naskhah buku program untuk bukan VIP. Manakala pembetulan pada buku progran VIP masih aku sempat lakukan. Akhirnya buku program untuk VIP aku sempat cetak sebelum solat Jumaat. Sesudah solat aku terus hantar ke sekolah bagi hiasan rosset pada halaman hadapannya. Aku kena segera menghantar ke sekolah kerana pada petang itu aku kena menghantar seramai 8 orang ahli VAD 45 Pra-U SMK Khir Johari kerana terlibat sebagai fasilitator atau helpers dalam Kem Dwi Tahunan di SMKA Slim River...

Pada malam itu juga aku resize semua gambar yang ada menggunakan ilmu yang aku perolehi dari seorang rakanku. Dia guru Bestari dan juga ICT sekolah. Ilmu bagaimana nak resize gambar secara banyak menggunakan photo resizer... Sangat mudah. Aku berjaya resize gambar-gambar yang bersaiz 2.3 mb kepada lebih kurang 100 kb dalam tempoh kurang daripada 20 minit. Sedangkan kalau aku gunakan kaedah sebelum ini .... untuk sejumlah itu aku rasa semalaman tak tidur pun belum tentu siap. Selepas itu aku sempat upload kira-kira 600 keping gambar tersebut ke facebook dalam masa lebih kurang 2 jam setengah! Memang berbaloi!
Inilah fenomena masa kini... Gambar yang diambil secara digital dapat ditonton secara online, iaitu melalui facebook. Aku menjangka selepas ini akan bertambah ramailah rakan-rakan sekolah yang akan sign-up Facebook apabila banyak gambar mereka berada dalam laman sosial yang amat popular tersebut. Namun, aku mengambil inisiatif menyimpan foto-foto tersebut dalam saiz yang asal dalam tiga keping cakera padat terutama untuk kegunaan guru-guru yang berkaitan dengan dokumentasi sekolah.
Keseluruhannya, HAC pada kali ini agak letih... namun aku berjaya melaksanakan segala tugas tersebut dengan sehabis baik. Tetapi, aku tidak mengalami tekanan yang hebat seperti sewaktu menjadi pengacara majlis. Aku tidak boleh toleh ke bahagian yang lain kerana tugas emcee perlukan konsentrasi lebih daripada 100 persen!
Koleksi foto HAC sila klik di sini [1][2][3][4][5][6]

Nota: Foto dua orang rakan fotogenik di atas... satu-satunya hasil tanganku yang aku sangat banggakan... yang lain banyak yang hampeh... hehehe..
0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...