The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, June 30, 2010

RAGGING: PEMANTAUAN WARDEN YANG LEMAH

Wednesday, June 30, 2010
Bookmark and Share
Amaran Khaled: Jangan Buli Pelajar Baru

PETALING JAYA: Semua pentadbiran institusi pengajian tinggi diarahkan supaya memastikan tidak berlaku kejadian buli atau ragging di tempat masing-masing terutamanya menjelang kemasukan pelajar baru tidak lama lagi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menegaskan, minggu orientasi yang akan dikendalikan oleh pelajar senior mesti dipantau oleh pengurusan universiti bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku nanti.

“Berdasarkan kejadian di Maktab Tentera Diraja (MTD) baru-baru ini, kita tidak akan bertolak ansur dengan apa juga unsur ragging dan berharap ia tidak akan berlaku semasa minggu suai kenal. Ia mesti dielakkan.

“Pihak pentadbiran universiti mesti bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan perkara itu tidak berlaku," tegasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Khaled berkata, tujuan utama orientasi ialah untuk memperkenalkan suasana baru mereka, bukan membuli pelajar-pelajar baru terbabit.

“Semua mesti sedar dengan tanggungjawab ini,” jelas beliau.

Beliau memberi amaran berkenaan beberapa hari sebelum bermulanya minggu orientasi di semua intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada 4 Julai ini.

Lebih 40,000 pelajar baru dijangkakan memulakan pengajian ijazah mereka di 20 IPTA di seluruh negara tahun ini iaitu 0.38 peratus kenaikan berbanding dengan kemasukan tahun lalu.

Sementara beribu-ribu pelajar akan mendaftar di pelbagai pusat pengajian tinggi swasta.

Khamis lalu Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dipercayai dibuli dan didera meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi selepas tidak sedarkan diri.

Sehari selepas itu, polis menahan kelima-lima pelajar tingkatan lima maktab itu itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meminta institusi akademik mengharamkan ragging sepenuhnya dan bertindak segera ke atas mana-mana pelajar terlibat.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, pengetua dan warden asrama perlu bertanggungjawab jika berlaku kejadian buli di tempat mereka.

Katanya, mereka perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar senior sebelum bermulanya semester baru dan menggariskan peraturan bagi mencegah mereka membuli pelajar baru.

“Mereka perlu beritahu pelajar apa yang boleh dan tidak sebelum bermulanya semester baru.

“Jika berlaku buli, mereka perlu memutuskan apakah hukuman yang sesuai kepada pelajar yang tidak patuh berdasarkan kesesuaian situasi,” katanya.

--------------------------------------
Kegiatan peloncoan atau ragging telah sekian lama menjadi tradisi di asrama-asrama. Katanya dengan ragging pelajar-pelajar junior tidak akan pijak kepala pelajar senior. Mereka akan menghormati pelajar senior. Sebab itulah ada sesetengah asrama yang "mengizinkan" kegiatan ragging ini asalkan jangan ada yang patah, luka dan mati!

Biasanya tempoh ragging adalah sama dengan tempoh minggu orientasi. Seminggu atau dua minggu. Tetapi atas sebab-sebab tertentu ada yang memanjangkan tempoh ragging sehingga sebulan atau setahun. Sekali pandang ragging macam aktiviti menghambakan pelajar junior. Dan, ia berlaku selepas lampu dorm dipadamkan. Lazimnya pelajar senior akan memanggil pelajar-pelajar junior secara senyap dan di bawa ke bilik di mana pelajar senior berada atau ke satu lokasi yang lain. Mereka akan diarah melakkukan perkara-perkara yang umumnya orang tak nak buat. Idea untuk menentukan apakah aktiviti yang akan dilakukan biasanya secara ad-hoc. Bergantung kepada respon pelajar junior yang diarahkan buat itu dan ini. Jika pelajar junior melakukan setiap arahan dan pelajar senior dengan baik serta mereka berpuas hati, biasanya tempoh ragging tidak akan lama. Tetapi jika ada pula pelajar yang keras kepala... enggan berkerjasama maka pelajar tersebut akan melalui detik yang sangat sukar.

Selama bergelar pelajar, aku pernah juga kena ragging. Walau bagaimanapun tempohnya tidak lama kerana aku ikut sahaja apa yang diarahkan. Umpamanya dalam tempoh seminggu pada setiap pukul 12.00 tengah malam aku akan diminta masuk ke dorm abang senior untuk nyanyi tiga buah lagu sebelum tidur... Lagu sekolah, negeri dan kebangsaan! Kira macam penujtup siaran kat televisyen lah... Adalah rasa bangkak gak... sebab ada kawan sekelas tompang semangkok! Maklumlah saya masuk asrama lewan beberapa bulan... Sampai kat universiti pun ada gak budaya ragging. Tapi aku tak lah terkena yang berat-berat. Umpamanya menembak kapal terbang yang sedang melintasi ruang perhimpunan di asrama... meniup lampu pagar sampai padam... hahaha... nasib baik saya tak padam sekali! Tetapi, pada masa tu ada kes pelajar IPTA yang kena ragging sampai masuk surat khabar. Memang teruk betul... Kemaluan pelajar diikat pada kipas yang berpusing! Huhuhu... haru betul...

Orang yang datang daripada keluarga yang susah macam aku, emak dan bapak berpesan semasa hari pertama pendaftaran di asrama... "Ikut apa yang orang suruh, jangan melawan kalau tak nak susah.." Jadi aku ikutlah... Tetapi bagi yang anak emas, tentunya payah nak buat kerja-kerja hamba macam tu. Jadi, ada kemungkinan merekalah yang teruk kena ragging.

Bagi aku, ragging berpunca daripada pemantauan warden yang lemah. Pada waktu-waktu tertentu di mana tiada rondaan warden berlaku, para pelajar senior akan bermaharaja lela. Ia akan bertambah teruk jika budaya ragging di asrama tersebut sememangnya gila-gila. Ertinya setiap orang pernah kena ragging yang teruk maka mereka akan membalas apa yang mereka alami kepada pelajar yang lebih junior apabila masa yang sesuai tiba. Justeru, setiap orang akan menunggu masa ketiadaan rondaan warden untuk melakukan aktiviti ragging tersebut.

Oleh itu, sebaiknya warden mestilah ada yang tinggal dalam kawasan asrama. Lebih baik jika rumah warden berada dalam lingkungan bangunan asrama itu sendiri. Rondaan dilakukan secara berkala dan secara mengejut. Sambil itu amaran keras perlu dinyatakan bahawa aktiviti meragging adalah kesalahan berat di asrama. Jika ada yang terlibat dan didapati terbukti bersalah, tindakan buang asrama dan sekolah boleh diambil.

Facebook Comments

1 PANDANGAN:

Anonymous said...

salam cikgu,
pada pendapat saya benda benda seperti ini hanya masih diamalkan terlebih lebih di institusi di msia. Disepanjang pengalaman saya di pengajian di England, ini tidak berlaku. Mereka tahu, pelajar adalah sebahagian dari income univ, dan pelajar juaga terlalu sibuk berhibur dengan fresher's fair, party dan majlis suai kenal dan menunjuk arah, utk semua pelajar baru. Student Welfare office sibuk mencari senior yg sanggup membantu menunjuk sekitar kampus. Itu sahaja. Mereka lebih kepada mengenali adat kehidupan dan berseronok.
Maka kami org luar tidak diganggu langsung.
Sudah tiba masanya minggu suai kenal ini di kaji balik untuk semua institusi pengajian di msia. Mengarut adalah.
Lagi satu kalau nak buat minggu suai kenal lakukan dengan teratur dan dikawali dengan pegawai universiti atau institusi yg berkelayakkan as a team. Bukan one big fish in a small pond.

Masalah Maktab tentera tu, mereka terikut ikut cara ex colonial membuli. Saya tengok pelajar MTD macam kurang didikan agama. Terlalu kebaratan. Begitu lagi satu institusi lama spt MCKK.
Pendidikan di institusi spt MCKK MTD patut dirombak dan perlu dimasukkan nilai nilai akhlak dan agama untukpelajar pelajar mereka. Yg mana saya lihat kebanyakan mereka terlalu kurang memberatkan nilai moral apatah lagi unsur agama. Too westernise and too social tengok lah ol boys punya gathering..
its a a same ol circle.

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template