The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label CERITA ANAK-ANAK. Show all posts
Showing posts with label CERITA ANAK-ANAK. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

CERITA BENGANG GAK...

Sunday, May 8, 2011
Bookmark and Share
Mengingat kembali cerita semalam... Sewaktu masuk ke JJ, aku mengambil keputusan untuk mendukung saja anakku yang dua tahun tu. Tak apalah penat sikit tapi aku dapat selesaikan masalah nak mengepung dia..

Sewaktu isteriku mencari hajatnya di bahagian beg tangan, aku meninjau-ninjau bahagian beg. Mencari beg yang agak kecil, muat-muat boleh masuk Galaxy Tab aku tu. Konfius pulak, konsep yang nak dipilih. Sama ada sandang atau pouch. Sedang tunduk-tunduk mencari sambil mendukung si kecik tu, aku terasa suam-suam lah pulak kat bahagian sisi kiri perutku.

"Alamak, tembuslah pulak!" Aku merungut sorang-sorang.

"Macam mana nih?"

Aku buat cool jer. Nak buat macam mana kan? Tak kan nak marah budak yang baru dua tahun tu. Atau marah kat isteriku yang mungkin pasang diaper salah. Tersenget ker.. Perlahan-lahan aku turunkan anakku itu. Dia tersengeh-sengeh jer.

"Ya lah.. melempah kot, kedudukan diaper masa aku dukung menyebabkan ia tidak diserap sepenuhnya.." Aku cuba menganalisis berdasarkan kesan basah pada seluar anakku itu.

Perlahan-lahan aku jalan sambil memimpin anakku itu menuju ke bahagian pakaian lelaki. Mula-mula aku rasa biarkan saja air kencing kat bajuku tu kering sendiri. Tapi, ish rasa tak elok pulak menanggung najis sepanjang-panjang sampai ke rumah.

Akhirnya aku menuju ke satu sudut yang mempamerkan harga baju T yang agak berpatutan. Tanpa banyak soal aku mintak promoter pakaian tu siapkan apa yang patut sebab aku nak beli baju tu.

"Betul ker abang, nak beli?" Tanyanya mintak kepastian daripadaku.

Aku angguk jer.

"Kenapa? Aku tak boleh ker pakai kaler macam tu?" Soal hatiku.

Setelah mendapatkan baju tu, aku terus bawak anakku itu masuk ke fitting room. Buat selamber bomba jer... Agaknya dia orang suspek aku ni nak culik budak kot. Bila aku keluar dari fitting room lagilah orang tambah musykil. Agaknya dia orang kata dalm hati, "Tadi masuk pakai baju lain, keluar pakai baju lain pulak!" "Sahlah ada yang tak kena dengan orang ni.." Aku mengagak-ngagak apa yang mereka fikirkan tentang diriku pada ketika tu.

Huh ada aku kesah! Aku punya masalah, aku sendiri settle lah...! Nasib baik dia orang tak panggil security. Tapi, mungkin tidak sebab anak aku yang aku bawak tu releks jer. Tapi bayangkan kalau anakku tu menangis .. melalak dalam fitting room. Sah lah security akan ketuk fitting room tu! Jenuh pulak nak story kat security tu..

Sampai kat isteri dan anak-anakku yang tiga orang lagi tu, masing-masing terkejut. Depa tahu aku kena ching dengan anak. Tapi tak tahulah aku beli baju dan terus pakai. Anakku yang lima tahun tu tak boleh terima betul dengan apa yang aku dah buat.

"Ayah kenapa pakai baju tu" tanya anakku itu.
"Sebab... baju ayah kena kenching adik" Jawabku skema.
"Kan tak elok pakai baju tu" Leter anakku tu.
"Kenapa?" Aku musykil.
"Kan baju tu tak basuh lagi... Nanti gatal!"
"Oh.. ya ka?" Betul jugak hujah anakku tu. Sambil tu aku mencari-cari jawapan yang sesuai untuk menjadikan anakku tu tak banyak cakap lagi.
"Tapi, kalau ayah pakai baju tadi pun kotor jugak.. kena kencing adik tu kan najis... Tapi kalau pakai baju yang ini, tak najis.. cuma tak basuh jer.." Entahlah, sama ada dia faham ke tak jawapanku tu. Tapi yang pasti anakku tu sengeh-sengeh dan angguk-angguk.
Fahamlah agaknya....

BACA LAGI...

Friday, January 22, 2010

CERITERA ANAK-ANAK YANG BELUM SELSESAI...

Friday, January 22, 2010
Bookmark and Share
Telah lebih seminggu blog ini sepi dari cetusan idea yang sekurang-kurangnya dapat meringankan perasaanku sendiri. Betulkah? Menulis blog boleh meringankan bebanan perasaan? Entahlah, bagi aku begitulah keadaannya. Aku menulis sama ada terlalu gembira, terlalu sedih atau terlalu rimas. Melalui penulisan, fikiranku akan berasa lega dan ringan sikit.... Namun, sejak lebih seminggu ini aku rasa kelam kabut sangat. Lagi pulak... kalau nak menulis kena selengkapnya. Tak rerti tulis singkat-singkat. Mungkin itu satu kelemahan atau sebaliknya.

Cerita anak-anak nampaknya masih belum berakhir. Anakku yang nombor wahid baru aku pindahkan ke Kuala Kubu Bharu dari Sungai Besar. Walaupun guru-gurunya di SABK SAM Bagan Terap, Sg.Besar akan keberatan nak melepaskannya, namun desakan ibu bapa tidak mampu mengubah harapan sesiapa juga. Melainkan anakku yang nerayu-rayu tak nak pindah... Tapi aku tengok anakku pun berminat ke SAMT KKB, maka aku uruskan sahajalah... Kalau ditanya kenapa pindah? Aku sendiri pun tak ada jawapan yang konkrit. Pasal cikgu? Kedua-dua sekolah gurunya dari KPM. Diringkaskan cerita, mungkin prasarana di KKB lebih baik berbanding dengan Bgn.Terap. Mungkin juga status sekolah... Maklumlah SAMT dan SAM. Tapi, orang ada kata... Kalau kita berusaha untuk memandaikan diri, sekolah di mana-mana pun akan jadi pandai. Tapi, kalau sekolah sekadar untuk memandai-mandai, sekolah kat mana-mana pun susah nak pandai. Hehehe... entahlah.

Surat perpindahan, aku dapat sewaktu balik kampung hujung minggu lepas. Pakcik aku yang membawanya sendiri dari Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam. Kemudian, surat tersebut aku bawa ke sekolah yang baru pada hari Isnin, sementara anakku menguruskan saki-baki yang masih belum selesai di sekolah lamanya. Alhamdulillah, proses penempatan nampak berjalan dengan lancar. Aku bayar apa yang patut termasuk perlatan asrama.

Lewat petang Rabu, aku membawa anakku itu ke SAMT KKB. Aku dah mintak kebenaran daripada PK HEM untuk menghantar anakku itu selepas jam 3.00 petang. Rasa malu gak dengan pengetua untuk keluar sekolah nak urus anak-anak lagi... Jadi, menghantar lepas waktu sekolah adalah satu-satunya pilihan yang ada. Alhamdulillah anakku ditempatkan di dorm bersama dengan bebudak form 4 yang lain. Sebilik ada 16 orang.

Sewaktu aku tinggalkan ankku di SAMT KKB,
"Ayah, nak ke Bagan balik lah..."
"Apa?"
"Abang, macam tak boleh masuk jer.."
"Jangan buat hal bang... Ayah dah urus merata-rata ni.." Aku seperti memberi sedikit ugutan atas idea anakku itu, yang jika betul-betul terjadi sudah tentu akan menghuru-harakan lagi aku...
Sebelum aku permisi, aku sempat mengingatkan anakku tentang pesanan isteriku sebelum berrolak ke sekolah awal pagi tadi.
"Ibu pesan, dua hari sekali telefon ibu..."
"Ok, Insya Allah" Jawabnya ringkas.

Hari berlalu, panggilan yang dinanti tidak berdering juga... Seteleh masuk hari keempat baru isteriku menerima panggilan daripada anakku itu. Isteriku sedikit merungut...
"Kalau iya pun seronok sangat kat asrama, tak kanlah lupa ayah ibu kot?"
Aku hanya tersenyum. Bagi aku "no news is good news". Oklah tu, kalau dibuatnya meraung-raung nak balik ke sekolah lama, tak ke haru dibuatnya!

Harap-harap, untuk tahun 2010 ini, setakat inilah sahaja episod tukar-menukar sekolah anak-anaku itu... Ini pun dah jenuh mengorek saki-baki fulus buat melengkapi perlatan dan bayaran-bayaran yang wajib! Hehehe... ana sudah finin lah... Kalau bertukar lagi kena jumpa along kot... Huhuhu... Paling haru-biru bab yuran makan asrama. Biarpun 40 hari subsidi makan telah dikembalikan, namun bagi ibu bapa yang berpendapatan RM5k ke atas (termasuk elaun tetap beb!) kena bayar RM3 sehari. Sebelum-sebelum ni biarpun gaji RM10k, tetap RM1 sehari bayaran asrama... Nampaknya tahun ini aku kena sedia RM1.2k setahun untuk dua orang anakku yang diasrama! Itu tak masuk 40 hari subsidi yang dikembalikan tu... Kalau kira 240 hari ... Wow, aku kena bayar RM1,440 setahun.

Aku nak bagi tahu kat semua orang, mulai tahun ni depa clasify ibu bapa berpendapatan RM5k dan ke atas kaya! Lalala.. aku orang kaya!!! Aku orang kaya baru...!!!

BACA LAGI...

Wednesday, January 13, 2010

PINDAH SEKOLAH LAGI....

Wednesday, January 13, 2010
Bookmark and Share
I

Berdasarkan kepada asas bahawa ibu bapa perlu memberikan peluang yang terbaik kepada anak-anak bagi mendapatkan pendidikan yang terbaiklah, semalam aku terpaksa memindahkan anakku yang telah seminggu berada di SABK SAM Sg.Selisek. Sekitar jam 9.30 pagi, aku mendapat telefon dari SMKA Slim River bahawa anak aku yang nombor thani itu telah diterima untuk belajar di sekolah tersebut. Aku segera memaklumkan khabar tersebut kepada isteriku.

Bagi mendapatkan kepastian, aku bergegas ke situ bagi bertemu dengan pihak sekolah. Dalam hati cukuplah sekadar mendapatkan maklumat bertulis berkaitan dengan persekolahan dan asrama. Tetapi sewaktu sampai di sekolah tersebut lain pulak jadinya. Aku dijemput untuk terus mendengar taklimat daripada pengetua sekolah dan wakil pengarah Jabatan Pelajaran Perak. Aku pun mendengar dengan teliti segala maklumat daripada tuan pengetua. Namun, apabila jam di tanganku telah mencecah pukul 12.30 tengah hari, aku terus meninggalkan sekolah kerana hendak berurusan dengan sekolah di Sg.Selisek itu.

Ada juga terlintas dalam hati, kalau-kalau anak aku itu tidak mahu berpindah. Manalah tahu dah serasi dengan persekitaran dan kehidupan di asrama dan juga di sekolah. Alamatnya, sia-sialah aku dengar taklimat tersebut. Tapi, kalau anakku itu bersetuju ditukarkan... aku pulak perlu ada masa yang cukup untuk menguruskan segala-galanya sebelum boleh membawa balik anakku itu.

Tentu anakku terkejut besar bila ada pesanan dari Penolong Kanan Pentadbiran memintanya datang ke pejabat sekolah. Aku juga tak pasti sama ada dalam pesanan itu ada dinyatakan bahawa aku menunggunya di pejabat sekolah. Namun, yang pasti kedua-duanya tentu akan menimbulkan tanda soal dalam mindanya.

Sewaktu anakku itu masuk ke pejabat sekolah, aku terus memintanya duduk.
"Afif nak pindah ke SMKA ke? Soalan pembuka bicara...
"Afif dapat ke?" Soal anakku acuh tak acuh.
"Ayah baru balik dari SMKA, Afif dapat tawaran..." Cuba meyakinkannya.
Melihat ankku yang terkebil-kebil seperti tidak ada respon yang positif...
"Ayah tak kisah kalau Afif tak terima... terpulang kepada Afiflah sama ada nak terima atau tidak... tapi ibu berharap Afif terima.." Aku sedar di sebalik keterbukaan itu ada juga elemen "paksaan" di situ.
"Sayang jugak nak tinggalkan sekolah ni... Abang-abbang kat asrama best..." Jelas anakku itu.
"Ada tak kawanp-kawan Afif kat situ?" Soal anakku lagi.
"Ada... termasuk kawan Afif yang duduk kat Proton City tu..." Itulah antara kawan-kawan anakku itu yang aku perasaan mendaftar sewaktu aku berada dalam dewan SMKASR. Mendengar kawannya itu ada di situ, terus di setuju nak pindah...!

Begitulah pentingnya kawan-kawan sebaya dalam hidup anak-anak kita. Seolah-olah hidup mereka serba tidak sempurna kalau tiada kawa-kawan di sisi. Dan, aku rasa kalau tak ada kawan-kawan di situ dia berkeberatan juga nak ke SMKASR.

Walaupun guru kelasnya rasa sedikit sedih dengan keputusan yang dibuat oleh anakku itu, secara umumnya dia "merestui" perpindahan ke SMKA itu. Buku teks dipulangkan, bayaran asrama sehingga bulan Mei telah dikembalikan kepadaku. Sebelum meninggalkan sekolah guru kelas sempat berpesan kepada anakku,
"Walau di mana kamu berada, jangan lupa solat..." Persis seorang ibu mengingatkan anaknya yang mahu berpergian lakunya. Aku rasa tersentuh dengan peristiwa yang berlaku di depan mataku itu...

II

Sekembali ke rumah, aku dan isteriku berbincang sekali lagi untuk mengurus masa yang ada bagi mencukupkan keperluan yang perlu disiapkan sebelum esok. Aku bercadang untuk mendaftarkan anakku itu pada esok pagi. Namun, itu bergantung kepada kelancaran beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Banyak yang perlu disediakan berbanding keperluan ke SABK SAM Sg.Selisek. Daripada cadar yang bertukar warna (hujau muda ke merah muda) sehinggalah baju (Lengan panjang kepada lengan pendek), kasut (kanvas kepada pvc), Seluar (Putih kepada hijau tua) dan pelbagai lagi. Dan yang paling susah nak faham... baju Melayu butang tiga! Aku sedikit pelik... mengapa butang tiga?
"Senang aja ayah, pakai jer tiga butang yang selebihnya tak payah.." Gurau anakku sewaktu keluar masuk mencari baju Melayu seperti yang dinyatakan dalam senarai tersebut.
Sebelum aku tergolek keletihan, aku cuba juga untuk melengkapkan satu-satunya item yang masih belum ditemui. Aku keluar lagi selepas solat Maghrib untuk mencari pakaian tidur. Mati-mati aku ingatkan pijama. Beria-ialah aku keluar masuk kedai pakaian. Hampir-hampir dapat, rupanya saiz dewasa. Aduss... cari lagi.. berjumpa lagi, tapi untuk bebudak punya. Corak Teddy Bear lah... Sudahnya aku menelefon kawan aku mantan ketua warden aspuri sekolah tersebut... Punyalah dia tergelak besar!
"Pakaian tidur tu.. apa-apa jer la... Seluar track pun boleh... Baju Melayu pun boleh..."
"Huh.. susah payah aku cari jer..." Gerutu hatiku.

Sebelum metrebahkan badan, aku cuba isi beberapa helai borang yang aku dapat kat sekolah tersebut. Tapi, tak sempat siap... mataku terasa berat sangat. Sudahnya aku tidur yang terlau lena...

III

Aku tersedar sekitar 5.00 pagi. Bangun, menyudahkan mengisi borang yang masih belum siap. Banyak betul maklumat yang berulang-ulang kena isi... aku tak pasti berapa kali aku kena isi nama, alamat, senarai nama tanggungan dan sebagainya. Namun, apa boleh buat... aku tidak ada pilihan. Namun tidak siap juga.

Oleh sebab, aku sudah memohon cuti rehat (CR), aku sedikit rileks. Namun, kena juga keluar menghantar anak-anakku yang tiga orang itu. Isteriku macam biasa, 6.45 pagi sudah keluar rumah untuk menghantar anakku yang paling soghir ke pengasuhnya di Kota Malim Prima (KMP). Bermula tahun ini ankku itu terpaksa dihantar ke KMP kerana pengasuhnya telah berpindah rumah. Lebih kurang 10 minit peruntukan masa ditambah apabila kena masuk ke KMP. Dalam hari-hari biasa, aku yang sering pergi lebih le wat daripada isteriku. Tidak pada tahun lepas dan sewaktu anakku yang paling soghir itu belum lahir, aku yang kerap keluar lebih awal kerana ada tiga stesen berlu di singgahi sebelum ke destinasi terakhir di sekolah aku bertugas.

Sejurus selesai mengurus anak-anak ke sekolah, aku kembali mengurus banyak lagi perkara sebelum anakku nombor thani itu dihantar ke SMKA. Sedang anakku itu menggosok pakaian, aku menyiapkan beberapa keperluang yang lain termasuk menulis nama pada setiap helai pakaian yang hendak dibawa. Itu antara pesanan penting kawan aku, mantan ketua warden aspuri di sekolah tersebut. Semuanya selesai sekitar jam 9.00 pagi. Lepas itu baru kembali mengisi borang yang masih lompang di sana-sini khasnya yang melibatkan butiran tentang anakku itu.

Aku keluar rumah sekitar jam 10.10 pagi. Untuk ke empat destinasi sebelum menuju ke SMKA. Pertama kena "cuci" gambar. Tersilap baca, ingatkan empat keping. Rupanya 10 keping! Lepas itu ke SKTM dapatkan tandatangan guru besar tentang perakuan disiplin dan rekod maklumat kokurikulum, ke sekolahku untuk dapatkan tandatangan bagi mengesahkan maklumat diriku dn akhirnya ke sekolah isteriku untuk mengesahkan maklumat dirinya. Akhirnya setelah segalanya berjaya diselesaikan, sekitar 12.30 tengah hari baru aku boleh bergerak ke SMKA.

IV

Sampai di SMKA, urusan pendaftaran berjalan agak perlahan. Maklumlah bukan hari pendaftaran yang sebenar. Perlu menunggu guru-guru yang berada dalam kelas. Namun dengan bantuan kawanku (mantan ketua warden aspuri) yang kini sedang menjalani praktikum program IAB (aku tak pasti nama kursusnya) sehingga bulan Mac, menjadikan proses pendaftaran anakku berjalan dengan lancar. Sedikit mengejutkan anakku dimasukkan dalam kelas pertama, sedangkan ankku sekadar mendapat 4A1B. Alasannya, kelas tersebut antara kelas yang tak ramai pelajar. Sebenarnya aku sangat risau... Secara jujur aku lebih rela kalau anakku itu diletakkan di kelas-kelas terakhir. Bimbang tak dapat menguasai subjek pembelajaran kerana kelas tersebut kesemuanya (kecuali anakku) memperoleh 5A dalam UPSR!

Namun, bagi memudahkan proses pendaftaran aku menerima keputusan guru penyelaras tingkatan satu yang juga guru kelas 1 Jabir. Aku bercadang untuk menghubungi cikgu tersebut sebaik sahaja ada penilaian rasmi dilaksanakan nanti bagi melihat prestasi anakku itu. Kalau jauh tercicir, aku terpaksa memohon agar anakku itu diturunkan ke kelas-kelas yang lain mengikut level yang setara dengan kemampuannya.

Fasa terakhir pendaftaran ialah bertemu dengan penyelia asrama di mana anakku akan ditempatkan. Segala-galanya nampak mudah, dan atas permintaan anakku (kerana di dorm tersebut kawan rapatnya di SKTM berada) aku memaklumkan kepada penyelia asrama anakku memilih dorm C1-6. Sempat menyusun pakaian dalam locker dan memasang cadar yang baru dibeli di koop serta sarung bantalnya sekali. Selepas segalanya selesai aku, membawa anakku ke dewan sekolah bagi mengikuti program orientasi.

Sebelum aku meninggalkan anakku, aku sempat "menyerahkan" kepada kaunselor agar membuat apa-apa sahaja yang patut kepada anakku itu. Tegurlah mana-mana yang patut, marahlah mana-mana yang tak kena... Demi kebaikan kepada anakku pada masa hadapan...

Entahlah, mungkin ada yang melihat keributan aku ini suatu yang keterlaluan... Terlalu mengikut kehendak anak-anak sehingga berlaku "pembaziran" wang ringgit, masa dan tenaga. Ataupun tidak pandai merancang sehingga terjadilah suatu yang tidak sepatutnya berlaku. Aku, berpegang kepada prinsip "here and now" tidak berani mengambil risiko yang terlalu besar. Umpamanya, tidak payah menyekolahkan anak selama seminggu kerana terlalu yakin dapat sekolah yang dihajati... Tak payah mohon asrama di SABK... dan pelbagai lagi. Bagi aku, aku hanya ada masa 24 jam yang sama dengan semua orang, jika aku tidak dapat menggunaka masa secara optimum lantaran kesibukan urusan menghantar dan mengambil anak-anak ia suatu yang sangat merugikan...

BACA LAGI...

Wednesday, January 6, 2010

BERUSAHA MEMENUHI IMPIAN ANAK-ANAK

Wednesday, January 6, 2010
Bookmark and Share
Aku tidak menjangka semalam menjadi antara hari yang paling sibuk dalam mengurus hal sekolah anak-anak. Awal pagi macam hari-hari persekoahan biasa, aku menghantar anakku ke nursery, ke SKTM sebelum ke sekolah di mana aku bertugas. Cuma pada pagi ini anaku yang nombor thani sudah tidak lagi turun di SKTM macam pada tahun-tahun sebelum ini, sebaliknya pada pagi ini dia sedang membuat persiapan mental untuk ke pendaftaran tingkatan satu di SAM Sg.Selisek (SAMSES) sekitar jam 9.00 pagi.

Setelah mendapat kebenaran tuan pengetua, aku meninggalkan sekolah jam 9.05 pagi. Anakku itu sedikit berkerut kerana sesi pendaftaran bermula jam 9.00 pagi sedangkan pada waktu itu aku baru hendak bertolak. Namun, aku menjangkakan pendaftaran merupakan proses yang berterusan maka lewat sejam sekalipun tidak akan menyebabkan komplikasi yang tidak diingini.

Telahanku ternyata benar. Ada dua kaunter pendaftaran dibuka. Kaunter pertama untuk kelas 1 Bijak dan satu lagi 1 Bestari. Walaupun hanya seramai 80 orang pelajar sahaja yang akan mendaftarkan diri, tetapi kelembapan kaunter pendaftaran menyebabkan, aku hanya dapat mendaftarkan anakku sekitar jam 11.15 pagi. Itupun kaunter 1 Bestari yang terletak di bahagian belakang dewan meneruskan sesi pendaftaran meskipun taklimat pihak pentadbiran sedang berlangsung. Kalau tidak, aku tak pasti macam mana...

Setelah selesai segala urusan, aku dimalumkan bahawa anakku aka balik sekitar jam 2.00 petang. Katanya ada aktiviti yang dikendalikan oleh kaunselor. Oleh sebab ketika itu jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari, aku mengambil keputusan untuk tidak balik ke sekolah dan menunggu sahaja sampai pukul 2.00 petang. Ketika menikmati teh ais di kantin sekolah, kepalaku ligat berfikir bagaimana aku nak uruskan pergi balik anakku itu... Ialah, bila tak dapat asrama... nampaknya kena hantar dan ambiklah... Waktu aku beristirehat di kantin menjadi sedikit panjang apabila tiba-tiba ada seorang bapa yang sama-sama menghantar anakknya mempelawa aku semangkuk laksa.. aku cuba menolak tertapi katanya mereka teroder lebih... maka, sambil menikmati laksa Penang yang boleh tahan juga sedapnya aku terus memikir-mikir apa yang patut aku lakukan. Hari persekolahan biasa tamat pukul 2.00 petang. Petang Rabu, Khamis ada aktiviti kokurikulum sehingga pukul 4.00 petang. Dan, pada pagi Sabtu juga ada aktiviti kokurikulum... Jauh perjalan sehala lebih kurang 12 km. Aduss... kalau pergi aku hantar, ertinya aku kena patah balik dengan bilangan km yang sama untuk ke sekolahku. Balik... kalau aku ambik juga... sehari aku akan bergerak sejauh 48 km!

Terfikir juga suruh isteriku yang ambik. Dari SK Behrang Ulu boleh sahaja melalui "highway" Proton menghala ke Behrang dan terus ke SAMSES. Tapi, lepas tu isteriku kena pergi pulak ke KMP untuk mengambil anakku yang paling kecik di rumah pengasuhnya. Kemudian pergi ke SKTM ambil anak yang dua orang pulak... Balik ke rumah dan bersiap pulak kena hantar anak-anak yang dua orang itu lagi ke SRA Hulu Bernam sebelum pukul 2.30 petang. Ataupun jangan ambik dulu anakku yang paling kecik tu... Bila dah selesai hantar anak ke SRA Hulu Bernam baru ke KMP. Tapi.... Kesian pulak kat isteriku pusing-pusing macam tu... Aku tak boleh nak handle sebab aku hanya akan meninggalkan kawasan sekolah selepas jam 2.30 petang... Aku cuma mampu mengambil anakku yang di nursery sahaja.

Tiba-tiba seoang rakan yang sama-sama menghantar anak mendekatiku dan berkata,
"Cikgu, cuba pergi jumpa penyelia asrama, mungkin ada pelajar yang tak nak tinggal di asrama... Anak saya dah dapat asrama.." Aku seakan acuh tak acuh sahaja mendengar idea tersebut sebab amat jarang sekali ada pelajar yang menolak tinggal di asrama. Lagipun dengan kapasiti asrama yang hanya mampu menampung seramai 160 orang pelajar sahaja, peluang untuk mendapat tinggal di asrama bagi pelajar yang tidak ditawarkan asrama memang sangat tipis.

Namun, kalau aku mencuba... mungkin aku akan dapat, tapi kalau tak berusaha... confirm memang tak dapat. Dengan pendekatan seperti orang yang sangat berharap akan sesuatu sambil menagih sisa-sisa harapan yang ada, aku menghampiri penyelia asrama tersebut. Orangnya nampak serius bertugas, tetapi agak tinggi PRnya... Dia meminta aku duduk di kerusi bersebelahan dengannya sambil beliau meneruskan sesi pendaftaran pelajar-pelajar ke asrama. sambil memerhatikan gerak kerjanya, aku semakin faham apa yang beliau sedang lakukan... Seandainya ada pelajar yang ditawarkan ke asrama tetapi gagal mendaftarkan diri... maka tempat tersebut akan diisi oleh anakku.

Sekitar jam 1.35 petang, peluang untuk anakku mula terbuka apabila beliau meminta aku mengisi borang asrama. Maka aku pun isi satu persatu. Dan akhirnya menjelang jam 1.50 petang, beliau mendaftarkan nama anakku dalam borang yang ada dihadapannya. Cuma, aku meminta untuk menangguhkan pembayaran sebab fulus yang aku ada tidak mencukupi. Sekali lagi beliau mempamerkan PR yang baik dengan membenarkan aku menyelesaikan urusan pembayaran sebelum pukul 5.00 petang.

Setelah beberapa kali mengucapkan terima kasih, aku beredar dari ruang pendaftaran tersebut untuk menuju ke kantin sekolah sekali lagi yang terletak di pintu masuk sebelah kanan. Semasa di kantin sekolah aku sempat membuka laptop sambil menunggu anakku yang akan turun sekitar jam 2.00 petang. Namun, aku tak dapat bertahan lama... Walaupun coverage 3G mencecah 3 bar.. tetapi proses downloding sangat lambat.

Setelah anakku serta seluruh pelajar usai solat berjamaah Zuhur, aku bergerak balik ke TM. Ketika aku memaklumkan kepada anakku bahawa dia dapat asrama, anakku itu mati-mati tak percaya. Setelah aku menunjukkan beberapa helai borang berkaitan asrama barulah dia tersengih-sengih... Mungkin itulah antara yang sangat-sangat dia harapkan. Ingin merasai tinggal di asrama seperti abangnya. Walaupun asrama di SAMSES tidaklah sehebat di SBP atau SMKA, namun dia kelihatannya sangat teruja untuk tinggal di asrama. Setelah peluang tertutp untuk ke sekolah yang diinginkan, dapat bersekolah di SAMSES pun sebenarnya satu rahmat yang tinggi nilainya. Sebab sekarang ini, peluang ke sekolah SABK di Selangor sangat payah jika pelajar tersebut tidak mencapai peratus yang tinggi dalam PSRA. Jauh sekali masa zaman aku sekolah dulu...

Sesampai di rumah, aku berbincang dengan isteriku bagaimana hendak mengurus masa yang ada. Ada lima perkara yang perlu dilaksanakan. Pertama, mengemas pakaian harian di rumah, kedua, membeli peralatan yang perlu di kedai, ketiga, membuat pemeriksaan doktor (simple), keempat, pergi ke sekolah untuk bayar yuran asrama sebelum pukul 5.00 petang., kelima, mendapatkan tanda tangan saksi penjawat awam kategori A untuk borang asrama. Dan, perlu juga mengambil anak-anak di SAR Hulu Bernam sekitar 5.30 petang.

Setelah berbincang lebih kurang akhirnya keputusannya, isteriku mengemas barang-barang harian di rumah. Aku kena bawak anakku itu jumpa doktor buat simple medical check-up, ke bank ambik duit, ke sekolah aku bertugas untuk dapatkan tandatangan sesiapa yang ada di sekolah dan terus ke SAMSES untuk buat bayaran yuran asrama. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... dan aku sampai di SAMSES sekitar 4.40 petang.

Sekali lagi aku terus balik ke TM untuk membeli peralatan asrama yang perlu dibawa ke asrama. Lalu aku terus ke ECO Station mencari cadar hijau muda, track bottom, t-shirt putih, stokin dan beberapa item yang lain. Terus ke kedai plastik mencari baldi, gayung, hanger, bakas sabun dan berus sabut. Akhirnya ke Grand Union mencari minyak rambut, shampoo, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain lagi. Itu pun sangkut-sangkut sebab dari masa ke masa isteriku memberi maklumat apakah peralatan-peralatan yang perlu dicari... Menjelang 5.30 petang aku ke Hulu Bernam untuk mengambil anakku yang dua orang di SRA Hulu Bernam. Terus solat Asar di Masjid Ar Rahman yang serba baru itu. Aku menjadi semakin cemas sebab mengikut peeraturan asrama, ibu bapa kena hantar anak ke asrama selewat-lewatnya pukul 6.00 petang! Sedangkan aku sampai ke rumah sekitar 6.10 petang. 6.20 petang baru dapat bertolak ke asrama untuk menghantar anaku dan segala barangannya. Alhamdulillah roof box yang masih tak dibuka itu memudahkan kerja-kerja memunggah barangan yang agak banyak juga.

Sekitar 6.45 baru aku ampai ke asrama. Sebelum barang-barang di bawa masuk, aku menjengah dulu Dorm 1 di mana anakku ditempatkan. Adussss.. lockernya tak ada kunci pulak. Jadi aku terpaksa pergi ke pekan Behrang untuk membeli selak dan pad lock. Alhamdulillah kedai masih belum tutup.

Aku kembali semula ke asrama. Segala barangan yang dibawa aku hantar ke biliknya. Bilik yang agak padat itu sememangnya tidak selesa, namun aku harap ia tidak menyebabkan anakku ini lari dari asrama lantaran ketidakselesaan yang dialami. Perkara ini banyak terjadi pada anak-anak kawan-kawan aku kat sekolah...

Kami meninggalkan asrama sekitar jam 7.00 malam. Tinggallah anakku di asrama. Semoga betah dan kerasan dengan segala cabaran yang akan dihadapi. Maklumlah berkongsi kemudahan dengan ramai rakan...

Pagi tadi, ketiadaan anakku itu amat dirasai. Terutamanya isteriku... Biasanya dia yang menyiapkan peralatan adik-adiknya dan adiknya yang paling kecil. Dialah yang tukang buatkan susu adik-adiknya yang dua orang itu... Namun, mungkin itu juga yang menyebabkan dia bertekad nak duduk di asrama... Penat melayan kerenah adik-adik yang masih kecik... Penat melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh ibunya... Mungkin dalam hatiya,
"Asyik-asyik 'Afif.." Manalah tahu?

BACA LAGI...

CERITA SUSPENS HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN...

Bookmark and Share
Walaupun hari persekolahan sesi 2010 telah masuk hari ketiga, namun senario hari pertama persekolahan masih lagi terbayang-bayang di ruang mata dan kekadang menyebabkan aku tersenyum sendirian.

Atas kesibukan yang aku alami menyebabkan kekadang maklumat yang disampaikan oleh anak-anakku swaktu cuti sekolah tidak melekat dalam fikiran. Umpamanya anak aku yang kini tinggal dua orang di sekolah rendah, seorang tahun tiga dan seorang lagi di tahun lima. Sewaktu awal pagi hari Isnin lepas, aku melihat anak aku yang di tahun tiga memakai baju kurung dan tudung berwarna ungu muda...
"Hah, kenapa Aliya pakai baju ungu "pelahan"...?" Hahaha, sengaja guna istilah ana-anak aku... Setahu aku kalau warna hanya ada dua istilah "tua dan muda" tapi depa guna istilah "kuat dan pelahan" Aku pun ikut saja lah...
"Kan Aliya dilantik jadi Pengawas PSS ayah.." Jelas anakkua yang sedikit kehairanan.
"Ohh.. Ayah dah lupa pulak.." Aku seperti separuh sedar sewaktu bertanya, sebab sewaktu mencari uniform warna ungu muda tu kami sekeluarga pusing-pusing dari satu kedai ke kedai yang lain di pekan Sungai Besar tapi tak jumpa. Akhirnya uniform tersebut ditemui di Tg.Malim juga...

Sewaktu masuk ke pagar sekolah...
"Aliya rasa macam debar-debar lah ayah..."
"Kenapa pulak?" Aku sedikit hairan..
"Tak ada sorang pun pakai baju warna ungu..."
"Entah-entah Aliya tak kena lantik jadi pengawas PSS... macam mana?" Hehe aku sengaja nak tambah tekanan perasaan pada anakku itu..."
Anakku memandang tepat pada mukaku...
"Macam mana ayah?" Aku nampak mukanya macam orang nak nangis jer... Abangnya yang di tahun lima sudah lama di telan kegelapan pagi menuju ke kantin sekolah.

Lebih kurang dua tiga minit terkulat-kulat dalam kereta... akhirnya aku memecah keheningan...
"Kakak dapat tak surat daripada cikgu suruh pakai baju ungu..?"
"Ada"
"Betul?"
"Betul..."
"Jadi, kenapa perlu rasa takut?"
"Entah-entah, tak ada kawan-kawan Aliya yang pakai baju warna ni..." Riak-riak kebimbangan masih tidak reda-reda lagi...

Tiba-tiba... sebuah kereta berhenti... seorang budak perempuan memakai baju warna ungu berlari ke luar menuju balai menunggu...
"Hah.. tu kawan kakak pakai baju ungu..!"
Anakku terus tersenyum dan segera mencium tanganku dan segera keluar dari kereta...

Anak-anak kecil pun sudah ada perasaan sebegitu. Walhal arahan dan perlantikan secara hitam putih telah diterima. Mengingatkan aku tentang dunia orang dewasa yang sering berdepan dengan situasi yang sama... Selagi tak sampai hari yang ditetapkan, kita akan rasa rileks dan selesa... Bila dah sampai tarikh dan waktunya baru rasa berdebar... betulke ini harinya... kena pakai pakaian apa? Nak pergi dengan siapa.... Namun cara penyelesaiannya sahaja yang mungkin berbeza... Umpamanya dalam dunia ICT ni... telefon bimbit lah yang akan digunakan untuk mencari jawapan terhadap psoalan-soalan yang berlegar-legar dalam benak fikiran...

BACA LAGI...

Friday, December 25, 2009

CATATAN LEWAT PASCA RESULT PMR...

Friday, December 25, 2009
Bookmark and Share
Bagi yang membaca entri terakhir semalam, tentu telah membuat beberapa spekulasi mengapa aku tidak segera mengisytiharkan keputusan peperiksaan PMR anakku yang nombor wahid. Dan, tentunya keputusannya tidak begitu menggalakkan atau langsung sangat mendukacitakan. Dan, biasanya sebagai orang yang selalu membuat intrepretasi serta spekulasi selaku penulis dan pembaca blog.. ia ada asas yang kukuh.

Jadi segala spekulasi dan intrepretasi atas pola dan patern yang ada ternyata benar belaka. Namun, seperti yang aku nyatakan sebelum ini, aku sememangnya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepadanya. Bukan kerana kecewa dan putus asa, tetapi kerana usahanya yang tidak seberapa. Cepat berpuas hati apabila mencapai keputusan yang agak baik dalam ujian-ujian bulanan atau ujian rasmi. Tidak menganggap peperiksaan ini adalah "pembunuh"paling kejam.

Mungkin, sistem peperiksaan kini yang meniadakan bar pada lemasukan ke tingkatan empat, turut menyumbang sama anak-anak OKU (oarang kurang usaha... hehehe..) macam anak aku ini, kurang ada tekanan untuk berusaha lebih gigih lagi.

Menyedari dari awal ketidakupayaannya untuk membuat keputusan yang upset, aku dan isteriku tidak memberi apa-apa tekanan sejak dari tarikh keputusan telah diketahui sehingga dalam perjalanan selama sejam itu. Aku rasa dia tahu... seperti dalam peperiksaan UPSR tiga tahun yang lalu pun macam itu... Bila keputusan sudah di tangan, aku terima itu seadanya. Nak dimarah, dileter pun tiada gunanya... Hatta menangis air mata darah sekalipun, keputusan tetap tidakakan berubah. Bagi aku, segala kritik, marah dan komen hanya berfungsi sebelum peperiksaan sebenar berlangsung...

Akhirnya baru anakku itu benar-benar tahu bahawa peperiksaan itu sangat "kejam"... Sewaktu sarapan pagi yang sedikit lewat, dia tidak mahu mengisi perut walau sesuap nasi... Apa tidaknya, seorang demi seorang kawan sekelasnya sewaktu sekolah rendah dulu memaklumkan bilangan A yang mereka terima. Dia baru tahu bagaaimana keputusan peperiksaan rakan-rakannya itu adalah persis sebilah pedang yang sedang menunggu masa untuk memenggal lehernya... langsung situasi itu menghilangkanlangsung selera apa-apa juga yang ada...

Sepanjang perjalanan yang sangat lancar, cuaca yang agak baik... menjadikan degup jantungku sendiri berdetik agak laju... Memasuki perkarangan sekolah, kami solat Zuhur dulu dan sejurus usai anakku itu terus ke pejabat sekolah.

Tiadak lama aku nampak anakku itu melangkah dengan gontai... Dan bila aku lihat keputusannya... Aku sedikit rasa hampa. Bukan kerana, keputusannya yang terlalu teruk... tetapi kerana kurang usahanya menyebabkan keputusan seperti itu berlaku. Dengan 2A (Math dan Sejarah) selebih 5B dan 2D, menjadikan pedang yang tadinya menunggu masa unutuk memenggal batang lehernya.. kini telahpun "memenggal" habis lehernya... Dia tewas, berbanding rakan-rakannya yang lain... Barangkali tercorot dalam lingkungan rakan-rakanya yang baru-baru ini mengadakan SKTM Class of 2006 special gathering di Dusun Bay.

Termenung, murung dan sedih melihat keputusan yang ada di tangan... Barangkali memikirkan apa yang harus diberitahu kepada rakan-rakannya nanti... Namun, pilihan yang ada hanya berterus terang memberitahu perkara yang sebenar, kerana itu adalah fakta yang tidak boleh disorokkan atau dimanipulasi lagi....

Bagi membinding perasaan yang hancur itu... kami menjelaskan keputusan itu sudah tidak boleh dibuat apa-apa lagi. Terimalah seadanya, kerana setakat itu usaha yang dibuat. Ertinya selama tiga tahun ini, segala usaha yang dibuat sememangnya untuk mendapat keputusan sebegitu. Jadi, terima sahaja hakikat yang ada dan simpan ia dalam arkib sejarah diri. Apa yang lebih penting ialah peperiksaan SPM, dua tahun lagi. Itulah peperiksaan paling akbar dalam hidup kita... Justeru, pemilihan mata pelajaran berdasarkan kebolehan diri sangat penting... Kegagalan memadankan nilai mata pelajaran dengan kebolehan diri sering memerangkap potensi sebenar para pelajar.

Entahlah... aku tidak pasti, apa-apa lagi yang harus aku lakukan dalam menghadapi detik yang sebegini... Pindah sekolah yang senang dipantau saban minggu? Dan, sejak dari dulu lagi.. aku tidak memberikan jawapan tuntas, mengapa anak-anak aku tidak disekolahkan satu sekolah dengan aku... Ramai rakanku kehairanan mengapa anakku yang nombolr thalatha itu tidak bercadang untuk dimasukkan ke Kelas Rancangan Khas di mana aku bertugas.... Hahaha.. lu pikirlah sendiri!!!!

Sekian adanya...


BACA LAGI...

Wednesday, December 23, 2009

GAGAL KE SBP...

Wednesday, December 23, 2009
Bookmark and Share
Sejak semalam, episod-episod penting ke arah mana anak aku yang nombor thani nak bersekolah di tingkatan satu pada tahun depan sudah mula terbayang.

Tawaran dari Bahagaian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ke sebuah sekolah agama di daerah Hulu Selangor menandakan usaha aku membuat rayuan semasa awal cuti sekolah hari itu telah menampakkan hasilnya. Sebab, dalam piawai JAIS, kelulusan UPSR tidak menjadi syarat penting yang melayakkan seseorang pelajar itu ke tingkatan satu. Mereka ada penilaian sendiri yang dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Dalam keadaan itu, anak aku hanya sekadar Jayyid. Tidak ditawarkan secara otomatik. Justeru, kena buat rayuan lah...

Namun, aku nampak anak aku itu masih mengharap kalau-kalau dapat tawaran ke SMKA. Sejak 21 hari bulan lagi, aku diminta oleh anakku itu melihat laman web KPM kalau-kalau semakan ke SBP telah ada... Dan, hari ini segala-galanya terogkai.

Anakku yang mendapat 4A1B dalam UPSR gagal ditawarkan ke SMKA. Apa yang paling mengejutkan... 15 orang rakan sekelasnya yang mendapat 5A... hanya dua orang sahaja yang mendapat tempat ke SBP. Selebihnya hampehh... Macam mana aku boleh tahu? Melalui semakan dengan menggunakan angka giliran, aku menyemak semua sekali angka giliran dari 1001 sehinga 1036. Bukan susuah mana pun...

Aku nampak sedikit hampa pada wajah anakku itu... Namun perasaan itu segera hilang apabila rakan-rakannya yang mendapat 5A pun hanya dua orang sahaja yang ditawarkan tempat ke SBP. Aku segera membuat rayuan melalui aplikasi rayuan yang ada pada capaian web tersebut. Namun sehingga kini masih gagal... ada internal error pulak...

Esok, satu lagi debaran akan terjawab... apabila anak aku yang nombor wahid pulak ambik keputusan PMR. Aku tak aspect tinggi-tinggi kat anak aku yang ini... namun bak kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki...." aku masih mengharap suatu yang luar biasa akan berlaku. Kerana sesiapa sahaja nakkan keputusan yang baik kan... Nampaknya aku kena pergi ke Sungai Besar untuk pergi ke sekolah anak aku itu... Apa lagi yang boleh dilakukan dengan keputusan sudah berada di PPD... bagi pegawai yang terbabit dan yang rajin membelek keputusan tersebut... sudah tahu ... anak sipolan... sipolan dapat apa... cuma yang belum tahu hanyalah tuan punya badan...

BACA LAGI...

Monday, December 7, 2009

KE IPOH

Monday, December 7, 2009
Bookmark and Share
Kekadang bukan mudah untuk membuat sesuatu keputusan. Apatah lagi kalau ia melibatkan kemungkinan konsekuen berisiko. Ialah, dengan keadaan anak aku nombor thalatha baru sahaja berkhitan, hari ini aku kena buat keputusan sama ada menerima atau menolak jemputan adik aku di Ipoh untuk mengadakan kenduri doa' selamat sempena pemergiannya suami isteri serta emak bapakku dan emak bapak mertuanya mengerjakan ibadah umrah.
Setelah melihat kondisi anak aku itu yang sangat memuaskan (berbanding dengan pengalaman menjaga dua orang abangnya berkhitan sebelum ini), aku rasa yakin memilih untuk pergi ke Ipoh. Namun, masih banyak juga yang aku risaukan. Pertama, sekuat mana anak aku itu mampu bertahan dan bersdabar melihat juadah yang tentunya masih tidak sesuai dimakan dalam keadaannya yang sedang "berpantang" itu.
Kedua, setakat mana dia mampu mengawal dirinya untuk tidak mengikut lagak sepupu-sepapatnya yang tentunya ligat dengan kedudukan rumah adiku itu tidak jauh dengan taman permainan. Justeru, sebelum bergerak banyak perkara yang aku dan isteriku pesan agar dipatuhi demi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Aku hanya mampu bertolak seawal 10.45 pagi. Sebenarnya aku tak pernah lagi pergi ke rumah adik aku ni secara terus. Biasanya, dia yang akan guide. Walaupun lokasi rumah tidak jauh dari Plaza Tol Ipoh Selatan, namun jalan "rasmi" ke rumahnya itu jauh dan memang menyukarkan sesiapa sahaja yang tidak biasa di Ipoh. Namun, aku yakin misi aku ke rumahnya tanpa "talian hayat manusia" akan tercapai melalui GPS aku tu...
Alhamdulillah sepanjang perjalanan lancar. GPS menunjukkan, aku dijangka sampai ke lokasi sekitar 11.59 pagi. Pada peringkat awal, dengan jarak yang dipaparkan kat skrin GPS aku kira akan keluar ikut exit Simpang Pulai atau Ipoh Selatan. Betul, aku keluar di Tol Ipoh Selatan, tapi rupa-rupanya aku tidak ikut jalan "rasmi" yang akan ikut JUSCO dan sebagainya. GPS nevigate aku ikut short-cut tidak jauh dari Tol Ipoh Selatan. Memang sangat cepat, terus masuk kawasan perumahan Ampang. Wah! jalan macam tu pun satelite dapat detact...
Haha.. separti yang diduga, aku lah yang paling lewat sampai. Ada yang sampai pada hari Sabtu, malam Sabtu dan paling-paling lewat pun pagi tadi.. Aku sampai pukul 12.00 tengah hari! Nak buat macam mana? Sesampai sahaja, masa tu tengah baca Yaasin. Sekumpulan anak-anak cilik dari Pusat Tahfiz bersama dua orang gurunya barang kali sedang membaca Surah Yaasin. Aku terus ikut sekali sehingga majlis bacaan Tahlil selesai. Seronok sekali dengan penampilan anak-anak cilik tersebut. Begitu mulus sekali dengan berjubah serta berserban serba putih.
Aku mendapat tahu, di pusat tahfiz itulah dua orang anak adikku itu sedang menjalani kursus intensif cuti sekolah. Sedikit menyahdukan bila kedua-duanya tidak dibenarkan balik sewaktu di rumahnya diadakan kenduri. Katanya, begitulah kaedah yang dijalankan di pusat tahfiz tersebut. Apabila dah masuk, tak boleh keluar selagi tak habis tempoh yang ditetapkan. Mungkin keadaan tersebut tidak masuk dalam jangkaan adikku itu. Tapi, kalau dilewatkan kemasukan ke pusat tahfiz tersebut... semakin singkat pulak tempoh berada di situ dan ada kemungkinan pihak pusat tahfiz tersebut menolaknya. Kira tak ikut pakej masa yang ditetapkan...
Dugaanku tepat sekali! Anakku yang baru berkhitan pada hari Khamis lepas itu, kewalahan dengan mengekang keinginan nak makan itu dan ini. Memanglah kat rumah sebelum berkhitan tergolong dalamkategori orang yang sukan makan... bila kena sekat nih... hehehe.. memang susah. Lagi pulak bermacam-macam versi bab makan orang berpantang... Ada yang kata daging ayam boleh... ada yang kata tak boleh plak.. Sudahnya neneknya (emak aku) gorengkan tempe dan ikan bilis... Aku tak pasti sama ada dia makan atau tidak... Punyalah risau melihat aksinya... orang yang tak perasan, memang akan kata anakku yang mana yang baru berkhitan tu? Jenih memanggil-manggil bila sampa kat taman permainan.
Haha.. bab balik sama pulak! Dah lah datang lewat, balik tak lewat plak... Aku ada lesen balik awal sebab nak jadi "pak imam" kepada adik aku yang kat B.Beruntung! Macam tak caya juga, biasa bab arah jalan nih, dialah yang paling pakar... Alih-alih, kali ini aku kena jadi imam? Tapi, aku yakin dengan "pak imam" aku lah...
Keluar dari kawasan perumahan, GPS guide aku balik ke arah tepi tol tu.. tapi rupa-rupanya ikut jalan dalam ke Bercam sehinggalah ke highway... Alhamdulullah aku dapat masuk ke highway dengan lancar...
Sampai ke TM sekitar 7.30 malam. Dan keluar balik sekitar 9.20 malam, bawak anak aku yang berkhitan tu makan kat kedai... sebab kat rumah tak ada makanan yang sesuai...
BACA LAGI...

Friday, December 4, 2009

POTONG! POTONG!

Friday, December 4, 2009
Bookmark and Share
Tiba-tiba aku teringat iklan P1 WiMax yang menimbulkan kontroversi sehingga dibawa ke sidang parlimen. Haha... iklan tu langsung tak signifikan dengan produk yang hendak dipublisiti tetapi secara langsung berkaitan pulak dengan amalan berkhatan dalam kalangan masyarakat Islam. Eloklah pun iklan tu dah tinggal pasukan kompang anak-anak cilik yang mendendangkan lagu Potong...
Semalam, hari yang dinantikan dengan penuh gedebak-gedebuk oleh anak aku nombor thalith tiba juga akhirnya. Awal-awal lagi lagi dah bangun dan bertanya kepadaku,
"Pukul berapa Zharif nak sunat ayah..."
"Nanti dulu lah.. ayah nak ke sekolah dulu... bila anak-anak murid ayah dah periksa nanti ayah bagi tahulah... Buat masa ni ayah tak dapat janji dengan tepat.. Mungkin pukul 9.00 pagi dan ke ataslah.." Ulas aku dengan panjang lebar... Kalau tak, nanti dia akan tanya lagi!
Sekitar jam 9.00 pagi aku menelefon ke rumah, aku berpesan kepada anak aku nombor thani agar siap-siap... aku dah nak balik.
Sesampai di Klinik Syfa'... keadaan sangat lengang. Tak nampak kelibat seorang pun anak-anak cilik berkain pelekat! Setahu aku ada enam orang dijadualkan berkhitan di klinik tu dengan teknologi khitan yang modern... Sebenarnya teknologi German tu dah digunakan di sesetengah negara sejak 2001 lagi. Tapi, biasalah orang Malaysia ni... bukan mudah nak terima sesuatu teknolgi terutama yang melibatkan amalan berkhatan...
Namun, setelah meneliti brosur yang diberi oleh pihak klinik, aku rasa lebih berminat dengan teknologi ini. Lebih-lebih lagi setelah rakan blogger aku telah mengkhitankan dua orang anaknya serentak sebelum Aidil Adha lalu...
Biasalah lah.. berkhitan ni antara satu peristiwa penting bagi orang lelaki. Sepatutnya kena buat kenduri! Paling sempoi pun doa' selamat. Aku dulu siap dengan khatam al-Quran, kena arak dengan kompang lagi... berkumpul sedara-mara jauh-dekat... dan semalaman pasukan kompang lek-lek'an (bersengkang mata) memalu kompang dengan berbantukan air halia sebagai ubat ngantuk... Dan, pada subuhnya, aku kena berendam kat kolam (hehe.. bukan kolah tau. Kolam ori punya.. boleh ada telur katak kat tepi-tepi kolam tu... silap-silap, ular pun ada..) lebih kurang setengah jam. Menggigil tahap mega dan kecut habis!
Kini zaman dah maju, dah jarang sangat kita dengar majlis berkhatan macam tu... Tau-tau dah kena potong! Mungkin, dulu orang jarang ke hospital bersunat. Tok mudim yang terkenal dengan kerja-kerja memotong ni telah dipercayai ramai untuk mengkhitan anak-anak mereka. Teknologinya sangat simple! Kalau zaman aku, tanpa bius setempat, tanpa peralatan canggih.. Yang aku perasan, ubat pelalinya sekadar alkhohol atau minyak spirit jer.. dan yang penting pisau pencukur yang boleh diasah... biasa digunakan kat kedai-kedai tukang gunting jer... Adusss.. memang potong hidup-hidup beb! Tu yang ramai pengsan sebab tak tahhhan sakit...
Lepas tu, teknologi sedikit berinovasi apabila dalam kalangan Tok Mudim tu ada yang ex-medical assistant kat spital kerajaan. Baru ada bius membius! Kiranya yang dikhitan tu kurang lah sakit...
Apabila ada beberapa kes, kanak-kanak yang dikhitan mengalami komplikasi yang sangat dahsyat... dikhabarkan ada yang terpotong pada bahagian yang tidak sepatutnya. Akhirnya, pihak hospital mengadakan khidmat khitan.. Itupun menyebabkan polemik antara Tok Mudim Tradisional dan Tok Mudim Spital... Mana tidak, ia menyebabkan periuk nasi orang kan...
Namun, selepas beberapa ketika apabila kepakaran mengkhitan secara tradisional ini tidak diminati oleh generasi yang lebih muda, akhirnya susah nak jumpa karang ni, Tok Mudim Tradisional ni.. Sebab, la ni... bukan klinik atau hospital kerajaan jer yang sedia khidmat berkhitan. Bagi yang berkemampuan boleh memilih kaedah mana yang sesuai dengan budjet masing-masing...
Aku memilih teknologi SmartKlamp ni bukan kerana aku banyak duit sangat! Bayangkan ... RM140 tu aku rasalah boleh khitankan dua orang anak guna kaedah konvensional. Cuma, aku kesuntukan masa. Kalau tak buat sekarang, bila lagi... walaupun emak aku terkejut bila aku kata anak aku tu dah disunat sewaktu aku menghubunginya petang semalam..
"Macam mana ... tak pergi ke Ipoh ker?"
"Entahlah... aku dah kesuntukan masa ni.., harap-harap boleh pergilah..." Aku masih terpengaruh dengan andaian kalau teknologi SmatKlamp ini lebih baik berbanding dengan teknologi circumsize dan lazer, sudah tentu daya penyembuhannya juga lebih cepat!
Menyingkap kembali peristiwa dalam bilik operation semalam, rasa suspen pun ada... Ialah, ini kali pertama aku boleh melihat secara live proses berkhitan dilaksanakan walaupun dah dua orang anak-anak aku melalui proses yang sama. Sebelum ni... di kinik yang lain, emak bapak tak bagi masuk... Siap bagi chance ambik gambar lagi masa operation. Cuma malang sekali, gambar-gambar yang aku ambik tak menjadi.. tak dapat diambil... sebabbbbbbb memori kadnya aku lupa masukkan!!! Huahahaaa.. penat ambik jer!!!
Sekarang ni aku kena layan anak aku tu.. nak madi.. nak buang air kecil macam dua-dua orang yang sebelumnya.. Tapi, kali ini senang sangat! Kalau sampai hati lah.. biarkan dia mandi sorang-sorang pun tak apa.. Adalah sakit sikit-sikit... Teringat masa anak aku yang nobor thalatha tu... hampir-hampir tumbang kat bilik air..
Malam tadi kami semua tidur lena macam biasa... tak ada dengar anak aku tu meraung keakitan ker.. atau merengek kepedihan... Sebelum tidur tu ada lah jugak... tapi bila dah lena, rasa sedap tidur tu dapat mengatasi rasa kepedihan pada lukanya itu...
BACA LAGI...

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH 'AFIF...

Thursday, November 19, 2009
Bookmark and Share
"Ada mimpi ke UPSR dapat apa?" Soalku kepada anakku yang gedebak-gedebuk menunggu keputusan peperiksaan tu.
"Hehe.. Afif rasa macam dapat 5A lah" Sambil tersengih-sengih.
"Engkau memang macam tu.. Over confident" Aku mengilas sikap anakku yang selalu berloyar buruk dengan kami. Anak kedua aku itu, kekadang tengah-tengah menghadap perkara yang serius pun boleh bergurau!
Entahlah aku ni kategori bapak macam mana... Walaupun tahu tidak baik terlalu menekan anak-anak, tetapi persekitaran masa kini sememangnya begitu. Aktiflah macam mana sekalipun, pencapaian akademik juga mendapat perhatian utama.
"Engkau aktif sana-sini ni... kalau UPSR tak cemerlang, satu sen pu tak guna tau!" Bukan kali pertama amaran sebegitu menusuk gegendang telinga anakku itu. Itu belum leteran ibunya lagi... Entah-entah dia dah immune, sebab nampak muka tak kisah pun.
Aku tak pasti banyak mana sijil kokurikulum yang dikumpulkan dalam clear folder yang aku khaskan untuk anak-anakku itu. Tapi, memang lebih sepuluh keping. Sampai aku hairan, macam tak ada orang lain yang boleh masuk bertanding. Sampai hari minggu pun ikut pertandingan di UPSI.
"Fif, ayah setakat ni ikut jer apa yang engkau nak tau... ke sana lah ke sini lah... Kalau sampai tak dapat sekurang-kurangnya 3A... Tak tahulah... Ayah tengah kumpul-kumpul nih.. Nanti boleh meletup tau!" Aku nampak anakku itu sedikit risau... Tapi, esok, lusa releks balik...
Keputusan UPSR mula-mulanya dikhabarkan akan keluar pada hari Jumaat lepas. Tapi agak pelik gak sebab Jumaat bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah cuti umum. Tak mungkin keputusan keluar pada hari itu. Dan, keputusan pada hari ini sememangnya sangat dinanti-nanti. Merungkai tanda soal yang berlegar-legar di minda ibu ayah serta anak-anak sendiri.
Setelah keputusan PSRA yang tidak begitu cemerlang, hanya sekadar Jayid (68.8%), kini keputusan UPSR tinggal satu-satunya harapan yang tinggal untuk menentukan di manakah anakku akan bersekolah pada tahun hadapan.
Dalam kepala ligat mencari idea macam mana nak tahu keputusan anakku itu. Tak kanlah kena keluar sekolah semata-mata untuk melihat keputusan anak!
"Ayah tunggulah sampai balik nanti... baru lah boleh tengok keputusan.." Sindir anakku. Sedangkan dia tahu aku tak sabar nak tengok keputusan itu.
"Tengoklah nanti" Aku membalas spontan.
Melayan kesibukan pagi dengan suasana peperiksaan SPM (Paper STPM hari ini tak ada kat sekolah aku) menyebabkan aku lupa akan keputusan UPSR tersebut.
Agak kehairanan bila aku tengok kat pejabat beberapa orang guru besar sekolah-sekolah rendah di sekitar Tanjong Malim sedang berbual sesama mereka sambil menghadap sampul surat berukuran A3 itu. Baru teringat keputusan UPSR!!
Aku mulai kecut perut!
Akhirnya aku dapat melihat keputusan UPSR anakku seawal 8.45 pagi... Aku terus menghubungi isteriku tentang keputusan yang anakku perolehi itu.
"Oklah tu.. Dah itu yang termampu dia buat.."
Sesampai di rumah anakku tersengih-sengih macam biasa...
"Macam mana ayah, janji dulu tu..?"
"Kan ayah dah cakap... RM500 untuk 5A..." Cakap aja ... kalau dapat 5A lbetul-betulah.. tak tahu nak korek duit kat mana... Jam tangan dah belikan.. Kasut bola dah belikan... sampai dah hilang pun.."
"Jadi, nak apa lagi?"
Aku tahu dia akur dengan apa yang aku terangkan. Namun dari wajahnya aku nampak riak-riak duka... tak dapatlah PSP yang diidam-idamkannya itu..!
"Tak apalah Fif, malam Jumaat ni kita pergi Restoran Nelayan, Titiwangsa kita dinner... Kita celebrete lah keputusan yang engkau dapat tu...Hehe.." Entahlah, kebetulan pulak memang kami akan ke situ sebab sekolah isteriku mengadakan annual dinner sekolahnya...
BACA LAGI...

Sunday, November 1, 2009

CERITA SEBIJI BOLA DAN DUA HELAI JERSI BIRU

Sunday, November 1, 2009
Bookmark and Share
"Ayah, boleh tak Afif ikut Soccer Kid?" Aku hanya mendiamkan diri ketika pertanyaan itu menerjah cuping telingaku. Ketika itu bulan Ramadhan masih baru bermula beberapa hari.
Selang beberapa hari, soalan itu aku jawab secara sambil lewa.
"Kat mana?" Soalku ringkas.
"Kat Stadium Proton." Juga ringkas jawab anakku yang kedua itu.
"Hari apa?"
"Hari Ahad"
"Setiap minggu?"
"Ya"
"Kalau masa tu kita balik kampung atau ke mana-mana, macam mana?" Soalan yang lebih serius aku ajukan dengan harapan apa juga keputusan yang dibuat oleh anakku itu telah difikir secara serius.
"Tak pergi lah.."
"Nanti ayah fikirkan.."
Beberapa hari lepas itu, aku perasaan anakku itu terlebih rajin daripada biasa. Vacum rumahlah, sidai kainlah... Hari-hari biasa memanglah dia jadi harapan ibunya untuk membantu kerja-kerja mana yang terlarat. Feel anakku itu, kalau dia nak buat, suruh jer dia akan buat. Tapi, kalau dia tak nak buat.. Kalau "power" ibunya kadang-kadang tak makan saman... Kenalah guna "power" ayahnya!
Selapas hari raya, tiba-tiba aku dan isteriku mendapat dua keping cheque bernilai RM200. Aku pun berjanji dengan anakku itu untuk membelikan sepasang kasut bola dengan nilai kurang daripada RM30!
Aku jenuh pergi merata-rata tempat mencari sepasang kasut bola dengan harga sebanyak itu! Akhirnya aku terpaksa membeli kasut bola itu dengan harga RM70! Itulah yang termurah aku jumpa. Jenama Topper.
"Encik, kasut bola ha... talak kila saiz.. halga sama punya.." Seorang pekedai menjawab selamba apabila aku meminta discount harga kerana sukatan kasut anakku itu adalah saiz tujuh.
Aku tak tahu bagaimana gembiranya anakku itu akhirnya mendapat sepasang kasut bola yang diidam-idamkan. Hari ahadnya aku menghantar anakku itu ke Stadium Proton untuk mengikuti Program Soccer Kid yang dimaksudkan itu. Selain daripada kasut bola, aku kena bayar Rm50 untuk bola dan dua helai jersi. Manakala untuk yuran, aku bayar terus tiga bulan, iaitu RM45. Untuk senangkan kira-kira, aku bagi RM100 kepada anakku itu semasa hari pertama dia mengikuti program tersebut.
"Ayah. kasut bola Afif hilang kat rak kasut.." Aku terperanjat besar!
"Masa ayah pergi pagi semalam masih ada lagi!" Aku membalas sms tersebut. Ketika itu aku berada di Grad Kampar, mengikuti Knvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak.
Aku sudah terasa-rasa kasut bola itu akan hilang, memandangkan kasut sukanku dan anakku telah hilang sebelum ini. Cuma aku berpesan kepada isteriku agar mengunci pagar rumah sewaktu keluar ke sekolah kerana isteriku biasanya adalah orang terakhir meninggalkan rumah saban pagi.
Entahlah... aku nak cakap apa lagi.
Sesampai ke rumah, aku lihat muka anakku itu mencuka. Aku tahu mungkin dia mintak aku belikan lagi kasut bola bagi menggantikan kasutnya yang hilang itu.
"Fif, ayah tak ada duit untuk tujuan membeli kasut bola lagi.." Tegasku.
"Bil-bil elektrik, air, telefon, kereta dan lain-lain lagi ayah belum bayar tau.." Memang betul, aku masih belum sempat membayar bil-bil utiliti kerana tak "berkesempatan". Bila online, mula-mula nak bayar bil, alih-alih melencong ke blog..
Bagi aku isu kasut bola hilang, bukan isu utama untuk terus menyertai Soccer Kid. Kalau anakku itu mahu menyertai program tersebut, dia kena pakai kasut sekolah.
"Semua kawan-kawan Afif pakai kasut bola ke?" Soalku meminta kepastian.
"Ya la... Mahal-mahal lagi kasutnya..."
"Ayah kawan-kawan Afif orang-orang kaya.." Aku membuat kesimpulan.
Petang semalam kami bercadang nak balik kampung. Maklumlah sudah beberapa minggu tak menjengah ayah mertuaku. Semenjak emak mertuaku meninggal dunia, aku pasti rutin kehidupan ayah mertuaku menjadi caca-marba. Sarapan pagi bawa ke tengah hari dan sebagainya. Abang iparku walaupun tinggal serumah tetapi dia keluar pagi dan balik malam. Jarak Tg.Malim dan Sg.Tengi sejauh lebih kurang 40km tidak memungkin dia balik tengah hari. Untuk menguruskan dirinya sendiri pun tergocoh-gocoh memandangkan masa rehat tengah hari sangat singkat. Betul-betul untuk solat dan makan.
Sambil itu aku kena singgah di sebuah sekolah memandu untuk mengambil borang lesen belajar memandu untuk orang yang buta huruf. Sungguhpun kakak iparku tidak buta huruf tetapi ujian belajar memandu menggunakan komputer memang terlalu asing. Ulang banyak mana pun memang akan gagal. Malangnya borang tersebut kehabisan!
Keadaan menjadi gawat apabila aku terpaksa mengubah plan B. Plan A, balik petang sabtu, dan balik semula ke TM pada pagi ahad, sebab anakku nak ikut balik Program Soccer Kidnya itu. Aku akan membawa borang belajar memandu itu balik kampung kerana kakak iparku balik ke Sg.Tengi.
Jadi, aku terpaksa guna plan B. Balik pagi ahad setelah dapatkan borang tu terlebih dahulu. "Jadi, Program Soocer Kid tu macam mana?" Aku bertanya kepada isteriku.
"Esok, Afif pergi ke stadium, cakap kat cikgu yang latih Afif tak boleh ikut program tu.." Kata isteriku kepada anakku itu.
"Dah beberapa minggu Afif tak ikut pun.. Bulan sepuluh ni hanya sekali je dapat ikut.."
"Minggu lepas Afif ikut pertandingan catur di UPSI, minggu sebelum tu pertandinan roket air kat UPSI... masa bila nak ikut Soccer Kid?"
"Cakap kat cikgu tu lagi.. tuntut yuran bulan sebelas dan dua belas. Jangan main bola esok, kalau main jugak nanti yuran bulan sebelas kena bayar.."
"Kan ayah dah cakap... sebelum melakukan sesuatu, fikir masak-masak semua perkara.." Aku mencelah di tengah suasana yang agak panas itu.
"Jadi, esok nak buat apa Fif" Soalku bagi mendapatkan pelan tindakan yang sedang difikir oleh anakku itu.
"Pergi stadium bagi tahu cikgu tak jadi ikut Soccer Kid" Jelasnya.
"Ok ke?" Soalku lagi.
"Ok lah"
Mengampiri Stadium Proton pagi tadi, entah kenapa hatiku rasa tidak tenteram. Aku dah bagi tahu anakku itu yang aku tak akan campur tangan dalam urusan Soccer Kid ni.. Dia kena urus sendiri. Termasuklah untuk membatalkan penyertaannya itu pagi ini.
Mula-mulanya aku meletakkan kereta ke arah padang permainan kerana anakku itu meminta aku berbuat demikian. Namun, setelah anakku menghampiri lapangan latihan... aku segera mencari tempat letak kereta yang agak trelindung. Sebeanrnya aku risau kalau-kalau cikgunya itu tidak senang dengan keputusan yang akan diberitahu oleh anakku itu.
"Esok kalau jumpa cikgu tu... nak cakap apa?"
"Cakaplah ada masalah peribadi.." Kata anakku ringkas.
"Ish.. macam orang berkeluarga pulak.." Tingkahku.
"Cakaplah juga sebab kasut bola hilang.." Aku mencadangkan satu idea untuk mengukuhkan hujahnya.
"Tak nak lah..."
"Penting tu.. itu cerita sebenar.." Aku meminta idea aku itu dipertimbangkan semula sewaktu berjumpa dengan cikgunya itu.
Sedang aku menunggu itu aku terpandang dari cermin sisi keretaku, anakku sedang menggelek bola sambil memegang jersi berwarna biru menghampiri kereta. Sejurus masuk ke dalam kereta, anakku hanya mendiamkan diri.
"Kenapa, sedih ke?" Soalku untutuk memecah sedikit rasa sepi.
"Tak ada lah". Jelas anakku.
"Bola tu nak main kat mana Fif?"
"Entah.."
"Senang-senang derma kat sekolah jer" Aku cuba memancing perasaan anakku.
"Mana boleh" Tegasnya.
Aku tahu dia tak ada idea nak main di mana. Aku memang melarang anak-anakku bermain bola dalam rumah. Memandangkan saiz rumah sebesar ini, mana tempat nak main bola. Kat jalan? Payah gak. Jalannya pun banyak batu kerikil dan kenderaan banyak yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan. Kalau setakat main badminton, boleh lah... Kalau bola, aku takut nanti terkena cermin atau dinding kerata jiran-jiranku pula.
Selepas maghrib tadi aku bertanya dengan anakku nombor empat.
"Aliya, abang-abang buat apa?" Soalku bila aku perasaan ada sedikit bunyi gedegang-gedegung kat bilik anak-anak lelaki.
"Abang-abang main bola" Katanya ringkas.
Aku rasa nak pergi ke bilik anak-anakku itu untuk memarahi mereka. Tetapi, tiba-tiba aku rasa berat nak melangkah ke bilik mereka. Akhirnya aku baiarkan mereka bermain sehingga mereka turun sendiri ke tingkat bawah untuk makan malam.
Sehingga kini setakat mana aku nak menguatkuasakan laranganku sebelum ini, aku pun tak pasti. Kalau sebelum bola ada... aku memang tak ingin nak belikan bola. Tapi kini, bola sudah ada di tangan!
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template