The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, December 25, 2009

CATATAN LEWAT PASCA RESULT PMR...

Friday, December 25, 2009
Bookmark and Share
Bagi yang membaca entri terakhir semalam, tentu telah membuat beberapa spekulasi mengapa aku tidak segera mengisytiharkan keputusan peperiksaan PMR anakku yang nombor wahid. Dan, tentunya keputusannya tidak begitu menggalakkan atau langsung sangat mendukacitakan. Dan, biasanya sebagai orang yang selalu membuat intrepretasi serta spekulasi selaku penulis dan pembaca blog.. ia ada asas yang kukuh.

Jadi segala spekulasi dan intrepretasi atas pola dan patern yang ada ternyata benar belaka. Namun, seperti yang aku nyatakan sebelum ini, aku sememangnya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepadanya. Bukan kerana kecewa dan putus asa, tetapi kerana usahanya yang tidak seberapa. Cepat berpuas hati apabila mencapai keputusan yang agak baik dalam ujian-ujian bulanan atau ujian rasmi. Tidak menganggap peperiksaan ini adalah "pembunuh"paling kejam.

Mungkin, sistem peperiksaan kini yang meniadakan bar pada lemasukan ke tingkatan empat, turut menyumbang sama anak-anak OKU (oarang kurang usaha... hehehe..) macam anak aku ini, kurang ada tekanan untuk berusaha lebih gigih lagi.

Menyedari dari awal ketidakupayaannya untuk membuat keputusan yang upset, aku dan isteriku tidak memberi apa-apa tekanan sejak dari tarikh keputusan telah diketahui sehingga dalam perjalanan selama sejam itu. Aku rasa dia tahu... seperti dalam peperiksaan UPSR tiga tahun yang lalu pun macam itu... Bila keputusan sudah di tangan, aku terima itu seadanya. Nak dimarah, dileter pun tiada gunanya... Hatta menangis air mata darah sekalipun, keputusan tetap tidakakan berubah. Bagi aku, segala kritik, marah dan komen hanya berfungsi sebelum peperiksaan sebenar berlangsung...

Akhirnya baru anakku itu benar-benar tahu bahawa peperiksaan itu sangat "kejam"... Sewaktu sarapan pagi yang sedikit lewat, dia tidak mahu mengisi perut walau sesuap nasi... Apa tidaknya, seorang demi seorang kawan sekelasnya sewaktu sekolah rendah dulu memaklumkan bilangan A yang mereka terima. Dia baru tahu bagaaimana keputusan peperiksaan rakan-rakannya itu adalah persis sebilah pedang yang sedang menunggu masa untuk memenggal lehernya... langsung situasi itu menghilangkanlangsung selera apa-apa juga yang ada...

Sepanjang perjalanan yang sangat lancar, cuaca yang agak baik... menjadikan degup jantungku sendiri berdetik agak laju... Memasuki perkarangan sekolah, kami solat Zuhur dulu dan sejurus usai anakku itu terus ke pejabat sekolah.

Tiadak lama aku nampak anakku itu melangkah dengan gontai... Dan bila aku lihat keputusannya... Aku sedikit rasa hampa. Bukan kerana, keputusannya yang terlalu teruk... tetapi kerana kurang usahanya menyebabkan keputusan seperti itu berlaku. Dengan 2A (Math dan Sejarah) selebih 5B dan 2D, menjadikan pedang yang tadinya menunggu masa unutuk memenggal batang lehernya.. kini telahpun "memenggal" habis lehernya... Dia tewas, berbanding rakan-rakannya yang lain... Barangkali tercorot dalam lingkungan rakan-rakanya yang baru-baru ini mengadakan SKTM Class of 2006 special gathering di Dusun Bay.

Termenung, murung dan sedih melihat keputusan yang ada di tangan... Barangkali memikirkan apa yang harus diberitahu kepada rakan-rakannya nanti... Namun, pilihan yang ada hanya berterus terang memberitahu perkara yang sebenar, kerana itu adalah fakta yang tidak boleh disorokkan atau dimanipulasi lagi....

Bagi membinding perasaan yang hancur itu... kami menjelaskan keputusan itu sudah tidak boleh dibuat apa-apa lagi. Terimalah seadanya, kerana setakat itu usaha yang dibuat. Ertinya selama tiga tahun ini, segala usaha yang dibuat sememangnya untuk mendapat keputusan sebegitu. Jadi, terima sahaja hakikat yang ada dan simpan ia dalam arkib sejarah diri. Apa yang lebih penting ialah peperiksaan SPM, dua tahun lagi. Itulah peperiksaan paling akbar dalam hidup kita... Justeru, pemilihan mata pelajaran berdasarkan kebolehan diri sangat penting... Kegagalan memadankan nilai mata pelajaran dengan kebolehan diri sering memerangkap potensi sebenar para pelajar.

Entahlah... aku tidak pasti, apa-apa lagi yang harus aku lakukan dalam menghadapi detik yang sebegini... Pindah sekolah yang senang dipantau saban minggu? Dan, sejak dari dulu lagi.. aku tidak memberikan jawapan tuntas, mengapa anak-anak aku tidak disekolahkan satu sekolah dengan aku... Ramai rakanku kehairanan mengapa anakku yang nombolr thalatha itu tidak bercadang untuk dimasukkan ke Kelas Rancangan Khas di mana aku bertugas.... Hahaha.. lu pikirlah sendiri!!!!

Sekian adanya...


Facebook Comments

9 PANDANGAN:

ahmad humairi on December 25, 2009 at 11:54 AM said...

salam,
tiada apa yang nak dikesalkan...
anak-anak saya..pun begitu..
pelajaran diteruskan,
ke politeknik,
UDM..

alhamdulillah
itu yang baik (bukan terbaik)
Allah berikan untuk mereka.

insan pendidik on December 25, 2009 at 11:55 AM said...

salam,

Biar apapun PMR bukan penamat segalanya. Masih ada SPM bakal menyusul. Moga dengan kesedaran dan iltizam si anak beroleh kecemerlangan.

MALEQUE SELAMAT on December 25, 2009 at 12:05 PM said...

Terma kasih cikgu2... semoga itulah iktibar besar yang dipelajari daripada peristiwa semalam...

P.Wakuba on December 25, 2009 at 6:06 PM said...

Setuju dengan cikgu Humairi dan IP..keputusan PMR yang tidak memberangsangkan tidak bermakna hidup akan berhenti begitu sahaja...byk lagi yg anak cikgu Malek kena hadapi lagi seperti SPM,STPM/Matriks..Mungkin keputusan PMR boleh sbg satu pengajaran dan kesedaran untuknya...banyak kes yang berlaku di sekeliling saya...PMR tidak berapa bagus tetapi dapat bangkit di SPM dan sekarang telah berjaya mendapat tempat di menara gading...Semoga anak cikgu terus berusaha untuk masa akan datang...

MALEQUE SELAMAT on December 25, 2009 at 9:08 PM said...

Terima kasih P.Wakuba... Semoga apa yang cikgu nyatakan itu akan berlaku kepad anak saya itu.. Diharap ia tidak terus melemahkan semangat dan membna self estem yang negatif... Saya setuju ramai yang bangkit selepas gagal kerana mereka mempelajari peritnya sebuah kegagalan... Terima kasih sekali lagi...

permai on December 25, 2009 at 10:23 PM said...

pmr hanyalah langkah pertama. Banyak lagi masa untuk anak mu meneruskan perjuangan. Ingat, pahlawan tidak boleh menyerah kalah dengan satu peperangan saja.

MaMa MoDeN on December 26, 2009 at 10:29 AM said...

Salam Cikgu,
terlebih dahulu tahniah kepada anak cikgu dgn result PMRnya tu. sebanyak mana usaha sebanyak tulah hasilnya.. itu yg selalu mama moden katakan pada anak2 setiap kali mereka menerima keptusan exam..

tiada apa lagi yg harus dileterkan sebaik mereka mendapat result, itu hanya akan lebih menekan perasaan mereka jika resultnya kurang mmuaskan..

sokongan ibu bapa amat penting ketika ini. Secara peribadi, anak sulung mama moden amat cemerlang dlm pendidikan setakat ini berbanding adik2nya tetapi itu tidak menjadikan mama mahu semua adik2 WAJIB mengikut kakak mereka.

tahap pendidikan anak2 kita tak sama setiap orang. Ada yg cemerlang di sek ren tetapi agak slow di men. begitu juga sebaliknya...

walaupun setiap kali anak2 menghadapi exam & mengambil result kami suami isteri yg tidak lena tido & bdebar2, kita juga amat mengharapkan result yg baik klu boleh smua A kerana itu yg sistem pend di malaysia mahukan tetapi bila result dah didepan mata, itulah yg kita kena redha terima.

memarahi, memukul, mengutuk mereka setelah result dikeluarkan bukan masanya. hanya semangat yg kita perlu berikan.

kita cuma boleh memantau mereka semasa mengulangkaji utk exam dgn harapan mereka lebih memberi tumpuan...

MALEQUE SELAMAT on December 26, 2009 at 12:21 PM said...

Salam Permai (Malik Ghani) dan Mama Moden,

Permai... Terima kasih atas komen yang diberikan. Hehehe... seorang pahlawan yang cedera boleh menebus kembali kekalahannya pada peperangan yang lain... Tapi, yang sy risau, bukan jiwanya cedera tapi jiwanya telah mati.... oleh sebab dahsyatnya kekalahan yang diterima dalam peperangan pertama...

Namun, harap2 tidaklah. Akan segera kembali memberi fokus kepada "peperangan" yang akan datang...

Mama Moden... Itulah lumrahnya emak bapak masa kini... Terlebih risau daripada anak-anaknya... Kekadang, si anak yang mententeramkan perasaan emak bapak yang tension melihat pencapaian anak-anaknya. Tekanan akan menjadi lebih hebat sebab... status anak cikgu....

sal on December 28, 2009 at 8:23 PM said...

Tahniah untuk anak.keputusan PMR 2A tu baik juga..sebagai ayah, jgn berputus asa..galakkan anak2.Jadikan keputusan yang ini sebagai pemangkin untuk berjaya di masa hadapan..

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template