Sejak semalam, episod-episod penting ke arah mana anak aku yang nombor thani nak bersekolah di tingkatan satu pada tahun depan sudah mula terbayang.
Tawaran dari Bahagaian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ke sebuah sekolah agama di daerah Hulu Selangor menandakan usaha aku membuat rayuan semasa awal cuti sekolah hari itu telah menampakkan hasilnya. Sebab, dalam piawai JAIS, kelulusan UPSR tidak menjadi syarat penting yang melayakkan seseorang pelajar itu ke tingkatan satu. Mereka ada penilaian sendiri yang dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Dalam keadaan itu, anak aku hanya sekadar Jayyid. Tidak ditawarkan secara otomatik. Justeru, kena buat rayuan lah...
Tawaran dari Bahagaian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ke sebuah sekolah agama di daerah Hulu Selangor menandakan usaha aku membuat rayuan semasa awal cuti sekolah hari itu telah menampakkan hasilnya. Sebab, dalam piawai JAIS, kelulusan UPSR tidak menjadi syarat penting yang melayakkan seseorang pelajar itu ke tingkatan satu. Mereka ada penilaian sendiri yang dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Dalam keadaan itu, anak aku hanya sekadar Jayyid. Tidak ditawarkan secara otomatik. Justeru, kena buat rayuan lah...
Namun, aku nampak anak aku itu masih mengharap kalau-kalau dapat tawaran ke SMKA. Sejak 21 hari bulan lagi, aku diminta oleh anakku itu melihat laman web KPM kalau-kalau semakan ke SBP telah ada... Dan, hari ini segala-galanya terogkai.
Anakku yang mendapat 4A1B dalam UPSR gagal ditawarkan ke SMKA. Apa yang paling mengejutkan... 15 orang rakan sekelasnya yang mendapat 5A... hanya dua orang sahaja yang mendapat tempat ke SBP. Selebihnya hampehh... Macam mana aku boleh tahu? Melalui semakan dengan menggunakan angka giliran, aku menyemak semua sekali angka giliran dari 1001 sehinga 1036. Bukan susuah mana pun...Aku nampak sedikit hampa pada wajah anakku itu... Namun perasaan itu segera hilang apabila rakan-rakannya yang mendapat 5A pun hanya dua orang sahaja yang ditawarkan tempat ke SBP. Aku segera membuat rayuan melalui aplikasi rayuan yang ada pada capaian web tersebut. Namun sehingga kini masih gagal... ada internal error pulak...
Esok, satu lagi debaran akan terjawab... apabila anak aku yang nombor wahid pulak ambik keputusan PMR. Aku tak aspect tinggi-tinggi kat anak aku yang ini... namun bak kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki...." aku masih mengharap suatu yang luar biasa akan berlaku. Kerana sesiapa sahaja nakkan keputusan yang baik kan... Nampaknya aku kena pergi ke Sungai Besar untuk pergi ke sekolah anak aku itu... Apa lagi yang boleh dilakukan dengan keputusan sudah berada di PPD... bagi pegawai yang terbabit dan yang rajin membelek keputusan tersebut... sudah tahu ... anak sipolan... sipolan dapat apa... cuma yang belum tahu hanyalah tuan punya badan...
9 PANDANGAN:
Belajar...tak kira di mana,
hatta di bawah pokok pun boleh berjaya
asalkan berkemahuan...
Betul tu cikgu.. di mana ada kemahujan di situ ada kejayaan... tapi kalau ada pilihan ler... elok lah tak payah ler mengaji bawah pokok... riso pulak anak teman lenjun bila hujan turrun... hehehe...
Salam ziarah,mmg di mana pun blh bljr,tp kalau ada peluang,mskkn dia di kelompok org cemerlang,spy dia lbh bermotivasi dn merasai kemudahan yg lbh dr sek biasa.
Idealnya begitu lah ummi ida... setiap orang mahukan anak2nya masuk ke sekolah yang terbaik... Kerana berada di sekolah terbaik mempunyai iklim pembelajaran yang sangat dominan... Manakala berada di sekolah yang biasa2.. iklim pembelajaran dalam kelas sendiripun tidak konsistan... kalau majoriti pelajarnya bersungguh2 nak belajar barulah ia boleh membentuk iklim pembelajaran yang positif.... Kalau tidak, budaya sindir-menyindir, perli memerli akan berlaku kalau ada sekelompok kecil pelajar yang kaki belajar... Jika pelajar yang minat belajar tidak asertif, dengan dia-dia skali hanyut...
Tapi apakan daya, tidak semua pelajar cemerlang berpeluang ke sekolah2 terbaik...
Em..mana ibu bapa yang tidak mahu yang terbaik untuk anak...buat masa ini nampak macam serba tak kena...tapi mana la tau nanti rayuan diterima atau cikgu dpt mohon sekolah yang cemerlang untuk anak ckg kelak...rezeki masing2..harap cikgu dapat respon yang baik dari KPM nanti...
Terima kasih cikgu Wakuba.. apa yang termampu dilakukan sedang diusahakan dalam misi untuk menempatkan anak-anak di sekolah yang terbaik mengikut kelulusan yang ada... Sehingga kini, yang sudah pasti akan bersekolah di SABK Sg.Selisek (Sekolah agama) kerana itu yang sudah sah dapat.. namun usaha untuk ke SMKA stuck dan hang kerana aplikasi e-Rayuan KPM masih mengalami Internal Error.. entah apa sebabnya tak pasti... tadi cuba telefon bahagian SBP dan Kluster.. terlupa hari ini cuti Krismas.. huhuhu.. hari isninlah.. tutup lama lagi 12 Januari.. Doakan rayuan diterima... terima kasih... tahniah atas pencapaian cemerlang SMK Wakuba..
Salam cikgu,
tahniah pd anak cikgu. anak saya pun tak dapat SMKA pd mulanya. KAA pun tak dapat. harap2 dapat kelas aliran (KAA). dia dapat 3 A 2 B aritu. tapi sbb ujian ke SMKAnya kurang mmuaskan dia ditempatkan di SMK saja. anak ke 5 saya ni pun lemah sikit dalam jawi & Quran.
tapi babanya buat rayuan ke KAA, Alhamdulillah ada kwn2 yg sudi membantu tapi tupun 28hb ni baru dapat resultnya bjaya ke tak rayuan tu...
bukan apa kalau boleh nak semua anak2 p sekolah agama..
semoga semua urusan kita bkaitan anak2 ni dipemudahkan yer cikgu. tiada harta yg kita tinggalkan pada mereka kecuali ilmu pendidikan.
Salam Mama Moden,
Terima kasih. Saya memang bersependapat dengan cikgu bahawa pendidikan agama adalah asas jati diri yang ampuh, namun realiti di sekolah agama masa kini pun kekadang tak jauh beza dengan sekolah menengah... Cuma masih mempercayai bahawa prinsipnya dengan memepelajari ilmu-ilmu fardhu ain dan kifayah di sekolah agama akan mampu melembutkan hati dan mata hati...
Justeru, KAA pun tak mintak. Mengharap kalau-kalau dapat SMKA, walaupun subjek agamanya tidak jauh berbeza dengan SMK, tetapi persekitarannya sangat menarik... Namun, tak tahulah bagaimana. E-Rayuan masih tak boleh dilakukan. Harap2 hari Isnin masalah tu selesai.
Oh ya.. Kalau sekolah SMK yang ditawarkan tu ada KAA, agak mudah.. Kalaupun nanti dalam senarai pertama dikeluarkan nama anak cikgu tak ada, bila ada pelajar yang menolak.. biasanya sekolah akan isi dengan calon2 yang layak...
Kalau sekolah tu tak ada KAA, kena merisik2 kat sekolah yang ada KAA... bolehlah berpindah dulu ke situ..ke.. Ini berdasarkan pengalaman kat sekolah sya lah..
Tak semestinya ke asrama penuh saja yang berjaya Sekolah biasa pun boleh berjaya Dimana ada kemahuan di situlah ada jalan. Contohnya anak saya dua-duanya sekolah biasa saja tapi boleh berjaya juga,
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...