The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, December 22, 2009

APA ERTINYA MISKIN KEPADA ANAK-ANAK KITA..

Tuesday, December 22, 2009
Bookmark and Share
Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin.

Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin. Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya,

"Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor kucing dan mereka ada empat.

Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung.

Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam.

Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kaki langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang.

Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.

Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka.

Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka, "LEBIH SESUAI LAGI....
"ALLAH SAHAJA YG MEMBERI REZEKI PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGAN)

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata,

"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

"Teman Sejati Bukan yang Selalu Dekat Di Mata, Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang Setia di Hati dan Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya"

Facebook Comments

5 PANDANGAN:

salmahj on December 23, 2009 at 6:49 AM said...

Tiap-tiap pagi, selepas semabahyang saya baca dulu apa yang ditulis oleh cikgu malek dalam blog. Sekurang-kurangnya dapat menarik minat saya membaca.

MALEQUE SELAMAT on December 23, 2009 at 7:27 AM said...

Terima kasih lah.... sebanrnya saya ada banyak koleksi cerita-cerita seperti ini dalam mailbox saya... Sejak mula mengenali email sekitar akhir 1990-an, saya tidak buang email-email tersebut.. Saya jenis yang tak minat nak sebarkan email kepada orang lain... ialah kadang2 ada maslah teknikal berlaku bila kita forward email banyak2 kpd penerima... Jadi salah satu cara untum memanjangkan maklumat yang ada tu... saya letak dalam blog ni.. Mana yang baik jadikan teladan.. yang buruk jadikan sempadan kan.. terima aksih sekali lagi...

ahmad humairi on December 23, 2009 at 12:25 PM said...

salam,

miskin dimata...
kaya di mata-hati nan mulus..

ustaz eds on December 23, 2009 at 11:19 PM said...

salam..
kadang2 pandangan yang muda itu melangkaui pandangan yang tua dan bernas pulak tu.. Apa yang penting, sikap berlapang dada dalam menilai setiap pandangan dan pendapat yang diberi baik dari yang tua mahupun yang muda...

MALEQUE SELAMAT on December 24, 2009 at 6:01 AM said...

Begitulah subjektifnya pandangan seseorang terhadap sesuatu... Ia berkait rapat dengan dari perspektif mana ia melihat.. Seperti yang biasa kita pernah dengar... satu titik hitam di atas sekeping kertas putih... Nak tengok pada titik hitam atau pada ruang putih yang mengelilingi titik hitam itu...

Dalam konteks si anak, kalau dia rasa seronok dengan kehidupannya, dia akan menggunakan keseronokannya itu untuk melihat orang lain yang berada di sekelilingnya... Tetapi, kalau dia rasa tidak bahagia dengan keadaanya sekarang... maka dia akan melihat keseronokan itu berada pada keadaan lain.. walaupun kehidupan itu secara zahirnya tidak "sebaik" kehidupan yang sedang dilalui...

Justeru idea membawa anak-anak ke kehidupan orang yang susah... kalau tidak cukup perancangan yang rapi, ia akan membina satu perspektif yang baru pada minda anak-anak tersebut... Mungkin kontras dengan apa yang kita fikirkan!

Kalau duduk sebulan umpamanya mungkin baru terasa... Apabila anak-anak itu terpaksa melalui sebahagian daripada kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kurang bernasib baik itu...

Wallahu 'Alam...

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template