Walaupun hari persekolahan sesi 2010 telah masuk hari ketiga, namun senario hari pertama persekolahan masih lagi terbayang-bayang di ruang mata dan kekadang menyebabkan aku tersenyum sendirian.
Atas kesibukan yang aku alami menyebabkan kekadang maklumat yang disampaikan oleh anak-anakku swaktu cuti sekolah tidak melekat dalam fikiran. Umpamanya anak aku yang kini tinggal dua orang di sekolah rendah, seorang tahun tiga dan seorang lagi di tahun lima. Sewaktu awal pagi hari Isnin lepas, aku melihat anak aku yang di tahun tiga memakai baju kurung dan tudung berwarna ungu muda...
"Hah, kenapa Aliya pakai baju ungu "pelahan"...?" Hahaha, sengaja guna istilah ana-anak aku... Setahu aku kalau warna hanya ada dua istilah "tua dan muda" tapi depa guna istilah "kuat dan pelahan" Aku pun ikut saja lah...
"Kan Aliya dilantik jadi Pengawas PSS ayah.." Jelas anakkua yang sedikit kehairanan.
"Ohh.. Ayah dah lupa pulak.." Aku seperti separuh sedar sewaktu bertanya, sebab sewaktu mencari uniform warna ungu muda tu kami sekeluarga pusing-pusing dari satu kedai ke kedai yang lain di pekan Sungai Besar tapi tak jumpa. Akhirnya uniform tersebut ditemui di Tg.Malim juga...
Sewaktu masuk ke pagar sekolah...
"Aliya rasa macam debar-debar lah ayah..."
"Kenapa pulak?" Aku sedikit hairan..
"Tak ada sorang pun pakai baju warna ungu..."
"Entah-entah Aliya tak kena lantik jadi pengawas PSS... macam mana?" Hehe aku sengaja nak tambah tekanan perasaan pada anakku itu..."
Anakku memandang tepat pada mukaku...
"Macam mana ayah?" Aku nampak mukanya macam orang nak nangis jer... Abangnya yang di tahun lima sudah lama di telan kegelapan pagi menuju ke kantin sekolah.
Lebih kurang dua tiga minit terkulat-kulat dalam kereta... akhirnya aku memecah keheningan...
"Kakak dapat tak surat daripada cikgu suruh pakai baju ungu..?"
"Ada"
"Betul?"
"Betul..."
"Jadi, kenapa perlu rasa takut?"
"Entah-entah, tak ada kawan-kawan Aliya yang pakai baju warna ni..." Riak-riak kebimbangan masih tidak reda-reda lagi...
Tiba-tiba... sebuah kereta berhenti... seorang budak perempuan memakai baju warna ungu berlari ke luar menuju balai menunggu...
"Hah.. tu kawan kakak pakai baju ungu..!"
Anakku terus tersenyum dan segera mencium tanganku dan segera keluar dari kereta...
Anak-anak kecil pun sudah ada perasaan sebegitu. Walhal arahan dan perlantikan secara hitam putih telah diterima. Mengingatkan aku tentang dunia orang dewasa yang sering berdepan dengan situasi yang sama... Selagi tak sampai hari yang ditetapkan, kita akan rasa rileks dan selesa... Bila dah sampai tarikh dan waktunya baru rasa berdebar... betulke ini harinya... kena pakai pakaian apa? Nak pergi dengan siapa.... Namun cara penyelesaiannya sahaja yang mungkin berbeza... Umpamanya dalam dunia ICT ni... telefon bimbit lah yang akan digunakan untuk mencari jawapan terhadap psoalan-soalan yang berlegar-legar dalam benak fikiran...

2 PANDANGAN:
haha. sangat menyentuh memori. kat sekolah memang gitu. lebih-lebih lagi kalau ada apa-apa acara. malam tu mula la gelabah. apa lagi, kawan la jadi mangsa. hehe. kena sola siasat macam polis lagi :
"wei, esok camne ni? pakai formal ke ape?"
"wei, esok ko gi pukul brape? kite gi sama2 la."
"wei, ko ade baju lengan panjang tak? eh? takyah lengan panjang? ish, ko biar betul. aku dengar cikgu ckp tadi kat sekolah."
dan dialog-dialog seumpamanya. hehe =)
pascaskrip : rasa-rasanya, perangai tu terbawa-bawa sampai sekarang kot???
kat sekolah macam tu jugak,saya jd tempat nak rujuk apa-apa, macam PSS pulak,depa percaya pula apa kita kata......
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...