Bagi mendapatkan kepastian, aku bergegas ke situ bagi bertemu dengan pihak sekolah. Dalam hati cukuplah sekadar mendapatkan maklumat bertulis berkaitan dengan persekolahan dan asrama. Tetapi sewaktu sampai di sekolah tersebut lain pulak jadinya. Aku dijemput untuk terus mendengar taklimat daripada pengetua sekolah dan wakil pengarah Jabatan Pelajaran Perak. Aku pun mendengar dengan teliti segala maklumat daripada tuan pengetua. Namun, apabila jam di tanganku telah mencecah pukul 12.30 tengah hari, aku terus meninggalkan sekolah kerana hendak berurusan dengan sekolah di Sg.Selisek itu.
Ada juga terlintas dalam hati, kalau-kalau anak aku itu tidak mahu berpindah. Manalah tahu dah serasi dengan persekitaran dan kehidupan di asrama dan juga di sekolah. Alamatnya, sia-sialah aku dengar taklimat tersebut. Tapi, kalau anakku itu bersetuju ditukarkan... aku pulak perlu ada masa yang cukup untuk menguruskan segala-galanya sebelum boleh membawa balik anakku itu.
Tentu anakku terkejut besar bila ada pesanan dari Penolong Kanan Pentadbiran memintanya datang ke pejabat sekolah. Aku juga tak pasti sama ada dalam pesanan itu ada dinyatakan bahawa aku menunggunya di pejabat sekolah. Namun, yang pasti kedua-duanya tentu akan menimbulkan tanda soal dalam mindanya.
Sewaktu anakku itu masuk ke pejabat sekolah, aku terus memintanya duduk.
"Afif nak pindah ke SMKA ke? Soalan pembuka bicara...
"Afif dapat ke?" Soal anakku acuh tak acuh.
"Ayah baru balik dari SMKA, Afif dapat tawaran..." Cuba meyakinkannya.
Melihat ankku yang terkebil-kebil seperti tidak ada respon yang positif...
"Ayah tak kisah kalau Afif tak terima... terpulang kepada Afiflah sama ada nak terima atau tidak... tapi ibu berharap Afif terima.." Aku sedar di sebalik keterbukaan itu ada juga elemen "paksaan" di situ.
"Sayang jugak nak tinggalkan sekolah ni... Abang-abbang kat asrama best..." Jelas anakku itu.
"Ada tak kawanp-kawan Afif kat situ?" Soal anakku lagi.
"Ada... termasuk kawan Afif yang duduk kat Proton City tu..." Itulah antara kawan-kawan anakku itu yang aku perasaan mendaftar sewaktu aku berada dalam dewan SMKASR. Mendengar kawannya itu ada di situ, terus di setuju nak pindah...!
Begitulah pentingnya kawan-kawan sebaya dalam hidup anak-anak kita. Seolah-olah hidup mereka serba tidak sempurna kalau tiada kawa-kawan di sisi. Dan, aku rasa kalau tak ada kawan-kawan di situ dia berkeberatan juga nak ke SMKASR.
Walaupun guru kelasnya rasa sedikit sedih dengan keputusan yang dibuat oleh anakku itu, secara umumnya dia "merestui" perpindahan ke SMKA itu. Buku teks dipulangkan, bayaran asrama sehingga bulan Mei telah dikembalikan kepadaku. Sebelum meninggalkan sekolah guru kelas sempat berpesan kepada anakku,
"Walau di mana kamu berada, jangan lupa solat..." Persis seorang ibu mengingatkan anaknya yang mahu berpergian lakunya. Aku rasa tersentuh dengan peristiwa yang berlaku di depan mataku itu...
II
Sekembali ke rumah, aku dan isteriku berbincang sekali lagi untuk mengurus masa yang ada bagi mencukupkan keperluan yang perlu disiapkan sebelum esok. Aku bercadang untuk mendaftarkan anakku itu pada esok pagi. Namun, itu bergantung kepada kelancaran beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Banyak yang perlu disediakan berbanding keperluan ke SABK SAM Sg.Selisek. Daripada cadar yang bertukar warna (hujau muda ke merah muda) sehinggalah baju (Lengan panjang kepada lengan pendek), kasut (kanvas kepada pvc), Seluar (Putih kepada hijau tua) dan pelbagai lagi. Dan yang paling susah nak faham... baju Melayu butang tiga! Aku sedikit pelik... mengapa butang tiga?
"Senang aja ayah, pakai jer tiga butang yang selebihnya tak payah.." Gurau anakku sewaktu keluar masuk mencari baju Melayu seperti yang dinyatakan dalam senarai tersebut.
Sebelum aku tergolek keletihan, aku cuba juga untuk melengkapkan satu-satunya item yang masih belum ditemui. Aku keluar lagi selepas solat Maghrib untuk mencari pakaian tidur. Mati-mati aku ingatkan pijama. Beria-ialah aku keluar masuk kedai pakaian. Hampir-hampir dapat, rupanya saiz dewasa. Aduss... cari lagi.. berjumpa lagi, tapi untuk bebudak punya. Corak Teddy Bear lah... Sudahnya aku menelefon kawan aku mantan ketua warden aspuri sekolah tersebut... Punyalah dia tergelak besar!
"Pakaian tidur tu.. apa-apa jer la... Seluar track pun boleh... Baju Melayu pun boleh..."
"Huh.. susah payah aku cari jer..." Gerutu hatiku.
Sebelum metrebahkan badan, aku cuba isi beberapa helai borang yang aku dapat kat sekolah tersebut. Tapi, tak sempat siap... mataku terasa berat sangat. Sudahnya aku tidur yang terlau lena...
III
Aku tersedar sekitar 5.00 pagi. Bangun, menyudahkan mengisi borang yang masih belum siap. Banyak betul maklumat yang berulang-ulang kena isi... aku tak pasti berapa kali aku kena isi nama, alamat, senarai nama tanggungan dan sebagainya. Namun, apa boleh buat... aku tidak ada pilihan. Namun tidak siap juga.
Oleh sebab, aku sudah memohon cuti rehat (CR), aku sedikit rileks. Namun, kena juga keluar menghantar anak-anakku yang tiga orang itu. Isteriku macam biasa, 6.45 pagi sudah keluar rumah untuk menghantar anakku yang paling soghir ke pengasuhnya di Kota Malim Prima (KMP). Bermula tahun ini ankku itu terpaksa dihantar ke KMP kerana pengasuhnya telah berpindah rumah. Lebih kurang 10 minit peruntukan masa ditambah apabila kena masuk ke KMP. Dalam hari-hari biasa, aku yang sering pergi lebih le wat daripada isteriku. Tidak pada tahun lepas dan sewaktu anakku yang paling soghir itu belum lahir, aku yang kerap keluar lebih awal kerana ada tiga stesen berlu di singgahi sebelum ke destinasi terakhir di sekolah aku bertugas.
Sejurus selesai mengurus anak-anak ke sekolah, aku kembali mengurus banyak lagi perkara sebelum anakku nombor thani itu dihantar ke SMKA. Sedang anakku itu menggosok pakaian, aku menyiapkan beberapa keperluang yang lain termasuk menulis nama pada setiap helai pakaian yang hendak dibawa. Itu antara pesanan penting kawan aku, mantan ketua warden aspuri di sekolah tersebut. Semuanya selesai sekitar jam 9.00 pagi. Lepas itu baru kembali mengisi borang yang masih lompang di sana-sini khasnya yang melibatkan butiran tentang anakku itu.
Aku keluar rumah sekitar jam 10.10 pagi. Untuk ke empat destinasi sebelum menuju ke SMKA. Pertama kena "cuci" gambar. Tersilap baca, ingatkan empat keping. Rupanya 10 keping! Lepas itu ke SKTM dapatkan tandatangan guru besar tentang perakuan disiplin dan rekod maklumat kokurikulum, ke sekolahku untuk dapatkan tandatangan bagi mengesahkan maklumat diriku dn akhirnya ke sekolah isteriku untuk mengesahkan maklumat dirinya. Akhirnya setelah segalanya berjaya diselesaikan, sekitar 12.30 tengah hari baru aku boleh bergerak ke SMKA.
IV
Sampai di SMKA, urusan pendaftaran berjalan agak perlahan. Maklumlah bukan hari pendaftaran yang sebenar. Perlu menunggu guru-guru yang berada dalam kelas. Namun dengan bantuan kawanku (mantan ketua warden aspuri) yang kini sedang menjalani praktikum program IAB (aku tak pasti nama kursusnya) sehingga bulan Mac, menjadikan proses pendaftaran anakku berjalan dengan lancar. Sedikit mengejutkan anakku dimasukkan dalam kelas pertama, sedangkan ankku sekadar mendapat 4A1B. Alasannya, kelas tersebut antara kelas yang tak ramai pelajar. Sebenarnya aku sangat risau... Secara jujur aku lebih rela kalau anakku itu diletakkan di kelas-kelas terakhir. Bimbang tak dapat menguasai subjek pembelajaran kerana kelas tersebut kesemuanya (kecuali anakku) memperoleh 5A dalam UPSR!
Namun, bagi memudahkan proses pendaftaran aku menerima keputusan guru penyelaras tingkatan satu yang juga guru kelas 1 Jabir. Aku bercadang untuk menghubungi cikgu tersebut sebaik sahaja ada penilaian rasmi dilaksanakan nanti bagi melihat prestasi anakku itu. Kalau jauh tercicir, aku terpaksa memohon agar anakku itu diturunkan ke kelas-kelas yang lain mengikut level yang setara dengan kemampuannya.
Fasa terakhir pendaftaran ialah bertemu dengan penyelia asrama di mana anakku akan ditempatkan. Segala-galanya nampak mudah, dan atas permintaan anakku (kerana di dorm tersebut kawan rapatnya di SKTM berada) aku memaklumkan kepada penyelia asrama anakku memilih dorm C1-6. Sempat menyusun pakaian dalam locker dan memasang cadar yang baru dibeli di koop serta sarung bantalnya sekali. Selepas segalanya selesai aku, membawa anakku ke dewan sekolah bagi mengikuti program orientasi.
Sebelum aku meninggalkan anakku, aku sempat "menyerahkan" kepada kaunselor agar membuat apa-apa sahaja yang patut kepada anakku itu. Tegurlah mana-mana yang patut, marahlah mana-mana yang tak kena... Demi kebaikan kepada anakku pada masa hadapan...
Entahlah, mungkin ada yang melihat keributan aku ini suatu yang keterlaluan... Terlalu mengikut kehendak anak-anak sehingga berlaku "pembaziran" wang ringgit, masa dan tenaga. Ataupun tidak pandai merancang sehingga terjadilah suatu yang tidak sepatutnya berlaku. Aku, berpegang kepada prinsip "here and now" tidak berani mengambil risiko yang terlalu besar. Umpamanya, tidak payah menyekolahkan anak selama seminggu kerana terlalu yakin dapat sekolah yang dihajati... Tak payah mohon asrama di SABK... dan pelbagai lagi. Bagi aku, aku hanya ada masa 24 jam yang sama dengan semua orang, jika aku tidak dapat menggunaka masa secara optimum lantaran kesibukan urusan menghantar dan mengambil anak-anak ia suatu yang sangat merugikan...
9 PANDANGAN:
Assalamualaikum, berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk anak-anak tidak rugi kerna ia adalah pelaburan jangka panjang
salam cikgu...
Tahniah kerana anak cikgu dapat ke SMKA Slim...sebuah sekolah yang saya kira mampu membina insan seimbang dunia dan akhirat...Tak kisahlah kalau kita terpaksa menggeluarkan banyak belanja demi untuk masa depan anak-anak. yang penting mereka berasa selesa dan harapan mampu memperolehi keputusan yang baik nanti...Di SMKA Slim tu ada ramai sahabat saya, antaranya PK HEMnya, Ustaz Azmi Harun, Guru Cemerlang P.Islam DG 52 Ustaz Jamaludin dan beberapa orang lagi...Apa pun moga anak cikgu suksess disitu...
Terima kasih atas dorongan yang sangat positif. Begitulah harapan saya... Namun di sebalik itu semua ada juga rasa kerugian kerana syallbus SABK lebih menjurus kepada dwi bidang... Tetapi, itu adalah pilihan anak... ibu ayah terima sahaja..
salam..
Buatlah sesuatu yang terbaik untuk anak..Moga2 anak2 gembira dan mendapat pendidikan yang sempurna seperti yang kita harapkan.
Tahniah atas penempatan anak cikgu..
Tahniah. Biar pun letih tp puas hati dan berbaloi-baloi.
Salam..(1st comment here)
bersyukurlah anak anda mahu masuk ke situ..
berbeza dengan anak murid saya.. takda yg berminat untuk mohon sekolah aliran agama...
walaupun cemerlang dlm UPSR + pelajaran Agama & Sijil Pendidikan Islam...
Rezeki anak tuan...
Salam..
Assalamualaikum wbt ckgu...
Inilah pertama kalinya sy menemui blog ckgu, dan blog ini membuatkan sy tidak berhenti membaca pelbagai rutin, ilmu, info yg ckgu selitkan dlm blog ini..
Secara peribadi, sy sgt tertarik utk terus membaca coretan ckgu ini shngga habis semuanya..
Setelah membacanya, membuatkan sy tersentuh dan menilai kembali perkara yg sama yg dilakukan oleh ibu bapa sy...
Betapa besar pengorbanan ibu bapa sy untuk meyekolahkan anaknya ini.... Pelbagai ragam yg sy timbulkan dahulu.....
Betapa tgginya nilai perngorbanan, mahabah ibu bapa sy kpd sy dan adik2....
Sesungguhnya, coretan ckgu ini benar2 menyentuh hati kecil sy ini...
Apa2 pun, smoga ckgu terus berjaya menguruskan segala urusan anak2, dan keluarga dgn jayanya berbekalkan rahmat-nya...
Apa2 pun, mabruk..!!!
Terima kasih kepada semua... Pandangan anda amat saya hargai dan diucapkan terima kasih yang tidak terhingga...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...