Malu pun ada bila nak bercakap pasal bidang fotografi. Sebab, sejak dari kecik lagi aku memang tak minat dengan hal-hal berkaitan dengan kamera. Agaknya sebab itulah aku tak ada koleksi gambar masa kecil. Bukan emak dan bapakku tak ada koleksi gambar-gambar lama... tapi habis musnah. Gambar-gambar tu habis aku koyakkan masa aku kecik, sewaktu nak pujuk aku berhenti menangis! Jadi gambar aku yang paling kecik semasa aku bersekolah menengah.... Sedih betul...
Aku mulai ada gambar masa sekolah sewaktu pakcikku (paman) ada kemera sendiri. Yashica MG-1 (?). Kamera SLR yang sangat hebat masa tu. Bila aku teringat macam mana paman aku boleh pinjamkan kat aku SLRnya tu sewaktu aku rombongan ke Pulau Pinang... rasa sayu sangat. Sebab masa tu aku tingkatan tiga jer... Alhamdulillah tak ada apa-apa berlaku. Tapi sekarang? Sanggupkah aku pinjamkan kamera DSLR aku kat anak aku kalau dia ikut rombongan sekolah? Begitulah baiknya hati paman aku ni... Bukan kamera sahaja dia bagi, bagi lagi duit RM50 untuk belanja ke Penang! Masa tu dia masih guru pelatih di sebuah maktab perguruan.
Minatku mula bertunas sewaktu aku mula mengajar di Sabah pada hujung tahun 1990. Aku beli sebuah kamera autofocus Yashica J-Mini yang harganya sekitar RM200 di Labuan. Tujuannya nak tunjukkan gambar kat keluarga tentang keadaan sekolah, tempat tinggal dan aktiviti di perantauan. Lama gak aku guna sehinggalah aku balik ke Semenanjung. Tapi malangnya banyak juga negatif filem yang tak "dicuci". Tulah... kata orang main kamera ni "makan duit"... Betul gak. Kena beli negatif film lepas tu cuci pulak... lepas tu kalau ada orang nak order, dulukan duit untuk cuci semula... alih-alih orang tak ambik pulak! Aku tompang sekaki lah klau ada kengkawan yang ada kamera.
Pada tahun 2006, aku memerlukan gambar digital sebab nak upoad dalam web sekolah. Walaupun untuk tujuan sekolah, aku tak suka mintak sekolah beli kamera sebab aku pun nak guna gak. Dan, aku bebas nak simpan kat rumah atau nak bawak ke mana-mana. Jadi aku rembat sebuah kamera kompak digital Olympus CAMEDIA di Rawang. Harganya RM599. tapi dengan memori card, rechargble battery dan bla..bla.. dekat RM700 aku keluar duit. Terasa mudahnya guna kamera digital. Tak perlu filem dan cuci... Simpan jer kat komputer. Kalau salah ambik, boleh terus delete. Nak touch-up gambor, edit guna software...
Aku rasa minat sesangat ngan kamera digital nih (minat giler hehehe)... Ke mana saja aku pergi aku akan bawak dan snap foto yang difikirkan menarik. Paling seronoknya... tak payah cuci! Tengok jer dalam pc atau laptop. Kemudian minat tu semakin berkembang. Daripada upload gambar untuk web sekolah, masuk setapak lagi upload gambor dalam blog pulak. Manakala gambar-gambar lain masuk dalam picasa fotopage. Memang teruja sangat. Dan kemudian semakin menjadi-jadi bila ada facebook. Nampaknya facebook ni memeng "pemurah" sangat... tak bagi tahu meksimum space yang ada pada setiap akaun. Aku pun bedal lah... setakat ni lebih 30 album gambar dalam fb aku!
Minat untuk explore kamera digital dah mula menjalar pada DSLR sekitar tahun 2008. Masa tu aku dilantik sebagai jurufoto sekolah. Hahaha.. bayangkan dengan kamera kompak aku tu aku bertindak sebagai jurufoto sekolah... Pernah YDP PIBG tegur aku... "mintak sekolah beli kemera yang bagus sikit". Aku pun bertekat nak beli DSLR plak... Pada hujung 2008, semsa aku dan beberapa orang guru balik dari melawat sebuah sekolah hebat di taiping aku sambar DSLR Nikon D60 di JUSCO, Ipoh. Itu pun masa tu Fotokem ada buat sale...
Hahaha... hampir setahun setengah aku ambik gambar guna D60 pakai auto jer! Orang ingat hebat sangat... Flas (speed light) pun guna yang built-in jer... Survey harga flash tak ada yang murah. Rasa bengkak gak bila tengok orang lain guna set kamera dengan flash sekali. Perasaan geram bertambah-tambah bila nampak orang pakai lens yang panjang-panjang tu... grrrr..!
Akhirnya aku berjaya mendapatkan kedua-dua aksesori kamera tu semasa aku pergi ipoh pada bulan 5 lepas. Aku beli speed light Nikon SB600 dan lens Nikkor AFS-DX 18-200 mm . Siap denga beg sekali! Lemah lutut gak menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk memenuhi hobi yang semakin gila-gila.
Untuk seketika aku masih lagi menggunakan fungsi auto. Contoh semasa aku menghadiri perjumpaan alumni sekolah aku dua hari selepas aku membeli aksesori tersebut. Aku rasa ok. Aku boleh zoom-in objek dari jarak yang jauh. Tak perlu bangun dari tempat duduk untuk ambil gambar atas pentas. Gambarpun ok. Sehinggalah seorang kawan bertanya...
"Pakai manual ker?"
"Hehhee... pakai auto jer.." Rasa malu gak.
Dalam masa yang singkat itu dia mengajarku beberapa teknik mengambil gambar secara manual. Memang ada perbezaan!
"Nampaknya aku kena berguru nih..." Itulah resolusi yang aku buat. Alang-alang dah beli peralatan kamera mahal-mahal tapi tak tahu guna fitur yang ada pada kamera sepenuhnya.
Justru, aku beruntung sebab aku ada seorang adik yang pernah berkursus secara profesional di Redzuan FotoMedia suatu ketika dulu. Sampai sekarang dia masih lagi "bermain" dengan kamera bila ada masa senggang. Ilmunya yang mendalam dalam kamera SLR, menjadikannya sangat mudah mengendalikan kamera DSLR. Tapi... aku terasa sangat lembap dalam mendalami bidang fotografi. Banyak kali dia bagi tau, tapi asyik lupa jer... Selain daripada aku apply apa yang dia bagi tahu, aku try and error jer... Nasib lah! Kalau tak jadi delete jer!

5 PANDANGAN:
salam cikgu maleque
tahniah menceburi minat berfotographi ni...Teman pun minat gileeer kat kamera dslr ni, minat ja la...mungkin masa2 depan ingat nak sambar satu la...tambah2 bila baca entri cikgu ni...meluap2 semangat ni...he3
Salam kembali Ustaz Eds..Melayan minat kekadang melibatkan kos yang tinggi.. Macam orang minat mancing. Peralatan mancing yang power, beribu gak. Minat komputer, bersukan, melancong pun sama... Jadi, melayan kamera ni pun tak kurang juga... Cuma aspek kepuasan terhadap hasil kerja tu yang menyebabkan minat itu semakin meningkat atau sebaliknya.. Saya ada dua minat yang semakin menigkat... pertama komputer dan kedua kamera..
Takut gak bila sampai satu peringkat giler nak masuk hutan keluar hutan nak shoot gambar.. atau jadi freelancer plak.. hahaha...
Salam, sya sedang survey Dslr, lepas tengok2, nikon d90 dan d5000 yg berjaya tarik minat saya sebab jenama ni familiar.
Ramai orang kata 2 jenis nie ada best sikit.
Function lebih kurang sama cuma d90 lebih mahal sebab boleh auto focus berbanding d5000. tu yang orang cakap.
Saya hanya mampu beli d5000 sebab harga lebihkurang 2500 sahaja, tetapi d90 harga hampir rm5000. Tapi belum beli lagi sebab masih dalam delema.
Saya nak minta cadangan cg atau mungkin nasihat,
Patutkah saya bazirkan duit melabur pada hobi semata. pelaburan yang sangat besar bagi saya sebab saya belum bekerja. sedangkan kita dah ada yang sama.
Maksud saya, saya dah ada kamera sendiri, tetapi
kamera digital biasa sahaja.
Salam NH... Nikon merupakan brand yang berwibawa dalam pengeluaran kamera SLR dan DSLR... begitulah kata kebanyakan wartawan... Saya rasa D5000 pun boleh autofocus... sebab D60 yg sy guna sekarang pun ada fungsi autofocus.... Jadi, kelebihan D90 bukan pada fitur tersebut... Untuk setakat ini sy tak nampak kenapa sy perlu bertukar kpd D90... dengan D60 sy pun saya rasa dah berpuas hati sangat... ditambah dengan lens 18-200 mm menjadikan pakej yang saya ada ini sangat memadai berdasatkan kemahiran yang saya ada...
Sukar saya nak jawab tentang perlu atau tidak melabur pada hobi yang mahal sebegitu... Mungkin, belum tiba masanya untuk bergerak ke arah hobi yang semacam itu... tunggulah sampai sudah berkerja dan mempunyai pendapatan yang tetap... kalau sudah ada kamera digital kompak, itu satu permulaan yang bagus... Untuk menjadikan gambar yang diambil menjadi kelihatan sangat menarik, pelajari photo editing software seperti p'shop atau sebagainya...
Simpan dulu hasrat untuk memiliki DSLR untuk seketika... saya pun "terjun" kepada hobi yang mahal inipun setelah 20 tahun berkerja....
Sekadar pandangan... T'kasih..
Salam Cikgu...aku terimbas alamat blog cikgu kat fb ...bila aku bukak..aku nampak yg berkaitan ngan minat aku 'Photography' aku terus baca..aku pun baru berjinak ngan dunia nie..pun demikian gara minat aku dah berbelanja banyak utuk benda nie semua..seandainya pandai cari 'lubang' bleh jadik sumber pendapatan sampingan....namun bg diriku buat masa ini memandangkan keadaan tpt kerja (ngajar) sukar dihubungi aku pendam saja..insyallah sekiranya aku ada rezeki pindah balik Kuala Penyu..aku akan kembangkan hobi sebagai sumber pendapatan sampingan...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...