The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, October 24, 2009

CATATAN PASCA KONVENSYEN

Saturday, October 24, 2009
Bookmark and Share
Berjaya membentangkan kajian tindakan sehingga ke peringkat negeri, aku kira merupakan satu-satunya pencapaian terbaik yang aku pernah suratkan dalam tempoh hampir 20 tahun berada dalam dunia pendidikan. Terasa benar ia bukan suatu catatan yang membanggakan. Terasa malu juga pada rakan-rakan sekonvensyen yang rata-ratanya lebih muda serta junior. Ada yang tak sampai setahun mengajar, sudah berjaya membentangkan kajian mereka di peringkat ini. Justeru, aku cuba membuat beberapa andaian dan teori tentang realiti di konvensyen ini berdasarkan kepada pola-pola yang ada dan berdasarkan kepada pengamatanku sahaja.
Pertama, budaya menyelidik sehingga kini masih pada peringkat pembudayaan. Itupun bukannya suatu usaha yang mudah. Walaupun kajian tindakan di peringat nasional telah bermula sejak lewat 80-an, tetapi mula diperkenalkan di sekolah sekitar tahun 1990-an. Di negeri Perak, ia bermula pada tahun 2000. Di sekolahku, ia bermula pada tahun 2005. Dan, aku mula bergiat dalam kajian tindakn ini mulai tahun 2008! Begitulah evolusi kajian tindakan yang ada hubung kait dengan alam pendidikan sehinggalah kepada diriku sendiri.
Justeru, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kesahan setiap kajian yang dibentangkan, aku kira jawapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan Kebangsaan Dr.Ashley (Pengetua Cemerlang, SMK Methodist ACS, Sitiawan sangat tepat. Beliau setuju beberapa perkara perlu diambil kira untuk menjadikan kajian guru-guru betul-betul mencapai tahap kajian yang berkualiti. Tetapi, kita harus memulakannya pada tahap yang mudah bagi membolehkan guru-guru berasa mampu menjalankan kajian tersebut. Pada pandanganku apa yang lebih penting ialah prosedur kajian yang dijalankan itu memenuhi syarat sebuah kajian tindakan yang tentunya sangat berbeza dengan kajian konvensional.
Kedua, guru-guru yang baru posting lebih terdedah dengan prosedur kajian tindakan sebab mereka telah mendapat pendedahan semasa di peringkat ijazah pertama atau sewaktu mengikuti program diploma pendidikan. Justeru, nampaknya trend itu nampak dengan agak ketara dalam konvensyen kali ini. Manakala guru-guru yang agak senior (lebih kurang lebih 10 tahun mengajar dan ke atas...) budaya menyelidik itu suatu yang baru. Ditambah pula kebanyakan mereka memegang tugas-tugas penting di sekolah. Hal itu menyebabkan rasa sukar menjadi halangan terbesar untuk memulakan kajian walaupun sebenarnya ia tidaklah sesukar mana. Bagi yang pernah bergelumang dengan kajian ilmiah di universiti tentu macam tak percaya dengan proposal kajian sepanjang 10 halaman dan laporan sepanjang 30 halaman sudah dianggap lebih daripada cukup.
Ketiga, teknik penyelidikan KT yang mudah semata-mata untuk menarik lebih ramai lagi guru terlibat sebagai penyelidik. Kalau dalam kajian konvensional antara bahagian yang "meletihkan" ialah mencari kajian-kajian yang terdahulu (literature review) bagi dijadikan asas agar kajian kita tidak menyamai kajian-kajian tersebut, atau untuk membina "sempadan" yang baru terhadap kajian-kajian terdahulu, tetapi dalam KT, ia tidak diwajibkan. Jika penyelidik mampu melakukannya, itulah antara kriteria kajian yang berkualiti.
Manakala, teknik pengumpulan data juga dipermudahkan. Jika data kualitatif digunakan, nampaknya transkrip perbualan penuh tidak diperlukan. Memadai "transkrip curai", asalkan rakaman perbualan atau temu bual ada disimpan. Tak perlu sangat trangulasi. Cuma, quote ungkapan-ungkapan ayat yang diperlukan bagi menyokong tajuk atau sebaliknya. Atau, lampirkan gambar-gambar yang bersesuaian.
Jika data kuantitaif menjadi pilihan, tak perlu SPSS pun! Anova, Skor T, Korelasi dan sebagainya tak perlu. Memadai peratus, min dan frekuensi. Ataupun gabungan antara data kuantitatif dan kualitatif digunakan.
Keempat, untuk menyuburkan budaya menyelidik ni, pihak pentadbiran sendiri perlu terlibat sama. Jika tuan pengetua tidak menjalankan kajian pun, setidak-tidaknya beliau tahu konsep, prosedur dan teknik KT. Justeru, beliau boleh melontarkan idea atau bidang kajian kepada guru-guru. Barulah, pihak bidang dan panitia memperhalusi idea tersebut dan mata pelajaran mana lebih sesuai menjalankan kajian tersebut.
Kesimpulannya, apa yang paling susah ialah untuk memulakan sesuatu. Seumpama ingin menuju ke suatu destinasi. Semakin jelas kedudukan sesuatu lokasi itu, semakin berani atau semakin yakinlah kita untuk menempuhi perjalanan tersebut walaupun akan mengambil masa yang lama. Sama ada secara laju atau pelahan, lambat laun akan sampai juga. Tetapi jika kita tidak jelas arahnya, laluannya maka semakin sukarlah perjalanan kita. Banyaklah bantuan diperlukan. Dan, kalau terlalu sukar... mungkin kita akan patah balik.
Namun, jika kita telah pun sampai dengan jayanya ke destinasi tersebut, macam mana pula agaknya perasaan kita jika kita kena pergi ke situ lagi pada setiap tahun? Bukan tujuan balik kampung! Itu masalah lain yang timbul. Untuk melaksanakan kajian lain pada setiap tahun tentunya satu lagi kesukaran yang lain. Mungkin insentif tertentu perlu diberikan. Seumpama discount petrol, tiket penginapan atau voucer membeli belah perlu diberikan dalam contoh analogi di atas.

Facebook Comments

3 PANDANGAN:

ain fathihah fhm on October 24, 2009 at 2:03 PM said...

tahniah

MALEQUE SELAMAT on October 24, 2009 at 6:59 PM said...

Hehe.. Ain, patutlah cepat nak keluar dari TS5 tadi... Terima kasih.

Anonymous said...

kalau macam ni aku nak panggil hang mai sekolah aku lah next year. selama tak jauh manapun, tiga jam naik kereta aja dari tg malim. he he

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template