The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, October 24, 2009

AHA... ADA TETAMU TIDAK DIDUGA!

Saturday, October 24, 2009
Bookmark and Share
Petang tadi, hujan turun mencurah-curah. Jalan di hadapan rumah dipenuhi air yang mengalir laju menuju hujung jalan yang lebih rendah. Sedikit rasa sebal apabila penyangkut pagar buatan sendiri itu tidak mahu menyangkut pada jeriji longkang, menyebabkan air hujan mengenai sedikit bahagian kepalaku. Aku terpaksa menyinsing seluar separas betis untuk memastikan penyangkut itu betul-betul masuk di celah-celah jeriji longkang itu. Aku janji untuk mengambil anakku di Bitara Siswa, UPSI sekitar jam 6.00 petang walaupun pertandingan catur tu tamat pada jam 5.30 petang.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering-dering. Nombor yang terpapar pada skrin tidak pula menyatakan siapa yang memanggil.. Rupa-rupanya panggilan daripada seorang kawan setaman. Bersama-samanya ada seorang kawan lama masa kat Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit. Namanya Sabihah tapi kawan-kawan panggil dia diq. Jadi, aku pun berhenti kat tepi jalan menunggu kereta di belakangku menghampiri keretaku.
"Ya Allah.. Hang ka Diq!" Aku menepuk dahi. Terkejut kerana tidak menyangka dalam hujan lebat itu aku bertemu dengan kawan lama yang telah putus hubungan sejak 19 tahun! Aku nampak dia hanya ketawa, sebab hujan yang semakin lebat itu tidak memungkinkan kami membuka tingkap kereta dengan luas. Nanti banjir pulak dalam kereta!
Aku mengekori kereta kawanku itu sambil mengharap ia akan membelok ke rumahnya. Rupa-rupanya tidak. Lalu aku menelefonnya.
"Ngko nak kemana... ingatkan belok ke rumah?"
"Aku nak ke Diamond Creek, jemputlah ke rumah aku malam ni kat situ.." Baru aku tahu dia ada sebuah rumah lagi kat Diamond Creek. Setahu aku masuk yang ini dia ada tiga buah rumah. Satu di Kg.Jana, Taiping dan satu lagi di Taman Bernam Baru.
"Insya Allah, aku tak janji.. tengok keadaan.." Jawabku. Dalam kepala memang ada banyak perkara nak buat malam ni...
Sekitar jam 8.15 malam, kawan setamanku itu menelefon aku balik. Rupa-rupanya dia dah ada kat depan rumah! Apa lagi, kelam kabutlah aku dengan anak-anak memunggah baju-baju dalam bakul atas sofa... Hehe.. maklumlah tak ada maid. Chis... alasan!
Katanya nak jumpa kejap jer.. kalau ikutkan dia, jumpa kat serambi rumah jer.. Mana patut, aku paksa kawan setamanku itu, diq dan sorang kawannya masuk. Daptlah bersembang-sembang sikit. Katanya, dia membawa anak muridnya dari SERATAS ke program WARGA di UPSI. Janji dengan anak-anak muridnya 8.30 malam nak jumpa.
Sejurus kawan ku itu balik, aku mencari-cari album lama. Ada beberapa keping foto lama yang memaparkan wajah diq dan kawan-kawan, cuma aku scan foto yang ini sebab ada ramai lagi kawan-kawan lain bersama-sama. Aku lupa foto itu diambil selepas acara apa... Nampak macam formal sikit. Aku pun pakai baju melayu nampaknya... Cuba mengingat kembali nama-nama yanga ada di situ.. Rasanya betul.. tapi tak tahulah kalau ada yang silap...
Tahniah diq, dah jadi GC DG48! Tuah manusia siap yang tahu.. Kat SERATAS ada sorang lagi kawan se maktab dulu. Namanya, Asma Azmn Rashid bin Mohamad Nawawi (betul kot). Kini menjawat PK Kokurikulum... Tahniah juga...

Facebook Comments

8 PANDANGAN:

Anonymous said...

mana gambarnya malik.

malik ghani

MALEQUE SELAMAT on October 25, 2009 at 2:30 PM said...

Aik, tak ada gambar? Cuba bukak pc lain ka... Gambaq ramai2....

PRASEKOLAH SK TAMAN SEMARAK on October 26, 2009 at 9:49 PM said...

cikgu malik, saya mcm kenal le dgn yg nama roslee tu mcm ex teacher sejarah saya masa form 6 kat YAA..masa tu dia baru grad um kot.. dia duk kl kan..

MALEQUE SELAMAT on October 27, 2009 at 3:25 AM said...

Yup.. betul. Sebelum buat KPLI dia memang ada mengajar di Yayasan Anda Akademik (kalau tak silap nama penuh YAA).. Selepas habis KPLI, kami dipostingkan ke Sabah. Pernah bebrapa kali berjumpa di Sabah sebelum putus hubungan slps balik ke Semenanjung...

permai on October 27, 2009 at 4:35 PM said...

gambar tu masa malam kebudayaan anjuran KPli (kalau tak silap), Kelas kami kena belakon.

MALEQUE SELAMAT on October 27, 2009 at 6:43 PM said...

Oh... Tapi yang aku muskil, pasal apa kelas kami pun kena dressing habih? Sampai Lee Tong Tut pun kena pakai baju Melayu... Pegang bunga manggar kot?
Tahniah Tn.Hj... Dah lama jadi blogger rupanya... Anak hang besaq2 dah... Mabrukk ya sheikh..

PRASEKOLAH SK TAMAN SEMARAK on October 29, 2009 at 8:22 PM said...

saya dah dpt menjejaki cikgu roslee tu...sekarang dia ngajar di SMK Danau Kota, Kl. jadi penyelaras pend.khas sek tu...no hp dia 0133653805. kebetulan ada kawan yg ngajar pend.khas yg bg info ni...oh ye menurut kawan saya tu dia memang nak sgt contact semula dgn cikgu malek.

MALEQUE SELAMAT on October 29, 2009 at 8:43 PM said...

Terima kasih Admin Pra Sekolah SK Taman Semarak atas usaha murni anda... Saya akan cuba menghubungi beliau secepat mungkin... Terima kasih sekali lagi...

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template