The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, September 3, 2011

SALAM AIDIL FITRI 1432 HIJRAH

Saturday, September 3, 2011
Bookmark and Share
Pada kesempatan ini saya dan seluruh keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Minal Aidil Walfa Izin Kulu 'Amin Antum Bil Khair kepada seluruh rakan-rakan blogger dan Facebook sekalian. Memohon maaf mana yang tersilap bicara, tersasul kata sehingga menyentuh hati dan sanubari kalian. Sesungguhnya hamba ini insan biasa yang tidak sunyi daripada kesilapan dan kekhilafan.

Setelah hampir seminggu kita menyambut lebaran, baru hari ini berpeluang masuk ke blog untuk menukilkan seseuatu buat tatapan rakan-rakan sekalian. Tentunya berkaitan dengan hari lebaran yang menjadi lambang kemenangan umat Islam melawan nafsu selama sebulan lamanya. Itu memang betul. Terutama kepada anak-anakku yang terpaksa akur dengan "perintah" ayah dan ibu agar berpuasa. Terutama kepada anakku yang nombor khamsah. Tahun ini merupakan tahun pertama belajar apa ertinya lapar dan dahaga. Walaupun dalam kalangan rakan-rakannya di tadika tidak ramai yang berpuasa, namun bagi kami usia lima tahun merupakan usia untuk belajar berpuasa. Oleh sebab puasa ni setahun sekali maka "kemestian" berpuasa itu lebih awal daripada kemestian bersolat yang kami tetapkan ketika berusia tujuh tahun.

Alhamdulillah anakku itu berjaya menyudahkan puasanya selama 28 hari. Sehari kurang daripada bilangan 29 hari sebagaimana umumnya umat Islam di Malaysia berpuasa. Hehe... terpecah sehari sebab makan sebiji kuih cekodok. Dia bukan terlupa... memang sengaja makan secara senyap-senyap. Agaknya tak tahhan melihat adiknya yang berusia dua tahun makan. Punyalah sedih... Ketika itu jam sudah mencecah lima petang. Namun hakikatnya dia terus berlapar sehingga berbuka puasa kerana tiada makanan disediakan khas untuknya walaupun telah terbatal puasanya. Aku tak tahu sangat apa yang dibincang antara anakku itu dengan ibunya...

Raya hari pertama di Sekinchan. Lebih tepatnya di Parit 13, Sungai Nibong. Telah tiga tahun tak beraya hari pertama di kampungku. Sebelum itu kami memang akur dengan penggiliran yang dibuat. Cuma tiga tahun terakhir ini hari raya kami diwarnai dengan peristiwa yang cukup menguji. Lebih-lebih lagi dua tahun terakhir ini apabila emak mertuaku (2009) dan ayah mertuaku (2010) telah menemui Tuhan Yang Esa. Beraya di kampungku, rasanya kalau diikutkan sepanjang bulan Syawal ni pun ada sahaja rumah saudara-mara yang boleh dikunjungi. Namun, oleh sebab raya kedua nak ke Sungai Tengi, maka program ziarah kami agak terbatas. Keseluruhannya dapatlah lapan buah rumah sehingga jam 1.15 pagi (sudah masuk hari kedua syawal).

Masuk hari kedua, tak ada program ke mana-mana. Ada juga idea nak ikut baraan kampung tapi gara-gara disengat lipan ketika tidur menyebabkan idea itu terbantut. Rasa sakit dan sengal yang menjalar di seluruh tangan kananku menjadikan aku duduk sahaja di rumah sambil melayan sanak-saudara yang datang ke rumah.

Sekitar jam 4.00 petang barulah bergerak ke Sg.Tengi. Menjelang jam 5.00 petang sampai di Teratak Ayahanda. Sangat bernasib baik kerana tatkala aku sampai kakak ipar yang tinggal di PD baru nak bergerak balik ke rumah mertuanya juga di Sekinchan. Jadi kami terus sahaja ke Gedangsa berama-samanya untuk ke rumah makcik (kakak arwah emak mertua) sebelum dia terus ke Sekinchan. Menjelang maghrib kami sampai semula ke Teratak Ayahanda.

Selama dua hari (raya ke tiga dan keempat) di Sg.Tengi, tak terasa langsung suasana hari raya. Tiada saudara-mara bertandang datang. Tiada seorang pun. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Tahun lepas sewaktu almarhum ayah mertuaku masih ada (di penghujung usianya) masih ada lagi anak-anak buahnya yang datang bertandang. Tapi raya kali ini... sepi... sunyi... Kuih-kuih raya yang kami bawa sorang sedikit, akhirnya kami sendiri yang makan. Ahhh.... begitulah lumrah alam. Apabila sudah tiada ibu bapa, semakin terasinglah rupanya kita...

Namun, aku masih bersyukur kerana masih punyai emak dan bapak sendiri. Masih berpeluang berbakti, memohon maaf apabila Syawal tiba... masih cukup semuanya... Tapi, belum pasti kami dapat merayakan saat-saat tersebut menjelang Syawal yang akan datang... Bak kata Herman Tino... "Mati adalah pasti... Hidup Insya Allah.."

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template