
Oleh sebab semalam tak cukup rehat... tak selelap pun, malam tadi betul-betul lalok. Solat tarawikh pun rasa macam tak tahu hujung pangkal. Kecuali anakku nombor thalith sahaja yang masuk bilik tidur.. yang lain.. tujuh badan bersepah kat ruang tamu... Pagi tadi selepas sahur mulai menghadap laptop pula. Sekitar 7.45 pagi baru siap.
Sekitar jam 8.00 pagi pasang bendera kat signboard KRT Taman Bernam bersama tuan pengerusi dan bendahari.
"Bila boleh pasang banner?" Celah pengerusi.
"Insya Allah petang ni atau esok" Dengan penuh yakin.
Selepas usai mengkat bendera seadanya. Aku terus ke pekan nak hantar soft copy ke kedai printing. Alih-alih dah tak buat!!!! Pekerjanya dah cuti raya. Adusss... Kata tokey kedai tu, kalau petang semalam boleh lah. Walaupun dia tokey, dia tak tahu nak run mesin tu... terlalu canggih katanya. Haishhh... kepalaku ligat memikirkan macam mana nak print banner tuu...
Aku call kawan aku di Batang Kali yang buat kerja-kerja designing tu. Tak pernah pun berurusan dengan dia pasal benda-benda ni... sebab susah nak ambik walaupun cost printing sedikit murah berbanding ngan TM. Hahahaaa.. dia pun kata staff dia dah cuti. tapi nak menyejukkan aku, dia kata akan cuba mintak tolong kawan-kawan dia yang buat kerja macam dia...
Selepas aku emailkan softcopy tu.. aku hantar sms. Tak lama kemudian dia call aku.
"Leq, aku ada kawan yang boleh tolong ko... Tapi paling awal pun Ahad malam, macam mana?"
"Hmmmm... kalau terpaksa, tak apalah aku setuju" Kataku.
"Opss.. payment macam mana?"
"Hehee.. dah last minutes macam nih... memang dia mark-up harga lah.." Dengan suara agak keberatan.
"Berapa Par?" Tak sabar nak tahu...
"RM2**.00" Katanya.
Aku jadi termenung seketika. Harga biasa banner 8'x4' kalau sekaki persegi sekitar RM4. Jadi dengan keluasan itu sekitar RM128.00. Ini dua kali ganda...
"Kalau ko setuju, ko email terus ke kawan aku tu..."
"Ginilah... aku rasa tak apalah.. kalau duit sendiri mungkin aku teruskan... terima kasih.." Sedikit rasa kecewa menyelubungi perasaanku.
Kemudiannya aku cuba menghubungi sebuah syarikat percetakan di Slim River. Dia kata boleh, tetapi oleh sebab dia cetak baner di KL, aku kena ambik sendiri kat Ampang! Adusss... Dia cuba buat arrangment dengan pekerjanya kalau ada yang tak cuti lagi. Katanya dia akan call aku balik... Tapi sampai sudah dia tak call aku pun.
Jadi, nampaknya banner itu tak dapat nak dicetaklah... Maka aku "naikkan" dalam facebook KRT Taman Bernam sahaja lah... dan di sini sebagi pengubat rasa sedihku itu... Huhuhuhu...

0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...