The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, August 22, 2011

GURU PENGAJIAN AM BERPOLITIK?

Monday, August 22, 2011
Bookmark and Share
Menunggu saat bersungkai (berbuka mengikut dialek Brunei... hehe teringat masa di Sabah dulu lah nih..) lebih kurang sejam lagi... aku cuba menjalin kembali kotak ingatanku tentang satu isu yang taklah besar mana tetapi ia sangat signifikan untuk dikongsi dengan para pengunjung blogku yang tak sepertinya ini.

Ia berkaitan dengan guru mata pelajaran Pengajian Am dan hubungannya dengan politik tanah air. Ada yang kata cikgu-cikgu jangan berpolitik di sekolah. Mengajar jer lah... Jadi, apabila isu ini diutarakan... ada dua persoalan yang melintasi fikiranku.

Pertama, mungkin ada cikgu yang memang suka berpolitik di sekolah. Asal ada peluang, mereka suka bercakap isu-isu politik tanah air. Kat kantin.. kat bilik guru... kat tandas pun boleh juga... Itu aku kategorikan sebagai orang kuat politiklah... Malah ada yang tak rasa segan silu menyatakan pendirian mereka menyokong bendera mana... Bukan itu sahaja memangkah parti mana dalam pilhan raya... malah menjadi petugas untuk parti mana pun ada gak... Ketaksuban terhadap parti politik tertentu sehingga dianggap "hard-core" untuk sesuatu parti ...

Kedua, cikgu yang terpaksa bercakap soal politik kerana ia menyentuh topik pembelajaran para pelajarnya. Contohnya seperti Pengajian Am. Bila mengajar aspek kenegaraan, mahu tak mahu kena bercakap soal politik. Dalam hal ini, cikgu kena bercakap secara "profesional" lah... jika sesuatu isu parti politik itu sesuai untuk dijadikan sebagai contoh dalam topik yang diajar memang perlu didedahkan kepada pelajar. Malah ada pelajar yang bawa isu "di luar" ke dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan perbincangan. Apa yang penting adalah contoh-contoh tersebut menjadi hujah kepada konsep dan teori yang diajar dalam isu pengajaran dan pembelajaran.

Menyentuh aspek kedua itu, rasanya janganlah pula dikatakan guru Pengajian Am berpolitik di sekolah. Tak kata pun sokong mana-mana parti... cuma dedahkan ideologi setiap parti tanpa rasa bias. Tak salah kan? Bukankah para pelajar pra-u (tingkatan 6) bakal peneraju kepemimpinan negara masa hadapan. Setidak-tidaknya tahu dan yakin bahawa amalan demokrasi di Malaysia menentukan sebuah kerajaan itu terbentuk melalui pilihan raya. Bila berada di pra-u... mereka dah lebih matang nak menilai sesuatu sentimen dalam sesuatu isu. Secara umumnya mereka dah tahu tentang beberapa perkara dalam amalan demokrasi di Malaysia melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Cuma apabila berada di pra-u ia lebih serius dan mendalam.

Aku rasa pendedahan terhadap para pelajar terhadap apa yang berlaku dalam kancah politik tanah air termasuk isu-isu semasa sangat penting agar mereka terpanggil untuk menjadi pemilih dalam pilihan raya umum (PRU) apabila mereka mencecah 21 tahun kelak. Memang arus perdana politik tanah air agak keruh dan tidak enak baunya... bukan bererti politik itu kotor. Manusialah sebenarnya yang mengotorkan arus tersebut sehingga ramai generasi muda yang tak berminat mendaftar sebagai pemilih. Jika generasi "X" yang begitu arif dalam bidang ICT ini "melarikan" diri daripada terlibat dalam arus perdana politi tanah air, ia sangat mengharukan. Bagaimana kiranya nanti apabila jumlah pengundi yang keluar mengundi dalam setiap kerusi yang dipertandingkan kurang daripada 50 peratus? Apakah keesahan yang dapat digunakan dalam membuat justifikasi bahawa calon yang menang itu sememangnya mewakili majoriti pengundi atau rakyat yang berada dalam sesuatu konstituensi pengundian?

Justeru itulah juga, pra-u di sekolahku membuat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU) secara pilihan raya. Bermula daripada proses penamaan calon sehinggalah pengisytiharan kemenangan calon dibuat melalui proses pilihan raya. Untuk menjadikan ia lebih bersifat "futuristik" maka proses pengundian secara online dilaksanakan. Ia mengambil kira mungkin pada suatu hari nanti proses sebegitu akan dilaksanakan di Malaysia kerana ia sangat efisyen serta menjimatkan masa. Hal tersebut kerana, tidak ramai pelajar yang faham bagaimana kaitan pilihan raya dan proses pembentukan kerajaan berlaku. Malah ia mungkin akan menimbulkan kesedaran dalam diri mereka bahawa ruginya tidak mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Akhirnya... janganlah secara semberono mengatakan cikgu-cikgu jangan berpolitik di sekolah. Kalau kata jangan berpolitik kepartian di sekolah mungkin lebih lunak bunyinya. Kesian cikgu-cikgu macam aku... kena ajar gak bab politik supaya anak-anak muridku tahu hak sebagai warganegara Malaysia. Namun, aku tak nafikan setiap manusia ada persepsi masing-masing tentang sesuatu perkara... justeru pandangan peribadi dalam sesuatu isu itu menandakan aku faham dan tahu tentang isu-isu yang berlaku bukan sekadar tahu apa yang ada dalam buku-buku rujukan...

Wassalam... waktu berbuka hampir tiba...

Facebook Comments

5 PANDANGAN:

sifooden on August 23, 2011 at 6:20 AM said...

agree with u sir

athanx on September 10, 2011 at 2:15 PM said...

Betul tu ckgu..mmg xsalah berpolitik disekolah..tetapi yg masalahnya..kalau Guru amat takot utk memberi padangan yang bkn menyokong kerajaan..nanti guru tersebut akan ditukar ke tempat pendalaman atau sebagainya..Pandangan sy cuma 2,guru tersebut Berpolitik Menyokong Kerajaan ataupun Hanya berdiam Diri sahaja..huhuhu

Maleque Selamat on September 11, 2011 at 9:29 PM said...

athanx:Bagi saya, saya akan jelaskan konsep sebenar setiap topik yang dibincangkan. Namun, apabila pelajar bertanya tentang pandangan saya, saya akan jelaskan mengikut perspektif diri saya sendiri.... Terserahlah pelajar nak buat tafsiran bagaimana... Sebab saya tak mahu pelajar jumud dalam membuat analisis setiap peristiwa yang berlaku... Bukankah kita perlu dedahkan para pelajar pra-u menggunakan higher order thinking skills... tq

Anonymous said...

Topik Pilihanraya penting dan biasanya menjadi lebih menarik apabila menjelangnya PRU. Sebagai pensyarah, semenangnya tidak dapat lari daripada melibatkan isu politik semasa perbincangan topik tersebut. Ini menjadikan P&P lebih hidup dan berkesan. Implikasinya, pendidik tidak boleh dipersalahkan kerana membincangkan isu politik dalam kelas.

salmahj on February 27, 2012 at 4:57 PM said...

salam....semua dasar2 kerajaan baik untuk semua...cuma cara pelaksanaannya perlu dikaji semula...supaya lebih telus dan mencapai objektif...

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template