
Sebagai pemenang pertandingan, aku syukuri sangat-sangat. Tidak menduga tindakan rakanku menelefonku dua hari sebelum pertandingan tutup memberi rezeki untuk menemukanku dengan Ipad2 yang memang aku idam-idamkan sebelum ini. Hadiah yang kedua aku terima sejak UPSI mewujudkan pertandingan Hari ICT. Kali pertama tahun 2006, aku menggondol hadiah laptop. Tetapi, aku bukan sahaja perlu hadir pada petang 9 Ogos untuk menerima hadiah tersebut, tetapi pada sekitar pukul 11.00 pagi, aku kena memberikan ceramah pula! Itu yang aku rasa senak sikit. Pulak tu, bukan ceramah macam biasa... secara video conferencing (vc)!

Setelah berbincang dengan tuan pengetua, beliau tiada halangan. Barangkali sesi tersebut juga akan memberi nilai positif kepada organisasiku sendiri. Inilah julung kalinya sesi sebegitu melibatkan salah seorang guru di sekolahku. Cuma beliau ingin mengetahui bagaimana senario yang akan berlaku pada hari tersebut. Maka, aku menjelaskan apa yang aku faham kepada beliau. Itupun berdasarkan cebisan maklumat yang aku "cantumkan" di sana-sini. Pertama daripada pengarah Pusat ICT, UPSI sendiri. Kedua, melalui flayer yang anakku kutip di Masjid selepas solat Jumaat 6 Ogos serta, daripada pegawai-pegawai Pusat ICT yang aku temui.

9 Ogos, sekitar jam 10.00 pagi salah seorang pegawai Pusat ICT yang membantu aspek teknikal sidang vc datang. Keadaan yang semalam nampak baik, kini sudah bertukar kepada tidak ok. Line putus-putus serta suara juga delay. Pelbagai usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan namun menjelang jam 10.30 pagi keadaan masih juga tidak pulih. Akhirnya menjelang 10.45 pagi aku diminta menemui salah seorang pegawai Pusat ICT, UPSI agar mengadakan sesi lintas langsung dari mana-mana komputer yang ada dalam UPSI sendiri.
Akhirnya aku ditempatkan di dalam sebuah bilik di aras 2, manakala siaran vc tersebut diadakan di aras 5. Menggunakan line yang laju serta stabil, ia menyelesaikan masalah sebelum ini. Soalnya kenapa perlu buat vc sedangkan aku tinggal di TM dan siaran lintas langsung ke Dewan Konvensyen Pusat ICT juga di TM? Sebenarnya pihak Pusat ICT ingin menjelaskan kepada para penonton beberapa perkara. Pertama, teknologi ICT masa kini mampu memungkin sesi pembelajaran boleh berlaku antara guru dan murid tanpa bersemuka secara fizikal. Kedua, melalui Portal MyGuru2 UPSI memungkin perkara tersebut berlaku. Sementelahan pula memang sebahagian daripada pelajar Pra-U di sekolah aku serta seluruh pensyarah (guru) adalah ahli kepada portal tersebut. Jadi, sebab itulah dengan apa cara sekalipun sesi vc tersebut ingin dilaksanakan.

Petang 2.30 petang, sewaktu perasmian penutupan, aku telah sampai ke dewan tersebut kira-kira 15 minit lebh awal. Seperti yang dinyatakan dalam laman web pertandingan aku menerima sebuah komputer tablet jenama Apple model Ipad2 WiFi bernilai lebih kurang RM1,500.00 berserta sijil penyertaan dan sijil kemenangan. Satu pengiktirafan yang sangat tiggi nilainya. Hobi yang selama ini hanya suka-suka akhirnya menjadi satu ruang dan peuang untuk menerima pengiktirafan sebesar ini. Ia sangat besar kerana aku dinobatkan sebagai pemenang pertama pertandingan blog peringkat kebangsaan!
Pada kesempatan ini aku ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteriku yang memahami minatku selama ini. Juga kepada rakan-rakanku yang sentiasa memberi perangsang dan galakan untuk aku pergi lebih jauh dalam dunia blog ini...

3 PANDANGAN:
Tahniah cikgu.. Cikgu memang HEBAT.
nanti bole ajar saye buat blog yg SUPER DUPER INTERNATIONAL pulak ye :)
Blog yang macam tu... rasanya tak mampu kot. Kalau yang biasa2 macam ni oklah... Kalau sesiapa nak belajar silalah... hehee...
assalamualaikum cikgu malek...lama tak jengah blog cikgu malek...apa2 pun tahniah di atas kejayaan...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...