The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, May 26, 2009

GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM 2

Tuesday, May 26, 2009
Bookmark and Share
Hari ini dengan kepala yang agak berserabut membuat beberapa tindakan yang agak desperado! Bermula dengan berbincang dengan kawan-kawan yang menerima perakuan untuk menjadi Guru Akademik T6 dan yang bukan....
Perbincangan masih berkaitan dengan persoalan semalam yang masih tiada jawapan pasti... Lebih kurang pukul 11.00 pagi aku berjumpa dengan Pengetua. Mintak pandangan beliau tentang tawaran tersebut. Akhirnya setelah berbincang panjang beliau mencadangkan aku menelefon pihak JPN Perak. Setelah beberpa kali mencuba pada pukul 3.45 petang baru aku berjaya menembusi talian Unit Naik Pangkat JPN. Walaupun aku tidak bercakap sendiri dengan pegawai yang bertanggungjawab, tapi aku dapat beberapa jawapan.
Pertama. Kedudukan pangkat untuk tingkatan enam adalah mengikut kuota. Bergantung kepada bilangan kelas yang ada. Menurut Pn.X, ia bergantung kepada waran yang ada. Jika ada perubahan daripada segi bilangan kelas maka waran akan ditambah.
Kedua. Seseorang guru yang layak memohon bagi urusan pemangkuan ke gred yang lebih tinggi secara KUP tidak bertentangan dengan pelaksanaan dengan perjawatan di tingkatan enam ini... Ertinya, dalam kes macam aku nih.. aku boleh mohon. Cuma jika dilantik ke gred yang lebih tinggi secara KUP, aku tidak boleh mengajar di tingkatan enam. Walau bagaimanapun, berasaskan kepada "kontrak" selama 5 tahun mengajar di tingkatan enam, aku rasa guru-guru akademik tingkatan 6 tidak akan ditawarkan ke DG48 KUP kurang daripada lima tahun..
Ketiga. Tarikh pelantikan untuk Guru Akademik Tingkatan Enam bukan dikira sebagai tarikh kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat ke DG44 dikira semasa aku dilantik sebagai guru DG44 KUP (1/1/2005) , bukan 16/5/2009. Jadi kekananan dalam DG44 bukan dikira semas dilantik sebagai DG44 hakiki.
Keempat. Dalam kes aku, tiada sebarang perubahan gaji! Macam biasa. Kalau ada pun hanya kenaikan gaji tahunan. Kecuali mereka yang masih DG41 tetapi diperaku untuk memangku DG44. Bayaran urusan pemangkuan adalah mengikut selisih gaji antara DG41 yang sedia ada dengan mata gaja di DG44 yang terhampir, dan tidak kurang daripada satu kenaikan tahunan.

Facebook Comments

1 PANDANGAN:

Anonymous said...

Rujuk site nutp.org

Kesian guru2 tingkatan 6. Kami pun sama... dah mengajar 7 8 tahun..tapi tak dapat. Yang dapat yang baru mengajar 2 3 tahun. ADa yang baru 6 bulan mengajar dah dapat. Ada yang tak mengajar langsung tapi dapat juga. Hairan juga. Tanya JPN, pengetua yang salah, tanya pengetua JPN yang salah, Tanya Pengetua dengan JPN, SBM KPM yang tak betul. Ada seorang sahabat dah bertahun mengajar tingkatan 6 tak dapat, sebaliknya PK HEM dia yang dapat. Sekarang dia dah tak mengajar lagi dah. Tempat dia dah diganti dengan PK Hem (baru dapat DG48). Hebat-hebat.

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template