The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, May 25, 2009

GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM.....

Monday, May 25, 2009
Bookmark and Share
Aku bertemu lagi dengan satu pilihan yang sukar nampaknya.. Taklimat pemakluman tentang perjawatan dalam tingkatan yang sangat ditunggu-tunggu sejak hari Sabtu lepas kini bertukar dengan seribu satu persoalan tanpa jawapan.
Keterujaan aku yang sangat tinggi itu menyebabkan aku membuat beberapa persiapan diri yang sebaik mungkin. Oleh sebab taklimat dijangka bermula pada pukul 2.00 petang, aku pergi solat Zuhur terlebih dahulu. Aku sedikit kecewa kerana taklimat dilewatkan setengah jam lagi kerana Tuan Pengetua masih belum tiba kerana pada pagi tadi beliau ada urusan di luar sekolah. Namun aku gunakan masa itu untuk menikmati nasi goreng kampung kat kantin buat mengalas perutku yang berdondang sayang...
Setelah taklimat dimulakan, Tuan Pengetua menyebut satu persatu nama yang telah diperakukan oleh KPM untuk dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam. Akhirnya nama aku tersenarai dalam kelompok seramai 16 orang itu! Alhamdulillah... Sebab aku tak nampak nak ajar subjek apa jika aku tidak diperakukan. Malah dengan pengalaman selama hampir tujuh tahun mengajar Pengajian Am di tingkatan enam ni... tugas aku dah semakin mudah. ditambah pulak dengan sedikit pengalaman memeriksa kertas peperiksaan awam.
Tapi... bila aku terima surat pelantikan itu... aku jadi tergamam seketika kerana aku dilantik secara hakiki untuk gred DG44! Sedangkan aku layak untuk dilantik ke gred yang lebih tinggi... Dalam kalangan kawan-kawan aku yang diperaku itu, seramai tiga orang yang dapat DG48... Selebihnya sama lah dengan aku... Cuma aku ni.. dilantik ke jawatan hakiki. Ada yang dilantik memangku DG44...
Oleh sebab perjawatan ini baru, dah tentu banyak perkara yang pending. Aku mengambil peluang untuk bertanya kepada Tuan Pengetua. Nampaknya beliau pun susah nak jawap terpaksa call pegawai kat JPN.
Dalam ruang ini aku kemukakan apa yang berselirat kat benak aku ini... Ops tapi taklah benak!
Pertama. Apabila aku menerima pelantikan ini, adakah aku tidak layak untuk memohon pemangkuan DG48 seperti yang sedang diiklankan kat laman web KPM?
Kedua. Benarkah kenaikan gred dalam perjawatan tingkatan enam ini bergantung kepada kuota? maksudnya, ia bukan mengikut kekanan. Sebab aku ada dengar kat sekolah aku dengan kelas tingkatan enam sebanyak enam kelas, DG48 hanya layak 3 orang sahaja. Sekolah yang terdekat dengan sekolah aku (yanga da form 6 lah..) hanya seorang sahaja. Jika ia benar, itu antara faktor yang aku tak akan sign up guru akademik form 6 nih... Bayangkan kalau seseorang itu layak secara time-based untuk ke DG48.. tapi ikut kuota tingkatan enam dah cukup? Macam mana? Dan aku nampak time-based ke DG48 ikut yang terkini ni... macam dah dikurangkan daripada 10 tahun berada dalam DG44. Sebab dalam permohonan yang lepas ada borang yang melintang minta dinyatakan kedudukan tangga gaji kita pada tahun tertentu... Yang terbaru nih tak ada...
Ketiga. Status guru akademik tingkatan enam ni... tak ada elaun menjalankan tugas ke? Contoh macam ketua bidang ke... penolong kanan ke.... Sedangkan apa yang ditaklimatkan tadi, office hour kami sampai pukul 4.00 petang.
Keempat. Apabila berlaku kemerosotan bilangan pelajar, adakah guru yang telah diperakukan ini akan dilucutkan jawatan? Contoh, kat sekolah aku ni ada beberapa subjek yang tak ramai calon. Contoh mata-mata pelajaran sains dan kesusasteraan Melayu. Macam mana tu?
Entahlah, setakat ini itu dulu persoalan yang aku fikirkan... Kalau ada sesiapa yang tersesat masuk dalam blog aku ni... dan tahu tentang itu semua, silalah beri komen ye... Terima kasih.

Facebook Comments

17 PANDANGAN:

Anonymous said...

aku tgok guru akademik tg 6 skrg ni bkn main eksen lagi, jalan dah mndabik ke langit, cakap tinggi tak mcm dulu.. perasan sgt, kerja tak seberapa gaji melambung, beban tgs takat gah on paper je, knyataannya mgajar tahap dulu2 juga..tapi ya rabbi sombongnya mcm prasan jd psyarah universiti...tapi...perasan je lbih..guru2 camni ada plak hati nk dpt 48 cpt...mkn gaji buta jer la...

Anonymous said...

bkn semua, tapi mmg ada yg bersikap macam tu kan...

Anonymous said...

slm 1 msia... kes sy lain pula. Saya dh terima sbg GAT6 DG44. x sampai sebulan dpt bulan tawaran Guru cemerlang DG44. kena pilih salah satu. susah jugak nk buat keputusan. boleh bantu x?? ..

MALEQUE SELAMAT on September 28, 2009 at 8:31 PM said...

Ops.. tak perasan ada tulis comment kat sini.. Apa yg saya faham setelah bercakap dengan pegawai di unit naik pangkat JPN Perak beberapa bulan yg lepas...
Sebenarnya GC dan GAT6 adalah kenaikan pangkat secara shortcut berbanding KUP yg terpaksa tunggu 10 tahun..Dalam kes anda, saya ingin kepastian tentang subjek yg anda ajar di tingkatan enam. Setahu saya GC tidak ada dalam GAT6. Oleh itu subjek tingkatan 6 tidak terlibat dalam skim GC. Dalam kes di sekolah sy, GC48 sejarah tidak boleh mengajar sejarah tingkatan 6. Jadi, sekiranya anda memang berminat mengajar di tingkatan 6, boleh teruskan dan tolak GC. Tetapi jika lebih berminat GC, kenalah tolah GAT6... Namun, secara jujur... buat masa kini skim GC lebih mantap berbanding GAT6 yang masih dalam proses pemantapan.Umpamanya kuota ke 48 dan 52 dalam GAT6 ada kuota.. sedangkan dalam GC tiada kuota tersebut..
Terima kasih..

Anonymous said...

slm 1 msia... Tq atas pandangan anda. Kalau sy pilih GC, sy akn bralih ke T4 & T5 dn x lagi mgajar t6. utk study eko t4 & t5 x mslh. Ttp pglaman mgajar eko t6 lebih 7 thn lebih mgikat saya utk pilih GAT6. Jadi sy buat keputusan utk tolak GC. Bukan x nk cemerlang. tapi kalau kita dh pilih satu, satu lagi kena lepas wlp terpaksa... mungkin ada rezki lain. InsyaAllah.

Anonymous said...

tumpang tanya..sapa2 yang tau la.. saya mendapat jawatan dg44 hakiki krn dilantik jadi kb, dan saya terima lantikan tu dan telahpun berkhidmat.. apa beza dg44 hakiki dan dg44 kup??? ada apa2 kelebihan ke?? siapa tau tolong jwab.. tmakasih.

MALEQUE SELAMAT on October 6, 2009 at 12:17 AM said...

Oleh sebab soalan ini singgah dalam blog saya, maka saya cuba untuk menjawab persoalan tersebut. Tidak dinafikan memang ada yang keliru tentang mana yang lebih baik antara KUP dan Hakiki. Saya juga salah seorang daripadanya... sehinggalah saya berjumpa dengan pengetua bagi mendapat kepastian.
Secar umumnya KUP adalah kenaikan pangkat secara time-based. Kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah untuk mereka yang telah cukup syarat. Umpamanya dari DG41 ke DG44 selama 10 tahun atau 7+3 bagi yang pernah melalui DGA29. Begitu juga dari DG44 ke DG48 juga 10 tahun. Ia tidak boleh digugurkan daripada penyandang walaupun guru tersebut berpindah atau bertukar.
Manakala kenaikan pangkat secara hakiki adalah kenaikan pangkat atas tujuan menjalankan sesuatu tanggungjawab. Umpamanya Ketua Bidang dan ke atas. Seandainya seseorang itu belum dinaikkan pangkat secara KUP tetapi telah dinaikkan pangkat secara hakiki, maka ia perlu memangku jawatan tersebut maksimum selama 2 tahun.Jika ia berjaya melengkapkan semua syarat pelantikan untuk gred hakiki, maka ia akan dinaikkan pangkat secara hakiki walaupun belum dilantik secara KUP.
Walaubagaimanapun , jika seseorang itu telah dinaikkan pangkat secara KUP, jika dilantik pula menjalankan tanggungjawab secara hakiki, maka ia tidak perlu memangku jawatan tersebut. Sebaliknya ia terus dinaikkan pangkat secara hakiki.
Namun, dalam apa-apa juga urusan rasmi antara tarikh KUP dan Hakiki, tarikh lantikan ke gerd tersebut adalah mengikut gred KUP.
Satu lagi, seseorang yang dilantik ke jawatan hakiki apabila memohon pindah, jawatan tersebut tidak boleh 'dibawa' pindah. Kecuali jika diarahkan bertukar.
Itulah lebih kurangnya..

Anonymous said...

tq atas pnerangan... persoalannya... apa kelebihan pemegang gred hakiki berbanding KUP?? dgr2 pemegang gred hakiki tak perlu tggu 10thn untuk mohon gred seterusnya... betul ke... tmakasih sekali lagi atas pnerangan..

MALEQUE SELAMAT on October 7, 2009 at 1:36 AM said...

Salam.. terima kasih kembali.. Yup betul. Seandainya seseorang itu telah menerima kenaikan pangkat secara hakiki... dia hanya perlu tunggu 3 tahun untuk gred yang seterusnya. Contoh, DG41 ke Dg44, DG44 ke DG48, DG48 ke DG52...
Namun seandainya (jarang-jarang berlaku) guru tersebut terpaksa pindah ke tempat lain yang tidak ada pos tersebut.. dia akan balik semula ke DG41 seandainya dia masih belum KUP walaupun berada di DG48...
Contoh: Naik ke DG44 selepas 5 tahun berkhidmat, kemudian selepas 3 tahun naik pulak ke DG48. Tempoh perkhidmatan masih 8 tahun... belum KUP. Jika terpaksa berpindah dan pos itu tidak ada di sekolah tersebut.. dia kena balik ke DG41...

Anonymous said...

salam.. saya juga nak bertanya ni.. saya dh dapat KUP 1 Ogos 2008 dan baru2 ni dpt surat utk GAT6 44 bertarikh 1 Januari 2008.. Pada pendapat cikgu la.. saya patut terima yang mana..

Anonymous said...

salam cgu,
sya bru menerima tawaran memangku dg44 tp blum dinilai lagi sbb msh blum ckup 6 bulan..yg buat sy confuse ialah tme nk isi borg yang tnya gred..sy nk tulis dg41 @ memangku dg44 @ kup dg44?sy dpt memangku dg44 dalam bidang umum..

Amiza Hazni on January 12, 2011 at 9:32 PM said...

salam cikgu maleque, adakah benar jika seseorang guru itu menjadi GAT6 beliau akan terikat dengan satu kontrak iaitu beliau perlu berada di sekolah yang sama selama 5 tahun?

Anonymous said...

salam..betul atau tidak pk tingkatan 6 tidak boleh brada di gred 48 ??
ada pk tingkatan 6 yg naik ke gred 48 melepaskan jawatan sbgai pk ?
adakah perkara ini betul ?

Anonymous said...

Salam.. terima kasih kembali.. Yup betul. Seandainya seseorang itu telah menerima kenaikan pangkat secara hakiki... dia hanya perlu tunggu 3 tahun untuk gred yang seterusnya. Contoh, DG41 ke Dg44, DG44 ke DG48, DG48 ke DG52...
Namun seandainya (jarang-jarang berlaku) guru tersebut terpaksa pindah ke tempat lain yang tidak ada pos tersebut.. dia akan balik semula ke DG41 seandainya dia masih belum KUP walaupun berada di DG48...
Contoh: Naik ke DG44 selepas 5 tahun berkhidmat, kemudian selepas 3 tahun naik pulak ke DG48. Tempoh perkhidmatan masih 8 tahun... belum KUP. Jika terpaksa berpindah dan pos itu tidak ada di sekolah tersebut.. dia kena balik ke DG41...

Dari mana encik dapat maklumat ini. setahu saya jawatan paling tinggi adalah hakiki, kemudian guru cemerlang dan rendah KUP.

Anonymous said...

JAWATAN GURU ADA 3 PERINGKAT :-
1. JAWATAN HAKIKI
2. JAWATAN GURU CERMELANG
3. JAWATAN KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)

1. Jawatan Hakiki adalah jawatan tetap. Pemegang Jawatan Hakiki adalah tetap dan tidak boleh turun melainkan naik pangkat atau gred seterusnya.
2. Jawatan Guru Cemerlang hendak sentiasa ada kecapaian baik tiga tahun berturut-turut, Jika tiada kecapaian maka lucut lah jawatan cemerlangnya.
3. Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah kenaikan mengikut tempoh kita berkhidmat tetapi boleh di turunkan ke jawatan lebih rendah dari jawatan KUP yang disandang sekiranya di kenakan tindakan tata-tertib.

khoo on October 30, 2018 at 10:05 PM said...

Salam kepada guru yg dihormati. Harap ada guru dpt menjawab soalan saya. Saya 5 thn mengajar t6. Lepas tu dihantar mengajar arus perdana SPM. Oleh tu tak dpt jwtn guru t6. Tak apa. Lepas 3 thn ni. Cukup 8 thn mengajar. Saya cukup 8 thn dpt DG 44. Lepas 3 thn lagi. Saya mengajar T6 lagi. Oleh itu dikira start semula mengajar T6. Tak apa. Soalan saya adalah. Adakah saya kena ikut time base 8 thn lagi utk dpt DG48? Atau lagi pendek utk dpt DG48 saya ajar di T6 ni? Berapa thn mengajar T6 utk DG48 atau ikut time base seperti biasa? Thanks in advanced.

Unknown on February 3, 2023 at 8:33 PM said...

Salam cikgu, saya dinaikkan pangkat gat6 dg44 kup secara 'tagging'..boleh cikgu2 lain jelaskan adakah saya perlu isi e-pangkat TTBK @ ting6? Bila tempoh max saya pegang tagging kup dg44 ni? mohon pencerahan.

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template