Beberapa kekusutan yang berlegar-legar dalam minda berubung dengan perjawatan dalam tingkatan enam sedikit sebanyak telah terungkai sewaktu menghadiri mesyuarat akhir tahun yang berlangsung semalam. Walau bagaimanapun maklumat yang aku nak kongsi dalam entri kali ini adalah maklumat yang aku dapat dari mesyuarat tersebut dan daripada Penolong Kanan Tingkatan Enam sewaktu beliau menghadiri taklimat yang sama dengan tuan pengetua di Teluk Intan.
Pertama. Jawatan Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) adalah jawatan fast-track untuk kenaikan pangkat, seperti Guru Cemerlang. Ertinya sesiapa yang menerima jawatan GAT6 berpeluang untuk pergi sehingga DG52 tanpa mengambil kira kaedah kenaikan pangkat secara KUP. Sebagai contoh, guru yang belum layak dilantik ke DG44 KUP, oleh sebab perkhidmatannya diperlukan di tingkatan enam, mereka boleh diperakukan bagi memangku jawatan tersebut selama dua tahun maksimum. Dalam tempoh pemangkuan itu mereka akan dibayar elaun pemangkuan gred DG44. Selepas dilantik secara hakiki DG44, mereka terus boleh memohon untuk ke gred DG48 tanpa menunggu selama 10 tahun.
Kedua. Bagi guru-guru (hehe.. macam aku lah) yang dilantik GAT6 DG44 Hakiki (ertinya yang dah cukup syarat ke DG48) akan digerakkan untuk mengisi kekosongan jawatan DG48 di mana-mana sekolah. Pertama dalam daerah dulu, kalau dalam daerah penuh, sampai antara negeri pun jadi! Itu yang aku ada rasa gembira dan ada rasa cemas!
Ketiga. Mengikut rangking kekananan, penolog kanan yang berjawatan hakiki adalah lebih kanan berbanding penolong kanan KUP! Jadi kalau kat sekolah, PK1 berstatus KUP, sedangkan PK Tingkatan Enam berstatus hakiki sedangkan kedua-duanya dalam gred yang sama, maka PKT6 lebih kanan! Hahaha... yang ini agak kelakar sikit. Bayangkan PK1 mengurus satu sekolah sedangkan PKT6 mengurus tingkatan enam sahaja! Ada PK1 yang panas hati dan telinga nih... Bagi aku, aspek ini pihak JPA atau BSM mungkin tak terfikir atau terlepas pandang semasa menggubal perjawatan tingkatan enam. Sebab, jarang-jarang aku dengar sekolah yang PK1 hakiki, kecuali di sekolah-sekolah luar bandar. Kalau kat sekolah aku, PK1 (mantan, sebab dah jadi pengetua) DG48 KUP. Bayangkan kalau ada GC48 hakiki! Sapa lebih kanan? Tapi, ialah dari pada segi jawatan pengetua tentulah lebih kanan dari sesiapa sahaja yang ada dalam organisasi tersebut kan?
Keempat. Boleh ke lagi menolak jawatan GAT6 ? Jawabnya, boleh sebelum 31 Disember 2009. Selepas tarikh itu sebarang permohonan untuk menolak GAT6 akan ditolak dan tidak akan dilayan.
Kelima. Sah, masa mengajar penolong kanan tingkatan enam hanya 8 waktu sahaja. Sama dengan waktu pengetua. Lebih sedikit berbanding dengan penolong kanan yang lain.Mungkin, alasannya PKT6 kena urus semua perkara berkaitan dengan tingkatan enam, kecuali kokrikulum sebab ada penyelarasnya.
Jadi, mungkin inilah sebabnya aku dengar-dengar ada orang yang "berebut" untuk ke tingkatan enam. Soal yang trcicir kerana telah memegang jawatan pentadbiran, itu cerita lain. Itu dngar kisahnya akan dimasukkan dalam pngisian fasa 1 klompok kedua yang aku kata kat atas tadi.
Kedua. Bagi guru-guru (hehe.. macam aku lah) yang dilantik GAT6 DG44 Hakiki (ertinya yang dah cukup syarat ke DG48) akan digerakkan untuk mengisi kekosongan jawatan DG48 di mana-mana sekolah. Pertama dalam daerah dulu, kalau dalam daerah penuh, sampai antara negeri pun jadi! Itu yang aku ada rasa gembira dan ada rasa cemas!
Ketiga. Mengikut rangking kekananan, penolog kanan yang berjawatan hakiki adalah lebih kanan berbanding penolong kanan KUP! Jadi kalau kat sekolah, PK1 berstatus KUP, sedangkan PK Tingkatan Enam berstatus hakiki sedangkan kedua-duanya dalam gred yang sama, maka PKT6 lebih kanan! Hahaha... yang ini agak kelakar sikit. Bayangkan PK1 mengurus satu sekolah sedangkan PKT6 mengurus tingkatan enam sahaja! Ada PK1 yang panas hati dan telinga nih... Bagi aku, aspek ini pihak JPA atau BSM mungkin tak terfikir atau terlepas pandang semasa menggubal perjawatan tingkatan enam. Sebab, jarang-jarang aku dengar sekolah yang PK1 hakiki, kecuali di sekolah-sekolah luar bandar. Kalau kat sekolah aku, PK1 (mantan, sebab dah jadi pengetua) DG48 KUP. Bayangkan kalau ada GC48 hakiki! Sapa lebih kanan? Tapi, ialah dari pada segi jawatan pengetua tentulah lebih kanan dari sesiapa sahaja yang ada dalam organisasi tersebut kan?
Keempat. Boleh ke lagi menolak jawatan GAT6 ? Jawabnya, boleh sebelum 31 Disember 2009. Selepas tarikh itu sebarang permohonan untuk menolak GAT6 akan ditolak dan tidak akan dilayan.
Kelima. Sah, masa mengajar penolong kanan tingkatan enam hanya 8 waktu sahaja. Sama dengan waktu pengetua. Lebih sedikit berbanding dengan penolong kanan yang lain.Mungkin, alasannya PKT6 kena urus semua perkara berkaitan dengan tingkatan enam, kecuali kokrikulum sebab ada penyelarasnya.
Jadi, mungkin inilah sebabnya aku dengar-dengar ada orang yang "berebut" untuk ke tingkatan enam. Soal yang trcicir kerana telah memegang jawatan pentadbiran, itu cerita lain. Itu dngar kisahnya akan dimasukkan dalam pngisian fasa 1 klompok kedua yang aku kata kat atas tadi.
31 PANDANGAN:
terima kasih kerana memberi maklumat yang berguna kepada kami yang masih teraba-raba mengenai jawatan tingkatan 6. Macammana dengan jawatan guru cemerlang ada ke tak ada untuk tingkatan 6
SalmahJ, Sehingga kini belum ada warrant untuk posisi GC dalam tingkatan 6 (mengikut pegawai di JPN Perak). Tak pasti untuk seketika atau selama-lamanya. Tapi kalau ikut logik, tiada dua fast-track dalam satu skim perkhidmatan. Dan, ada kemungkinan GAT6 itu sendiri dianggap GC kerana proses perakuan kepada GAT6 adalah mengikut subjek. Tetapi, ada juga bezanya... GAT6 setakat DG52 manakala GC sehingga Gred C (menyamai JUSA C)... Wallahu 'alam..
Terima kasih kembali sebab bagi banyak informasi dan sebab bagi link ke blog saya
adakah pk tingkatan 6 dg44 boleh memangku dg48...kalau ikut time - based lagi 5 tahun baru layak dg48...
Hmm.. memang boleh. Rasanya ini kes di sekolah yang form 6 nya ada 10 kelas dan ke atas. Oleh sebab tiada DG48 yang sedia ada untuk diperakukan sebagai PK tg6, maka sesiapa sahaja yg dg44 boleh diperakukan utk memangku Pk tg6... Selepas dua tahun (cukup syarat termasuk PTK4) boleh disahkan sebagai DG48... Ini yang dimaksudkan perjawatan tg6 adalah fast track utk ke gred yg lebih tinggi sprt GC.. lebih kurang bgitulah..
salam, kawan sekolah kata kalau gaji kita dah dalam DG48 kalau jd PKf6 rugi betul ke. Tu kat sekolah depa pilih cikgu 41 ke 44 jd PKf6.
Mungkin ada betulnya... ini aspek teknikal yg biasanya pihak pentadbir yang kena fikirkan... Kalau kat sekolah yang kurang 10 kelas, boleh lantik dari DG41 atau DG44 KUP... Yg paling tepat ialah lantik penyelaras tingkatan 6 yg sedia ada.. Kalau dia memang dh DG44 terus tukar dari KUP kepada Hakiki. kalau lantik daripada kalangan DG41 kena lantik secara pemangkuan lah...
Setakat yg saya tahu, tak timbul istilah rugi... sebab dia akan naikkan gaji apabila berada di DG48... Kalau kenaikan tahunan DG44 lebih tinggi daripada kenaikan ke Dg48, dia akan dapat lagi satu kenaikan....
Lagipun, rugi tak lantik dalam kalagan DG44 sebab dlm DG44 hanya ada 14 kali "kenaikan" (T14)... silap2 sempat "langgar dinding" masih tak ke DG48...
Bagaimana kes guru T4/5 yang mohon ajar T6? Ada maklumat?
Salam... urusan melibatkan perjawatan tingkatan 6 untuk seketika ini masih lagi kelam-kabut. Di negeri Perak, setakat ini masih berada dalam fasa 1 "tahap' kedua. Di negeri2 lain saya ada dengar telah masuk fasa 2.
Fasa 1 "tahap" 1 = Melantik semua guru yang berkelayakan di sekolah tingkatan enam untuk mengisi perjawatan Guru Akademik Tingkatanb Enam gred DG44, DG48 dan DG52
Fasa 1 "tahap" 2 = Menempatkan guru2 yang layak tetapi tidak diperakukan kerana kuota untuk sesuatu gred telah penuh ke sekolah2 lain
Fasa 2 = menempatkan guru2 yang layak ke gred yg lebih tinggi (tetapi kuota di sekolah tersebut telah penuh) ke sekolah2 lain.
Fasa seterusnya, jika berlaku kekosongan juga... barulah pihak KPM akan melantik guru2 lain yang tidak pernah mengajar f6... pada ketika itu... guru2 boleh dipostingkan ke mana2 sekolah di Malaysia... lebih kurang begitulah...
fasa 2 bila akan diumumkan? ada apa2 maklumat tak? Sekiranya diumumkan pd nov 2010 ni (misal),agak2nye tarikh lantikannya bila?
Untuk makluman, di negeri Perak fasa satu pun belum selesai. Fasa 1 kelompok dua yg melibatkan penyelarasan pangkat dalam daerah masih belum dilaksanakan.Masih ada sekolah yang tak cukup guru untuk sesuatu gred. Umpamanya DG48 dan DG52. Bagi cikgu yang sudah layak ke DG yang lebih tinggi tetapi terhalang disebabkan kuota mengikut ceritanya akan digerakkan ke sekolah2 lain yg kekosongan perjawatan tersebut... yang ini masih dalam fasa satu... masih belum dilaksanakan lg...
Fasa 2... entahlah.. tak pasti. tarikh lantikan juga sy tak pasti. Kalau ikut kpd kes perlantikan untuk GAT6 sekrang ni, tarikhnya selaras..mungkin tarikh lantikan fasa dua juga akan diselaraskan.. wallahu 'a lam...
Sekiranya ada guru T6 bersara pada bulan sept. nanti. Siapa yang buat pilihan guru untuk isi
kesongan tersebut, pengetua, PPD atau JPN?
Ada ke tempoh tertentu untuk Penolong Kanan Tg.6 DG48 mohon untuk jawatan Guru Akademik DG52. Syarat PTK DG 48 dah lulus dapat 3-3....apa kena tunggu lagi....kena tunggu diiklankan atau macam mana.
sy bakal dilantik GPK T6, tp x berminat dalam pgurusan.saya lebih suka akademik.lgpun sy xde talent bab2 pgurusan ni,mybe pgurusan tgok skill sy ngajar result stpm exilent 6 thn berturut2.soalan sy, kalu surat lantikan dah dkeluarkan, leh tak sy menolak?alasan..simple..xbrminat. sy juga bg ruang kat guru2 luar sana yg nak sgt gpkt6..ambikkk la..offer..heheh.tq
saya keliru nak pilih yang mana satu....
saya telah dilantik sebagai GC...tp dlm masa yg sama saya mohon perjawatan t6...GC DG44 KUP manakala Guru T6 DG44 hakiki....
mana lebih baik????
apakah syarat GAT6 DG44 untuk naik ke DG48 ?
Adakah GAT6 yang telah dilantik ke DG44 terus boleh mohom ke DG48 selepas 3 tahun ?
smkpr
selamat sejahtera. saya seorang gur yang telah berkhidmat sejak 1995 di sekolah rendah dan pada tahun 2005 telah dilantik ke dg41. Mula tahun 2006 saya telah dilantik untuk mengajar tingkatan enam sehingga sekarang. Persoalannya ialah saya telah mula memohon sejak fasa pertama sehingga sekarang. jenuh mengisi borang demi borang tetapi masih tidak dilantik sebagai guru tingkatan enam umtuk matapelajaran muet. kesemua tiga orang guru muet di sekolah saya masih belum dilantik sehingga sekarang.dimanakah silapnya? setiap kali wujud isu tingkatan enam ada sahaja syarat baru. sejak skim tingkatan enam wujud macam macam syarat yang timul dari masa ke semasa. boleh beri penjelasan?
tumpang bertanya. saya seorang guru biasa DG41 tapi baru-baru ini dilantik sebagai guru yg mengajar MUET ting.6. adakah perlantikan saya ini hanya sementara kerana sy tak dimaklumkan yg saya dilantik menjadi GAT6 (ada kes perlantikan sementara kah?) Jika perlantikan sementara, maka saya tak layak utk elaun memangku DG44?
Salam... Cuba tanya pihak pentadbir tingkatan 6, siapa yang melantik cikgu? Saya rasa itu mungkin lantikan sekolah sahaja.. Andaian ini bertambah kukuh lagi jika cikgu sememangnya sedang mengajar di aliran perdana (tingkatan 1 hingga 5). Kalau betul, cikgu sebenarnya diminta membantu mengajar di tingkatan enam atas kuasa pengetua. Oleh itu ia tidak melibatkan pemangkuan. Dalam kes di negeri Perak memang ramai yang kes sebegitu... Kalau cikgu memang ada buat permohonan sebelum ini, ada kemungkinan cikgu akan dilantik. Tetapi jika tidak, kalau ada cikgu yang dilantik oleh KPM.. nampaknya cikgu akan kembali mengajar di aliran perdana.
Salam SMKPR..
Maaf lambat reply comment ini. Sebenatnya saya ada cuba reply, tapi sistem down.. bila send langsung hilang. Saya pun tak berapa pasti apa yang berlaku. Tetapi apa yang saya difahamkan, kalau seseorang cikgu itu nmasih belum dilantik menjadi GAT6 ia berkaitan dngan kalayakan. Umpamanya masih belum sisahkan jawatan dsb. Pelaksanaan penjenamaan semula ini bermula 2009, permohonan fasa satu pada hujung 2008 (jika tidak silap).. jadi masa tu cikgu belum cukup 5 tahun mengajar di tigkatan 6. Mungkin itu sebabnya cikgu masih belum dilantik. Walaupun sekarang sudah 2011, tetapi perlantikan GAT6 yang belum selesai ini menggunakan data base tahun 2008 dn 2009 lagi.. Wallahu 'Alam...
salam cikgu,
utk tahap 1 di sekolah kami, seorang GA dilantik hakiki 48, 3 orang GA 44 hakiki, 4 orang GA pemangkuan 44. Menjadi persoalan kerana Pengetua tidak mahu melantik GPK T6 dengan alasan urusan tersebut di bawah bidang BSM yang akan mengeluarkan surat perlantikan bukan pihak sekolah, jadi pengurusan Tg6 buat sementara hanya diuruskan oleh Penyelaras Tg6 sahaja.Minta penjelasan dari Cikgu, dan apa pula syarat kelayakan untuk memohon PK Tg6.
bolehkah pentadbir yang dulunya PKI arus perdana menjadi PKT6 walaupun tidak mengajar T6? Apakah syarat sebenar untuk jawatan PKT6? Adakah benar kelebihan diberikan kepada pihak pentadbir? Jika ada tolong tunjukkan Surat pekelilingnya untuk kesahihan.
salam, saya nak tanya,pengetua di sekolah saya baru sahaja bersara.Bolehkah GA T6 yg bergred DG48 dilantik sebagai pemangku pengetua dan seterusnya menjadi pengetua di sekolah?
Maaf dah lama tak update blog ini kerana lebih menumpukan perhatian kepada blog pra-u...
Anonymous 1: Sepatutnya pihak sekolah mencadangkan kepada pihak BSM salah seorang daripada GAT6 DG44 untuk menjawat penolong kanan Tg.6. Cuba berurusan dengan pihak JPN tentang hak tersebut. Dalam kes di sekolah saya, PKT6 telah dilantik kepada GAT6 DG48.. Maka pihak JPN(?) meminta beliau mencadangkan salah seorang GAT6 DG44 menjawat jawatan PKT6 dan menghantar permohonan tersebut ke BSM...
Anonymous 2: Setahu saya tidak boleh. PKT6 adalah dalam kalangan GAT6 yang diperakukan oleh BSM. Untuk menjawat PKT6 mestilah mengajar di T6. Terlah diperakukan oleh BSM. Untuk kepastian sila berhubung dengan pihak sumber manusia atau JPN.
Lia: Jawapannya boleh. Sebab PKT6 adalah jawatan hakiki.
Wallahu 'alam..
saya ingin bertanya..adakah perlu memohon utk pemangkuan DG48 untuk mendapatkannya ???
saya ada terbaca syaratnya dan mengikut syarat tersebut, saya sudah layak dimana pegawai perlulah dilantik ke DG44 sebelum 31.12.2007..saya telah dilantik ke DG44 pada 1.06.2007..saya juga telah menjadi guru tingkatan 6 selama 14 tahun..TQ
Bab permohonan ke DG48 saya tidaklah arif sangat. Lagi-lagi perlantikan sebelum 2008... Apa yang saya difahamkan tempoh tiga tahun kenaikan pangkat untuk jawatan hakiki (tingkatan enam) berkait rapat dengan perlantikan yang dibuat oleh Bahagian Sumber Manusia... Saya sendiripun masih menunggu2 peluang tersebut.. tetapi saya dilantik ke DG44 tingkatan 6 pada tahun 2008... Pada henat saya, jika soal perjawatan tingkatan enam ni selesai... akan ada iklan untuk setiap kenaikan pangkat yang seterusnya... wallahu 'alam..
telah 6 tahun mengajar tingkatan 6 tetapi belum juga dilantik. apa harus buat?
Saya guru arus perdana dan berminat jadi guru T6..mengajar MUET. Ada contoh surat permohonan? Harap dapat membantu.
Terima kasih.
Salam tuan..sy sudah 2 tahun di dg44..dan sy ditawarkan utk mengajar form 6 bagi tahun 2022..jadi ape kelebihan jika sy mengajar form 6 berbanding guru aliran perdana?
Cool and that i have a swell offer: How Much House Renovation Cost Philippines old house restoration
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...