The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, August 1, 2009

GAT6: APABILA MENJADI PUSAT PEMERHATIAN...

Saturday, August 1, 2009
Bookmark and Share
"aku tgok guru akademik tg 6 skrg ni bkn main eksen lagi, jalan dah mndabik ke langit, cakap tinggi tak mcm dulu.. perasan sgt, kerja tak seberapa gaji melambung, beban tgs takat gah on paper je, knyataannya mgajar tahap dulu2 juga..tapi ya rabbi sombongnya mcm prasan jd psyarah universiti...tapi...perasan je lbih..guru2 camni ada plak hati nk dpt 48 cpt...mkn gaji buta jer la..."

Setelah meneliti berulang-ulang kali komen di atas, banyak perkara yang datang merentas benak fikiranku. Mungkin ada benarnya segelintir guru yang mengajar tingkatan enam atau dikenali juga Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) kelihatan "eksen" pada pandangan guru-guru bukan tingkatan enam. Tetapi, aku tak fikir ia melibatkan semua guru. Sebenarnya tabiat eksen ini bukan sahaja kelihatan pada GAT6, malah guru ganti atau guru sandaran tidak terlatih (GSTT) atau sesiapa sahaja pun boleh kelihatan eksen. Hal itu kerana tabiat tersebut lebih menyangkut sifat dalaman individu. Cuma (dalam kalangan GAT6), kalau sebelum ini ia tidak begitu kelihatan mungkin kini semakin ketara. Itupun bukan kerana disebabkan sangat faktor GAT6, tetapi mungikin "pemanatuan" setiap gerak laku, turur kata yang semakin teliti oleh guru-guru lain.
Reaksi sebegini sebenarnya akan berlaku apabila sesuatu perjawatan baru diwujudkan atas kapisiti kenaikan pangkat atau berlakunya kenaikan gaji-elaun. Sebagai contoh lain ialah jawatan Guru Cemerlang dan BISP dalam PPSMI. Sebab, semua orang berkeinginan untuk mendapat peluang yang sama. Tetapi apabila peluang atau insentif yang lebih kurang sama untuk guru-guru yang mengajar di kawaan pedalaman (elaun daripada RM500 sehingga RM1500) tiada sesiapa yang mencemburuiya. Hal tersebut kerana tidak semua orang sanggup mengharungi detik-detik getir semasa di kawasan pedalaman tersebut.
Sebenarnya bukan suatu yang mudah untuk guru-guru tingkatan enam memilih opsyen sebagai GAT6. Kalau dalam konteks sekolah-sekolah yang berhampiran bandar atau bandar di mana ramai guru-guru yang telah menghampiri tahap kanan, opsyen tersebut ternyata lebih sukar. Bukan semua guru yang layak ke DG52, DG48 dan DG44 akan digerakkan ke gred-gred tersebut secara otomatik. Malah ramai juga yang "berputih mata" lantaran adanya halangan kuota. Justeru ramai juga yang menerima pergerakan gred setara , cuma apa yang berubah hanyalah daripada KUP kepada hakiki. Jika keadaan itu berlaku... individu tersebut tidak mendapat apa-apa imbuhan walaupun sesen.
Sehingga kini memang pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum tingkatan enam masih belum mantap. Masing-masing mengikut budi bicara sekolah. Tidak kurang sekolah yang melaksanakan sepenuhnya waktu persekolahan dari pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang. Kami dimaklumkan ia akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun depan. Sehingga tarikh itu, penguatkuasaan balik pukul 4.00 petang berlaku mengikut budi bicara sekolah. Jika keadaan ini diperhalusi, guru-guru GAT6 terpaksa berhadapan dengan waktu kerja pejabat sepanjang baki hayatnya dalam perkhidmatan! Sedangkan ada sebahagian guru yang terlibat tidak mendapat sesen pun imbuhan daripada skim tersebut! Malah ramai juga GAT6 yang menunggu masa sahaja untuk KUP 44 dan 48. Ertinya, tunggu sahaja lagi tiga empat tahun terus dapat gred tersebut tanpa ambil lebihan masa berada di sekolah kerana mengajar tingkatan enam. Malah, ramai guru yang telah menerima perlantikan ke DG44 KUP pun... Akhirnya menerima pelantikan sebagai GAT6 yang tarikh lantikannya beberpa bulan lebih awal berbanding DG44 KUP. Justeru penerimaan tersebut bukan sangat kerana gahnya jawatan GAT6... tetapi kerana telah sekian lama mengajar di tingkatan enam.
Soal "gaji buta" suatu yang sangat subjektif dan relatif... Kita tidak berhak mengukur beban kerja orang lain dengan imbuhan gaji yang diterima. Secara logik akal sepatutnya pekerja kolar biru dibayar gaji lebih berbanding pekerja kolar putih. Kerana, mereka memerah tulang empat kerat, bekerja di bawah panahan terik mentari dan sebagainya. Tetapi, ia tidak pula sedemikian. Mengapa agaknya? Lalu aku teringat pesan cikgu semasa sekolah dulu... "Pekerja dibayar gaji mahal sebab akalnya, bukan tenaganya..." Justeru, akal juga sepatutnya dapat memahami betapa subjektifnya antara kerja dan gaji, dan antara upah dan beban tugas. Lagi pun bukan semua kerja orang lain kita dapat lihat secara jelas.
Entahlah... Menurut akalku yang serba pandir ini, apabila kita ingin melihat sesuatu yang bersifat subjektif biarlah menggunakan 'kaca mata" yang sesuai. Jika kita melihatnya menggunakan kaca mata yang "kurang power" atau kita mengalami "buta warna" sebaiknya lebih baik bertanya kepada orang yang lebih "jelas penglihatannya". Kata bijak pandai "Lebih baik kita tidak membuat sebarang tafsiran daripada salah dalam membuat tafsiran..." Wallahu 'Alam.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template