The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, July 31, 2009

GAGAL: KEJAYAAN YANG DITANGGUHKAN...

Friday, July 31, 2009
Bookmark and Share
Saat aku melalui zaman persekolahan suatu ketika dahulu, ada beberapa ungkapan yang aku pegang hampir seperti falsafah hidupku. Antara ungkapan itu ialah "Kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan". Ia lebih kurang sama lah dengan sekali gagal bukan gagal selama-lamanya. Cuma, yang ini ayatnya lebih positif berbanding yang satu lagi.
Mengikut maksud yang tersirat, jangan rasa kecewa jika gagal. Gagal itu hakikatnya cuma menangguhkan kejayaan yang akan tiba kemudiannya. Ungkapan itu hampir sinonim dengan satu ungkapan lain yang berbunyi "Kita tidak gagal kerana kalah dalam apa-apa perjuangan. sekiranya kita mampu bangun semula selepas kegagalan itu..." Secara fitrahnya, siapa yang redha dengan kegagalan yang menimpa diri? Malah manusia selamanya inginkan kejayaan, kemewahan, kesenangan serta apa sahaja yang positif. Tetapi hakikatnya ia tidak semudah yang dijangkakan. Malah kerap kali takdir Allah S.W.T. mengatasi tadbir manusia. Dan, itulah hakikat yang perlu ditaakul secara mendalam.
Cuma, sebagai manusia kita cuma perlu berusaha sebaik mungkin. Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Namun, Allah S.W.T. dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim akan berlaku adil kepada setiap hamba-Nya yang rajin berusaha. Sesiapa yang berusaha lebih lazimnya akan mendapat lebih, begitulah sebaliknya.
Namun, bukan mudah juga untuk menyerap setiap kegagalan yang mendatang. Kekadang ia perlu bantuan orang lain yang kita percayai. Itupun jika betul orangnya... Jika tidak ia mungkin akan membobrokkan lagi keadaan. Bukan sahaja kita gagal menyerap makna sebuah kegagalan malah kita tidak mampu bangun lagi untuk menggapai sebuah kejayaan yang diimpi-impikan.
Berbalik kepada kejayaan yang tertangguh tadi... Bunyinya sangat positif. Seolah-olah kejayaan itu adalah suatu yang pasti... Cuma ia akan mengambil sedikit masa atau masa yang lebih lama bergantung kepada usaha kita untuk mencapainya. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh, ia akan datang kepada kita dalam jangka masa yang sangat singkat. Mungkin dengan sekali cuba sahaja ia terus berhasil... Tetapi jika sambil lewa, nescaya kejayaan itu seakan menangguhkan kehadirannya kerana ia melihat kita belum bersedia...
Mungkin ada benarnya telahan sesetengah manusia...
"Enkau malas, jadi kejayaan segan nak datang dekat kau!"
Oh... sekali fikir, kejayaan itu macam ada karekter macam manusia juga. Tetapi pada fikrahku, kejayaan itu suatu yang sangat indah. Jika ia hadir kepada orang yang berusaha, sudah pasti insan itu akan rasa syukur atas nikmat dianugerahi kejayaan. Jika kejayaan itu menimpa orang yang malas umpamanya, sudah tentu ia akan rasa takbur...
"Hah! Kau orang tengok, aku yang tak rajin ni pun boleh barjaya. Kau orang belajar macam nak rak... apa dapat? Hampeh!"
Jika sedmikian, apakah perasaan orang yang gagal tetapi sangat rajin berusaha? Tentulah kecewa... Justeru umumnya kejayaan itu bolehlah dianggap sebagai anugerah kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template