The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, August 22, 2010

SALAM RAMADHAN...

Sunday, August 22, 2010
Bookmark and Share
Salam Ramadhan buat rakan-rakan pembaca nan budiman...

Telah sebulan lebih aku tidak membuat apa-apa posting dalam laman ini. Teringin tapi tak bekesempatan... Itulah status yang aku hadapi kini. Maklumlah... membuat kerja 3 dalam 1. Sebagai seorang ketua keluarga yang agak besar saiznya, seorang penjawat awam (guru) dan sedang menggalas misi peribadi dan keluarga dalam mengejar impian untuk bergraduat secepatnya dua tahun lagi...

Namun, sejak dua tiga minggu ini aku terpaksa banyak meluangkan masa untuk yang ketiga itu nampaknya. Dan, yang paling minimum aku lakukan adalah tugas yang pertama.

Semenjak penyeliaku tidak lagi menjawat jawatan pengarah di Pusat Jaminan Kualiti, kini masanya agak banyak aku isi. Bagaikan empat semester yang lalu itu sama nilainya dengan semester lima ini. hampir saban minggu aku menemui penyeliaku itu. Berbincang, memantau dan menilai kerja-kerja yang aku lakukan. Sebelum Ramadhan menjelang, aku telah mengubah cara aku mengurus masa senggangku. Petang sebaik sahaja habis p&p aku terus ke Perpustakaan Tuanku Bainun sementara anak-anakku istreiku yang urus semuanya. Aku hanya mengurus anak-anak sewaktu awal pagi dan lewat petang, sewaktu mengambil anak-anak di sekolah agama.

Melihat kepayahan isteriku mengurus anak-anak, menjadikan aku lebih bersemangat meneruskan ranjau dan onak pengajianku. Kekadang, lantaran keletihan tidur yang jarang-jarang sempurna aku terlelap sewaktu di perpustakaan. Lantas bila mengenangkan pengorbanan isteriku itu aku bingkas bangun dan menyambung kembali kerja-kerjaku yang banyak dan masih jauh daripada sempurna.

Aku hampir-hampir sahaja kematian angin untuk meneruskan pengajianku di semester ini. Tempoh pendaftaran secara online yang singkat ditambah dengan minggu akhir cuti persekolahan pada waktu yang agak sibuk, menyebabkan aku terlepas tempoh tersebut. Aku jadi seperti orang dungu seketika...
"Berhentikah aku?"
"Macam mana aku nak bagi tahu isteriku?"
"Macam mana biasiswa separuh masa aku?"

Alhamdulilah, selang beberapa hari selepas itu penyeliaku menelefonku. Beliau segera menghubungi pihak IPS dan akhirnya aku dapat kembali meneruskan pengajianku. Terima kasih Prof...

Kini aku sedang bertungkus lumus menyediakan proposalku. Sudah selesai ketiga-tiga bab namun masih banyak lagi yang perlu dikemaskini sebelum menghantarkannya ke pihak IPS dan menunggu hari mempertahankan proposal tersebut. Aku perlu meneliti sungguh-sungguh tiga bab pertama ini kerana aku sudah serik sewaktu aku melalui pengajian di peringkat ijazah keduaku yang lalu. Persediaan yang kurang rapi menyebabkan panel yang menilai tidak dapat mengesan kelemahan design penyelidikan yang aku akan lalui. Akhirnya aku terpaksa melalui proses viva dua kali apabila pemeriksa luar melihat ada masalah dengan design yang aku jalankan.

Mudahan aku dianugerahi kekuatan oleh Allah S.W.T. dalam melalui hari-hari yang mendatang seterusnya beroleh kejayaan. Terima kasih kepada rakan-rakan pembaca blogku ini yang masih menjenagahiku walaupun kekadang jengahan itu berakhir dengan kehampaan lantaran tiada update yang aku lakukan... Insya Allah bila ada kesempatan akan aku nukilkan sesuatu di ruang ini buat tatapan semua...

Wassalam..

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template