The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, August 23, 2010

RAMADHAN HARI KE-12 YANG SANGAT MENGUJIKU...

Monday, August 23, 2010
Bookmark and Share
Lepas menziarahi ayah mertua di hospital Selayang... terus ke KKB antar anak ke asrama... Jam dah melepasi 5.30 ptg.. terus ke masjid KKB untuk solat asar...

Masuk ke kawasan masjid... tak boleh park kat dalam. Mungkin ada majlis iftar anju...ran masjid atau ada orang VIP nak datang agaknya... park kat luar pagar (depan kem tentera)...

Usai solat.. anak kehilangan sandal plak.. terpaksalah berkaki ayam.. alih2 sampai gate masjid mamat yang fogging aedes (?) pakai sandal anak ku tu... bengang gak.. malu gak nak tanya. manalah tau sandal dia... Mamat tu tersipu2..
"Err..ingatkan selipar masjid.."
"Ishh.. takkan main sauk jer.." Sindirku
Sesampai kat keter... Ya Allah tayar depan belah kiri pancittt!!! Bukak boot mengharap ada pam magic aku tu.. Oh.. Tidakkkk.. rupanya ada kat keter BLM!!!!

Terpesa lah aku mengeluarkan satu2 perkakas untuk bukak tayar.. Alhamdulillah tayar spare ada angin...
Jam 6.20 petang baru selelsai...
Cari kedai nak tampal tayar... dua tiga kedai semua tutup... yang masih bukak..ehemm.. yang terkenal dengan harga mahalnya... apa boleh buat.. esok dah kejer beb..
Bincang punya bincang.. singgah je kat Cafe JARIR Taman Bernam... order menu yang paling cepat siap... NASI AYAM lerrr...

Tapi tak sempat siap sebelum berbuka puasa... Sewaktu azan aku bagi tahu kat isteri dan anak2 makanlah apa yang ada... Hehee.. biskut kering jer.. itupun anak aku yang paling kecik punya.. hahahaaa.. rembat ajer...
Patah balik ke restoran tu...
"Saya dah sedia air suam untuk abang" Kata pengusaha cafe tersebut..
"Terima kasih.. banyak.."
Sampai kat meja ... Rupanya bukan air suam sahaja.. 3 biji kurma pundisediakan untuk aku...
"Alhamdulilah.."Generated by Facicons

Facebook Comments

5 PANDANGAN:

ain fathihah on August 23, 2010 at 6:03 AM said...

memang menguji sungguh..hehe

a kl citizen on August 23, 2010 at 9:54 PM said...

banyak pahala tu insyaAllah...
dah lega dah harapnya....

sifooden on August 24, 2010 at 9:49 PM said...

cobaan di bulan ramadhan

Fakeh on September 14, 2010 at 5:20 PM said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

ABD MALEK SELAMAT on April 19, 2011 at 9:16 AM said...

Kini ayah mertuaku itu telah tiada lagi. Telah permisi menemui Allah S.W.T. pada 23 September 2010. Semoga ruhnya dicucuri rahmat daripada Yang Maha Esa... Al-Fatihah..

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template