The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, April 19, 2011

SALAM BLOG.... JUMPA LAGI..

Tuesday, April 19, 2011
Bookmark and Share
Salam... Udah lapan purnama blog ini tidak dikemaskini. Kalau rumah, sudah penuh sawang. Taik cicak penuh bertaburan. Debu, usah cakap... kalau menapak kesan tapak kaki boleh nampak jelas teapak kaki dan kelima-lima jarinya. Itulah bayangan yang boleh diumpamakan dengan blog-blog aku.

Aku lebih suka berfacebook karang nih. Banyak juga posting aku kat Fb. Lebih daripada sepuluh gamaknya dalam tempoh lapan bulan ni. Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku lewat waktu tersebut. Tapi aku macam "tak mampu" nak login ke blog. Apatah lagi tuleh kat blog ni tak banyak audience yang nak baca.

Tapi, sejak dua tiga hari ini, kawan-kawan sibuk mintak tolong nak buat blog lah.. update blog lah... nak tambah aksesori dalam blog lah... Sedangkan aku dah naik lupa fitur-fitur yanga da dalam blog. Heh, mana jadi nih! Itulah maka aku masuk balik ke blog ni untuk memahirkan semula fitur-fitur yang ada sebelum dapat menolong kawan-kawan.

Satu lagi, blog masih dianggap lebih akademik berbanding Fb. Itu satu hakikat yang aku terpaksa terima. Umpamanya, kalau nak masuk dalam kategori guru berinovasi, paling cikai kena ada blog. Fb tak masuk weh... Ia tetap dikategorikan sebagai laman sosial yang masih dibayangi dengan .. membuang masa.. melekakan.. dan melalaikan.

Sambil menghadap pc untuk menyediakan bahan untuk membuat buku program Majlis Anugerah Cemerlang Kali Ke-37 sekolah aku, aku dah tuko banner blog yang baru! Hehee.. nampak lebih ceria kan... ditambah pula dengan gambo yang menampakkan gigi yang putih melepak tu...

Ok, aku akan update lagi bila berkelapangan nanti... Insya Allah

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template