The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, July 6, 2009

KE HOTEL PUTRA, KUALA LUMPUR (Bahagian 1)

Monday, July 6, 2009
Bookmark and Share
6.30 ptg | Peluang menambahkan ilmu seharusnya diterima dengan tangan terbuka dan berlapang dada. Itu adalah tekad yang aku junjung sejak sekian lama. Biarpun ada yang kata berkursus ni sekadar nak makan sedap dan tidur lena. Tak apalah masing-masing punya perspektif. Bagi aku, jika kita tidak mengambil peluang menambah ilmu apabila peluang terbentang di hadapan mata, sebenarnya kita telah 'berhenti' daripada profesion keguruan. Hal ini kerana pendidikan pada masa kini menuntut guru-guru meningkatkan maklumat dan kepakaran masing-masing.
Hari ini peluang itu menjengahku lagi untuk kesekian kalinya. Biarpun tajuk kursus yang aku hadiri pada kali ini agak mengecutkan perut, namun aku akan gagahkan diri ini untuk adopt and adapt dengan apa juga ilmu dan maklumat yang mendatang. Kursus Pemantapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Perak!. Entahlah apa yang akan berlaku dalam bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang aku pasrah kepada Ilahi...
Untuk seketika ini aku masih ada masa senggang sebelum turun makan malam bagi mencatat bahagian muqaddimah perjalanan kursusku ini di Hotel Putera, Kuala Lumpur. Lagipun masa aku nak pergi malam semalam, nanti aku akan update blog dari KL.
Setakat ini pada perspektif aku, hotel ini berada dalam kelasnya tersendiri. Dengan busana staffnya yang sopan serta menutup aurat (pakai tudung walaupun masih nampak shape badan...) aku kira oklah. Berada di tengah ibu kota ni... ada cabaran besar kepadaku... Kata room-mate aku dari sini nak ke Low Yatt tak jauh kalau naikSTAR LRT... Dari jendela tingkatan 8 hotel ini pun tersergam beberapa mercu tanda tersohor ibu negara Malaysia. Antaranya, IJN, Menara Berkembar Petronas, Yayasan Selangor, Hospital PUSRAWI (sebelah bangunan, hehe... kena jenguk tingkap lain...) dan banyak yang aku tak tahu namanya... hehe..
******************************************
10.50 mlm | Aku baru selesai melalui slot pertama. Perasmian oleh Dr.Latif Muhammad dari EPRD. Dari mula beliau masuk, aku seakan pernah tengok wajahnya. Tapi... di mana ya... Bila dia ada bercakap pernah belajar di UM, aku mula mengesyaki kami pernah berjumpa di menara gading yang tersohor di Malaysia itu... Mungkin beliau di fakulti pendidikan atau sains, sebab beliau kata dia pernah belajar matematik dengan seorang pensyarah "bisu". Aha... aku tak hairan kalau kami pernah lepak di musollah FSSS sebab biasanya lepas soru di Siswarama, terus solat zuhor di situ.
Selepas habis perasmian, sewaktu supper aku dan seorang lagi rakan sangkatan semasa di MU, mendekati beliau. Sah! Memang itulah sebenarnya. Beliau graduate dari MU pada tahun yang sama aku grad. Masters di UPM dan Doctorate di UKM. Aku? Kui kui kui...
Beliau bercakap selama lebih kurang sejam setengah tentang peranan guru dalam penyelidikan di sekolah. Apa yang penting bagi seorang guru ialah peka terhadap permasalahan pelajar dan berfikir bagaimana hendak mengatasinya. Maka, jadilah satu kajian berdasarkan tindakan guru dalam mengatasi masalah tersebut. Secara teorinya memang amat mudah, tetapi dalam melaksanakan kajian sehinggalah proses pendokumentasian selesai ternyata amat sukar. Sebab, bukan budaya menyelidik sahaja yang sukar tetapi budaya mencatat dan merekod sesuatu dapatan atau suatu refeleksi agaknya belum meresap dan membudaya dalam kalangan guru-guru di Malaysia. Hehe.. termasuk yang cakap nih...
Justeru, ayuh wahai warga pendidik gunakan media internet sebagai wadah penulisan kita. Catat apa sahaja yang bersangkutan dengan dunia pendidikan atau mungkin sahaja dunia pendidik buat dinilai oleh rakan-rakan yang lain atau anak-anak murid kita. Mungkin ada pendapat konstruktif yang boleh kita ambil daripada mereka.
****************************************
11.35 mlm | Aku turun ke bawah dengan room-mate. Katanya boring dan nak lepak-lepak kat bawah. Sesekali melepak di tengah ibu kota yang sentiasa sibuk ni, suatu yang agak mengujakan. Ingatan masa silam sewaktu 'mengaji' di MU datang bertandang dalam benak fikiranku. Sesekali bila terlalu stress dengan study, aku akan akan naik bas mini ke Chow Kit. Bukan apa, sekadar makan angin dengan naik bas dan jalan-jalan sekejap melihat gelagat manusia... lepas tu naik bas mini semula dan balik ke Kg.Kerinchi. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan belaka. Perkhidmatan bas mini pun dah tiada.
Aku berjalan gontai ke stesyen minyak Petronas berdekatan hotel dan masuk ke MyMesra untuk membeli air RO, kacang gajus dan air juce limau 'Twister'. Sambil melihat kehidupan yang masih segar lalu-lalang dari arah bus-stand (depan hotel) sambil meneguk air dan mengunyah kacang gajus... ada nikmatnya juga. Bukan nikmat meneguk air dan mengunyah kacang, malah nikmat yang sedang aku rasai setelah sekian lama menghambakan diri untuk memburu kejayaan dalam bidang pendidikan.
Setelah tidak dapat hendak kemana-mana lagi... kedai-kedai pun dah tutup maka kami naik ke atas untuk melelapkan mata buat menghadapi hari esok. Insya Allah.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template