The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Thursday, July 9, 2009

AHA... PPSMI

Thursday, July 9, 2009
Bookmark and Share
"Cikgu, saya tak setuju PPSMI dimansuhkan.." Dengan suara yang agak perlahan seorang anak muridku menyatakan pandangannya terhadap isu yang baru "meletup" ini. Dia telah menyatakan pendapat yang sama sewaktu dalam kelas tadi.
"Mungkin dia ada lagi pandangan yang tak dapat diluahkan semasa dalam kelas tadi..." Bisik hatiku.
"Ya Lan, apa yang awak tak setuju?"
"Tak membazir ke cikgu semua yang dibuat selama ini?"
"Tak, semua peralatan yang melibatkan PPSMI masih boleh digunakan dalam P&P..." Aku nampak masih ada tanda tidak puas hati pada roman muka anak muridku itu.
"Lagipun... Jika PPSMI diteruskan akan mengorbankan lebih ramai pelajar..." Aku menambah.
"Mengapa pulak cikgu?"
"Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kita ialah, kurang mahir dalam Bahasa Inggeris, bukannya matematik dan sains, jadi... kenapa perlu memindahkan masalah Bahasa Inggeris ke dalam mata pelajaran matematik dan sains?"
"Sebab dalam matematik dan sains ada istilah-istilah tertentu yang spesifik. Jadi para pelajar akan menghadapi dua masalah sewaktu belajar matematik dan sains. Pertama Bahasa Inggeris yang lemah dan istilah-istilah dalam matematik dan sains dalam masa yang sama" Ulasku lagi.
Aku nampak seakan dia sedikit jelas dengan peneranganku itu.
"Lebih baik tingkatkan mutu pengajaran Bahasa Inggeris..." Aku manambah lagi.
"Sepatutnya kita perlu daulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kalau dalam zaman kesultanan Melaka bahasa Melayu pernah jadi bahasa lingua franca para pedagang, kenapa kita ragu terhadap keupayaan bahasa kita..."
"Sepatutnya, pelajar-pelajar luar negara yang datang belajar ke Malaysia, kena belajar bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris. Lambat laun lebih ramai orang luar akan menuturkan bahsa kita... Cuba kita lihat di negara Jepun, Korea, Ukrane dan sebagainya... kita kena belajar bahasa mereka kalau nak belajar di sana.."
Sedang aku berbual itu, tiba-tiba seorang rakanku mencelah...
"Saya tak nampak beza pemansuhan PPSMI ni.." Satu soalan yang agak provokatif.
"Kenapa?"
"Surat khabar kata menjelang 2012, PPSMI akan dimansuhkan". Aku kehairanan.
"Cuba tengok sekarang... mana ada orang mengajar math dan sc dalam Bahasa Inggeris?"
"Jadi, sampai 2012 pun senario yang sama akan berlaku."
"Mana ada beza.." Kenyataan itu menyebabkan satu ketawa kecil terderai.
Selepas itu aku segera meminta diri sebab ada perkara penting yang hendak diurus.

Facebook Comments

2 PANDANGAN:

Fauzan Razak on July 10, 2009 at 8:55 PM said...

Salam Encik Malik...

Pada pandangan saya berkenaan perkembangan terbaru isu PPSMI seperti tidak ubah macam layar perahu yang sudah lama dipakai, ditukar yang baru dan akhirnya ditukar semula yang lama kerana baru sedar layar yang lama lebih sesuai. begitu juga dengan pihak tertentu yang memanipulasikan bahasa untuk agenda tertentu. Tidak dinafikan perubahan yang ingin dibuat akan mendatangkan kebaikan, tetapi jelas sekali pembaharuan itu lebih banyak kesan negatifnya. Bahasa sebenarnya ialah alat perkembangan ilmu pengetahuan yang paling utama. Pensyarah saya pernah kata, "kenapa dahulu bila Barat mahu mencedok ilmu sains dari Islam, rakyat mereka tidak belajar bahasa Islam (Arab). Mereka hanya menghantar sarjana-sarjana mereka ke Arab dan hanya belajar bahasa Arab di sana. Apabila mereka mahu menyebarkan ilmu itu kepada rakyat mereka, ilmu itu diterjemah ke dalam bahasa mereka. Begitu juga dengan kita. bukan semua rakyat kita akan keluar dari negara ini. jadi soal isu komunikasi tidak timbul."

Saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau. bahasa adalah budaya bukan material yang paling dekat dengan kita. bukan sekadar untuk berkomunikasi sahaja, bahkan bahasa ialah jiwa kita. Iman tidak akan kita dapati jika kita tidak mempunyai bahasa. seharusnya dari awal lagi kita sedar perkara ini.

Anonymous said...

Berapa ramai yang menduduki peperiksaan awam SPM PMR UPSR?

Berapa ramai yang lulus baik dalam m3 dan sc sejak ppsmi? (My bro adjust jwpn pelajar sabah utk UPSR dan pelajar lulus dgn markah minimum)

Berapa ramai dengan jujurnya faham konsep sains dan maths sejak PPSMI? (ramai menembak dalam peperiksaan. My student kata... "teacher, I tembak for my sc and did not write anything for paper 2 and guess what??? I still PASS!!!" Konsep KFC dalam pendidikan - keputusan KANDAS di sekolah, semasa trial peringkat sekolah masih dalam kategori FAIL namun CEMRLANG dalam keputusan peperiksaan umum.)

Berapa ramai yang belajar tinggi dalam bidang math dan sains? (bdk ni mmg dah pandai pun... pandai atas usaha dan pandai krn byk pelaburan tlh dibuat melalui tuisyen)

Berapa ramai yang tak dapat lanjutkan pelajaran kerana gagal dalam M3 n SC?
(Tentulah lebih ramai daripada yang masuk university atau kolej.....)

Berapa ramai yang faham konsep m3 n sc untuk diaplikasi dalam kehidupan? (lebih ramai kini kerana tak paham sepatah menda dalam BI. Kesannya, tak hairanlah jika fotosintesis pun boleh jadi proses pencernaan dalam perut....Mengapa??? dah tak paham nak buat macammana)

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template