The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, July 20, 2009

KENALI MUSUH DALAM DIRI KITA...

Monday, July 20, 2009
Bookmark and Share
Aku pernah terbaca, tetapi entah di mana. Katanya, "Kenali bukan sahaja musuh di luar diri anda, tetapi juga musuh dalam diri anda..." Ungkapan tersebut singgah sejenak dalam lintasan fikiranku semasa aku berkongsi pengalaman dalam sesi Program Peningkatan Mata Pelajaran Pengajian Am di SMK Sungkai pada awal pagi tadi. Lantas, aku terus mengungkapkannya kepada mereka.
Untuk berjaya, kita bukan sahaja perlu mengenali "musuh-musuh" di luar diri kita. Siapakah musuh-musuh itu? Jika dalam medan perang, musuh adalah pihak yang sedang berhseteru dengan kita. Justeru, kita perlu membaca setiap kekuatan dan kelemahan yang mereka ada sebagaimana kita membaca setiap inci kekuatan dan kelemahan diri kita. Kenapa? Sebab, selagi ia adalah manusia, sudah pasti ada kelemahan walaupun diselimuti kekuatan yang maha hebat. Mengenali kelemahan musuh bererti kita akan menggunakan kelemahan tersebut untuk mengalahkannya. Jika kita terlalu fokus kepada kekuatannya, secara psikologinya kita tidak akan mampu mengatasinya.
Jika dalam konteks pembelajaran, siapakah musuh di luar diri kita? Mungkin televisyen, melepak, internet, sukan dan sebagainnya. Soalnya kenapa ia dianggap musuh walaupun pada zahirnya ia dilihat suatu aktivti yang bermanfaat? Jawapannya, musuh itu hadir bukan pada zahirnya tetapi pada sifatnya. Sebagai contoh televisyen, walaupun umumnya ia hanyalah sebuah alat yang menjadi bahan hiburan, tetapi jika ia melekakan para pelajar maka ia mesti dianggap musuh. Jadi sifat musuh itu datang apabila ia melekakan. Jika ia tidak melekakan dan para pelajar masih mampu mengurus masa dengan baik, ia tidak perlu dimusuhi malah masih boleh bersahabat dengannya. Daripada perspektif yang lain, sekiranya pembolehubah-pemboleh ubah yang ada di sekeliling kita itu lazimnya boleh menghalang kejayaan orang lain tetapi jika kita dapat mengawalnya pasti ia tidak berupaya mengapa-apakan kita...
Justeru, elemen yang paling penting dalam mengurus kejayaan kita ialah diri kita. Itulah sebenarnya musuh utama diri kita. Jika kita gagal mengawal sikap, perasaan dan persepsi diri kita terhadap apa yang ada di sekeliling kita ternyata itulah yang akan menjatuhkan diri kita sendiri. Begitu juga sebaliknya. Biarpun semua orang di sekeliling kita mengatakan bahawa televisyen adalah musuh utama pelajar, tetapi jika kita mampu meletakkan persepsi yang positif terhadap televisyen dan kita mampu mendisiplinkan diri untuk menontonnya, mungkin anda tidak terkesan dengan sifat melekakan yang ada pada televisyen itu.
Justeru, mengenali kekuatan dan kelemahan diri sangat penting. Jika kita tidak assertif terhadap sesuatu yang negatif, maka elakkannya. Jangan sesekali melepak jika kita tidak berupaya mencari kesan negatif melepak! Jika anda tahu melepak itu amalan yang negatif, sudah tentu jika anda ingin menghilangkan rasa bosan sekalipun, anda akan mengambil masa yang singkat sahaja untuk melepak. Sebab, anda yang mengawal nafsu serta emosi anda yang sememangnya gemar mengheret kita ke arah sesuatu yang sia-sia.
Kesimpulannya, mengenali musuh dalam diri kita lebih penting daripada sekadar mengenali musuh-musuh di luar diri kita. Namun, bukanlah terlalu payah "menewaskan" musuh dalam diri kita. Sentiasa rasional, berpandangan positif serta sentiasa fokus terhadap masa depan, dilihat mampu menangani pembentukan bibit-bibit perasaan negatif dalam diri.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template