The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, July 15, 2009

TERIMA KASIH TEKNOLOGI GPS...

Wednesday, July 15, 2009
Bookmark and Share
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya ke Petaling Jaya tanpa sesat-larat! Terima kasih Global Positioning System (GPS) Garmin Nuvi yang aku rembat kat Low Yat seminggu lalu. Mulanya aku tidaklah seyakin mana dengan GPS ni... Walau bagaimanapun setakat area Tanjong Malim aku dah test. Memang terbukti ketepatannya. Namun, untuk menggunakan GPS ke Kuala Lumpur atau bandar-bandar yang berdekatan dengannya aku masih kurang yakin. Maklumlah.. simpang beribu, takut tersalah masuk jalan dan sebagainya. Dan, sejarah lampau pula membuktikan aku akan sesat-larat!
Aku bertolak dari Tol Hulu Bernam (Tol Tanjong Malim lah tu...) sekitar 1.30 petang, selepas usai menunaikan solat zuhur di situ. Aku terus masuk highway mengikut yang diarahkan oleh GPS aku tu... Sampai Sg.Way sekitar 2.30 petang. Sepanjang perjalanan lancar tanpa sebarang masalah.
Cuma masa balik ada sikit masalah... apabila kenderaan agak banyak, dan sewaktu menghampiri Kerinchi Link, aku tidak dapat ke tepi sebelah kanan jalan seperti yang diarahkan. Aku dah risau gak... Rupanya GPS navigate aku ke jalan lain. Keluar dari Sungai Way sekitar 3.30 petang dan sampai ke Tanjung pukul 4.50 petang. Lambat sikit... Itupun Alhamdulillah berjaya keluar dari Sg.Way sebelum orang ramai keluar office.
Aku rasa tersangat lega dengan teknologi canggih ni! Dapat membantu orang macam aku... Hehe... lemah bab visual-ruang. Kalau ada co-pilot, lagi cantik. Boleh tengok peta manakala yang drive fokus kat jalan sahaja. Bila drive kat bandar-bandar besar nih.... ada satu perkara yang kena cekap (walaupun dah dibantu dengan GPS) iaitu kemahiran mengukur jarak. GPS akan bagi tahu dalam bentuk meter dan kilometer... Jadi bila dia kata 1.5 km belok kiri contohnya, kita kena agak jarak tersebut dari kedudukan kita. Walaupun jalan yang hendak di tuju ditanda dengan warna ungu, tetapi dalam keadaan kita memandu sorang-sorang... jenuh jugak.
Lepas ni, beranilah aku kalau nak ke mana-mana... Set awal-awal lokasinya, dan terus tekan "pergi"... Kita pun ikut ajalah... Pilih sama ada jarak yang dekat atau masa yang cepat! Sambil tu kalau terdesak cari stesyen minyak, GPS bagi pilihan, nak pergi stesyen yang mana lepas tu, ikut sahaja. Begitu juga dengan beberapa kemudahan lain. Umpamanya, hospital, restoran dan beberapa fitur yang lain. Cuma masjid dan surau tak ada... kena search manually nampaknya. Nak buat macam mana... buat gajet tu pun kat Thailand!
Satu hakikat yang aku terpaksa terima selepas ini ialah, aku akan jadi lebih "buta" daripada sebelum ini, bila 100% bergantung kepada GPS. Dan, bayangkan kalau GPS aku rosak atau sebagainya...! Jadilah aku persis "Sibuta kehilangan tongkatnya..." Hehe...
********************
Aku ke Sungai Way sebab nak pasang roof box kat Livina aku. Dua tiga hari lalu aku search kat internet melalui Thule (sebut dengan TU-LE... "E" pepet) distributors. Ada banyak kedai yang pasang benda tu... tapi entah macam mana aku berminat kat Tukang Basikal Fook Sang. Aku bayangkan sebuah kedai basikal macam kat kampung-kampung lah... Tapi hairan gak jual peralatan jenama Thule. Sebab jenama tu mahal berbanding dengan jenama-jenama lain. (Mahal sebab kalau berlaku kemalangan, pecah disebabkan cuaca ada insuran cover... selama 5 tahun) Setelah bagi deposit RM700, aku pun kata nak datang petang ini.
Masa aku sampai kat kedai tu, aku terkejut beruk sebab kedainya macam biasa-biasa jer... tapi basikal-basikalnya ada yang cecah RM5k sebuah. Aku pun teruja gak ngan basikal Proton model T-Bolt (?) yang berharga RM950. Rege asalnya RM2.5k. Mak ai... Ada absorber kat basikal tu... nasib baik tak cayor hati aku...
Dekat sejam gak depa masang set roof box tu... Jenuh menelek manual pemasangan... Setelah selesai semuanya, aku kena tambah lagi RM2k lagi... Thule Pasific 200 kata Ah Yong (tuan punya kedai) harga asal RM3.8k. After discount jadilah RM2.7k. Bukan apa sangat nak pakai roof box nih... bila sesekali nak jalan dan bermalam... tak ada tempat nak letak barang... Akhirnya kena reserve satu seat. Sudahnya berimpit juga... Aduss!
Aku rasa, ada kesan jugak pasang rof box nih... terutama bila speeding. Aku rasa macam berat sikit. Ialah dah besar bagak benda tu atas bumbung kereta dah tentu akan menjadikan halangan angin walaupun reka bentuknya aerodinamik. Aku tengah fikir... sama ada nak biarkan benda tu sentiasa terpasang kat kereta atau nak bukak-pasang. Sebabnya, nak diletakkan dalam rumah susah nak bubuh di mana... Lagipun susah gak nak pasang bukak... Tule Pasific ni.. dia bukak ikut tepi. Jadi, bila nak pasang balik susah nak ketatkan bahagian yang jauh daripada kita. Nak dibiarkan atas bumbung tu ... rasa tak cantik pulak...
Tapi ada baiknya juga kalau dibiarkan atas bumbung kereta... nanti takut orang tahu... bila aku pasang benda tu... ertinya aku pergi jauh lah... Hehehe bahaya gak tu... Masih berfikir lagi....
Dan, nanti bila aku dah isi barang dan pengalaman-pengalaman lain sewaktu menggunakan roof box nih... aku akan citer kemudian...

Facebook Comments

2 PANDANGAN:

Anonymous said...

salam encik..
brp RM GPS Garmin Luvi yg en.beli tu??
awang berminat r...

Anonymous said...

boleh bagi alamat u pasg roof box tu tak....mau pasg gak la

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template