The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, July 12, 2009

BERAT BAHU YANG MEMIKUL ATAU MATA YANG MEMANDANG?

Sunday, July 12, 2009
Bookmark and Share
Berada di celah-celah himpitan karektor manusia, sesekali kita akan rasa lemas dan rimas. Lemas kerana kehendak dan tuntutan individu yang seakan infiniti bagi mencapai target yang secara umum diterima secara kosensus. Itu mesti dilaksanakan, ini mesti dilakukan, dan di sana pula sedang menunggu senarai panjang tugasan yang pasti akan sampai detik dan ketikanya untuk ditempuh. Rimas pula sebab, apabila kita menerima kritikan yang destruktif lantaran tugasan yang kita lakukan tidak mencapai piawai yang individu itu kehendaki.

Hehe.. itu adalah sebahagian kenyataan yang pernah kita dengar. Sama ada kita sendiri pernah melaluinya atau tidak, cubalah difikir-fikirkan. Cuma, jika pada saat ini kita adalah orang bawahan... Cuba andaikan kita adalah orang atasan. Apa yang kita akan lakukan jika kita pula menerima tekanan daripada orang yang lebih atas daripada kita.? Malah, kita dianggap sebagai pentadbir yang sentiasa menggambarkan kecekapan seluruh organisasi kita. Apa yang anda akan lakukan? Adakah ada trend leadership lain yang anda akan lakukan bagi mengelakkan perasaan lemas dan rimas yang anda sedang alami sewaktu melakukan arahan-arahan daripada pihak atasan?
Bagaimana dalam pada masa yang sama, kita berjaya melaksanakan arahan daripada orang-orang yang lebih atas daripada kita dengan jayanya, tetapi masih menjunjung tinggi etika profesionalisme sebagai rakan sejawat dan sebagai manusia? Bagaimana caranya apabila ada sesetengah daripada kita yang selalu take for granted apabila kita dilihat berlunak dengan semua orang.
Justeru, bagaimana hendak berlaku adil kepada semua orang? Bukan memarahi dan mengkritik secara membabi buta! Kekadang orang yang taat pun kena marah sekali kerana yang culas tidak selalu berada dalam taklimat-taklimat penting organisasi...
Macam mana kita hendak menghadapi reaksi terhadap elemen-elemen yang tidak menyukai kita? Atau tidak akur terhadap arahan kita... Panggil dan nasihat, atau surat tunjuk sebab? Bawa ke PPD atau JPN? Bukankah itu nanti akan menggambarkan kita sebagai seorang pentadbir yang lemah?
********************
Jika kita setelah sekian tahun menjadi orang atasan, bayangkan pula pada hari ini kita menjadi orang bawahan semula... Kita tidak punya kuasa membuat keputusan dan arahan. Apa persediaan mental yang kita akan lakukan dalam mengurus pentadbir yang sering naik "hangin". Cuma, kita tidak terasa peritnya apabila kita tidak termasuk dalam kategori orang yang sedang "disembur api". Tetapi kalau kita turut menjadi mangsanya, bagaimana? Ingin mengkritik secara terbuka? Surat layang? Ugutan?
Setiap satu tindakan itu ada risikonya. Paling tidak pun kena panggil mengadap. Tetapi, adakah dengan itu, kita akan lebih menyenangi dan merestui apa juga elemen-elemen kediktatoran yang berlaku kemudiannya?
Berapa banyak air mata yang berderai, jiwa yang sebal, fikiran yang kedunguan apabila berlaku ketidakwajaran dalam arahan yang kita terima. Silent protest dengan tidak melakukan apa yang terbaik dalam tugasan yang diarahkan, bukan pula satu tindakan yang bijak kerana ia akan mencerminkan kita sebagai kakitangan yang semakin rendah prestasi kerjanya. Walhal kita boleh dan mampu buat yang terbaik!
********************
Here and now! Jadilah kita sebagaimana yang ada pada hari ini. Jika kita adalah orang biasa, jadilah orang biasa yang akur dan taat kepada kepala organisasi. Melaksanakan setiap tugasan dengan penuh komitmen. Anggap sahaja pandangan peribadi adalah sekadar cadangan yang sama tarafnya dengan cadangan-cadangan orang lain. Jika semua bersetuju terhadap mana-mana caangan, kita terus sahaja berbai'ah untuk menerima cadangan itu. Atau setidak-tidaknya kita beri peluang terhadap idea yang sudah disepakati itu untuk diuji dalam ruang pelaksanaan. Jika didapati tidak praktikal, baru pilih idea yang lain. Itupun jika ada masa!
Sikap diktator dalam konteks rakan setaraf bukan sahaja akan mengundang kritikan rakan-rakan, malah akan membuka pekung kita sendiri! Sebagai orang bawahan kita tidak ada kuasa "mengarah"... cuma apa yang ada hanya kuasa "minta tolong...". Namun, tidak semua pertolongan yang kita minta itu mesti disambut oleh rakan-rakan lain jika mereka juga sedang "ribut" mengurus tugasan masing-masing.
Ha... Sebagai orang atasan atau pentadbir tentunya kena tahu bagaimana hendak "menarik rambut dalam tepung"! Tindakan mesti dilakukan. Rambut mesti ditarik! Itu adalah arahan! Cuma bagaimana hendak mengurus tepung itu supaya tidak berserak sahaja perlukan human touch skills yang sangat effisyen.
Ketelusan maklumat perlu diletakkan dalam prioriti yang paling tinggi. Tanpa maklumat yang telus, sebuah organisasi mungkin akan menuju kehancuran. Sebenarnya semakin kecil sesuatu organisasi itu, semakin mudah ia diurus. Justeru jika diamanahkan oleh Allah S.W.T mengurus sebuah organisasi yang besar, tentunya memerlukan kaedah komunikasi yang sangat effisyen. Komunikasi yang berasaskan ICT contohnya perlu dipilih bagi menggantikan peranti-peranti komunikasi yang sudah kuno.
Kesimpulannya, sama ada sebaga orang-orang biasa atau pentadbir, kita sewajarnya tidak menggunakan "kuasa" yang ada pada kita secara tidak wajar. Kelak ia akan mengeruhkan perasaan keinsanan dalam kalangan kita. Jika kita terpaka mengkritik atas ketidaksempurnaan tugasan orang lain, lakukanlah dengan penuh berhemah. Sebab, kita juga bukan insan sempurna. Jauh sekali meletakkan sikap ego dalam setiap kedudukan yang kita ada... Kelak diri kita juga yang binasa.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template