The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, November 30, 2009

AKU BERKURUNG...

Monday, November 30, 2009
Bookmark and Share
Kesempatan berseorangan di rumah, aku gunakan sepenuhnya untuk mengmaskini proposal yang akan dibentangkan di depan dua orang penyeliaku pada hari Isnin ini. Walaupun kedua-dua penyelia tersebut ingin melihat progress yang aku telah buat sepanjang tiga semester ini, tetapi kesempatan bertemu kedua-duanya kesempata yang sangat berharga. Maklumlah bukan senang nak jumpa kedua-duanya.
Aku pun tak menjangka aku akan balik sendirian ke TM. Tiba-tiba sahaja isteriku kata nak tinggal lebih lama kat ST. Apa lagi, lepas solat Maghrib (Sabtu) aku terus ke TM. Dalam kepala ada beberapa perkara nak diuruskan sejurus sampai di TM.
Pertama, aku singgah ke BHL pasal laptop Toshiba yang aku baru beli dah ada masalah. Setelah membuat diagnosa, spekernya ada masalah... Bunyi berdetap-detap sebaik sahaja kekunci power ditekan. Langsung tak dengar apa-apa bila muzik dimainkan. Bertambah sah lagi, bila aku pakai head-set bunyinya ok! Jadi aku datang tepat pada masanya, kedai BHL masih belum tutup. Bertambah baik lagi Ben (towkey kedai) ada... Haha.. aku berpuas hati dengan "service" yang dibuat kat laptop aku... Setelah usai aku singgah kat kedai beli makanan ringan. Tak ada selera nak makan berat. Aku sampai ke rumah lebih kurang pukul 9.30 malam.
Mula-mula aku rasa kekok jugak bila berseorangan ni... Ialah, biasa hiruk-pikuk macam kat market ikan huhu... Tiba-tiba aku terasa aneh... sepi-sunyi-senyap! Sesekali terdengar seakan suara anakku yang nombor khomsah memanggil "Ayah!".
Namun, aku teruskan semangat untuk mengemaskini blog disertasiku dengan buku-buku yang ada serta bahan-bahan yang berkaitan (termasuk bahan yang aku dapat masa di arkib tempo hari). Entahlah, sama ada penyelia-penyeliaku boleh menerima kaedah aku ini... Bahan utama aku sehingga kini adalah dalam bentuk blog. Boleh dicetak, tetapi bentuknya memanglah tak sama dengan proposal yang sepatutnya. Aku kena print ikut posting. Tapi, aku rasa ini pembaharuan yang jarang dibuat oleh student lain. Antara kebaikan penggunaan blog dalam penulisan disertasi ialah, penyelia boleh memantau setiap perkembangan secara online dan boleh membuat cadangan atau komen terus pada setiap posting. Walau bagaimanapun blog disertasiku ini aku tidak buka kepada umum atas sebab-sebab tertentu. Selain daripada itu aku lnkkan dengan bahan-bahan lain yang berkaitan kat sidebar. Oleh itu penyelia boleh terus lihat secara hands-on.
Hahaha... hari ini aku menerima satu permintaan daripada pengunjung blog aku ini agar invite dia jadi reader untuk blog disertasiku itu. Aku cadang nak bagi laluan namun dalam tempoh yang terhad. Tengah fikir berapa lama... huhuhu. Entahlah macam-macam rasa dalam fikiran... Rasa tak bersedia pun ada sebab tak siap lagi... Tak apa lah.. asalkan bagi email. Sebaik-baiknya email yahoo dan google. Email lain aku tak pasti...
Malam tadi aku dah selesaikan apa yang perlu dan hardcopy aku hantar kat salah seorang penyelia sebab rumahnya tak jauh dengan rumah aku. Namun, ada masalah sikit... bila print, tulisan jadi kecik plak... kat skrin monitor ok! Aduss.. justeru, aku dah invite kedua-duanya jadi reader...
Proposal sebenarnya siap dihantar sekitar jam 9.30 malam... Rasa nak melelapkan mata sebab petang Ahad tak tidur walaupun selelap. Tapi, kesunyian menyebabkan aku rasa susah nak memelapkan mata.. Sudahnya aku bangun dan menggondam balik proposal aku lagi... Aku melelapkan mata sekitar jam 6.00 pagi. Solat Subuh dulu.. dan bangun sekitar 7.30 pagi.
Sekitar jam 9.00 pagi aku menelefon penyelia utamaku.. Rupanya pertemuan pada petang ini dibatalkan sebab beliau mengalami cirit-birit. Perjumpaan ditunda ke petang esok! Petang ini aku nak ke kampus untuk menguruskan beberapa perkara yang melibatkan bahagian tajaan KPM....
BACA LAGI...

Saturday, November 28, 2009

SALAM AIDIL ADHA

Saturday, November 28, 2009
Bookmark and Share
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Aidil Adha kali ini berlalu tanpa ada perkara yang di luar dugaan. Semuanya bagai yang diatur.
Aku balik ke Sekincan pada petang Khamis, sebagai "ganti" kerana tak dapat bergari raya pertama Aidil Fitri lantaran ketentuan Ilahi yang menuntut kami sekeluarga berada di Sg.Tengi. Namun, atas beberapa perkara kami, bergerak ke kampung selepas solat Isyak. Itu pun tak ikut jalan biasa kerana banjir yang melanda jalan Tg.Malim- Sungai Panjang masih belum mengizinkan kenderaan ringan meredahnya. Apa lagi, kami terpaksa ikut highway dan keluar Bukit Tagar. Kalau ikut jarak, memang agak jauh, tapi apa boleh buat... Itu sahaja pilihan yang ada. Sepanjang perjalanan lancar sehinggalah ke simpang tiga jalan Teluk Intan- Kelang. Kenderaan bumper to bumper... Sebelum sampai di situ, GPS aku menjangka kami akan sampai ke rumah sekitar 9.55 malam. Tapi bila terperangkap saja kat kesesakan tu... kami dijangka sampai sekitar pukul 11.30 malam!
Tapi, rupanya bukan sepanjang jalan jam. Ada beberapa tempat di mana kat situ ada traffic light yang jam. Sampai dekat Sekincan, aku cuba follow kereta yang masuk ke kawasan sawah padi. Hehe... ialah kawasan aku lah kan... Aku terus ikut jalan sawah padi sehinggalah keluar selepas traffic light terakhir... Kalau tak ikut shorcut tu, entah pukul berapa plak aku sampai rumah...
--------------
Fajar 10 Zulhijjah terbit diufuk timur menandakan tibanya Aidil Adha yang menandakan berakhirnya musim haji di Mekah A Mukarramah. Aku menyempurnakan solat sunat Aidil Adha di Surau Partit 13, Sg.Nibung, Sekincan. Beraya "Haji" di Selangor, tak rasa pun macam beraya. Lainlah macam di negeri-negeri pantai timur. Sungguh meriah! Aku tak ke mana-mana pun kecuali ke masjid Sg.Nipah untuk menunaikan solat Jumaat.
Namun, bagi emak dan bapak aku, Aidil Adha kali ini tentunya sangat bermakna. Semua anak-anak dan cucu berkumpul walaupun tak lama. Memandangkan masing-masing ada hal yang perlu diuruskan. Adik aku yang di Ipoh balik ke rumah mertuanya di Sg.Buluh sekitar jam 4.00 petang. Sementara aku balik selepas solat Isyak. Kami ikut jalan Tg.Karang lagi kerana keadaan banjir yang belum surut sepenuhnya... Takut mengambil risiko, jalan jauh pun tak apalah... Sampai di Sg.Tengi sekitar 11.10 malam.
-------------
Kini aku sudah balik ke Tg.Malim dengan meninggalkan anak-anak dan isteriku di Sg.Tengi. Aku ada perkara yang perlu diuruskan. Isinin penyelia aku nak tengok progress proposal aku... Hehe!
BACA LAGI...

Wednesday, November 25, 2009

KE ARKIB LAGI...

Wednesday, November 25, 2009
Bookmark and Share
Pengalaman semalam menghuni ruang "Dewan Penyelidikan" yang kaya dengan khazanah yang tak ternilai harganya, menjadikan aku teruja untuk datang lagi. Kali ini aku datang lebih awal daripada semalam. Seawal 9.38 pagi aku sudah sampai di medan letak kereta. Kalau semalam aku aku terpaksa menyelitkan kereta di ruang yang bukan sepatutnya, pagi ini aku mendapat ruang parkir yang sebenarnya di samping lokasi yang agak teduh.
Malam tadi sewaktu membaca brosur yang aku dapat dari Arkib Negara (AN), baru sedar rupanya kat AN ada perkhidmatan mesin fotostat. Jenuh aku menyalin semalam. Yang tak sempat disalin, aku rakam menggunakan voice recorder. Jadi, hari ini aku nak guna lah kemudahan fotostat plak! Aku pun ambik balik buku yang aku pinjam semalam kat atas troli kat aras atas ruang Dewan Penyelidik dan aku ambik sebuah buku tentang "Trajedi 13 Mei Satu Laporan" oleh MAGERAN. Bukan buku sebenarnya pun, bahan fotostat jer... Aku pun tanyalah kat kaunter dalam ruang Dewan Penyelidik tu....
"Encik kena isi borang, ambik borang kat sana tu..." Itu arahan yang aku terima dan selepas itu aku pun mengisi borang tersebut.
"Saya nak fotostat keseluruhan buku ni boleh?"
"Tak boleh, encik hanya dibenarkan membuat salinan satu pertiga daripada keseluruhan kandungan sesuatu bahan itu..." Jelas pegawai tersebut.
Aku dibagi tahu hanya sekitar 30 halaman sahaja yang aku boleh fotostat. Nasib baik buku tu kecik, kedua-dua halaman sebelah-menyebelah muat dalam kertas A4.
"Ish.. Ish... macam-macam pulak syarat..." Gerutu hatiku.
Banyak gak maklumat yang aku kena isi kat borang fotostat. Lebih banyak daripada borang kebenaran fotostat kat sekolah sewaktu nak perbanyak kertas soalan. Nasib baik tak kena minta tanda tangan Pengarah AN dulu! Ya ampuunnn (Ni kalau AN tahu, mahu aku dimasukkan dalam senara hitam-Langsung tak boleh masuk AN). Selang setengah jam kemudian, bahan yang aku fotostat tu siap... RM2.90 sehelai A4 size RM0.10! Itu pun bahan yang aku dapat dari aras atas. Kalau bahan kat Dewan Penyelidik, semuka RM0.30!
Seperkara lagi yang aku lupa nak bagi tahu kat sesiapa yang nak ke AN. Jangan lupa bawak pensil. Kat Dewan Penyelidik, pen tidak diboleh digunakan. Nasib baik pen masih lagi boleh dibawa masuk... kalau tidak sama nasib dengan back-pack aku kena letak dalam loker (Jangan risau, loker sorang satu dan berkunci). Cuma yang tak dibagi ialah menggunakan pen semasa membuat catatan. Hari pertama, aku pinjam pensil kat kaunter! Katanya, takut nanti bahan-bahan tu terconteng menggunakan pen!
Ada baiknya gak peraturan yang jarang-jarang jumpa ni... Manalah tahu nanti ada yang termahsyuk lebih kat bahan tersebut... dia pun garis lah... buat kurungan lah... Udahlah bahan-bahan tu sangat fregile... Contohnya, tadi aku pinjam Penyata Razak 1958... memang ada halaman yang dah tercabut. Pasal menulis guna pensil ni... dalam hati nak tergelak pun ada... kalau ada student aku yang guna pensil membuat latihan aku kata macam budak sekolah tadika! Kali ini kalau ada yang baca entri ni... pasti ada yang kata kat aku plak ngeh ngeh ngeh!
Menjelang pukul 4.00 petang, aku seperti ditenggelami maklumat. Banyak bahan yang aku pinjam, tapi nak menyalin pulak tak larat . Aku pun keluarkan voice recorder dan bacalah!
Aku meninggalkan AN sekitar jam 5.00 petang. Terus ke Masjid Wilayah Persekutuan yang tidak jauh dari AN untuk solat Asar. Sebuah masjid yang sangat agam dan cantik. Tapi aku rasa macam tak diselenggara dengan baik. Umpamanya dinding tilenya berlumut dan siling kat dewan solat macam berkulat. Sayang... masjid cantik yang belum sampai 10 tahun, tapi tidak diselenggara dengan baik... lama-kelamaan hilang serinya. Sementelahan pula dinding tilenya warna gelap... kalau ada lumut memang nampak kusam. Satu "keajaiban" tentang masjid ni... kalau kita ke ruang wudhuk di aras bawah.... tilenya sungguh berkilat... Aku ingatkan ada air... Teringat kisah Nabi Sulaiman dengan Puteri Balkis plak...
Aku bertolak balik sekitar jam 5.30 petang dan sampai kat rumah sekitar 6.23 petang. Tak jadi nak singgah Hospital Selayang walaupun semalam aku separuh berjanji dengan biras aku nak datang lagi.... Takut terperangkap dalam kesesakan jalan raya lagi...
* Gambar di atas diambik menggunakan web cam laptop... hehehe.. Kamera tak boleh bawk masuk beb!
BACA LAGI...

Tuesday, November 24, 2009

KE ARKIB NEGARA

Tuesday, November 24, 2009
Bookmark and Share
Setelah sekian lama bercadang nak ke Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, akhirnya aku menjejakkan kaki juga kat pusat khazanah dokumentasi sejarah negara nih... Itupun setelah beberapa kali berjaya menembusi Kuala Lumpur tanpa talian hayat manusia, kini aku semakin yakin nak ke KL dengan talian hayat mekanikal. Alhamdulillah tanpa sesat, aku sampai ke Arkib Negara sekitar 10.05 pagi.
Rupa-rupanya banyak perkara gak pantang-larang nak masuk ke ruang "Dewan Penyelidik" di Arkib Negara (AN) ni... Mula-mula aku pelik gak dengan nama tu... Kalau datang bukan tujuan nak cari bahan untuk research pun, kena panggil penyelidik gak lah nampaknya... Aku? Hehe.. boleh lah kot!
Antara yang tidak dibenarkan dibawa masuk ialah beg (segala-galanya termasuk bekas pensil!. Beg duit jer yang boleh. Itupun kalau letak dalam poket... Buku, kamera, makanan (Aku belasah jer seludup gula-gula...) pun tak boleh bawa masuk.
Setelah isi borang pendaftaran, aku terus masuk ke Dewan Penyelidik. Staff kat front-desk tu memang bagus lah... dia follow aku masuk dan ajar macam mana nak guna aplikasi Kompass (search bahan secara LAN). Memang canggih... Kalau nak pinjam buku atau bahan kat Dewan Penyelidik, tak payah isi borang... cari guna sistem dan terus pinjam secara online. Lepas tungguh dalam 10 minit (bergantung kepada bilangan yang mohon lah) nama aku dipanggil. Dalam satu-satu masa boleh pinjam maksimum 10 bahan. Staff Arkib Negara (AN) tak tunggu dapat semua bahan baru nak panggil nama kita.
Bilangan "penyelidik" tak lah ramai sangat dalam satu-satu masa. Tak sampai 20 orang pun. Jadi, sangat selesa. Meja yang kapasiti 4 orang... aku duduk sorang-sorang. Apa yang penting, laptop boleh bawa masuk. Malah setiap meja disediakan soket 3 pin. Hehe... wifi tak dak tau! Wireless broadband aku cuma dapat 1 bar jer... itu pun kalau idle lama sikit terus disconnect... Pelik gak! Kat KL wireless broadband Celcom tak ada coverage! Ini nak kena POTONG nih! Aku mintak kebenaran nak bawak voice recorder... Lama kakak yang jaga kaunter tu nak bagi keputusan... Kata dia, setakat nih tak ada orang bawak masuk... Adusss.. Tapi akhirnya aku dibenarkan bawak benda tu...
Office hour memang mesra pengunjung. Kecuali hari Isnin dan Jumaat, start pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Hari-hari lain tamat 6.00 petang. Haha... bayangkan tolak solat zuhur dan asar serta makan tengah hari... dekat 9 jam kat dewan penyelidik tu... Kafeteria (boleh tahan harganya... ikut rate harga KL lah agaknya) dan musollah ada disediakan. Dan yang penting... parking setengah sen pun tak bayar! Teringat plak masa cari tesis kat EPRD (masa tu di Damansara) kalau whole-day terperap kat situ... bayaran parking jer pun berbelas ringgit!
Aku tak tahan kesejukan! Keluar dari AN sekitar 4.30 petang. Sebab lain... nak singgah Hospital Selayang. Ziarah biras aku baru lepas operation Hernia. Macam mana ntah boleh terlupa.. keluar dari AN aku set GPS aku BALIK! Dah nak sampai area Hospital Sg.Buluh baru ingat... Berhenti tepi jalan dan cari lokasi Hospital Selayang... Aku suspen gak bila GPS navigate aku masuk Hospital Sg.Buluh! Rupa-rupanya dia "suruh" aku ikut jalan lama ke Selayang melalui depan Hospital Sg.Buluh.
Bukan sikit punya pusing nak sampai ke Hospital Selayang. Rasanya kalau tak dibantu dengan GPS, aku tak sampai punya... Tapi sebenarnya aku masih ada masalah ngan GPS nih... sukar nak baca jarak. Kalau kat kampung tak ada hal punya... sebab simpang jauh-jauh beb! Kat bandor... itu yang kekadang terpaksa menyelit kat tepi kenderaan lain... aku ingat simpang dah sampai.. alih-alih depan lagi... Dah lah traffic light warna merah... Adusss memang kena maki orang lain berguni-guni!
Alhamdulillah aku sampai kat Hospital Selayang sekitar 5.45 petang... Kelam kabut cari musolla nak solat Asar... Terus ke wad 4 menemui birasku. Keadaannya nampak ok... Petang semalam operationnya... Kata biaras aku tu... lagi lima hari sekurang-kurangnya baru discharge. Dia ada masalah jantung... jadi masa operation darahnya dipekatkan, dan sekarang doktor bagi dia makan ubat untuk cairkan darahnya pulak...
"Raya kat sepitallah aku.." Katanya sayu.
Terus aku teringat kata-kata almarhumah emak mertuaku pada Ramadhan lepas sewaktu aku mengajaknya ke hospital setelah kakinya bengkak.
Balik dari Hospital Selayang, aku menempuh kesesakan jalan raya perdana... Bayangkan dari Selayang sekitar jam 6.45 petang dan sampai rumah dekat pukul 10.00 malam. Kesesakan pertama dari Selayang ke Rawang! Kedua, susur keluar dari jalan lama menuju ke highway...
BACA LAGI...

Monday, November 23, 2009

SIBUK... SIBUK...

Monday, November 23, 2009
Bookmark and Share
Secara tiba-tiba sahaja hari ini menjadi hari yang sangat sibuk. Aku keluar rumah lima minit sebelum 7.30 pagi. Berkejar ke sekolah untuk melihat anak-anak muridku masuk bilik peperiksaan bagi menduduki kertas Pengajian Am 2. Sekurang-kurangnya nak bagi sokongan moral kepada mereka.
Namun sedikit hampa... sesampai kat sekolah semuanya sudah berada di serambi kelas menunggu arahan daripada ketua pengawas untuk melangkah masuk ke dalam bilik peperiksaan. Aku cuma mampu melambai dari bawah membalas lambaian mereka...
"Cigu, doakan kami.." Aku tak pasti sangat siapa yang bercakap. Aku membalasnya dengan memberi isyarat mengangkat tangan sebagai simbolik aku akan mendoakan kesemuanya.
Menjelang 8.30 pagi aku bergegas ke SAMSES (Sekolah Agama Sg.Selisek) untuk berjumpa dengan pihak pentadbir di situ bagi mencari tempat untuk anakku yang akan ke tingkatan satu tahun depan. Aku sangat bernasib baik kerana PK HEMnya ada di sekolah. Lama gak kami bersembang, bercerita pasal persekolahan menengah JAIS yang aku catatkan dalam entri yang terdahulu. Aku dah lama mengenali ustaz tu, seawal 1997 ketika aku mengambil KDP 14 minggu Bimbingan & Kaunseling di IPSI. Beliau mengambil kursus KDP Setahun, juga dalam B&K. Kebetulan pulak isterinya adalah senior aku masa di SAMT Sultan Salahuddin Bt.38.
Tentang peluang anak aku... mengikut kata Ustaz tu, biasanya dalam kalangan yang ditawarkan tu memang ada yang menolak. Ialah... cuba bayangkan pelajar yang ditawarkan tu peratysnya 85% dan ke atas. UPSRnya pun mungkin 5A. Alih-alih sampai kat sekolah tu, nampak sekolah kecik jer... padang bola pun tak ada... Jadi ada yang sampai-sampai jer terus masuk balik dalam kereta dan balik ke rumah... Kalau macam tu, sejuk sikit hati aku. Walaupun kata Ustaz tu... dengan keputusan macam tu layak masuk SMKA! Bagi aku kalau dapat Alhamdulillah kalau tak?
Aku singgah semula sekolah sekitar 10.40 pagi. Menyelesaikan beberapa perkara yang belum beres... Dan menunggu kertas soalan Pengajian Am 2 dengan rasa berdebar-debar. "Untung" gak ada sorang pelajar yang keluar setengah jam lebih awal! Aku sempat membelek soalan demi soalan... Bahagian esei A dan B nampak ada soalan yang pelajar boleh jawab. Begitu juga bahagaian C. Bahagian D agak mengejutkan kerana sekali lagi kedua-dua soalan meminta calon membina graf. Bahagian E juga ahak mengejutkan, sekali lagi kedua-dua soalan adalah jadual. Harap-harap semua calon dapat menjawab kesemua soalan termasuk yang keluar setengah lebih awal tu...
Aku sampai rumah lebih kurang 11.30 pagi dan terus bergegas untuk Hospital Batu Gajah sebab kakak ayah mertuaku masuk wad. Sambil menunggu yang lain-lain bersiap dan memunggah barang ke dalam kereta, sempatlah aku bersarapan. Oleh sebab aku membawa ayah mertuaku sekali, dua orang anakku ditinggalkan. Kalau nak sumbat juga boleh gak.. tapi berimpit-rimpit pulak...
Sepanjang perjalanan, cuaca redup dan sesekali renyai-renyai. Dan, sampai kat hospital sekitar 1.40 petang. Wah, Klasiknya hospital! Antara ayat yang terpacul dari bibirku. Memang kalsik... seni bina lama.. Kalau ada sesiapa yang nak buat filem berlatarkan scene 70an, bolehlah ke Hospital Batu Gajah. Keadaan W'e (e pepet) beransur baik. Mengikut anak-anaknya yang jaga, makan agak selera... Taopi, tak sabar-sabar nak balik rumah..
Setelah masa lawatan untuk sesi pagi ditutup, kami bergerak menuju ke Medan Selera untuk makan tengah hari dan seterusnya rumah W'e di Kampung Pisang.
Kami sekali lagi menuju ke hospital untuk sesi lawatan petang. Sebelum balik sempat singgah di rumah Pak Su isteriku.... Kami kembali ke TM sekitar 8.30 malam. Oleh sebab hujan lebat hampir sepanjang perjalanan dari batu gajah sehingga Bidor, kami sampai ke rumah sekitar jam 10.30 malam.
BACA LAGI...

Sunday, November 22, 2009

SATU LAGI PENGALAMAN BARU...

Sunday, November 22, 2009
Bookmark and Share
Seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum-sebelum ini bahawa peluang itu adalah pengalaman. Manakala pengalaman pula adalah satu kesempatan yang tidak datang selalu dalam hidup kita. Jika pengalaman itu serasi dengan diri kita, pasti peluang itu akan datang lagi. Namun, jika pengalaman itu dilihat dan dirasakan tidak sesuai dengan diri kita ia hanya sekadar "singgah" dalam sisipan riwayat hidup kita yang akhirnya mungkin tersimpan rapi dalam arkib sejarah peribadi. Begitulah sifatnya pengalaman...
Bukan suatu perkara yang aneh dan luar biasa kalau kita mengambil pendekatan menghindar daripada menempuhi sesuatu pengalaman baru itu. Namun, tidak semua pengalaman itu mampu kita tolak dengan mudah. Atas rasa persahabatan, persaudaraan dan mungkin atau atas hubungan antara majikan dan pekerja bawahan tentunya menambahkan lagi kesukaran kita untuk menolak sesuatu permintaan yang akan mendedahkan kita kepada suatu pengalaman yang mungkin seratus peratus baru atau pengalaman lama tetapi dalam ruang yang baru.
Hari ini aku datang ke Majlis Walimatul Urus anakanda Tuan Pengetua sekolah aku, dengan kapasiti sebagai "Pembawa Majlis". Istilah yang aku pinjam daripada buku Prof Abdullah Hassan. Pada minggu lepas sewaktu Tuan Pengetua menyatakan hasrat meminta aku menjadi "pengacara majlis" perkahwinan anaknya, aku agak suspen gak. Sebab, jarang-jarang ada emcee dalam majlis perkahwinan. Yang biasa-biasa Dee Jay (Disc-Jockey) adalah... Mungkin pengetua aku pun tahu, kalau DJ aku memang tidak berkebolehan, jadi beliau mintak jadi emcee jer. Tanpa soal panjang, beberapa hari lepas itu aku berjumpa beliau untuk mengetahui flow majlis. Kira oklah... aku hanya perlu mengacarakan majlis bermula dari pengantin tiba sehinggalah ucapan wakil kedua-dua mempelai.
Selang beberapa hari, seorang rakan yang biasa dengan pengacaraan majlis meminjamkan sebuah buku Koleksi Puisi Melayu kepadaku. Aku pun meneliti lembar demi lembar buku tersebut. Buku karya Prof.Abdullah Hassan, Aripin said dan Ainon Muhamad itu sangat lengkap dalam mengacarakan majlis perkahwinan. Jadi, agak mengecutkan juga apabila pengarang buku tersebut memberi "nasihat" kepada pembawa majlis agar tidak terikut-ikut dengan trend pengacaraan semasa yang dilihat "mencemarkan" kesucian serta kekudusan majlis yang bersifat agama dan adat itu.
Ada enam gaya pengacaraan yang dilarang;
1. Gaya 'disc-jockey'
2. Gaya juruacara pesta
3. Gaya juruacara sukan
4. Gaya juruacara hiburan dalam televisyen
5. Gaya juruacara di padang terbuka
6. Gaya pengulas majlis
(Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkhawinan dan Persandingan Melayu, hal.3)
Aku jadi pening seketika. Gaya yang mana akan aku gunakan dalam pengacaraan itu nanti. Kalau guna pendekatan majlis rasmi macam di sekolah, masalahnya majlis itu bukannya majlis rasmi walaupun majlis itu ada protokolnya. Fikir punya fikir, akhirnya aku ikut sahaja apa yang dalam buku tersebut.
Setelah usai majlis, aku berpendapat dalam majlis yang diadakan dalam dewan seperti di Dewan Proton Tg.Malim yang luas, dengan bilangan hadirin yang ramai serta agak bising, gaya deejay lebih berkesan. Gaya yang dicadangkan dalam buku Prof.Abdullah itu mungkin lebih sesuai bagi majlis yang diadakan di hotel. Kalaupun diadakan seperti dalam dewan seperti tadi, sound system kena betul-betul power. Kat dewan tadi, biarpun bilangan spekernya banyak, mungkin kedudukan speker dan persekitaran menyebabkan suara agak tidak jelas. Seingatan aku, aku pernah mengacarakan majlis MSSPK Daerah Batang Padang dua tahun lepas dalam dewan ini memang menghadapi masalah yang sama.
Umum mungkin melihat bidang pengacaraan ini nampak mudah. Namun, tanggungjawab yang besar sebenarnya diletakkan di atas bahu para pengacara. Walaupun tuan pengetua tidak meletakkan tekanan yang tinggi kepada aku, tetapi mana-mana pengacara pun tentulah mahukan persembahan yang seratus persen. Berkaitan dengan PA sistem, tidak boleh semudah-mudahnya menggunakan peralatan yang simple. Dalam kes aku tadi, aku dibantu seorang saudara tuan pengetua dengan dua buah laptop yang menyimpan ratusan buah lagu yang sangat sesuai dengan majlis. Cuma aku tidak boleh melaras sendiri aras volume lagu yang ke udara. Aku terpaksa memberi isyarat terlebih dahulu kepada beliau sebelum bercakap. Dalam keadaan biasa, emcee akan berdepan dengan mixer board. Emcee atau deejay akan menurunnaikkan aras suara mengikut keperluannya sendiri. Oleh itu kedudukan aku yang terasing dengan laptop menyebabkan ada halangan antara aku dengan peralata tersebut.
Alhamdulillah segalanya telah pun selesai. Aku meninggalkan majlis sekitar jam 2.30 petang setelah lebih kurang dua jam setengah bertindak sebagai pembawa majlis penting yang julung kalinya hadir dalam keluarga tuan pengetua aku. Kalaulah peluang sebegitu hadir lagi dalam hidupku, aku rasa pendekatan yang aku gunakan pada hari ini tidak sesuai. Majlis yang dipenuhi dengan gurindam dan pantun tidak semestinya berkesan dalam semua majlis perkahwinan. Ia bergantung di mana ia diadakan, bagaimana pola tetamu yang hadir dan bagaimana keupayaan PA sistem dalam "mengawal" sepenuhnya perjalanan majlis.
BACA LAGI...

Saturday, November 21, 2009

SISTEM PERSEKOLAHAN MENENGAH JAIS TIDAK DEMOKRATIK.

Saturday, November 21, 2009
Bookmark and Share
Sebelum keputusan UPSR keluar, memang merisaukan. Berapa A? Atau, tak ada A? Begitu juga PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama di Selangor). Berapa peratus? Mumtaz? Jayid Jiddan? Jayid? Maqbul? Kini, bila semua keputusan dah diketahui. Lain pula kerisauan yang timbul. Nak sekolah mana pulak?
Bagi yang tidak mendapat 5A, pintu ke asrama penuh anggap sahaja dah tutup rapat. Biarpun disertakan dengan sijil kokurikulum peringkat negeri, universiti, daerah dan sekolah yang jumlahnya mencecah 20 keping kesemuanya, dengan keputusan UPSR sebegitu tidak membawa erti apa-apa. MRSM awal-awal hanya membenarkan PIN dibeli oleh mereka yang dapat 5A. Sedikit aneh, MRSM pelajar yang tak cemerlang kokurikulum pun masih boleh meloloskan dirinya masuk.
Saya akur dengan hukum manusia, siapa yang cemerlang dialah yang gemilang. Sekolah elit biarpun semakin banyak dibina khas untuk mereka yang sebegitu namun sehingga kini ia masih tidak dapat menampung sejumlah 48,000 orang calon yang dapat straight A's. Selebihnya cari sekolah-sekolah harian atau ada yang masih bernasib baik dapat KRK (Kelas Rancangan Khas).
Trend sebegitu kini semakin ketara pula di SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) terutamanya di negeri Selangor. Kini, selain daripada SAM (Sekolah Agama Menengah), dan SAMT (Sekoah Agama Menengah Tinggi), kini ada dua lagi sekolah yang menempatkan para pelajar yang cemerlang iaitu SAM Bestari dan Tahfiz. Kalau di sekolah aliran kebangsaan, SBP, SBPI, SMKA menetapkan pencapaian 5A dalam UPSR, sekolah-sekolah SABK Selangor mensyaratkan pencapaian 85% kelulusan dan ke atas dalam PSRA untuk memasuki mana-mana sekolah SAM dan SAMT. Manakala untuk SAM Bestari dan Tahfiz mungkin 95% ke atas.
Berdasarkan figure di atas, satu tanda soal yang besar timbul bagaimana anak-anak yang berpencapaian 85% ke bawah? Sedangkan mereka ingin belajar di sekolah agama Selangor! Menurut sumber JAIS, mereka yang mendapat 85% ke atas sahaja yang akan ditawarkan tempat. Selebihnya, tunggulah yang ditawarkan itu menolak. Mungkin mereka akan ke SBP, SBPI, MRSM... jadi, kekosongan yang ditinggalkan itu akan diisi oleh merka yang lebih rendah meritnya.
Fenomena tersebut telah menyebabkan beribu-ribu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di SABK Selangor, akhirnya menguburkan hasrat masing-masing.
Apakah masalahnya yang dihadapi oleh SABK Selangor? Sekali gus masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negri Selangor yang mengurus secara langsung SABK tersebut. bersama dengan Kementerian Pelajaran malaysia. Saya terpanggil untuk melontarkan persoalan ini sebab saya sendiri adalah produk sistem aliran persekolahan agama tersebut.
Kalau dahulu JAIS berdepan dengan bukan sahaja masalah bagaimana hendak membina bangunan sekolah, malah bagaimana hendak mencari guru-guru yang berkelayakan bagi menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah tersebut. Sekitar awal tahun 1980-an, ramai guru ijazah diambil untuk mengajar di SAMT, malangnya apabila ada pekerjaan tetap ditawarkan, mereka sudah pasti akan meninggalkan sekolah tersebut. Pernah suatu ketika, seorang guru hanya sempat memperkenalkan diri dalam satu sesi pengajaran, seminggu kemudian telah berhenti. Untuk mendapatkan guru-guru yang berkelayakan sangat sukar, oleh itu tinggallah para pelajar terkontang-kanting tanpa bimbingan menghadapi peperiksaan. Sebab itu prestasi sekolah-sekolah agama dalam SPM umpamanya sangat teruk berbanding dengan sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Sebagai contoh SPM 1982, SAMT di Sabak Bernam hanya enam orang sahaja yang dapat pangkat 1, sedangkan sekolah-sekolah menengah lain di pekan tersebut berpuluh-puluh!
Bangunan sekolah kira oklah. Sebab kami faham kekangan yang dihadapi oleh JAIS. Asrama dan tempat tinggal? Jika sesiapa sahaja yang pernah bersekolah agama di sekitar 1970-an dan 1980-an di negeri Selangor, tentu 1001 cerita boleh diceritakan dan mengambil masa 1001 malam juga. Saya pernah tinggal di pondok, sebelum menetap di asrama luar dan akhir sekali asrama dalam. Oleh sebab sistem yang sedemikian itu menyebabkan tidak ramai rakan-rakan saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading secara terus. Ramai dalam kalangan mereka masuk ke universiti selepas mengajar beberapa tahun.
Namun, ibu bapa tak banyak yang melenting-lenting sebab kemudahan yang sangat dhaif itu. Apa yang sangat utama ialah ilmu agama yang anak-anak perolehi. Setidak-tidaknya lepaslah fardhu ain anak-anak serta boleh mengurus jenazah ayah dan emak kelak. Tak masuk universiti pun tak apa... kalau masuk dianggap sangat hebat. Sebab, sekolah yang serba-serbi kurang dapat juga masuk universiti!
Keperluan ilmu agama dalam membina jati diri para pelajar semakin diterima masyarakat. Menjelang tahun 1990-an, kemasukan ke sekolah agama di Selangor mula menampakkan peningkatan yang sangat ketara. Masa itu telah ada syarat kemasukan. Penilaian darjah Enam mesti sekurang-kurangnya 3A lah... 4A lah... dan terkini 5A tak cukup. malah tak boleh masuk jika PSRA tidak mencapai sekurang-kurangnya 85%!
Kalau dalam konteks gred penilaian yang dipakai sekarang, A ialah 80% dan ke atas. Bayangkan kalau hendak masuk sekolah agama di Selangor perlukan 85% (ikut calon-calon yang ditawatkan) itu gred apa? Adakah JAIS hanya menerima para pelajar yang maha pandai sahaja? Walaupun dalam pengiraan CGPA tiada gred A*, 85% bolehlah saya anggap gred tersebut.
Apakah agenda JAIS sekarang? Untuk memenuhi tuntutan fardhu ain (ukhrowi) atau sekadar untuk memenuhi tuintutan kecemerlangan duniawi? Saya bukan hendak merendah-rendahkan kemampuan sekolah aliran kebangsaan dalam membina modal insan berkualiti, malah melalui sistem persekolahan kini memungkin lebih ramai teknokrat, profesional lahir dalam sistem tersebut. Tetapi, bagi ibu bapa yang separti saya, masih percaya kecemerlangan seseorang pelajar bukan sekadar cemerlang akademiknya sahaja. Malah, kami percaya bahawa pelajar yang "cemerlang" agamanya akan cemerlang akademiknya. Dan, bukan sekadar cemerlang akademiknya sahaja malah cemerlang sahsiah dan akhlaknya. Itulah yang berlaku dalam sistem pendidikan agama di Selangor suatu ketika dahulu.
Apakah masalah sebenar JAIS? Masalah guru telah diselesaikan melalui pengambilalihan sistem sedia ada dalam SABK. Bagi saya, apa yang penting ialah membanyakkan sekolah-sekolah agama mengikut keperluan pelajar. Kaedah memberi tawaran kepada pelajar-pelajar maha cemerlang sahaja bukan kaedah yang terbaik dalam memenuhi tuntutan penyebarluasan ilmu agama adalah fardhu ain. Terutamanya bagi daerah Hulu Selangor yang hanya ada dua buah sekolah menengah agama iaitu di SAM Selisek dan satu lagi SAMT Kuala Kubu Bharu.
Mungkin JAIS akan melihat idea ini sebagai idea budak-budak. Tetapi, budak-budak yang di sekolah rendah pun boleh cakap macam itu. Hanya itu caranya untuk memenuhi tuntutan fardhu ain. Jika trend sebegini berterusan, ada ibu bapa yang tidak berminat hendak menghantar anak-anak ke SRA. Sebab, kalau tak mampu dapat 85% (keperluan semasa dan mugkin akan terus meningkat) dan ke atas, tak usah lah ke SRA. Kesannya, pelajar yang mengambil PSRA menghadapi tekanan yang sangat tinggi. Dalam keputusan PSRA baru-baru ini ada seorang rakan saya memberitahu anaknya menangis seba tak dapat 95%! Sebab peratus untuk ke SAM Bestari mesti 95% dan ke atas. Lebih malangnya, ada pegawai JAIS sendiri terpaksa menyekolahkan anak mereka ke sekolah menengah kebangsaan sebab masalah yang sama! Saya anggap pegawai tersebut sangat berintegriti. Sedangkan ramai rakan-rakannya yang lain menggunakan "kabel besar" untuk memastikan anak-anak mereka dapat sekolah tersebut.
Kini sudah tiba masanya JAIS mengamalkan sistem pendidikan yag lebih demokratik. Memastikan peluang yang lebih terbuka kepada mereka yang hendak belajar dengan membina sebanyak mungkin bangunan sekolah. Selebihnya serahkan kepada KPM untuk mengurus tenaga pengajarnya. Inilah sumber manusia atau modal insan yang tidak harus diperjudikan jati diri mereka yang semakin sesat dalam menempuh arus cabaran sosial mas kini yang semakin gawat. Pelbagai kajian dijalankan, akhirnya jawapannya mengarah kepada beberapa perkara. Antara yang peling ketara ialah, kurangnya didikan agama. Tidak tersentuhkah Bahagain Pendidikan JAIS dalam perkara ini?
BACA LAGI...

SAMPAI JUGA AKHIRNYA...

Bookmark and Share
Sewaktu aku mendengar dari mulut isteriku, tentang cadangan kelab guru (JAMAAH) di sekolahnya akan mengadakan jamuan akhir tahun di luar perkarangan sekolah, aku tak berapa mengambil perhatian sangat. Ialah, baru seminggu... sekolah aku mengadakan majlis high-tea kat Hotel Grand Kampar. Tapi, apabila isteriku kata nak buat kat Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa, KL, aku rasa teruja plak.
"Ha, bila nak buat?" Aku ingin tahu lebih lanjut.
"Katanya minggu akhir sekolah ni lah..." Jawab isteriku ringkas. Haha, aku plak yang terexcited. Isteriku relax jer...
"Katanya staf sekolah jer yang gi.."
"Ha... Pelik gak, kenapa suami-suami dan isteri-isteri tak boleh ikut plak..?"
"Agaknya, sebab sekolah Iza tak pernah buat jamuan kat luar... berat nak charge kepada yang ikut.."
"Jadi, semua free lah?" Aku bertambah-tambah musykil.
"Ya... Dah lama kumpul duit baru ini nak makan kat luar..." Jawab isteriku selamber bomberr. Paling memeranjatkan, bas disediakan secara FOC gak!
"Hmm.. banyak gak duit JAMAAH tu.. kena sedia" Ligat gak kepalaku mencongak-congak berapa bajet yang kena sedia untuk menampung makan percuma dekat 30 orang staf dan bas skali. Selaku orang yang pernah mengurus kelab guru, kos itu sahaja melebihi 1K! Itu tak termasuk hadiah...
"Jadi, anak-anak kena ayah jaga lah?"
"Itu pun kalau Iza nak pergi.... Sebab setakat ni yang ada anak-anak kecik tak kata nak pergi atau tak.." Ulas isteriku lagi.
"Ha... cakaplah kat AJK JAMAAH, tak apalah... suami-suami ikut lah sekali... kami bayar penuh lah.." Aku memberi cadangan kepada isteriku.
"Ada duit ker?"
"Nantilah korek kat mana-mana.."
Keesokan harinya, isteriku memaklumkan cadangan tersebut diterima. Maka, ada lah yang mulai merisik-risik, suami siapa yang akan pergi, isteri sapa yang akan ikut. Entahlah aku tak kisah, kalau ditakdirkan aku sahaja sang suami yang pergi pun aku tak hal sangat. Sebab, aku kenal ramai cikgu-cikgu kat SK Behrang tu... Lagipun inilah antara sebab suami-suami atau isteri-isteri nak berkenalan dan saling bertanya khabar kan...
Hasrat nak membawa sekeluarga ke Restoran Nelayan semakin berkobar-kobar apabila Afif aku nombor thani, akan dapat keputusan UPSR pada hari Khamis. Walaupun tak tahu dapat apa,
"Tak apalah... tak kanlah tak dapat walau 1A kot?" Laut fikirku menimbang-nimbang kewajaran "makan besar" untuk meraikan "kejayaan" anak aku sedangkan keputusan periksa tak kluar lagi.
---------------------
Debaran keputusan UPSR Afif telah mengendur, bayaran kos makan malam dah dilunaskan, dan tinggal satu lagi "debaran"... Apa lagi kalau tak pasal jalan menuju restoran tersebut!!!
Walaupun aku telah berjaya menjejak restoran tersebut melalui GPS . Tapi rasa risau masih ada lagi... maklumlah ini kali pertama aku menggunakan GPS pada waktu malam di KL, ditambah pulak dengan hujan yang agak sederhana lebat sejak aku keluar dari rumah.
Kami keluar tol Jalan Duta ngam-ngam masuk waktu solat Maghrib. Ini satu hal lagi... Aku seboleh-bolehnya mengelak keluar rumah sewaktu Maghrib. Ialah, semenjak insiden anakku yang paling kecik tu meragam, aku cukup berjaga-jaga nak keluar atau sampai rumah pada waktu Maghrib. Kata orang, waktu Maghrib ni syaitan berkeliaran!
Nampaknya aku kena lewatkan sedikit solat Maghrib. Walaupun kami boleh solat di tol Jalan Duta kalau nak... tapi aku lebih prefer ke masjid. Tapi, aku keliru gak, sebab dalam senarai masjid yang ada kat GPS, tak tahu mana yang sebenarnya lebih dekat... walaupun jarak ada dinyatakan, tapi bab itu aku tak percaya sangat. Waktu yang pantas berlalu, menyebabkan aku terpaksa membuat keputusan. Akhirnya aku memilih masjid yang "paling dekat" iaitu Masjid kat Segambut. Jalan punya jalan... jalan punya jalan.. Ya Allah bukannya kurang daripada 1KM seperti yang dinyatakan dalam GPS... 5 km pun ada rasanya... Ataupun aku rasa lama sangat sebab masa tu aku menempuh traffic jam! Dekat setengah jam baru sampai kat masjid yang "dilingkungi" kawasan rumah setinggan...
Kira-kira pukul 7.50 malam baru kami bergerak semula ke Restoran Nelayan. Perjalanan agak lancar walaupun hujan masih turun renyai-renyai. Aku tak mampu melihat GPS berseorangan, skrin GPS yang telah bertukar mode malam, agak menyukarkan penglihatanku, jadi aku mintak bantuan anakku yang nombor wahid yang duduk kat belakang aku untuk sama-sama "membaca" GPS aku itu. Sedikit keliru apabila dah masuk ke kawasan Taman Tasik Titiwangsa tu.... aku hampir termasuk kat Istana Budaya. Kelakar gak bila guard tu kata, dia tak tahu Restoran Nelayan sedangkan dah dekat sangat sampai... Orang baru kot!Menjelang 8.30 malam, baru kami sampai. Majlis dah bermula... Mantan GB yang telah bertukar ke SK Besout sedang menyampaikan ucapannya...
First impression kat RN, agak takjub gak. Punyalah besar. Entah berapa group buat majlis pun aku tak pasti... Tak termasuk yang walk-in... Akhirnya aku sampai gak kat RN. Cikgu-cikgu kat sekolah aku ramai yang dah sampai. Baru-baru ini ada gak cadangan nak raikan Cikgu Zul kat RN, malangnya sudah fully booked! Nak cari parkir punya lah payah... sudahnya park kat sebelah pondok jaga. Harap-harap tak kena samanlah...
Memang dah agak... bukan senang nak cari majlis yang sepatutnya kami berada. Kena tanya dan tertinjau-tinjau. Buat selamber bombeerr lagi lah.... tapi nampaknya budaya tercangak-cangak tak jadi hal... depa tak kisah. Asalkan jangan duduk salah meja sudah...
Keseluruhannya, berbaloi lah makan dengan kos RM118 net utuk satu keluarga! Tapi, awas! Kalau kerap-kerap datang... beberpa "orang" tetamu yang tak perlu diundang... akan join sekali dan ikut terus kita... Si Gout, Si Hipertensi, Si Rumetism dan yang aku tak pasti nama-nama depatu lagi....
Alhamdulillah... perjalanan balik lancar! Satu makan malam yang agak menarik untuk dikenang. Apa tidaknya.. pagi tadi anak aku nombor khomsah kata.
"Ibu, jom kta ke KL.. makan.." Adussss!
BACA LAGI...

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH 'AFIF...

Thursday, November 19, 2009
Bookmark and Share
"Ada mimpi ke UPSR dapat apa?" Soalku kepada anakku yang gedebak-gedebuk menunggu keputusan peperiksaan tu.
"Hehe.. Afif rasa macam dapat 5A lah" Sambil tersengih-sengih.
"Engkau memang macam tu.. Over confident" Aku mengilas sikap anakku yang selalu berloyar buruk dengan kami. Anak kedua aku itu, kekadang tengah-tengah menghadap perkara yang serius pun boleh bergurau!
Entahlah aku ni kategori bapak macam mana... Walaupun tahu tidak baik terlalu menekan anak-anak, tetapi persekitaran masa kini sememangnya begitu. Aktiflah macam mana sekalipun, pencapaian akademik juga mendapat perhatian utama.
"Engkau aktif sana-sini ni... kalau UPSR tak cemerlang, satu sen pu tak guna tau!" Bukan kali pertama amaran sebegitu menusuk gegendang telinga anakku itu. Itu belum leteran ibunya lagi... Entah-entah dia dah immune, sebab nampak muka tak kisah pun.
Aku tak pasti banyak mana sijil kokurikulum yang dikumpulkan dalam clear folder yang aku khaskan untuk anak-anakku itu. Tapi, memang lebih sepuluh keping. Sampai aku hairan, macam tak ada orang lain yang boleh masuk bertanding. Sampai hari minggu pun ikut pertandingan di UPSI.
"Fif, ayah setakat ni ikut jer apa yang engkau nak tau... ke sana lah ke sini lah... Kalau sampai tak dapat sekurang-kurangnya 3A... Tak tahulah... Ayah tengah kumpul-kumpul nih.. Nanti boleh meletup tau!" Aku nampak anakku itu sedikit risau... Tapi, esok, lusa releks balik...
Keputusan UPSR mula-mulanya dikhabarkan akan keluar pada hari Jumaat lepas. Tapi agak pelik gak sebab Jumaat bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah cuti umum. Tak mungkin keputusan keluar pada hari itu. Dan, keputusan pada hari ini sememangnya sangat dinanti-nanti. Merungkai tanda soal yang berlegar-legar di minda ibu ayah serta anak-anak sendiri.
Setelah keputusan PSRA yang tidak begitu cemerlang, hanya sekadar Jayid (68.8%), kini keputusan UPSR tinggal satu-satunya harapan yang tinggal untuk menentukan di manakah anakku akan bersekolah pada tahun hadapan.
Dalam kepala ligat mencari idea macam mana nak tahu keputusan anakku itu. Tak kanlah kena keluar sekolah semata-mata untuk melihat keputusan anak!
"Ayah tunggulah sampai balik nanti... baru lah boleh tengok keputusan.." Sindir anakku. Sedangkan dia tahu aku tak sabar nak tengok keputusan itu.
"Tengoklah nanti" Aku membalas spontan.
Melayan kesibukan pagi dengan suasana peperiksaan SPM (Paper STPM hari ini tak ada kat sekolah aku) menyebabkan aku lupa akan keputusan UPSR tersebut.
Agak kehairanan bila aku tengok kat pejabat beberapa orang guru besar sekolah-sekolah rendah di sekitar Tanjong Malim sedang berbual sesama mereka sambil menghadap sampul surat berukuran A3 itu. Baru teringat keputusan UPSR!!
Aku mulai kecut perut!
Akhirnya aku dapat melihat keputusan UPSR anakku seawal 8.45 pagi... Aku terus menghubungi isteriku tentang keputusan yang anakku perolehi itu.
"Oklah tu.. Dah itu yang termampu dia buat.."
Sesampai di rumah anakku tersengih-sengih macam biasa...
"Macam mana ayah, janji dulu tu..?"
"Kan ayah dah cakap... RM500 untuk 5A..." Cakap aja ... kalau dapat 5A lbetul-betulah.. tak tahu nak korek duit kat mana... Jam tangan dah belikan.. Kasut bola dah belikan... sampai dah hilang pun.."
"Jadi, nak apa lagi?"
Aku tahu dia akur dengan apa yang aku terangkan. Namun dari wajahnya aku nampak riak-riak duka... tak dapatlah PSP yang diidam-idamkannya itu..!
"Tak apalah Fif, malam Jumaat ni kita pergi Restoran Nelayan, Titiwangsa kita dinner... Kita celebrete lah keputusan yang engkau dapat tu...Hehe.." Entahlah, kebetulan pulak memang kami akan ke situ sebab sekolah isteriku mengadakan annual dinner sekolahnya...
BACA LAGI...

Wednesday, November 18, 2009

TERKINI TENTANG PERJAWATAN TINGKATAN ENAM.

Wednesday, November 18, 2009
Bookmark and Share
Beberapa kekusutan yang berlegar-legar dalam minda berubung dengan perjawatan dalam tingkatan enam sedikit sebanyak telah terungkai sewaktu menghadiri mesyuarat akhir tahun yang berlangsung semalam. Walau bagaimanapun maklumat yang aku nak kongsi dalam entri kali ini adalah maklumat yang aku dapat dari mesyuarat tersebut dan daripada Penolong Kanan Tingkatan Enam sewaktu beliau menghadiri taklimat yang sama dengan tuan pengetua di Teluk Intan.
Pertama. Jawatan Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) adalah jawatan fast-track untuk kenaikan pangkat, seperti Guru Cemerlang. Ertinya sesiapa yang menerima jawatan GAT6 berpeluang untuk pergi sehingga DG52 tanpa mengambil kira kaedah kenaikan pangkat secara KUP. Sebagai contoh, guru yang belum layak dilantik ke DG44 KUP, oleh sebab perkhidmatannya diperlukan di tingkatan enam, mereka boleh diperakukan bagi memangku jawatan tersebut selama dua tahun maksimum. Dalam tempoh pemangkuan itu mereka akan dibayar elaun pemangkuan gred DG44. Selepas dilantik secara hakiki DG44, mereka terus boleh memohon untuk ke gred DG48 tanpa menunggu selama 10 tahun.
Kedua. Bagi guru-guru (hehe.. macam aku lah) yang dilantik GAT6 DG44 Hakiki (ertinya yang dah cukup syarat ke DG48) akan digerakkan untuk mengisi kekosongan jawatan DG48 di mana-mana sekolah. Pertama dalam daerah dulu, kalau dalam daerah penuh, sampai antara negeri pun jadi! Itu yang aku ada rasa gembira dan ada rasa cemas!
Ketiga. Mengikut rangking kekananan, penolog kanan yang berjawatan hakiki adalah lebih kanan berbanding penolong kanan KUP! Jadi kalau kat sekolah, PK1 berstatus KUP, sedangkan PK Tingkatan Enam berstatus hakiki sedangkan kedua-duanya dalam gred yang sama, maka PKT6 lebih kanan! Hahaha... yang ini agak kelakar sikit. Bayangkan PK1 mengurus satu sekolah sedangkan PKT6 mengurus tingkatan enam sahaja! Ada PK1 yang panas hati dan telinga nih... Bagi aku, aspek ini pihak JPA atau BSM mungkin tak terfikir atau terlepas pandang semasa menggubal perjawatan tingkatan enam. Sebab, jarang-jarang aku dengar sekolah yang PK1 hakiki, kecuali di sekolah-sekolah luar bandar. Kalau kat sekolah aku, PK1 (mantan, sebab dah jadi pengetua) DG48 KUP. Bayangkan kalau ada GC48 hakiki! Sapa lebih kanan? Tapi, ialah dari pada segi jawatan pengetua tentulah lebih kanan dari sesiapa sahaja yang ada dalam organisasi tersebut kan?
Keempat. Boleh ke lagi menolak jawatan GAT6 ? Jawabnya, boleh sebelum 31 Disember 2009. Selepas tarikh itu sebarang permohonan untuk menolak GAT6 akan ditolak dan tidak akan dilayan.
Kelima. Sah, masa mengajar penolong kanan tingkatan enam hanya 8 waktu sahaja. Sama dengan waktu pengetua. Lebih sedikit berbanding dengan penolong kanan yang lain.Mungkin, alasannya PKT6 kena urus semua perkara berkaitan dengan tingkatan enam, kecuali kokrikulum sebab ada penyelarasnya.
Jadi, mungkin inilah sebabnya aku dengar-dengar ada orang yang "berebut" untuk ke tingkatan enam. Soal yang trcicir kerana telah memegang jawatan pentadbiran, itu cerita lain. Itu dngar kisahnya akan dimasukkan dalam pngisian fasa 1 klompok kedua yang aku kata kat atas tadi.
BACA LAGI...

Tuesday, November 17, 2009

JASAMU DIINGATI, BAKTIMU DISANJUNGI...

Tuesday, November 17, 2009
Bookmark and Share
Alhamdulillah, atas rasa setiakawan yang tinggi serta komitmen yang padu, satu majlis tidak formal bagi meraikan perpisahan Cikgu Zulkifl Muhammad bin Ismail telah diadakan sebentar tadi di Mior Tom Yam, Kalumpang.
Suatu majlis yang bolehlah dianggap sebagai satu usaha untuk menutup "lobang" yang tidak sengaja digali semasa majlis High-Tea yang diadakan di Hotel Grand Kampar pada hari Sabtu yang lepas. Sepatutnya Cikgu Zul merupakan salah seorang tetamu kehormat dalam majlis tersebut, tetapi apakan daya takdir Allah S.W.T. mengatasi tadbir manusia. Tiada seorang pun yang sedar untuk menjemput beliau.
Majlis yang dihadiri 21 orang guru termasuk Cikgu Zul, bermula kira-kira jam 8.15 malam dan berakhir kira-kira jam 10.30 malam. Dalam ucapan Cikgu Zul, beliau melahirkan rasa terima kasih atas usaha yang dilakukan dalam menganjurkan majlis tersebut. Walaupun lebih tiga bulan meninggalkan bumi Khir Joe, namun ingatan terhadap sekolah Khir Joe memang tidak akan terpadam dari kotak ingatan beliau. Maklumlah berada di Khir Joe sejak 1993 hingga 2009. Sehingga kini pun beliau masih berhubung dengan beberapa orang guru di Khir Joe melalu sms.
Beliau juga ada memaklumkan bahawa Institut Aminudin Baki masih memerlukan ramai lagi tenaga pensyarah. Justeru, jika ada sesiapa yang berkelayakan dan berminat, bolehlah mengisi borang yang akan diiklankan di akhbar tempat dalam tahun ini juga.
Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Harapan kami, semoga Cikgu Zul akan lebih berjaya di IAB, Genting Highland.
BACA LAGI...

Monday, November 16, 2009

RENDAHNYA KOMITMEN KITA...

Monday, November 16, 2009
Bookmark and Share
Masih lagi nak bercakap tentang majlis high-tea di Grand Kampar semalam. Dalam ruang yang lebih kepada "syok sendiri" nih... aku nak bercakap seoal komitmen. Aku tak pasti berapa jumlah sebenar kehadiran warga Khir Joe dalam majlis tersebut, cuma apa yang sangat pasti ramai yang tidak hadir. Daripada sejumlah lebih 120 orang guru, campur staf sokongan jumlah keseluruhan warga akademik dan non-akademik Khir Joe, aku kira hampir mencecah 140 orang.
Namun, secara umum warga Khir Joe sahaja (tidak termasuk pasangan) yang sampai kat GK mungkin tak sampai 70 orang. Tahniah kepada yang datang dengan pasangan masing-masing. Aku sendiri pun membujang jer... Ialah, macam-macam alasan kita boleh bagi atas ketidakhadiran kita. Bagi yang sememangnya mempunyai alasan yang kukuh, siapa pun akur. Tetapi, ada juga yang sengaja tak nak datang... Malas nak datang... Buang masa lah...
Memang bak kata pengerusi K3P dalam ucapannya semalam, memang susah nak puaskan hati semua orang. Bila buat di luar dan agak jauh, ada yang kata...
"Mengapa buat jauh-jauh... buang duit jer.." Tapi bila satu ketika jamuan akhir tahun buat kat dewan sekolah, masing-masing merungut...
"Apa kelas buat jamuan kat sekolah.. baik tak payah!"
Haha.. aku dah merasa dua kali jadi pengerusi, sekali naib pengerusi dan kalau tak silap sekali jadi AJK... dah macam tiga suku masak dengan kerenah kengkawan yang tak macam kawan nih... Memang ada yang kata,
"Ala.. pedulilah semua tu... Ko buat jer.. Kalau nak semua sekali datang.. sampai sudah lah ko tak buat apa-apa.."Sekali fikir memang ada betulnya.
Tetapi, sebagai pengerusi tentunya teringin sangat nak nampak semua orang datang... Kalau nak diberi pengecualian, mungkin sekitar 10% yang ada "uzur syar'ie". Selebihnya... cuba usahakan untuk datang juga. Setahun sekali, berkumpul ramai-ramai... santai-santai di luar kawasan sekolah.. di hotel ker.. di resort ker... yang penting bukan berlatarbelakangkan sekolah yang kita hadap sepanjang tahun... Bagi aku kalau dapat bawak keluarga, itu kira bonos. Yang penting tuan punya diri dulu...
Kalau tak ada transport nak pergi, sama ada tumpang kawan-kawan atau jika terlalu ramai macam tahun-tahun lepas boleh sewa bas...
Apa yang penting.... KERJASAMA! Sebagai menghargai rakan-rakan dalam K3P yang bertungkus-lumus menguruskan program tersebut. Sapa yang pernah terlibat dalam menguruskan jamuan akhir tahun, tahulah macam mana shushahnya... payahnya... ada yang dah fix tarikh, tetiba kena tunda sebab ada masalah teknikal... Teringat macam tahun lepas, dah hampir confirm nak buat di Lost World Tambun... aku sendiri pulak clash sebab periksa PTK di Bota. Akhirnya buat di Impiana Casuarina. Justeru, bila kengkawan K3P buat aktiviti aku cuba sedaya upaya ikut.
Cabaran yang tak kurang "letihnya" ialah, bagaimana nak cari sponsor untuk hamper cabutan nombor bertuah. Benchmarknya, semakin banyak hamper atau hadiah semakin bagus. Haha.. untuk mengelakkan ada yang tak dapat hamper, tahun-tahun lepas ada aktiviti tukar-tukar hadiah... Tahun ini, nasib baik dapat sebotol bedak AVON, kalau tak memang lenggang kangkong lah aku balik rumah!
Bercakap lagi soal kurang komitmen nih... mintak maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa pulak. Memang nampak sangat! Sebab tu, bila baru-baru ini ada ura-ura jamuan akhir tahun disekalikan dengan aktiviti team-building aku rasa itu satu perkara yang sangat menarik. Mungkin itulah yang ketara sangat kurangnya. Ialah bila saiz organisasi besar, hubungan antara kalangan staf akademik pun tak rapat. Sesi pagi tak kenal petang dan sebaliknya. Begitu pulak antara staf akademik dan non-akademik... sikit punya hal boleh berlaga angin!
Cuma satu perkara lagi dalam majlis kali ini, sama ada semua sedar atau kami sahaja yang perasan (geng bujang sekejap) seorang kawan yang telah bertugas di tempat lain tak dijemput meghadiri majlis tersebut. Tercicir atau ada sebab-sebab lain yang menyebabkan beliau tidak hadir. Tetapi kalau ada dalam agenda, mesti pengacara ada sebut... dan kalau kena tolong ambikkan cenderamata ker... aku rasa, aku lah yang paling layak (hehehe.. sebab rumahnya selang empat buah rumah dengan aku). Musykil gak... Sampai kami dah pakat-pakat nak buat majlis asing dalam jangka masa yang terdekat. Sebelum cuti sekolah ni..
Itulah yang masih tersangkut-sangkut kat benakku tentang majlis semalam... Secara keseluruhanya, ok. Syabas kepada AJK K3P kali ini. Bak kata pengetua ... gandingan yang mantap.. dan boleh teruskan setahun lagi... Hihihi... Amacam Kak Chik, ada berani ka?
BACA LAGI...

Saturday, November 14, 2009

KE GRAND KAMPAR LAGI

Saturday, November 14, 2009
Bookmark and Share
Aku melangkah masuk ke aras Mezamine di Grand Kampar Hotel lagi... Lebih kurang sebulan lepas, di sinilah aku membentangkan kajian tindakan peringkat negeri Perak. Pengalaman yang aku tak akan lupa sepanjang hidupku sejak bergelar pendidik.
Oklah, kali ini aku datang sebab pihak Kelab K3P (Kelab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) aka kelab guru sekolah aku mengadakan majlis Hi-Tea kat sini. Secara umumnya, majlis ini berjalan dengan lancar serta punyai karektor yang tersendiri. Umpamanya, selepas daftar saja, masing-masing dapat sebotol bedak AVON. Simbolik kepada tema majlis "Seharum Kasturi". Kiranya ini satu pembaharuan yang dilakukan oleh K3P sesi kali ini.
Rupa-rupanya baru aku sedar, K3P kali ini ada slogannya tersendiri... kalau aku tak silap berkaitan dengan "transformasi". Jadi, AJK K3P kali ini nak jadi tranformers lah hahaha.... Oleh sebab pengerusinya perempuan, transformasi ke arah kewanitaan dan keibu-ibuan memang nampak sangat... antara agenda yang telah jalankankan sejak bulan Mei ialah ... memasak secara sihat menggunakan set dapur kalis lekat (hehe.,.. non-stick lah...)... Cara memasak capati... dan pada hari ini make over kecantikan plak! Seorang "pakar kecantikan" dari NaniBeuty , Tg.Malim dipanggil untuk mengisi slot dandanan. Siap seorang staff sekolah aku kena jadi model... Nasib baik pilih anak dara... Kalau emak orang, silap-silap (kalau tak datang dengan suami) ... sampai rumah suami tak kenallll...
Aku tak pasti sama ada cikgu-cikgu dan staff pompuan seluruhnya berminat atau tidak atas slot yang sebegitu rupa... Kalau ada orang yang tersesat masuk ke ruang high-tea kami tentu depa ingat itu adalah majlis promosi solek-menyolek... Cikgu-cikgu lelaki ni blur semacam lah... Kami tunggu cabutan angka bertuah jer... Bab yang itu, hehehe... aku tak ler minat sangat. Dan... jamuan akhir tahun kali ini menajdi majlis yang paling malang bagi aku... hapeh pun tak dapat... Samalah nasib aku ngan sorang kawan aku si Yusri... Nombor sebelum dan selapas semua dapat... tang nombor kami... "haram tak mandang"...
Aku terpaksa meninggalkan majlis lebih kurang 6.10 petang. Itu pun majis belum sepenuhnya berakhir.. Tapi aku rasa dah lewat sangat... Maklumlah nak balik ke Tg.Malim, lebih kurang 100km lagi... Aku teringin gak nak tanya pasal produk spray yang boleh menghilangkan rasa ngantuk tu... Tapi.... tunggu, punya tunggu... Pn.Nani tak habaq pun.... Nantilah aku naik kat pejabatnya... Setelah memandu selalu sesat dapat diatasi dengan teknologi GPS, satu masalah lagi yang aku tak jumpa jawapannya sampai la ni ialah kerap mengantuk sewaktu drive... terutama apabila menempuh waktu perdana pukul 1.00 petang atau perjalan malam... Jenuh tampar pipi... menjerit2 macam orang histeria... tak lut gak! Betulah kata orang kalau ngantuk, tak ada lain... ubatnya tidor jer! Betulah tu... tapi kalau kat highway, bukan boleh simply parking kat lorong kecemasan dan tidur... Jangan buat weh! Nanti disapu dengan mamat gila speeding plak!!
Walau apapun, sekalung tahniah kepada AKJ K3P sesi 2009/2010 yang sekali lagi berjaya menganjurkan Jamuan Akhir tahun di luar sekolah. Haha...Untuk tahun-tahun akan datang, kalau pengerusinya lelaki, kena berani sedikit mencari kelainan untuk menonjolkan elemen-elemen maskulin dalam aktivitinya.... Agak-agak apa ek? Aku pun tak ada idea yang bernas dan tuntas... Apa kata cara "mencacakkan" rambut? Hahaha... aku tak dapat bayangkan bila cikgu-cikgu otai macam aku pakai rambut pacak ke sekolah! Aku rasa ada anak murid yang gelak sampai guling-guling kat lantai...
Macam hari ini... Ustaz Anuar yang berani membuat kejutan bertaraf "Grand Kampar"! Mati-mati aku tak percaya... Dia memakai "blangkon" (songkok masyarakat Jawa yang diperbuat daripada kain batik lepas) sewaktu datang dan sewaktu membaca doa! Aku sendiri pun tak mampu nak pakai (bukan tak megaku kejawaan aku... Tapi rasa kelakar lah!) Oleh sebab geng bujang sekejap memintak aku try pakai... aku pun pakailah... Haha.. tak pernah terfikir nak ambik gambar memakai blangkon...
BACA LAGI...

Thursday, November 12, 2009

DI MANA ADA KEINGINAN, DI SITU ADA TUJUAN...

Thursday, November 12, 2009
Bookmark and Share
Aku sedar dah agak lama tidak "mempeduikan" blog ini lantaran masa aku yang masih 24 jam sehari semalam itu aku peruntukkan lebih kepada blog tingkatan enam [http://t6kjtm.blogspot.com]. Bukan tiada idea nak ditulis, bukan ketandusan ilham untuk dinukilkan, cuma macam falsafah cunfucius kata... tentang Yin-Yang. Kalau kita lebih di sana, maka kita akan kurang di sini. Begitulah sebaliknya.
Hujung minggu lepas aku "berhempas pulas " untuk menyediakan kertas undi online kerana pada hari Isnin (9/11/2009) aku terlibat dalam Pilihan Raya MPPPU. Bukan pandai sangat pun... yang sebenarnya aku memandai-mandai jer... Pertama kali aku nampak pilihan raya boleh dibuat secara online dengan menggunakan Googldoc sewaktu aku membuat borang soal selidik untuk kursus pembinaan blog tempoh hari. Setelah membuat exploration sikit, akhirnya aku rasa memang boleh.
Biasalah, first time guna memang banyak masaah yang timbul. Umpamanya apabila kita telah key-in sesuatu maklumat dalam borang, ia akan masuk ke dalam spreedsheet. Masalahnya jika kita buang maklumat tersebut, dalam rumusan masih ada. Aku ada bertanya pada sifu yang ajar aku masa LADAP di UPSI tempoh hari, tapi email aku tidak dijawab. Akhirnya aku belasah sendiri jer. Caranya kita kena delete dulu maklumat yang kita tak nak kemudian copy sekali lagi fail tersebut. Apabila muncul fail yang baru, summary tersebut akan hilang.
Hari pengundian tiba juga akhirnya. Harapan untuk menggunakan makmal ICT, tidak kesampaian kerana proses pengubahsuaian bilik tersebut masih belum siap sepenuhnya. Akhirnya kami memilih kantin sekolah. Ada sedikit masalah, kerana capaian wifi di kantin tidak begitu baik. Tenggelam timbul dan tercungap-cungap. Namun Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan lancar.
BACA LAGI...

Thursday, November 5, 2009

BEHOON ATAU CHEESE KEK?

Thursday, November 5, 2009
Bookmark and Share
Aku keluar rumah seawal 7.00 pagi untuk menuju ke Ipoh bagi mengikuti satu taklimat penting dalam pengurusan peperiksaan. Biasanya pakej taklimat sebegini berlangsung dalam dua hari satu malam. Tapi, kali ini ia hanya berlaku dalam setengah hari sahaja. Kalau diikutkan memang mencukupi. Cuma aku treingat kata-kata mantan Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan di JPN,
"Kami nak bagi hadiah kat cikgu-cikgu kerana sudi menjadi ketua pengawas, memang tak boleh dan tak ada duit, jadi kami bagilah peluang cikgu-cikgu bermalam di hotel, rehat-rehat diri dan makan-makan.."
Kali ini niat itu tidak berlaku. Mungkin nak jimatkan perbelanjaan agaknya. Kalau tidak, tak mungkin ada dua pucuk surat untuk satu tujuan yang sama. Bezanya, yang pertama ada bermalam dan yang kedua tidak bermalam. Kemudian... yang kedua memansuhkan yang pertama.. Kira bab nasakh mansukh lah nih...
Aku tak kisah sangat itu semua.. Bermalam atau tidak bagi aku tak penting. Apa yang lebih penting bagi aku ialah pengisian maklumat yang hendak disampaikan kepada para peserta. Kalau orang macam aku nih... Insya Allah tak datang taklimat pun boleh run exam... Sejak 2003 aku handle exam nih... Setahun dua kali!
Bertaklimat di Heritage Hotel, Ipoh pun bukannya pertama kali.. Entah berapa kali pun aku tak ingat... Bukanlah berpuluh kali pun.. sebab tak fokus nak mengigat... empat lima kali pun tak dapat nak ingat hehehe... kata lah banyak kali.. Dalam bahasa 'Arab, tiga dan ke atas dah dikira jama'...
Entahlah kenapa aircond hotel tu sejuk betul.... Pakai coat, long sleeve dan neckless singlet tak cukup untuk mengwal suhu badan. Sebelum ini, rasanya taklah macam tu. Kalau tak disebabkan rasa malu (sebab duduk di baris ketiga dari depan), mahu sahaja aku keluar untuk memanaskan sedikit badan. Tapi, aku tengok orang lain yang tak pakai coat... releks dan slumber jer.. aku rasa tersangat hairan. Nak kata badan kurang lemak, hehehe... tak mungkin..
Menjelang jam 12.00 tangah hari, aku rasa memang tak tahan dimamah kesejukan. Melihat pamflet yang dibekalkan dalam folder, ada sejam lagi... Adusss.
"Eh.. rasa macam nak demam jer nih..?" Aku merasakan ada sesuatu yang luar biasa sedang menguasai diri aku sekarang... Sambil perut pulak rasa semacam jer...
"Nih tentu pasal sarapan pagi tadi" Aku menduga-duga kualiti makanan yang tidak baik telah menyerang perutku sewaktu bersarapan di lobi hotel pagi tadi.
Akhirnya detik yang aku nanti-nantikan sampai juga... Lebih kurang 1.10 petang, kami semua ke ruang makan hotel sebelum bertolak balik. Dengan perut yang agak tidak selesa, aku sebenarnya sudah kehilangan separuh daripada nafsu makanku. Jadi, aku pilih beberapa menu yang nampak sedap di mata..
Apabila suapan pertama masuk ke dalam mulut, aku sudah terasa... aku tak dapat menghabiskan makanan yang aku ambik itu. Pertama, masalah perutku yang semakin menunjukkan "perangainya".. dan yang kedua, aku rasa makanan itu memang kurang ummph... "Syukurlah" bukan aku seorang yang tak habis makan... Setidak-tidaknya, aku tidak berseorangan dalam menilai kualiti rendah pada makanan tersebut... Secara ikhlas, kalau perutku tidak bermaslah, aku masih lagi mampu menghabiskan makanan itu... walaupun sampai "terbelak-beliak bijik mata"... Tak elok membazir!
Menuju keluar dari kawasan hotel, aku semakin terasa "nak demam"... Hehe... bukan hendak dan mintak-mintak demam... Rasa tidak selesa dan seram sejuk mula menjalar dalam tubuhku...
"Alamak, minyak nak habis!" Aku barau perasan minyak aku tinggal satu takuk dan pada bila-bila masa sahaja lampu kuning pada panel itu akan menyala. Aku pun setlah pada GPS aku untuk mencari stesyen minyak ESSO yang terdekat. Rupa-rupanya baru aku faham satu lagi perkara dalam GPS nih.. Kalau kita set nak pergi ke satu-satu tempat sebagai satu titik laluan, kalau tersilap masuk... dia tak akan navigate ke situ lagi.. dia akan teruskan ke destinasi utama yang kita dah set awal... Jadi, kalau kena pergi juga ke satu-satu kena set sebagai satu destinasi baru... Akhirnya aku terpaksa mengisi minyak di Shell kerana aku telah meninggalkan jauh stesyen ESSO Gunung Rapat.
Melihat jam di tangan sudah mencecah jam 1.40 petang, aku kena berhenti di R&R Tapah untuk solat qasar Zuhur dan jama' taqdim Asar sekali. Oleh itu, aku terus membelok ke highway melalui tol Simpang Pulai.
Sewaktu meinggalkan R&R Tapah, rasa seram sejuk badan semakin terasa dan perut pula semakin memulas-mulas. Aku terasa seperti keracunan makanan.
"Ini mesti behoon pagi tadi lah nih.."
Namun, sangkaan itu segera beralih kepada punca-punca yang lain sebab isterku dan anak-anakku hampir satu rumah demam dan mengalami diarrhea.
"Apa yang kami makan ha?" Itu antara soalan yang berlegar dalam mindaku sejurus aku mendapat maklumat daripada isteriku itu.
Tiba-tiba aku teringat...
"Kek Cheese........"
"Patutlah aku rasa kek tu lain macam jer... keras dan namapk macam berongga sedikit pada permukaanya" Aku cuba mematut-matutkan pula bahawa kek keju itu menjadi penyebab kepada apa yang sedang kami sekeluarga alami.
Perjalan sejauh 140 km itu aka rasa seperti 400 km jauhnya! Aku tak dapat memberikan seratus peratus fokus terhadap pemanduanku. Justeru, keluar dari tol Slim River, aku terus mencari masjid untuk melelapkan mataku sepicing dua.
Tidak juga lena sepenuhnya, tetapi aku tersdar sebaik sahaja muazin mengumandangkan azan Asar.
"Hah.. Asar?" Hampir sejam juga aku melapkan mataku di perkarangan masjid Slim River. Oleh sebab aku telahpun solat jama' taqdim di Tapah, aku meneruskan perjalan sejauh 25 km lagi. Aku singgah sebentar di Balun untuk memesan empat bungkus soto untuk dibawa balik. Bila dah demam, memang tak berasap dapur lah... baik beli siap-siap untuk makan malam..
Dalam keadaan sebegitu pun, aku masih beia-ia nak singgah ke BHL! Haha.. nak ambik laptop yang aku beli malam semalam. Oleh sebab laptop masih belum diinstal OS dan Office dan yang lain-lain lagi, pihak kedai meminta aku ambik petang keesokan harinya.
Keluar dari BHL, sekitar jam 5.30 petang! Banyak soal tanya siasatnya kepada taknisyen yang pasang tu... dan sambil bodek-bodek nak dapatkan lebih banyak free gift! (Untuk yang ini aku catat dalam posting lain, Insya Allah)
Sesampai di rumah, aku menjalankan siasatan kepada semua isi keluarga. Kalau ikut teori aku, memang puncanya kek keju tu. Sapa yang makan banyak, kena teruk.. Haha.. itu isteri aku lah.. siap dengan muntah skali... aku level bawah sikit.... dan anak-anak aku lebih sedikit kesnnya... Nampaknya kedai yang jual cheese cake ni sudah masuk dalam senarai terkini kedai yang aku telah senaraikan hitam... Teringin gak nak try Secret Recipe punya cheese cake.. tapi regenya weih.. mahe bebenor!!!
BACA LAGI...

Tuesday, November 3, 2009

SEKADAR MENABUR HARAPAN...

Tuesday, November 3, 2009
Bookmark and Share
Mungkin ada yang setuju dengan apa yang aku ingin katakan di sini. Dan, mungkin ada yang sebaliknya.
Peperiksaan awam yang besar-besar kat sekolah kian hampir. Apa yang terlebih besar daripada SPM dan STPM? Pada saat-saat begini, macam-macam program dengan macam-macam jenama sedang dilaksanakan di sekolah bagi usaha-usaha terakhir sebelum peperiksaan sebenar bermula. Segala-galanya demi satu nawaitu yang uniform, iaitu ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Apa lagi kalau bukan 'A'! Kalau dalam SPM berapa banyak A boleh dapat! manakala dalam STPM sama ada 4A atau 5A!
Hari ini pun serorang Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang, En.Khamdan Iskandar datang ke sekolah kerana ingin bertemu face to face dengan calon-calon STPM yang diharapkan akan mencapai straight A's. Setelah menangguhkan sebanyak dua kali, lebih kurang pukul 11.30 pagi beliau muncul di Bilik Gerakan.
Melihat wajah-wajah yang seramai enam orang itu, aku rasa kesian pun ada, rasa bangga pun ada. Kesian, sebab mereka memikul harapan nan tinggi pihak PPD untuk memperoleh sekurang-kurangnya 2 orang straight A's dalam daerah Batang Padang. Dalam daerah ini ada enam buah sekolah yang ada form six. Aku pernah ingin mengambil wajah mereka untuk di muatkan dalam blog tingkatan enam, tetapi tak berjaya sepenuhnya. Sebabnya mereka rasa takut kalau-kalau mereka tidak berjaya mengulangi atau mengekalkan kejayaan tersebut. Ialah, sekadar peperiksaan percubaan.
"Kalau nanti dalam peperiksaan sebenar kami tak berjaya, macam mana?" Soal salah seorang daripada mereka yang tak mahu diambil gambarnya.
Hari ini, mereka tiada pilihan! Terpaksa merelakan diri mereka diabadikan dalam foto bersama EnKhamdan! Sebab, En.Khamdan juga ada misi yang lain iaitu kena buat laporan turun padang buat dilaporkan kepada Ketua Sektor Pengrusan Akademik JPN Perak.
Bangga, sebab para pelajar sekolah aku yang enam orang itu turut disenarai bagi memugkinkan dua orang cemerlang dalam daerah Batang Padang itu wujud dalam keputusan STPM 2009.
Setelah berakhirnya sesi tersebut, aku bertanya kepada diriku sendiri. Membuat refleksi terhadap sistem pendidikan nasional masa kini. Dan, satu hakikat yang aku sangat yakin akan kebenarannya ialah, keenam-enam anak muridku itu kini berada dalam kondisi tertekan. Tiga beban serentak yang digalaskan di atas pundak mereka. Iaitu, mencemerlangkan sekolah, daerah dan negeri. Hal ini kerana, berdasarkan keputusan peperiksaan awam 2008, hanya STPM sahaja yang berjaya menempatkan dalam kelompok tujuh negeri teratas. Manakal peperiksaan-peperiksaan yang lain sangat mengaibkan. Paling aib ialah SPM, berada di tempat tercorot. 16/16!
Walau bagaimanapun, aku harapkan "beban" yang digalaskan di atas pundak mereka itu tidaklah seberat apa yang aku fikirkan pada peringkat awal, kerana aku pernah menyatakan kepada mereka bahawa, jangan hiraukan harapan orang lain, tetapi hiraukan harapan diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Ertinya, apa yang dibuat sebelum ini adalah untuk mencemerlangkan diri sendiri. Kalau keputusan yang akan mereka perolehi nanti sekadar untuk "disumbangkan" kepada pihak sekolah, satu prinsipal sudah memadai. Tetapi, lepas dapat satu prinsipal, hendak kemana pula lepas itu?
Justeru aku harap apa yang dinyatakan kepada para pelajar pagi tadi, sekadar menabur sebuah harapan... Apabila mampu mencapai kecemerlangan untuk diri sendiri, kenapa tidak sahaja berusaha lebih sedikit untuk mencapai keputusan yang terbaik yang menjadikan pihak PPD dan JPN berbangga dengan kejayaan tersebut.
Itu tidak termasuk pula cikgu-cikgu yang turut mengharapkan seramai mungkin pelajarnya mendapat pangkat A dalam peperiksaan tersebut. Malah sudah ada tawaran A dengan nilai RM tertentu... Adakah itu tekanan? Tentnya bukan! Oleh itu aku berharap kepada para pelajar agar menjadikan semua ini sekadar taburan harapan... Seperti harapan guru-guru juga.. Kalau tak tercapai, anda tidak perlu bayar apa-apa! Cuma, kalau tercapai, anda akan diraikan dalam segenap acara daerah dan negeri... Diwar-warkan seantero cerok dan jajahan negeri ini. Maka terhindarlah badi "malang" yang terpalit pada wajah pengarah dan pegawai pelajar daerah lantaran prestasi terburuk dalam peperiksaan awam 2008.
BACA LAGI...

Monday, November 2, 2009

SELAMAT MAJU JAYA SHUKRI..

Monday, November 2, 2009
Bookmark and Share
Saya memohon maaf sebanyak-banyaknya jika sebelum ini ada karya anak-anak didikku yang tersiar di dada-dada akhbar tetapi aku tidak sedar akan kewujudannya.
Tetapi, kali ini aku sedar apabia teknologi internet dalam pelbagai aplikasi memugkinkan aku bukan sekadar membacabya secara online, malah aku dapat sendiri berinteraksi dengan penulisnya walaupun sekadar melalui alam maya.
Sementelahan pula anak muridku yang ini memiliki blog yang aku letakkan dalam bloglistku. Justeru, aku dapat melihat setiap posting terkini dari masa ke masa.
Aku berasa kagum dengan pencapaian yang anak didikku ini capai dalam tempoh yang sangat singkat. Berjaya menghasilkan 20 karya yang diterbitkan dalam majalah dan akhbar tempatan aku kira satu usaha yang sangat luar biasa. Ia hanya dapat dicerna oleh seorang penggiat sastera yang hardcore.
Justeru, meihat perkembangan tersebut aku rasa masa hadapan beliau dalam dunia puisi dan kesusasteraan Melayu khususnya sangat cerah.
Akhir kata, selamat maju jaya. Teruskan berkarya. Klik di sini untuk ke BLOG beliau.
BACA LAGI...

Sunday, November 1, 2009

CERITA SEBIJI BOLA DAN DUA HELAI JERSI BIRU

Sunday, November 1, 2009
Bookmark and Share
"Ayah, boleh tak Afif ikut Soccer Kid?" Aku hanya mendiamkan diri ketika pertanyaan itu menerjah cuping telingaku. Ketika itu bulan Ramadhan masih baru bermula beberapa hari.
Selang beberapa hari, soalan itu aku jawab secara sambil lewa.
"Kat mana?" Soalku ringkas.
"Kat Stadium Proton." Juga ringkas jawab anakku yang kedua itu.
"Hari apa?"
"Hari Ahad"
"Setiap minggu?"
"Ya"
"Kalau masa tu kita balik kampung atau ke mana-mana, macam mana?" Soalan yang lebih serius aku ajukan dengan harapan apa juga keputusan yang dibuat oleh anakku itu telah difikir secara serius.
"Tak pergi lah.."
"Nanti ayah fikirkan.."
Beberapa hari lepas itu, aku perasaan anakku itu terlebih rajin daripada biasa. Vacum rumahlah, sidai kainlah... Hari-hari biasa memanglah dia jadi harapan ibunya untuk membantu kerja-kerja mana yang terlarat. Feel anakku itu, kalau dia nak buat, suruh jer dia akan buat. Tapi, kalau dia tak nak buat.. Kalau "power" ibunya kadang-kadang tak makan saman... Kenalah guna "power" ayahnya!
Selapas hari raya, tiba-tiba aku dan isteriku mendapat dua keping cheque bernilai RM200. Aku pun berjanji dengan anakku itu untuk membelikan sepasang kasut bola dengan nilai kurang daripada RM30!
Aku jenuh pergi merata-rata tempat mencari sepasang kasut bola dengan harga sebanyak itu! Akhirnya aku terpaksa membeli kasut bola itu dengan harga RM70! Itulah yang termurah aku jumpa. Jenama Topper.
"Encik, kasut bola ha... talak kila saiz.. halga sama punya.." Seorang pekedai menjawab selamba apabila aku meminta discount harga kerana sukatan kasut anakku itu adalah saiz tujuh.
Aku tak tahu bagaimana gembiranya anakku itu akhirnya mendapat sepasang kasut bola yang diidam-idamkan. Hari ahadnya aku menghantar anakku itu ke Stadium Proton untuk mengikuti Program Soccer Kid yang dimaksudkan itu. Selain daripada kasut bola, aku kena bayar Rm50 untuk bola dan dua helai jersi. Manakala untuk yuran, aku bayar terus tiga bulan, iaitu RM45. Untuk senangkan kira-kira, aku bagi RM100 kepada anakku itu semasa hari pertama dia mengikuti program tersebut.
"Ayah. kasut bola Afif hilang kat rak kasut.." Aku terperanjat besar!
"Masa ayah pergi pagi semalam masih ada lagi!" Aku membalas sms tersebut. Ketika itu aku berada di Grad Kampar, mengikuti Knvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak.
Aku sudah terasa-rasa kasut bola itu akan hilang, memandangkan kasut sukanku dan anakku telah hilang sebelum ini. Cuma aku berpesan kepada isteriku agar mengunci pagar rumah sewaktu keluar ke sekolah kerana isteriku biasanya adalah orang terakhir meninggalkan rumah saban pagi.
Entahlah... aku nak cakap apa lagi.
Sesampai ke rumah, aku lihat muka anakku itu mencuka. Aku tahu mungkin dia mintak aku belikan lagi kasut bola bagi menggantikan kasutnya yang hilang itu.
"Fif, ayah tak ada duit untuk tujuan membeli kasut bola lagi.." Tegasku.
"Bil-bil elektrik, air, telefon, kereta dan lain-lain lagi ayah belum bayar tau.." Memang betul, aku masih belum sempat membayar bil-bil utiliti kerana tak "berkesempatan". Bila online, mula-mula nak bayar bil, alih-alih melencong ke blog..
Bagi aku isu kasut bola hilang, bukan isu utama untuk terus menyertai Soccer Kid. Kalau anakku itu mahu menyertai program tersebut, dia kena pakai kasut sekolah.
"Semua kawan-kawan Afif pakai kasut bola ke?" Soalku meminta kepastian.
"Ya la... Mahal-mahal lagi kasutnya..."
"Ayah kawan-kawan Afif orang-orang kaya.." Aku membuat kesimpulan.
Petang semalam kami bercadang nak balik kampung. Maklumlah sudah beberapa minggu tak menjengah ayah mertuaku. Semenjak emak mertuaku meninggal dunia, aku pasti rutin kehidupan ayah mertuaku menjadi caca-marba. Sarapan pagi bawa ke tengah hari dan sebagainya. Abang iparku walaupun tinggal serumah tetapi dia keluar pagi dan balik malam. Jarak Tg.Malim dan Sg.Tengi sejauh lebih kurang 40km tidak memungkin dia balik tengah hari. Untuk menguruskan dirinya sendiri pun tergocoh-gocoh memandangkan masa rehat tengah hari sangat singkat. Betul-betul untuk solat dan makan.
Sambil itu aku kena singgah di sebuah sekolah memandu untuk mengambil borang lesen belajar memandu untuk orang yang buta huruf. Sungguhpun kakak iparku tidak buta huruf tetapi ujian belajar memandu menggunakan komputer memang terlalu asing. Ulang banyak mana pun memang akan gagal. Malangnya borang tersebut kehabisan!
Keadaan menjadi gawat apabila aku terpaksa mengubah plan B. Plan A, balik petang sabtu, dan balik semula ke TM pada pagi ahad, sebab anakku nak ikut balik Program Soccer Kidnya itu. Aku akan membawa borang belajar memandu itu balik kampung kerana kakak iparku balik ke Sg.Tengi.
Jadi, aku terpaksa guna plan B. Balik pagi ahad setelah dapatkan borang tu terlebih dahulu. "Jadi, Program Soocer Kid tu macam mana?" Aku bertanya kepada isteriku.
"Esok, Afif pergi ke stadium, cakap kat cikgu yang latih Afif tak boleh ikut program tu.." Kata isteriku kepada anakku itu.
"Dah beberapa minggu Afif tak ikut pun.. Bulan sepuluh ni hanya sekali je dapat ikut.."
"Minggu lepas Afif ikut pertandingan catur di UPSI, minggu sebelum tu pertandinan roket air kat UPSI... masa bila nak ikut Soccer Kid?"
"Cakap kat cikgu tu lagi.. tuntut yuran bulan sebelas dan dua belas. Jangan main bola esok, kalau main jugak nanti yuran bulan sebelas kena bayar.."
"Kan ayah dah cakap... sebelum melakukan sesuatu, fikir masak-masak semua perkara.." Aku mencelah di tengah suasana yang agak panas itu.
"Jadi, esok nak buat apa Fif" Soalku bagi mendapatkan pelan tindakan yang sedang difikir oleh anakku itu.
"Pergi stadium bagi tahu cikgu tak jadi ikut Soccer Kid" Jelasnya.
"Ok ke?" Soalku lagi.
"Ok lah"
Mengampiri Stadium Proton pagi tadi, entah kenapa hatiku rasa tidak tenteram. Aku dah bagi tahu anakku itu yang aku tak akan campur tangan dalam urusan Soccer Kid ni.. Dia kena urus sendiri. Termasuklah untuk membatalkan penyertaannya itu pagi ini.
Mula-mulanya aku meletakkan kereta ke arah padang permainan kerana anakku itu meminta aku berbuat demikian. Namun, setelah anakku menghampiri lapangan latihan... aku segera mencari tempat letak kereta yang agak trelindung. Sebeanrnya aku risau kalau-kalau cikgunya itu tidak senang dengan keputusan yang akan diberitahu oleh anakku itu.
"Esok kalau jumpa cikgu tu... nak cakap apa?"
"Cakaplah ada masalah peribadi.." Kata anakku ringkas.
"Ish.. macam orang berkeluarga pulak.." Tingkahku.
"Cakaplah juga sebab kasut bola hilang.." Aku mencadangkan satu idea untuk mengukuhkan hujahnya.
"Tak nak lah..."
"Penting tu.. itu cerita sebenar.." Aku meminta idea aku itu dipertimbangkan semula sewaktu berjumpa dengan cikgunya itu.
Sedang aku menunggu itu aku terpandang dari cermin sisi keretaku, anakku sedang menggelek bola sambil memegang jersi berwarna biru menghampiri kereta. Sejurus masuk ke dalam kereta, anakku hanya mendiamkan diri.
"Kenapa, sedih ke?" Soalku untutuk memecah sedikit rasa sepi.
"Tak ada lah". Jelas anakku.
"Bola tu nak main kat mana Fif?"
"Entah.."
"Senang-senang derma kat sekolah jer" Aku cuba memancing perasaan anakku.
"Mana boleh" Tegasnya.
Aku tahu dia tak ada idea nak main di mana. Aku memang melarang anak-anakku bermain bola dalam rumah. Memandangkan saiz rumah sebesar ini, mana tempat nak main bola. Kat jalan? Payah gak. Jalannya pun banyak batu kerikil dan kenderaan banyak yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan. Kalau setakat main badminton, boleh lah... Kalau bola, aku takut nanti terkena cermin atau dinding kerata jiran-jiranku pula.
Selepas maghrib tadi aku bertanya dengan anakku nombor empat.
"Aliya, abang-abang buat apa?" Soalku bila aku perasaan ada sedikit bunyi gedegang-gedegung kat bilik anak-anak lelaki.
"Abang-abang main bola" Katanya ringkas.
Aku rasa nak pergi ke bilik anak-anakku itu untuk memarahi mereka. Tetapi, tiba-tiba aku rasa berat nak melangkah ke bilik mereka. Akhirnya aku baiarkan mereka bermain sehingga mereka turun sendiri ke tingkat bawah untuk makan malam.
Sehingga kini setakat mana aku nak menguatkuasakan laranganku sebelum ini, aku pun tak pasti. Kalau sebelum bola ada... aku memang tak ingin nak belikan bola. Tapi kini, bola sudah ada di tangan!
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template