Masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Aidil Adha kali ini berlalu tanpa ada perkara yang di luar dugaan. Semuanya bagai yang diatur.
Aku balik ke Sekincan pada petang Khamis, sebagai "ganti" kerana tak dapat bergari raya pertama Aidil Fitri lantaran ketentuan Ilahi yang menuntut kami sekeluarga berada di Sg.Tengi. Namun, atas beberapa perkara kami, bergerak ke kampung selepas solat Isyak. Itu pun tak ikut jalan biasa kerana banjir yang melanda jalan Tg.Malim- Sungai Panjang masih belum mengizinkan kenderaan ringan meredahnya. Apa lagi, kami terpaksa ikut highway dan keluar Bukit Tagar. Kalau ikut jarak, memang agak jauh, tapi apa boleh buat... Itu sahaja pilihan yang ada. Sepanjang perjalanan lancar sehinggalah ke simpang tiga jalan Teluk Intan- Kelang. Kenderaan bumper to bumper... Sebelum sampai di situ, GPS aku menjangka kami akan sampai ke rumah sekitar 9.55 malam. Tapi bila terperangkap saja kat kesesakan tu... kami dijangka sampai sekitar pukul 11.30 malam!
Tapi, rupanya bukan sepanjang jalan jam. Ada beberapa tempat di mana kat situ ada traffic light yang jam. Sampai dekat Sekincan, aku cuba follow kereta yang masuk ke kawasan sawah padi. Hehe... ialah kawasan aku lah kan... Aku terus ikut jalan sawah padi sehinggalah keluar selepas traffic light terakhir... Kalau tak ikut shorcut tu, entah pukul berapa plak aku sampai rumah...
--------------
Fajar 10 Zulhijjah terbit diufuk timur menandakan tibanya Aidil Adha yang menandakan berakhirnya musim haji di Mekah A Mukarramah. Aku menyempurnakan solat sunat Aidil Adha di Surau Partit 13, Sg.Nibung, Sekincan. Beraya "Haji" di Selangor, tak rasa pun macam beraya. Lainlah macam di negeri-negeri pantai timur. Sungguh meriah! Aku tak ke mana-mana pun kecuali ke masjid Sg.Nipah untuk menunaikan solat Jumaat.
Namun, bagi emak dan bapak aku, Aidil Adha kali ini tentunya sangat bermakna. Semua anak-anak dan cucu berkumpul walaupun tak lama. Memandangkan masing-masing ada hal yang perlu diuruskan. Adik aku yang di Ipoh balik ke rumah mertuanya di Sg.Buluh sekitar jam 4.00 petang. Sementara aku balik selepas solat Isyak. Kami ikut jalan Tg.Karang lagi kerana keadaan banjir yang belum surut sepenuhnya... Takut mengambil risiko, jalan jauh pun tak apalah... Sampai di Sg.Tengi sekitar 11.10 malam.
-------------
Kini aku sudah balik ke Tg.Malim dengan meninggalkan anak-anak dan isteriku di Sg.Tengi. Aku ada perkara yang perlu diuruskan. Isinin penyelia aku nak tengok progress proposal aku... Hehe!

8 PANDANGAN:
Salam Aidil Adha cikgu...harao belum trlambat untuk memberikan ucapan ini....Good Luck untuk proposal nanti...harap semua bereh...
Terima kasih cikgu... dah tua2 ni lambat lah sikit...ngeh ngeh ngeh.... terkedek2. Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk warga Wakuba... Mabruq 'Alaih....
salam cikgu malek,
saya teringin nak tgk disertasi cikgu tu but just for invited readers pulak, bole invite saya tak kot2 bole bagi saya idea siapkan projek paper
Salam... Hehehe...sebenarnya disertasi tu masih proposal lagi... Walaupun dah sampai bab tiga tapi masih banyak kena touch-up lagi... Terutama bahagian literature rivew dan research methodology... Walau bagaimanapun nak try vatting proposal sem depan... Ia berkaitan dengan penggunaan modul konstruktivisme dalam isu-isu sensitif dalam pengajaran sejarah... Masih berminat? Hantarlah email...
Bole kot w/pun x sama isu dan bidangnye, tapi nak tgk cara penulisan...boleh kan..my email : prasemarak@gmail.com
Maaf kesibukan sikit malam tadi... Ginilah cikgu, saya add email cikgu mulai sekarang sehingga esok..sekitar 10.00 malam (lebih kurang lah..) Maaf atas limitasi tersebut... Namun, kalau cikgu ada pandangan yang ingin diutarakan, komenlah dalam ruangan ini... terima kasih.
Salam cikgu Pra Sekolah Taman Semarak, saya minta maaf terpaksa menarik balik kebenaran yang saya berikan tadi setelah saya berbincang dengan penyelia saya sebentar tadi... Katanya proposal saya tu hanya dia dan seorang lagi co-supervisor sahaja yang boleh akses ke situ... mula2 dia pun tak bagi co-supervisor invite sekali, tapi setelah saya rasionalkan kepada beliau baru diterima... Maaf sekali lagi...
cikgu malek ni walaupun sibuk sambung belajar tapi masih ada masa untuk update blog. Tahniah....Cikgu yang memang terkenal dengan kerajinan
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...