Seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum-sebelum ini bahawa peluang itu adalah pengalaman. Manakala pengalaman pula adalah satu kesempatan yang tidak datang selalu dalam hidup kita. Jika pengalaman itu serasi dengan diri kita, pasti peluang itu akan datang lagi. Namun, jika pengalaman itu dilihat dan dirasakan tidak sesuai dengan diri kita ia hanya sekadar "singgah" dalam sisipan riwayat hidup kita yang akhirnya mungkin tersimpan rapi dalam arkib sejarah peribadi. Begitulah sifatnya pengalaman...
Bukan suatu perkara yang aneh dan luar biasa kalau kita mengambil pendekatan menghindar daripada menempuhi sesuatu pengalaman baru itu. Namun, tidak semua pengalaman itu mampu kita tolak dengan mudah. Atas rasa persahabatan, persaudaraan dan mungkin atau atas hubungan antara majikan dan pekerja bawahan tentunya menambahkan lagi kesukaran kita untuk menolak sesuatu permintaan yang akan mendedahkan kita kepada suatu pengalaman yang mungkin seratus peratus baru atau pengalaman lama tetapi dalam ruang yang baru.
Hari ini aku datang ke Majlis Walimatul Urus anakanda Tuan Pengetua sekolah aku, dengan kapasiti sebagai "Pembawa Majlis". Istilah yang aku pinjam daripada buku Prof Abdullah Hassan. Pada minggu lepas sewaktu Tuan Pengetua menyatakan hasrat meminta aku menjadi "pengacara majlis" perkahwinan anaknya, aku agak suspen gak. Sebab, jarang-jarang ada emcee dalam majlis perkahwinan. Yang biasa-biasa Dee Jay (Disc-Jockey) adalah... Mungkin pengetua aku pun tahu, kalau DJ aku memang tidak berkebolehan, jadi beliau mintak jadi emcee jer. Tanpa soal panjang, beberapa hari lepas itu aku berjumpa beliau untuk mengetahui flow majlis. Kira oklah... aku hanya perlu mengacarakan majlis bermula dari pengantin tiba sehinggalah ucapan wakil kedua-dua mempelai.
Selang beberapa hari, seorang rakan yang biasa dengan pengacaraan majlis meminjamkan sebuah buku Koleksi Puisi Melayu kepadaku. Aku pun meneliti lembar demi lembar buku tersebut. Buku karya Prof.Abdullah Hassan, Aripin said dan Ainon Muhamad itu sangat lengkap dalam mengacarakan majlis perkahwinan. Jadi, agak mengecutkan juga apabila pengarang buku tersebut memberi "nasihat" kepada pembawa majlis agar tidak terikut-ikut dengan trend pengacaraan semasa yang dilihat "mencemarkan" kesucian serta kekudusan majlis yang bersifat agama dan adat itu.
Ada enam gaya pengacaraan yang dilarang;
1. Gaya 'disc-jockey'
2. Gaya juruacara pesta
3. Gaya juruacara sukan
4. Gaya juruacara hiburan dalam televisyen
5. Gaya juruacara di padang terbuka
6. Gaya pengulas majlis
Setelah usai majlis, aku berpendapat dalam majlis yang diadakan dalam dewan seperti di Dewan Proton Tg.Malim yang luas, dengan bilangan hadirin yang ramai serta agak bising, gaya deejay lebih berkesan. Gaya yang dicadangkan dalam buku Prof.Abdullah itu mungkin lebih sesuai bagi majlis yang diadakan di hotel. Kalaupun diadakan seperti dalam dewan seperti tadi, sound system kena betul-betul power. Kat dewan tadi, biarpun bilangan spekernya banyak, mungkin kedudukan speker dan persekitaran menyebabkan suara agak tidak jelas. Seingatan aku, aku pernah mengacarakan majlis MSSPK Daerah Batang Padang dua tahun lepas dalam dewan ini memang menghadapi masalah yang sama.
Umum mungkin melihat bidang pengacaraan ini nampak mudah. Namun, tanggungjawab yang besar sebenarnya diletakkan di atas bahu para pengacara. Walaupun tuan pengetua tidak meletakkan tekanan yang tinggi kepada aku, tetapi mana-mana pengacara pun tentulah mahukan persembahan yang seratus persen. Berkaitan dengan PA sistem, tidak boleh semudah-mudahnya menggunakan peralatan yang simple. Dalam kes aku tadi, aku dibantu seorang saudara tuan pengetua dengan dua buah laptop yang menyimpan ratusan buah lagu yang sangat sesuai dengan majlis. Cuma aku tidak boleh melaras sendiri aras volume lagu yang ke udara. Aku terpaksa memberi isyarat terlebih dahulu kepada beliau sebelum bercakap. Dalam keadaan biasa, emcee akan berdepan dengan mixer board. Emcee atau deejay akan menurunnaikkan aras suara mengikut keperluannya sendiri. Oleh itu kedudukan aku yang terasing dengan laptop menyebabkan ada halangan antara aku dengan peralata tersebut.
Alhamdulillah segalanya telah pun selesai. Aku meninggalkan majlis sekitar jam 2.30 petang setelah lebih kurang dua jam setengah bertindak sebagai pembawa majlis penting yang julung kalinya hadir dalam keluarga tuan pengetua aku. Kalaulah peluang sebegitu hadir lagi dalam hidupku, aku rasa pendekatan yang aku gunakan pada hari ini tidak sesuai. Majlis yang dipenuhi dengan gurindam dan pantun tidak semestinya berkesan dalam semua majlis perkahwinan. Ia bergantung di mana ia diadakan, bagaimana pola tetamu yang hadir dan bagaimana keupayaan PA sistem dalam "mengawal" sepenuhnya perjalanan majlis.
Hari ini aku datang ke Majlis Walimatul Urus anakanda Tuan Pengetua sekolah aku, dengan kapasiti sebagai "Pembawa Majlis". Istilah yang aku pinjam daripada buku Prof Abdullah Hassan. Pada minggu lepas sewaktu Tuan Pengetua menyatakan hasrat meminta aku menjadi "pengacara majlis" perkahwinan anaknya, aku agak suspen gak. Sebab, jarang-jarang ada emcee dalam majlis perkahwinan. Yang biasa-biasa Dee Jay (Disc-Jockey) adalah... Mungkin pengetua aku pun tahu, kalau DJ aku memang tidak berkebolehan, jadi beliau mintak jadi emcee jer. Tanpa soal panjang, beberapa hari lepas itu aku berjumpa beliau untuk mengetahui flow majlis. Kira oklah... aku hanya perlu mengacarakan majlis bermula dari pengantin tiba sehinggalah ucapan wakil kedua-dua mempelai.
Selang beberapa hari, seorang rakan yang biasa dengan pengacaraan majlis meminjamkan sebuah buku Koleksi Puisi Melayu kepadaku. Aku pun meneliti lembar demi lembar buku tersebut. Buku karya Prof.Abdullah Hassan, Aripin said dan Ainon Muhamad itu sangat lengkap dalam mengacarakan majlis perkahwinan. Jadi, agak mengecutkan juga apabila pengarang buku tersebut memberi "nasihat" kepada pembawa majlis agar tidak terikut-ikut dengan trend pengacaraan semasa yang dilihat "mencemarkan" kesucian serta kekudusan majlis yang bersifat agama dan adat itu.
Ada enam gaya pengacaraan yang dilarang;
1. Gaya 'disc-jockey'
2. Gaya juruacara pesta
3. Gaya juruacara sukan
4. Gaya juruacara hiburan dalam televisyen
5. Gaya juruacara di padang terbuka
6. Gaya pengulas majlis
(Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkhawinan dan Persandingan Melayu, hal.3)
Aku jadi pening seketika. Gaya yang mana akan aku gunakan dalam pengacaraan itu nanti. Kalau guna pendekatan majlis rasmi macam di sekolah, masalahnya majlis itu bukannya majlis rasmi walaupun majlis itu ada protokolnya. Fikir punya fikir, akhirnya aku ikut sahaja apa yang dalam buku tersebut.Setelah usai majlis, aku berpendapat dalam majlis yang diadakan dalam dewan seperti di Dewan Proton Tg.Malim yang luas, dengan bilangan hadirin yang ramai serta agak bising, gaya deejay lebih berkesan. Gaya yang dicadangkan dalam buku Prof.Abdullah itu mungkin lebih sesuai bagi majlis yang diadakan di hotel. Kalaupun diadakan seperti dalam dewan seperti tadi, sound system kena betul-betul power. Kat dewan tadi, biarpun bilangan spekernya banyak, mungkin kedudukan speker dan persekitaran menyebabkan suara agak tidak jelas. Seingatan aku, aku pernah mengacarakan majlis MSSPK Daerah Batang Padang dua tahun lepas dalam dewan ini memang menghadapi masalah yang sama.
Umum mungkin melihat bidang pengacaraan ini nampak mudah. Namun, tanggungjawab yang besar sebenarnya diletakkan di atas bahu para pengacara. Walaupun tuan pengetua tidak meletakkan tekanan yang tinggi kepada aku, tetapi mana-mana pengacara pun tentulah mahukan persembahan yang seratus persen. Berkaitan dengan PA sistem, tidak boleh semudah-mudahnya menggunakan peralatan yang simple. Dalam kes aku tadi, aku dibantu seorang saudara tuan pengetua dengan dua buah laptop yang menyimpan ratusan buah lagu yang sangat sesuai dengan majlis. Cuma aku tidak boleh melaras sendiri aras volume lagu yang ke udara. Aku terpaksa memberi isyarat terlebih dahulu kepada beliau sebelum bercakap. Dalam keadaan biasa, emcee akan berdepan dengan mixer board. Emcee atau deejay akan menurunnaikkan aras suara mengikut keperluannya sendiri. Oleh itu kedudukan aku yang terasing dengan laptop menyebabkan ada halangan antara aku dengan peralata tersebut.
Alhamdulillah segalanya telah pun selesai. Aku meninggalkan majlis sekitar jam 2.30 petang setelah lebih kurang dua jam setengah bertindak sebagai pembawa majlis penting yang julung kalinya hadir dalam keluarga tuan pengetua aku. Kalaulah peluang sebegitu hadir lagi dalam hidupku, aku rasa pendekatan yang aku gunakan pada hari ini tidak sesuai. Majlis yang dipenuhi dengan gurindam dan pantun tidak semestinya berkesan dalam semua majlis perkahwinan. Ia bergantung di mana ia diadakan, bagaimana pola tetamu yang hadir dan bagaimana keupayaan PA sistem dalam "mengawal" sepenuhnya perjalanan majlis.
2 PANDANGAN:
saya tiada bkt menjd MC
Kadang2 bakat tak diperlukan sangat.... apa yg penting ialah semangat mahu mencuba....
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...