The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, November 21, 2009

SISTEM PERSEKOLAHAN MENENGAH JAIS TIDAK DEMOKRATIK.

Saturday, November 21, 2009
Bookmark and Share
Sebelum keputusan UPSR keluar, memang merisaukan. Berapa A? Atau, tak ada A? Begitu juga PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama di Selangor). Berapa peratus? Mumtaz? Jayid Jiddan? Jayid? Maqbul? Kini, bila semua keputusan dah diketahui. Lain pula kerisauan yang timbul. Nak sekolah mana pulak?
Bagi yang tidak mendapat 5A, pintu ke asrama penuh anggap sahaja dah tutup rapat. Biarpun disertakan dengan sijil kokurikulum peringkat negeri, universiti, daerah dan sekolah yang jumlahnya mencecah 20 keping kesemuanya, dengan keputusan UPSR sebegitu tidak membawa erti apa-apa. MRSM awal-awal hanya membenarkan PIN dibeli oleh mereka yang dapat 5A. Sedikit aneh, MRSM pelajar yang tak cemerlang kokurikulum pun masih boleh meloloskan dirinya masuk.
Saya akur dengan hukum manusia, siapa yang cemerlang dialah yang gemilang. Sekolah elit biarpun semakin banyak dibina khas untuk mereka yang sebegitu namun sehingga kini ia masih tidak dapat menampung sejumlah 48,000 orang calon yang dapat straight A's. Selebihnya cari sekolah-sekolah harian atau ada yang masih bernasib baik dapat KRK (Kelas Rancangan Khas).
Trend sebegitu kini semakin ketara pula di SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) terutamanya di negeri Selangor. Kini, selain daripada SAM (Sekolah Agama Menengah), dan SAMT (Sekoah Agama Menengah Tinggi), kini ada dua lagi sekolah yang menempatkan para pelajar yang cemerlang iaitu SAM Bestari dan Tahfiz. Kalau di sekolah aliran kebangsaan, SBP, SBPI, SMKA menetapkan pencapaian 5A dalam UPSR, sekolah-sekolah SABK Selangor mensyaratkan pencapaian 85% kelulusan dan ke atas dalam PSRA untuk memasuki mana-mana sekolah SAM dan SAMT. Manakala untuk SAM Bestari dan Tahfiz mungkin 95% ke atas.
Berdasarkan figure di atas, satu tanda soal yang besar timbul bagaimana anak-anak yang berpencapaian 85% ke bawah? Sedangkan mereka ingin belajar di sekolah agama Selangor! Menurut sumber JAIS, mereka yang mendapat 85% ke atas sahaja yang akan ditawarkan tempat. Selebihnya, tunggulah yang ditawarkan itu menolak. Mungkin mereka akan ke SBP, SBPI, MRSM... jadi, kekosongan yang ditinggalkan itu akan diisi oleh merka yang lebih rendah meritnya.
Fenomena tersebut telah menyebabkan beribu-ribu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di SABK Selangor, akhirnya menguburkan hasrat masing-masing.
Apakah masalahnya yang dihadapi oleh SABK Selangor? Sekali gus masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negri Selangor yang mengurus secara langsung SABK tersebut. bersama dengan Kementerian Pelajaran malaysia. Saya terpanggil untuk melontarkan persoalan ini sebab saya sendiri adalah produk sistem aliran persekolahan agama tersebut.
Kalau dahulu JAIS berdepan dengan bukan sahaja masalah bagaimana hendak membina bangunan sekolah, malah bagaimana hendak mencari guru-guru yang berkelayakan bagi menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah tersebut. Sekitar awal tahun 1980-an, ramai guru ijazah diambil untuk mengajar di SAMT, malangnya apabila ada pekerjaan tetap ditawarkan, mereka sudah pasti akan meninggalkan sekolah tersebut. Pernah suatu ketika, seorang guru hanya sempat memperkenalkan diri dalam satu sesi pengajaran, seminggu kemudian telah berhenti. Untuk mendapatkan guru-guru yang berkelayakan sangat sukar, oleh itu tinggallah para pelajar terkontang-kanting tanpa bimbingan menghadapi peperiksaan. Sebab itu prestasi sekolah-sekolah agama dalam SPM umpamanya sangat teruk berbanding dengan sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Sebagai contoh SPM 1982, SAMT di Sabak Bernam hanya enam orang sahaja yang dapat pangkat 1, sedangkan sekolah-sekolah menengah lain di pekan tersebut berpuluh-puluh!
Bangunan sekolah kira oklah. Sebab kami faham kekangan yang dihadapi oleh JAIS. Asrama dan tempat tinggal? Jika sesiapa sahaja yang pernah bersekolah agama di sekitar 1970-an dan 1980-an di negeri Selangor, tentu 1001 cerita boleh diceritakan dan mengambil masa 1001 malam juga. Saya pernah tinggal di pondok, sebelum menetap di asrama luar dan akhir sekali asrama dalam. Oleh sebab sistem yang sedemikian itu menyebabkan tidak ramai rakan-rakan saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading secara terus. Ramai dalam kalangan mereka masuk ke universiti selepas mengajar beberapa tahun.
Namun, ibu bapa tak banyak yang melenting-lenting sebab kemudahan yang sangat dhaif itu. Apa yang sangat utama ialah ilmu agama yang anak-anak perolehi. Setidak-tidaknya lepaslah fardhu ain anak-anak serta boleh mengurus jenazah ayah dan emak kelak. Tak masuk universiti pun tak apa... kalau masuk dianggap sangat hebat. Sebab, sekolah yang serba-serbi kurang dapat juga masuk universiti!
Keperluan ilmu agama dalam membina jati diri para pelajar semakin diterima masyarakat. Menjelang tahun 1990-an, kemasukan ke sekolah agama di Selangor mula menampakkan peningkatan yang sangat ketara. Masa itu telah ada syarat kemasukan. Penilaian darjah Enam mesti sekurang-kurangnya 3A lah... 4A lah... dan terkini 5A tak cukup. malah tak boleh masuk jika PSRA tidak mencapai sekurang-kurangnya 85%!
Kalau dalam konteks gred penilaian yang dipakai sekarang, A ialah 80% dan ke atas. Bayangkan kalau hendak masuk sekolah agama di Selangor perlukan 85% (ikut calon-calon yang ditawatkan) itu gred apa? Adakah JAIS hanya menerima para pelajar yang maha pandai sahaja? Walaupun dalam pengiraan CGPA tiada gred A*, 85% bolehlah saya anggap gred tersebut.
Apakah agenda JAIS sekarang? Untuk memenuhi tuntutan fardhu ain (ukhrowi) atau sekadar untuk memenuhi tuintutan kecemerlangan duniawi? Saya bukan hendak merendah-rendahkan kemampuan sekolah aliran kebangsaan dalam membina modal insan berkualiti, malah melalui sistem persekolahan kini memungkin lebih ramai teknokrat, profesional lahir dalam sistem tersebut. Tetapi, bagi ibu bapa yang separti saya, masih percaya kecemerlangan seseorang pelajar bukan sekadar cemerlang akademiknya sahaja. Malah, kami percaya bahawa pelajar yang "cemerlang" agamanya akan cemerlang akademiknya. Dan, bukan sekadar cemerlang akademiknya sahaja malah cemerlang sahsiah dan akhlaknya. Itulah yang berlaku dalam sistem pendidikan agama di Selangor suatu ketika dahulu.
Apakah masalah sebenar JAIS? Masalah guru telah diselesaikan melalui pengambilalihan sistem sedia ada dalam SABK. Bagi saya, apa yang penting ialah membanyakkan sekolah-sekolah agama mengikut keperluan pelajar. Kaedah memberi tawaran kepada pelajar-pelajar maha cemerlang sahaja bukan kaedah yang terbaik dalam memenuhi tuntutan penyebarluasan ilmu agama adalah fardhu ain. Terutamanya bagi daerah Hulu Selangor yang hanya ada dua buah sekolah menengah agama iaitu di SAM Selisek dan satu lagi SAMT Kuala Kubu Bharu.
Mungkin JAIS akan melihat idea ini sebagai idea budak-budak. Tetapi, budak-budak yang di sekolah rendah pun boleh cakap macam itu. Hanya itu caranya untuk memenuhi tuntutan fardhu ain. Jika trend sebegini berterusan, ada ibu bapa yang tidak berminat hendak menghantar anak-anak ke SRA. Sebab, kalau tak mampu dapat 85% (keperluan semasa dan mugkin akan terus meningkat) dan ke atas, tak usah lah ke SRA. Kesannya, pelajar yang mengambil PSRA menghadapi tekanan yang sangat tinggi. Dalam keputusan PSRA baru-baru ini ada seorang rakan saya memberitahu anaknya menangis seba tak dapat 95%! Sebab peratus untuk ke SAM Bestari mesti 95% dan ke atas. Lebih malangnya, ada pegawai JAIS sendiri terpaksa menyekolahkan anak mereka ke sekolah menengah kebangsaan sebab masalah yang sama! Saya anggap pegawai tersebut sangat berintegriti. Sedangkan ramai rakan-rakannya yang lain menggunakan "kabel besar" untuk memastikan anak-anak mereka dapat sekolah tersebut.
Kini sudah tiba masanya JAIS mengamalkan sistem pendidikan yag lebih demokratik. Memastikan peluang yang lebih terbuka kepada mereka yang hendak belajar dengan membina sebanyak mungkin bangunan sekolah. Selebihnya serahkan kepada KPM untuk mengurus tenaga pengajarnya. Inilah sumber manusia atau modal insan yang tidak harus diperjudikan jati diri mereka yang semakin sesat dalam menempuh arus cabaran sosial mas kini yang semakin gawat. Pelbagai kajian dijalankan, akhirnya jawapannya mengarah kepada beberapa perkara. Antara yang peling ketara ialah, kurangnya didikan agama. Tidak tersentuhkah Bahagain Pendidikan JAIS dalam perkara ini?

Facebook Comments

15 PANDANGAN:

Anonymous said...

Anak saya sangat berminat belajar di sekolah agama. Bahasa arab dia sentiasa A dari darjah 1 sehingga darjah 6. Keputusan UPKK dan UPSRA dia streight A dan dia mercita-cita nak masuk SMKA atau SMA. Anak saya begitu sedih apabila keputusan UPSR 2012 mendapat 4A 1B(BI)sudah tentulah SBP, SMKA, MRSM, SMA dia tak layak. Saya cuba nak mohon untuk masukkan ke ke mana-mana SAM malangnya sekolah SAM hanya menerima pelajar yang bersekolah di Selangor sahaja. Saya takut cita-cita anak saya berkubur begitu saja jika dia belajar di sekolah biasa.
~Org Wilayah~

Anonymous said...

Anak saya telah berusaha gigih sehingga dia berjaya mendapat mumtaz (90.2%) dalam PSRA 2012. Malangnya permohonan ke SAM tidak diterima mungkin atas sebab UPSRnya hnya mendapat 1A, 3B dan 1C. Ke mana hala tuju pelajar yg berminat dalam bidang agama. Setelah kebuntuan, masuk sajalah ke sekolah menengah biasa. Terasa macam sia-sia je bertungkus lumus untuk mendapat 'mumtaz'.

Anonymous said...

lagi sedih 5A dan Mumtaz pon sekolah harian biasa je . Mujur masuk KRK . Jealous tengok kawan-kawan masuk asrama.

Amri Mat Saaid on March 17, 2013 at 1:17 AM said...

Alhamdullillah anak saya UPSR 5A..UPKK 96.25 PSRA 98.4 pada 2011 dah tingkatan 2 di SAM Bestari..bagi warga yg ambil sistem pendidikan islam di bawah JAWI dah ada SMA MAIWP dan SISTA (intergrasi tahfiz dan sains)..dan SMKA..

Anonymous said...

kalau tiada A dalam UPSR dan bukan mumtaz dalam PSRA, tidak layakkah masuk SABK? Macam mana dengan pelajar yang sederhana atau lemah? Kan bagus kalau dapat menghafal alquran walaupun kurang dalam akademik? Apa peluang untuk pelajar yang lemah tu?

tempat terhad.mcm jgk masuk universiti.mcm jga time apply kerja dan sebagainya.kena ikhtiar cara lain.tiada masalah yang tdk boleh di selesaikan.sekarang pun banyak guru2 untuk ajar hafaz quran

Anonymous said...

mrsm pun skrg ada yang sek untuk hafaz quran di trgnu dan gemencheh.tempat terhad.hanya yang 5A, psra mumtaz, dan lulus ujian yang di buat oleh pihak mrsm.tapi sama jga tempat terhad.ramai yang 5A, mumtaz pun tak dapat tempat.

Anonymous said...

spt jga kalu kita mahu memasuki universiti ( kt Malaysia skrg byk ipta dan ipts, kolej boleh masuk) cth universiti al azhar...mesti ada syarat jga nak masuk ke situ...bukan semua orang yang mahu masuk mesti boleh dapt..

Unknown on November 19, 2013 at 6:51 PM said...

Baru2 ni upsr anak saya dapat 4A1B (B sains)....dia amat berminat bersekolah di SAM....tetapi psra anak saya cuma jayidjidan 84.4% walaupun sebelum ni sentiasa dlm keadaan mumtaz....qada dan qadar menentukan keputusan begini...walaupun pada saya keputusan dianggap cemerlang jugak...tetapi peluang utk ke SAM agak kurang kerana setiuasi semasa dan sistem merit memyebabkan hal ini berlaku. pengamatan saya masyarakat banyak berminat menghantar anak ke sekolah agama...tetapi peluang yang terbatas....cuba bayang kan sekiranya masyarakat sudah tidak mahu agama sudah tentu nanti lulus PSRA pun akan diterima masuk SAM....Jais perlu peroaktif untuk membanyakan sekolah agama kerana rosaknya masyarakat sekarang adalah kerana kurang agama. Masyarakat yang nak kan agama dan berminat ke SAM kini telah diabaikan

Unknown on November 19, 2013 at 6:54 PM said...

SANIAH on May 14, 2017 at 11:42 PM said...

Namun begitu ramai pula rakan2 anak saya yg cuma 1A dlm upsr tetapi dapat masuk sekolah agama negeri...erk guna kabel ke?

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template