The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, November 23, 2009

SIBUK... SIBUK...

Monday, November 23, 2009
Bookmark and Share
Secara tiba-tiba sahaja hari ini menjadi hari yang sangat sibuk. Aku keluar rumah lima minit sebelum 7.30 pagi. Berkejar ke sekolah untuk melihat anak-anak muridku masuk bilik peperiksaan bagi menduduki kertas Pengajian Am 2. Sekurang-kurangnya nak bagi sokongan moral kepada mereka.
Namun sedikit hampa... sesampai kat sekolah semuanya sudah berada di serambi kelas menunggu arahan daripada ketua pengawas untuk melangkah masuk ke dalam bilik peperiksaan. Aku cuma mampu melambai dari bawah membalas lambaian mereka...
"Cigu, doakan kami.." Aku tak pasti sangat siapa yang bercakap. Aku membalasnya dengan memberi isyarat mengangkat tangan sebagai simbolik aku akan mendoakan kesemuanya.
Menjelang 8.30 pagi aku bergegas ke SAMSES (Sekolah Agama Sg.Selisek) untuk berjumpa dengan pihak pentadbir di situ bagi mencari tempat untuk anakku yang akan ke tingkatan satu tahun depan. Aku sangat bernasib baik kerana PK HEMnya ada di sekolah. Lama gak kami bersembang, bercerita pasal persekolahan menengah JAIS yang aku catatkan dalam entri yang terdahulu. Aku dah lama mengenali ustaz tu, seawal 1997 ketika aku mengambil KDP 14 minggu Bimbingan & Kaunseling di IPSI. Beliau mengambil kursus KDP Setahun, juga dalam B&K. Kebetulan pulak isterinya adalah senior aku masa di SAMT Sultan Salahuddin Bt.38.
Tentang peluang anak aku... mengikut kata Ustaz tu, biasanya dalam kalangan yang ditawarkan tu memang ada yang menolak. Ialah... cuba bayangkan pelajar yang ditawarkan tu peratysnya 85% dan ke atas. UPSRnya pun mungkin 5A. Alih-alih sampai kat sekolah tu, nampak sekolah kecik jer... padang bola pun tak ada... Jadi ada yang sampai-sampai jer terus masuk balik dalam kereta dan balik ke rumah... Kalau macam tu, sejuk sikit hati aku. Walaupun kata Ustaz tu... dengan keputusan macam tu layak masuk SMKA! Bagi aku kalau dapat Alhamdulillah kalau tak?
Aku singgah semula sekolah sekitar 10.40 pagi. Menyelesaikan beberapa perkara yang belum beres... Dan menunggu kertas soalan Pengajian Am 2 dengan rasa berdebar-debar. "Untung" gak ada sorang pelajar yang keluar setengah jam lebih awal! Aku sempat membelek soalan demi soalan... Bahagian esei A dan B nampak ada soalan yang pelajar boleh jawab. Begitu juga bahagaian C. Bahagian D agak mengejutkan kerana sekali lagi kedua-dua soalan meminta calon membina graf. Bahagian E juga ahak mengejutkan, sekali lagi kedua-dua soalan adalah jadual. Harap-harap semua calon dapat menjawab kesemua soalan termasuk yang keluar setengah lebih awal tu...
Aku sampai rumah lebih kurang 11.30 pagi dan terus bergegas untuk Hospital Batu Gajah sebab kakak ayah mertuaku masuk wad. Sambil menunggu yang lain-lain bersiap dan memunggah barang ke dalam kereta, sempatlah aku bersarapan. Oleh sebab aku membawa ayah mertuaku sekali, dua orang anakku ditinggalkan. Kalau nak sumbat juga boleh gak.. tapi berimpit-rimpit pulak...
Sepanjang perjalanan, cuaca redup dan sesekali renyai-renyai. Dan, sampai kat hospital sekitar 1.40 petang. Wah, Klasiknya hospital! Antara ayat yang terpacul dari bibirku. Memang kalsik... seni bina lama.. Kalau ada sesiapa yang nak buat filem berlatarkan scene 70an, bolehlah ke Hospital Batu Gajah. Keadaan W'e (e pepet) beransur baik. Mengikut anak-anaknya yang jaga, makan agak selera... Taopi, tak sabar-sabar nak balik rumah..
Setelah masa lawatan untuk sesi pagi ditutup, kami bergerak menuju ke Medan Selera untuk makan tengah hari dan seterusnya rumah W'e di Kampung Pisang.
Kami sekali lagi menuju ke hospital untuk sesi lawatan petang. Sebelum balik sempat singgah di rumah Pak Su isteriku.... Kami kembali ke TM sekitar 8.30 malam. Oleh sebab hujan lebat hampir sepanjang perjalanan dari batu gajah sehingga Bidor, kami sampai ke rumah sekitar jam 10.30 malam.

Facebook Comments

4 PANDANGAN:

Cikgu Dima on November 25, 2009 at 10:52 AM said...

Terima kasih sebab singgah ke blog saya yang masih baru itu. Tak lama lagi isi kandungan blog tu dah berubah cikgu....tak lagi cenderung ke Pengajian Am sebab saya dah tolak guru akademik Tingkatan 6. Dapat offer lain....selamat menjadi guru PA yang berwibawa...blog cikgu cantik....

MALEQUE SELAMAT on November 25, 2009 at 11:01 AM said...

Tahniah.... Dapat GC lah tu? Terima kasih. Sekadar jurnal peribadi dan kepada sesiapa yang berminat membacanya.. Selamat maju jaya...

salmahj on November 25, 2009 at 8:08 PM said...

cikgu malek memang seorang yang rajin.Blog lengkap. Jadi sumber informasi.

MALEQUE SELAMAT on November 26, 2009 at 1:57 AM said...

Cikgu Salmah, tak lah rajin sangat... Saya anggap blog saya ni macam diari... cuma kalau ada yg sudi nak baca, silakan... Apa yang bermanfaat, ambillah... Terima kasih kerana sudi menjengah blog yg tak sepertinya ini....

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template