Setelah sekian lama bercadang nak ke Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, akhirnya aku menjejakkan kaki juga kat pusat khazanah dokumentasi sejarah negara nih... Itupun setelah beberapa kali berjaya menembusi Kuala Lumpur tanpa talian hayat manusia, kini aku semakin yakin nak ke KL dengan talian hayat mekanikal. Alhamdulillah tanpa sesat, aku sampai ke Arkib Negara sekitar 10.05 pagi.
Rupa-rupanya banyak perkara gak pantang-larang nak masuk ke ruang "Dewan Penyelidik" di Arkib Negara (AN) ni... Mula-mula aku pelik gak dengan nama tu... Kalau datang bukan tujuan nak cari bahan untuk research pun, kena panggil penyelidik gak lah nampaknya... Aku? Hehe.. boleh lah kot!
Antara yang tidak dibenarkan dibawa masuk ialah beg (segala-galanya termasuk bekas pensil!. Beg duit jer yang boleh. Itupun kalau letak dalam poket... Buku, kamera, makanan (Aku belasah jer seludup gula-gula...) pun tak boleh bawa masuk.
Setelah isi borang pendaftaran, aku terus masuk ke Dewan Penyelidik. Staff kat front-desk tu memang bagus lah... dia follow aku masuk dan ajar macam mana nak guna aplikasi Kompass (search bahan secara LAN). Memang canggih... Kalau nak pinjam buku atau bahan kat Dewan Penyelidik, tak payah isi borang... cari guna sistem dan terus pinjam secara online. Lepas tungguh dalam 10 minit (bergantung kepada bilangan yang mohon lah) nama aku dipanggil. Dalam satu-satu masa boleh pinjam maksimum 10 bahan. Staff Arkib Negara (AN) tak tunggu dapat semua bahan baru nak panggil nama kita.
Bilangan "penyelidik" tak lah ramai sangat dalam satu-satu masa. Tak sampai 20 orang pun. Jadi, sangat selesa. Meja yang kapasiti 4 orang... aku duduk sorang-sorang. Apa yang penting, laptop boleh bawa masuk. Malah setiap meja disediakan soket 3 pin. Hehe... wifi tak dak tau! Wireless broadband aku cuma dapat 1 bar jer... itu pun kalau idle lama sikit terus disconnect... Pelik gak! Kat KL wireless broadband Celcom tak ada coverage! Ini nak kena POTONG nih! Aku mintak kebenaran nak bawak voice recorder... Lama kakak yang jaga kaunter tu nak bagi keputusan... Kata dia, setakat nih tak ada orang bawak masuk... Adusss.. Tapi akhirnya aku dibenarkan bawak benda tu...
Office hour memang mesra pengunjung. Kecuali hari Isnin dan Jumaat, start pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Hari-hari lain tamat 6.00 petang. Haha... bayangkan tolak solat zuhur dan asar serta makan tengah hari... dekat 9 jam kat dewan penyelidik tu... Kafeteria (boleh tahan harganya... ikut rate harga KL lah agaknya) dan musollah ada disediakan. Dan yang penting... parking setengah sen pun tak bayar! Teringat plak masa cari tesis kat EPRD (masa tu di Damansara) kalau whole-day terperap kat situ... bayaran parking jer pun berbelas ringgit!
Aku tak tahan kesejukan! Keluar dari AN sekitar 4.30 petang. Sebab lain... nak singgah Hospital Selayang. Ziarah biras aku baru lepas operation Hernia. Macam mana ntah boleh terlupa.. keluar dari AN aku set GPS aku BALIK! Dah nak sampai area Hospital Sg.Buluh baru ingat... Berhenti tepi jalan dan cari lokasi Hospital Selayang... Aku suspen gak bila GPS navigate aku masuk Hospital Sg.Buluh! Rupa-rupanya dia "suruh" aku ikut jalan lama ke Selayang melalui depan Hospital Sg.Buluh.
Bukan sikit punya pusing nak sampai ke Hospital Selayang. Rasanya kalau tak dibantu dengan GPS, aku tak sampai punya... Tapi sebenarnya aku masih ada masalah ngan GPS nih... sukar nak baca jarak. Kalau kat kampung tak ada hal punya... sebab simpang jauh-jauh beb! Kat bandor... itu yang kekadang terpaksa menyelit kat tepi kenderaan lain... aku ingat simpang dah sampai.. alih-alih depan lagi... Dah lah traffic light warna merah... Adusss memang kena maki orang lain berguni-guni!
Alhamdulillah aku sampai kat Hospital Selayang sekitar 5.45 petang... Kelam kabut cari musolla nak solat Asar... Terus ke wad 4 menemui birasku. Keadaannya nampak ok... Petang semalam operationnya... Kata biaras aku tu... lagi lima hari sekurang-kurangnya baru discharge. Dia ada masalah jantung... jadi masa operation darahnya dipekatkan, dan sekarang doktor bagi dia makan ubat untuk cairkan darahnya pulak...
"Raya kat sepitallah aku.." Katanya sayu.
Terus aku teringat kata-kata almarhumah emak mertuaku pada Ramadhan lepas sewaktu aku mengajaknya ke hospital setelah kakinya bengkak.
Balik dari Hospital Selayang, aku menempuh kesesakan jalan raya perdana... Bayangkan dari Selayang sekitar jam 6.45 petang dan sampai rumah dekat pukul 10.00 malam. Kesesakan pertama dari Selayang ke Rawang! Kedua, susur keluar dari jalan lama menuju ke highway...

2 PANDANGAN:
wah...cikgu..seronok la dapat g arkib negara,saya nak pergi tak dapat2 lagi,macam ne nak masuk arkib negara ni cikgu??kne jadi ahli ke atau men redah(masuk) jer???
Sebenarnya tak banyak syarat... Kalau pelajar sekolah tak pasti... Kalau macam saya, mula-mula kena tinggalkan IC kat guard, bila masuk kat bangunan Arkib Negara terus gi kat kaunter tu isi borang kemudian pegawai kat situ akan key-in maklumat kita lah... Bila datang lain kali, tak payah berhenti pun kat guard, terus masuk dan tulis maklumat kat buku masuk.... itu jer... Sonang jo.. yang sedikt payah nak ke situ jer... tau-taulah KL!!
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...