The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, December 27, 2009

THE SHARING OF MARRIAGE

Sunday, December 27, 2009
Bookmark and Share
The old man placed order for one hamburger, French fries and a drink.

He unwrapped the plain hamburger and carefully cut it in half, placing one half in front of his wife.

He then carefully counted out the French fries, dividing them into two piles and neatly placed one pile in front of his wife.

He took a sip of the drink, his wife took a sip and then set the cup down between them . As he began to eat his few bites of hamburger, the people around them were looking over and whispering.

Obviously they were thinking, 'That poor old couple - all they can afford is one meal for the two of them.'

As the man began to eat his fries a young man came to the table and politely offered to buy another meal for the old couple. The old man said, they were just fine - they were used to sharing everything.

People closer to the table noticed the little old lady hadn't eaten a bite. She sat there watching her husband eat and occasionally taking turns sipping the drink.

Again, the young man came over and begged them to let him buy another meal for them. This time the old woman said 'No, thank you, we are used to sharing everything.'

Finally, as the old man finished and was wiping his face neatly with the napkin, the young man again came over to the little old lady who had yet to eat a single bite of food and asked 'What is it you are waiting for?'

She answered

'THE TEETH.'


BACA LAGI...

Saturday, December 26, 2009

SEPULUH MAUT BAS TERBABAS DI LEBUH RAYA PLUS

Saturday, December 26, 2009
Bookmark and Share
Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu ialah:

1. Shaharin Mohd Nor, 61, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
2. Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
3. Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah;
4. Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
5. Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.
6. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
7. Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah;
8. Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar;
9. Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah;
10. Identiti mangsa belum dikenalpasti - wanita dipercaya Melayu.

Wan Abdullah berkata penungpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Wan Abdullah berkata semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan. - Bernama

---------------------------------

Aku ingin ucapkan takziah kepada sanak saudara yang telah kehilangan insan tersayang disebabkan kecuaian pemandu bas tu... (terutama kepada nama yang aku highlihght sebab tak jauh dari rumah emak bapak aku...) Entahlah macam serba tak kena dengan pengangkutan awam di negara kita nih... Tahun ni sahaja dah lima kali kes kemalangan maut melibatkan bas. Itu tak termasuk lori... Pendek kata dua jenis kenderaan yang paling besar kat atas jalan raya nih macam lanun Somalia... Dia nak buat apa pun ikut selera sendiri... Seingatan aku lah... bas dua tingkat nih, satu ketika dulu tidak dibenarkan digunakan di negara kita atas faktor keadaan muka bumi dan jalan yang kurang sesuai...

Bila berada di highway memang risau betul bila tengok side mirror ada bas memandu dengan laju... nak potong kita. Begitu juga kalau kita nak potong.. memang risau kalau buat drebarnya tak perasan kita kat kanan nak over-taking bas... Dah lah besar dan bagak...

Tapi aku ada pengalaman lucu pasal bas ekspress nih... Masa tu aku balik dari Ipoh. Sedang aku nak potong sebuah bas ekspress, tetiba dia beri signal nak keluar... masa tu aku dah suku badan bas dah.. stelah bagi lampu dan hon berkali-kali tapi macam tak ada respon.... terpaksalah mengalah... lepas tu bas tu punya laju.. Aku pun naik hangin lah...nak bagi pengajaran sikit kat drebar bas tu..

Aku kejar sampai dapat dan potong balik... leps tu aku slow .. ikut 110km lah.. tapi bas tu ikut slow! Nak tahu kenapa? Sebab masa tu aku ngan kawan aku pakai uniform BSMM macam navy... siap ngan pangkat bercrown dan pips.. Aku rasa memang drebar tu ingat kami pegawai tinggi tentera laut... Kami punya lah gelak..kahkahkah...!!!


BACA LAGI...

SMK KUALA PENYU: KENANGAN MENYENTUH JIWA

Bookmark and Share
Saat dan tika begini, masih tercatuk di meja tulis sambil melayan kerja-kerja yang dipikul sejak dua minggu yang lalu... tetiba ffikiranku melayang ke bumi Kuala Penyu, Sabah. Di situlah aku dipostingkan sejurus tamat KPLI. Suatu perbumian asing yang kalau tidak dipaksa pergi semacam itu, sememangnya aku tak akan sampai. Maklumlah menyeberangi lautan serta meninggalkan keluarga (emak, bapak dan adik-adik ler...) untuk suatu tempoh yang agak panjang.

Lalu, aku terus melayan ingatan ku itu dengan meminta Lebai Google mencari apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Kuala Penyu. Sedikit hampa laman web sekolah masih yang dulu jugak, tetapi ada satu laman yang baru dengan extention ".net"... hatiku melonjak gembira.. tetapi rupanya site tu masih dalam pembinaan.

Kebanyakan URL yang Lebai Google bagi, aku dah selongkar... mencari-cari kalau-kalau ada foto yang mampu mengubati kerinduan pada SMK Kuala Penyu aka SMK Kayul. Sedang keluar masuk URL, tetiba aku mendapat sebuah imej flat guru SMK Kayul yang duduk di situ selama kirta-kira tiga tahun.

Aduss syahdunya... sebelah kanan Flat A dan kiri B. Masa tu flat A untuk majoritinya geng bujang dan sebelah kiri tu, untuk berkelamin. Namun, ada satu keluarga yang duduk kat blok A sebab mungkin tak cukup tempat di blok B. Cikgu Masni yang duduk di tingkat satu kami anggap macam penghulu kat blok A. Aras dua geng anak dara (sumandak) iaitu Donna dan Felecia, aras tiga geng aku lah... sebelum aku tinggalkan flat tu untuk menyewa di Pekan Kuala Penyu (selepas aku kahwin), yang menetap kat situ ialah Muhammad bin Abd Mutalib, Jailani Jaya dan aku. Atas sekali tak tetap... kebanyakannya yang pernah duduk kat situ adalah geng guru GSTT.

Itu semua unit-unit rumah sebelah kanan. Manakala yang sebelah kiri aku tak pasti sangat. Maklumlah dah lama sangat... Cuma yang satu aras dengan rumah yang aku duduk, geng Sabahan. Kipli Gitam, Fazlee Abdullah dan Ag.Besar Suran. Dua rumah ini asal ada orang jer.. seberang menyeberang jer...

Ahhhh... Itu memori 1993. Selepas itu aku tinggal di Kg.Periuk-Periuk, Pekan Kuala Penyu sehingga Me1 1995. Sempat ada anak seorang sebelum balik ke Semenanjung dan bertugas di mana aku bertugas sekarang. Namun foto tersebut memang menyentuh hati betul sebab... tiada perubahan apa-apa pada fizikal banguna tersebut... Mungkin foto itu diambil tidak begitu lewat dari tarikh aku meninggalkan bumi Kayul.

Apabila musim sukan sekolah... pada bahagian hujung padang yang ada garaj itulah kami membuat rumah sukan masing-masing. Oleh sebab takut kena sabotaj, aku pernah tidur di pondok sukan tersebut. Hehehe... antara bahan yang paling mudah hilang ialah buluh... sebab nak cari buluh agak susah. Tapi yang agak mudah cari ialah pokok rumbia.

Kuala Penyu: Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki... Semoga kita bertemu kembali...

BACA LAGI...

Friday, December 25, 2009

PERINGATAN DARI PDRM

Friday, December 25, 2009
Bookmark and Share
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

  1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan)
  2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
  3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telahmenunggu di luar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
  4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
  5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
  6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
  7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
  8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
  9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
  10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
  11. panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
  12. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahka anda untuk membuat sebarang panggilan telefon. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
  13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
  14. 14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
  15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
  16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnyaanda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
  17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
  18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
  19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
  20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
  21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM


BACA LAGI...

CATATAN LEWAT PASCA RESULT PMR...

Bookmark and Share
Bagi yang membaca entri terakhir semalam, tentu telah membuat beberapa spekulasi mengapa aku tidak segera mengisytiharkan keputusan peperiksaan PMR anakku yang nombor wahid. Dan, tentunya keputusannya tidak begitu menggalakkan atau langsung sangat mendukacitakan. Dan, biasanya sebagai orang yang selalu membuat intrepretasi serta spekulasi selaku penulis dan pembaca blog.. ia ada asas yang kukuh.

Jadi segala spekulasi dan intrepretasi atas pola dan patern yang ada ternyata benar belaka. Namun, seperti yang aku nyatakan sebelum ini, aku sememangnya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepadanya. Bukan kerana kecewa dan putus asa, tetapi kerana usahanya yang tidak seberapa. Cepat berpuas hati apabila mencapai keputusan yang agak baik dalam ujian-ujian bulanan atau ujian rasmi. Tidak menganggap peperiksaan ini adalah "pembunuh"paling kejam.

Mungkin, sistem peperiksaan kini yang meniadakan bar pada lemasukan ke tingkatan empat, turut menyumbang sama anak-anak OKU (oarang kurang usaha... hehehe..) macam anak aku ini, kurang ada tekanan untuk berusaha lebih gigih lagi.

Menyedari dari awal ketidakupayaannya untuk membuat keputusan yang upset, aku dan isteriku tidak memberi apa-apa tekanan sejak dari tarikh keputusan telah diketahui sehingga dalam perjalanan selama sejam itu. Aku rasa dia tahu... seperti dalam peperiksaan UPSR tiga tahun yang lalu pun macam itu... Bila keputusan sudah di tangan, aku terima itu seadanya. Nak dimarah, dileter pun tiada gunanya... Hatta menangis air mata darah sekalipun, keputusan tetap tidakakan berubah. Bagi aku, segala kritik, marah dan komen hanya berfungsi sebelum peperiksaan sebenar berlangsung...

Akhirnya baru anakku itu benar-benar tahu bahawa peperiksaan itu sangat "kejam"... Sewaktu sarapan pagi yang sedikit lewat, dia tidak mahu mengisi perut walau sesuap nasi... Apa tidaknya, seorang demi seorang kawan sekelasnya sewaktu sekolah rendah dulu memaklumkan bilangan A yang mereka terima. Dia baru tahu bagaaimana keputusan peperiksaan rakan-rakannya itu adalah persis sebilah pedang yang sedang menunggu masa untuk memenggal lehernya... langsung situasi itu menghilangkanlangsung selera apa-apa juga yang ada...

Sepanjang perjalanan yang sangat lancar, cuaca yang agak baik... menjadikan degup jantungku sendiri berdetik agak laju... Memasuki perkarangan sekolah, kami solat Zuhur dulu dan sejurus usai anakku itu terus ke pejabat sekolah.

Tiadak lama aku nampak anakku itu melangkah dengan gontai... Dan bila aku lihat keputusannya... Aku sedikit rasa hampa. Bukan kerana, keputusannya yang terlalu teruk... tetapi kerana kurang usahanya menyebabkan keputusan seperti itu berlaku. Dengan 2A (Math dan Sejarah) selebih 5B dan 2D, menjadikan pedang yang tadinya menunggu masa unutuk memenggal batang lehernya.. kini telahpun "memenggal" habis lehernya... Dia tewas, berbanding rakan-rakannya yang lain... Barangkali tercorot dalam lingkungan rakan-rakanya yang baru-baru ini mengadakan SKTM Class of 2006 special gathering di Dusun Bay.

Termenung, murung dan sedih melihat keputusan yang ada di tangan... Barangkali memikirkan apa yang harus diberitahu kepada rakan-rakannya nanti... Namun, pilihan yang ada hanya berterus terang memberitahu perkara yang sebenar, kerana itu adalah fakta yang tidak boleh disorokkan atau dimanipulasi lagi....

Bagi membinding perasaan yang hancur itu... kami menjelaskan keputusan itu sudah tidak boleh dibuat apa-apa lagi. Terimalah seadanya, kerana setakat itu usaha yang dibuat. Ertinya selama tiga tahun ini, segala usaha yang dibuat sememangnya untuk mendapat keputusan sebegitu. Jadi, terima sahaja hakikat yang ada dan simpan ia dalam arkib sejarah diri. Apa yang lebih penting ialah peperiksaan SPM, dua tahun lagi. Itulah peperiksaan paling akbar dalam hidup kita... Justeru, pemilihan mata pelajaran berdasarkan kebolehan diri sangat penting... Kegagalan memadankan nilai mata pelajaran dengan kebolehan diri sering memerangkap potensi sebenar para pelajar.

Entahlah... aku tidak pasti, apa-apa lagi yang harus aku lakukan dalam menghadapi detik yang sebegini... Pindah sekolah yang senang dipantau saban minggu? Dan, sejak dari dulu lagi.. aku tidak memberikan jawapan tuntas, mengapa anak-anak aku tidak disekolahkan satu sekolah dengan aku... Ramai rakanku kehairanan mengapa anakku yang nombolr thalatha itu tidak bercadang untuk dimasukkan ke Kelas Rancangan Khas di mana aku bertugas.... Hahaha.. lu pikirlah sendiri!!!!

Sekian adanya...


BACA LAGI...

Wednesday, December 23, 2009

GAGAL KE SBP...

Wednesday, December 23, 2009
Bookmark and Share
Sejak semalam, episod-episod penting ke arah mana anak aku yang nombor thani nak bersekolah di tingkatan satu pada tahun depan sudah mula terbayang.

Tawaran dari Bahagaian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ke sebuah sekolah agama di daerah Hulu Selangor menandakan usaha aku membuat rayuan semasa awal cuti sekolah hari itu telah menampakkan hasilnya. Sebab, dalam piawai JAIS, kelulusan UPSR tidak menjadi syarat penting yang melayakkan seseorang pelajar itu ke tingkatan satu. Mereka ada penilaian sendiri yang dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Dalam keadaan itu, anak aku hanya sekadar Jayyid. Tidak ditawarkan secara otomatik. Justeru, kena buat rayuan lah...

Namun, aku nampak anak aku itu masih mengharap kalau-kalau dapat tawaran ke SMKA. Sejak 21 hari bulan lagi, aku diminta oleh anakku itu melihat laman web KPM kalau-kalau semakan ke SBP telah ada... Dan, hari ini segala-galanya terogkai.

Anakku yang mendapat 4A1B dalam UPSR gagal ditawarkan ke SMKA. Apa yang paling mengejutkan... 15 orang rakan sekelasnya yang mendapat 5A... hanya dua orang sahaja yang mendapat tempat ke SBP. Selebihnya hampehh... Macam mana aku boleh tahu? Melalui semakan dengan menggunakan angka giliran, aku menyemak semua sekali angka giliran dari 1001 sehinga 1036. Bukan susuah mana pun...

Aku nampak sedikit hampa pada wajah anakku itu... Namun perasaan itu segera hilang apabila rakan-rakannya yang mendapat 5A pun hanya dua orang sahaja yang ditawarkan tempat ke SBP. Aku segera membuat rayuan melalui aplikasi rayuan yang ada pada capaian web tersebut. Namun sehingga kini masih gagal... ada internal error pulak...

Esok, satu lagi debaran akan terjawab... apabila anak aku yang nombor wahid pulak ambik keputusan PMR. Aku tak aspect tinggi-tinggi kat anak aku yang ini... namun bak kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki...." aku masih mengharap suatu yang luar biasa akan berlaku. Kerana sesiapa sahaja nakkan keputusan yang baik kan... Nampaknya aku kena pergi ke Sungai Besar untuk pergi ke sekolah anak aku itu... Apa lagi yang boleh dilakukan dengan keputusan sudah berada di PPD... bagi pegawai yang terbabit dan yang rajin membelek keputusan tersebut... sudah tahu ... anak sipolan... sipolan dapat apa... cuma yang belum tahu hanyalah tuan punya badan...

BACA LAGI...

Tuesday, December 22, 2009

APA ERTINYA MISKIN KEPADA ANAK-ANAK KITA..

Tuesday, December 22, 2009
Bookmark and Share
Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin.

Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin. Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya,

"Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor kucing dan mereka ada empat.

Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung.

Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam.

Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kaki langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang.

Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.

Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka.

Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka, "LEBIH SESUAI LAGI....
"ALLAH SAHAJA YG MEMBERI REZEKI PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGAN)

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata,

"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

"Teman Sejati Bukan yang Selalu Dekat Di Mata, Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang Setia di Hati dan Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya"

BACA LAGI...

ISTERI CURANG MENGHADAPI SIKSA DUNIA

Bookmark and Share
Mohon maaflah kalau untuk seketika, catatan dan paparan yang dimuatkan dalam blog ini bukan fresh ideaku. Ia merupakan kutipan email yang aku pernah terima sebelum ini. Kalau tak silap, email ini aku terima sekitar awal tahun 2000. Namun, aku tak hairan kalau cerita di bawah ini baru sahaja menelusup masuk ke dalam mailbox para pembaca budiman. Sewaktu hendak memuat naik cerita ini, aku cuba mencari foto yang sesuai untuk entri ini dalam google imej, tetiba aku menemui cerita yang 100% sama dengan email yang aku terima. Jadi aku pun copy and paste jer.. Sebab dalam versi email, layoutnya tidak begitu baik.

Bukan ada apa-apa sentimen yang hendak disiratkan melalu pemaparan cerita di bawah, sekadar bahan menungan untuk dijadikan sempadan. Juga sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

PESANAN: Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.


Sumber: Ustaz Naim
BACA LAGI...

Monday, December 21, 2009

REASONS WHY I NEVER VISIT MY RICH FRIEND

Monday, December 21, 2009
Bookmark and Share

Once visiting a very rich friend, the maid approached me and......

Question : "What would you like to have ..Fruit juice, Soda,
Tea,Chocolate, Capuccino, Frapuccino,or Coffee?"
Answer: " Tea please"


Question : " Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea,Bush tea, Honey bush
tea, Iced tea or green tea ?"
Answer : "Ceylon tea "


Question : "How would you like it ? black or white ?
Answer: "white"


Question: "Milk, or fresh cream?
Answer: "With milk "

Question: "Goat's milk, or cow's milk"
Answer: "With cow's milk please.

Question: " Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: " Um, I'll just take it black. "


Question: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer: "With sugar"


Question: " Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar "

Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Forget about the tea, just give me a glass of water instead."


Question: "Mineral water, tap water or distilled water? "
Answer: "Mineral water"


Question: "Flavored or non-flavored ?"
Answer: "I think I'll just die of thirst



Thanks Mr.Mohan...
BACA LAGI...

A WONDERFUL STORY

Bookmark and Share


A woman came out of her house and saw 3 old men with long white beards sitting in her front yard. She did not recognize them. She said 'I don't think I know you, but you must be hungry. Please come in and have something to eat.'

'Is the man of the house home?', they asked.

'No', she replied. 'He's out..'

'Then we cannot come in', they replied.
In the evening when her husband came home, she told him what had happened.

'Go tell them I am home and invite them in!'
The woman went out and invited the men in'
'We do not go into a House together,' they replied.

'Why is that?' she asked.

One of the old men explained: 'His name is Wealth,' he said pointing to one of his friends, and said pointing to another one, 'He is Success, and I am Love.' Then he added, 'Now go in and discuss with your husband which one of us you want in your home.'

The woman went in and told her husband what was said. Her husband was overjoyed. 'How nice!!', he said. 'Since that is the case, let us invite Wealth. Let him come and fill our home with wealth!'

His wife disagreed. 'My dear, why don't we invite Success?'

Their daughter-in-law was listening from the other corner of the house. She jumped in with her own suggestion: 'Would it not be better to invite Love? Our home will then be filled with love!'

'Let us heed our daughter-in-law's advice,' said the husband to his wife.

'Go out and invite Love to be our guest.'

The woman went out and asked the 3 old men, 'Which one of you is Love? Please come in and be our guest.'

Love got up and started walking toward the house. The other 2 also got up and followed him. Surprised, the lady asked Wealth and Success: 'I only invited Love, Why are you coming in?'

The old men replied together: 'If you had invited Wealth or Success, the other two of us would've stayed out, but since you invited Love, wherever He goes, we go with him. Wherever there is Love, there is also Wealth and Success!!!!!!'

MY WISH FOR YOU...

Where there is pain, I wish you peace and mercy.

Where there is self-doubting, I wish you a renewed confidence in your ability to work through it.

Where there is tiredness, or exhaustion, I wish you understanding, patience, and renewed strength.

Where there is fear, I wish you love, and courage.

People will forget what you did.
But people will never forget how you made them feel.


Thanks Mohan for this interesting email....
BACA LAGI...

KISAH EMPAT ORANG ISTERI...

Bookmark and Share
Ini juga adalah kiriman email yang aku terima daripada seorang rakanku. Bacalah nescaya ada pengajaran di sebaliknya...

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kaumendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam.

”Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? ” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.”

Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan ku biarkan kau seperti ini isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA
pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!…


BACA LAGI...

Sunday, December 20, 2009

LIFE IS GIFT

Sunday, December 20, 2009
Bookmark and Share
Here is another email I received from my friend. Heave a read and deep thinking about it... and please circulate to another..
Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.
Today before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.
Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.
Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.
Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.
And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without sin.
And when depressing thoughts seem to get you down -
Put a smile on your face and think: you're alive and still around.


BACA LAGI...

SEKADAR MENUNGAN

Bookmark and Share
Baru-baru ini aku menerima kiriman email daripada seorang rakanku. Setelah difikir-fikirkan... akhirnya aku rasa ada baiknya kalau ia dipaparkan dalam bloggku ini. Mungkin boleh dijadikan bahan untuk berfikir. Mungkin kita ada perspektif kita sendiri. Tidak sama sekali ingin mempersenda kejadian makhluk ciptaan Allah S.W.T. Saya paparkan di sini kerana ceritanya sedikit sebanyak menyentuh tentang kejadian makhluk Tuhan di atas muka bumi ini (?). Versi asal email itu dalam Bahasa Inggeris... Berikut adalah emailnya;
-------------------
Pada suatu ketika dahulu tatkala Tuhan menjadikan seekor kaldai, berkatalah Tuhan kepada kaldai itu, "Aku jadikan engkau sebagai seekor kaldai, engkau akan berkerja tanpa kenal erti penat dari terbit matahari sehingga terbenam matahari memikul beban di atas belakangmu. Rumput itu makananmu!. Engkau tidak memiliki kebijaksanaan dan engkau akan hidup selama 50 tahun." Maka kaldai itu menjawab, "Ya, aku akan hidup sebagai seekor kaldai, tetapi 50 tahun itu terlalu lama... Berilah aku cuma 20 tahun." Tuhan memperkenankan permintaannya. Tuhan menjadikan pula seekor anjing. Dan berkata Tuhan kepada anjing itu, "Aku jadikan engkau sebagai seekor anjing, engkau akan menjadi pengawal rumah manusia. Engkau akan menjadi kawan rapat manusia. Engkau akan makan bahan sisa yang diberikan kepadamu, dan engkau akan hidup selama 30 tahun." Maka anjing itu menjawab, "Tuhan, hidup selama 30 tahun itu terlalu lama, berilah aku 15 tahun sahaja." Tuhan memperkenankan permintaan anjing itu. Tuhan mencipta pula seekor kera. Dan berkata Tuhan kepada kera itu, "Engkau aku jadikan sebagai seekor kera. Engkau akan berayun-ayun dari cabang pokok ke cabang pokok yang lain sambil membuat aksi yang melucukan. Engkau akan menghiburkan manusia, dan engkau akan hidup selama 20 tahun." Maka kera itu menjawab, "Hidup selama 20 tahun itu terlalu lama, berilah aku sekadar 10 tahun sahaja." Tuhan memakbulkan permintaan kera itu. Akhirnya Tuhan mencipta manusia. Dan berkata Tuhan kepada manusia, "Aku jadikan engkau sebagai manusia. satu-satunya mahkluk yang paling bijak dia atas muka bumi ini. Engkau akan menggunakan kebijaksanaan engkau untuk menjadi jaguh antara semua haiwan. Engkau akan menguasai dunia ini dan Aku beri engkau hidup selama 20 tahun." Maka manusia itu menjawab, "Tuhan, aku terima kejadianku sebagai manusia. Tetapi, hidup selama 20 tahun terlalu singkat. Bagilah aku 30 tahun yang kaldai tak terima, 15 tahun yang anjing tak mahu, dan 10 tahun yang kera tak ingin." Tuhan memakbulkan juga permintaan manusia itu. Justeru, sehingga sekarang manusia hidup sebagai manusia yang sebenar hanya selama 20 tahun sehinggalah berkeluarga. Selepas itu selama 30 tahun berikutnya seperti seekor kaldai yang berkerja dan memikul segala bebanan di atas belakangnya. Apabila anak-anaknya meningkat dewasa, dia akan hidup selama 15 tahun berikutnya seperti seekor anjing menjaga rumah dan makan apa yang diberikan oleh mereka. Bila hidupnya sudah semakin tua, 10 tahun berikutnya dia akan menjadi persis seekor kera bertandang dari rumah ke rumah, dari rumah anak lelaki ke rumah anak perempuan membuat helah atau kelakar bagi menghiburkan cucu-cucunya.
Entahlah.... Fikir-fikirkan....

BACA LAGI...

Saturday, December 19, 2009

POWER DISTANCE

Saturday, December 19, 2009
Bookmark and Share
Tetiba aku teringat kata-kata seorang penceramah semasa aku aku menyertai Konvensyen Kajian Tindakan peringkat negeri Perak baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa Malaysia menduduki tempat pertama di dunia dalam aspek power distance. Pada mulanya aku tertanya-tanya gak apa yang beliau maksudkan. Namun, aku tidak terfikir tentang sesuatu apa-apa pun, maklumlah dengan keterasingan aku dengan istilah tersebut serta jarak yang agak jauh dengan pembesar suara, suara beliau agak sayup kedengaran.
Beliau sebenarnya menjelaskan bahawa rasa hormat seseorang kepada golongan yang berkuasa sangat tinggi. Tidak kiralah kuasa di peringkat mana sekali pun. Namun, beliau lebih fokus terhadap kuasa di peringkat tinggi. Antara rakyat dengan tokoh-tokoh pemimpin umpamanya.
Kita ambil contoh lah kalau seseorang pemimpin nak datang ke sekolah. Apa yang kita buat? Mula-mula kita akan pastikan sebutan namanya dan gelarnya betul. Datuk ke... Dato' ke... Atau Dato' Seri ke... Kalau perlu ada buku program, tentunya gelaran-gelaran serta darjah-darjah pingat itu mesti ditulis sebijik-sebijik jangan ada yang silap walau setengah huruf... Kalau salah sebut lah contohnya, emcee lah kena! Kalau silap tulislah contohnya, petugas yang buat buku atur cara lah yang kena jawab...
Kemudian, pihak floor manager kena pastikan pemimpin tu datang sorang atau berkumpulan... Datang dengan isteri atau solo... Kalau solo senang nak kira, kalau datang berkumpulan kena buat tagging kat kerusi. itupun kena betul susunannya... mana boleh main aci belasah jer....
Masa nak address pun kena betul... floor manager kena semak skrip pengacara. Betul atau tidak, jangan sampai nanti menjemput orang lain pulak... atau yang datang orang lain (wakil), kita jemput juga orang yang tak datang...
Adat tetamu datang bertandang, balik kena bagi ole-ole. Jangan tidak-tidak tu.... Kalau sampai balik tangan kosong, nampak sangat tuan rumah tak pandai menghargai tetamu yang datang. Walaupun JPA dah kata jangan bagi cendera mata, akhirnya buah-buahan pun boleh lah.. asalkan jangan tangan kosong semasa meninggalkan sekolah...
Kalau ada jamuan pulak, kena ada main table. Bukan semua orang boleh main sapa dulu dia dapat... ada rangkingnya...
Sampailah bila balik, kena ada orang yang mengiringinya dan buka pintu kereta untuknya...
Tapi sekelip mata keadaan boleh berubah kalau orang yang sama telah tiada kedudukan atau pangkat... Kalau jumpa di mana-mana (dengan megandaikan dia tak ingat muka kita..) ada yang malas nak tegur pun... Biarlah kita yang tolong bukak pintu kereta kat beliau, buat tak nampak jer... Itu kita yang sekadar didatangi pemimpin tersebut dalam sesuatu majlis sekolah. Dalam kes-kes yang lebih ekstrim, seorang setiausaha sulit boleh memaki hamun bekas bosnya lantaran kini dia sudah berboskan manusia lain.
Inilah yang mungkin penceramah tersebut maksudkan. Kita menghormati seseorang bukan kerana ilmunya, tetapi kerana pangkatnya. Sedangkan pangkat itu boleh hilang sekelip mata, tetapi imu itu adalah milik mutlak individu. Kalau kita menghormati seseorang kerana ilmunya, sepatutnya selama-lamanya beliau akan dihormati. Kalau ada juga manusia yang tidak pandai menghormati tokoh ilmuan itu, memang sahlah dia itu buta hati dan perasaan... Tidak boleh membezakan antara kaca dan permata...
Itulah dunia...
Foto: sekadar hiasan...
BACA LAGI...

Friday, December 18, 2009

CERITERA PILU DI AWAL TAHUN BARU HIJRAH...

Friday, December 18, 2009
Bookmark and Share
Aku tidak menjangka aku perlu bergerak ke mana-mana dalam sehari dua ini, kerana kerja-kerja rutin sejak minggu lalu, tidak begitu mengizinkan aku bergerak jauh. Kalau terpaksa bergerak juga, aku terpaksa melaksanakan rutin tersebut di mana aku juga aku berada...
Lebih kurang jam 10.45 pagi Rabu, telefon rumah berdering... Kebetulan masa tu aku yang mengangkat gagangnya; anakku yang nombor khomsah masih tidur lagi.. Kalau tak dia lah yang akan jadi telefonis...
"Dah tau belum?" Suara kakak iparku di Bukuit Badung sayup-sayup di hujung talian.
"Tahu apa ya..?" Soal balas yang diselubungi tanda tanya. Dalam hati terdetik, sama ada kemalangan atau kematian...
"Lek Som dah meninggal.."
"Inna Lillahi Wa Inna Ilaiha Raji'uun.." Balas ku dengan nada yang tenang.
Bukan kematian yang diminta, melainkan kesembuhan yang dihajatkan oleh sesiapa juga... Begitulah lumrah kehidupan kita. Kalau bisa, biarlah kematian itu tidak menjemput seseorang yang kita sayangi atau kita kenali... Tapi tadbir manusia tidak mampu mengatasi takdir Ilahi..
Almarhumah, jiran selang sebuah rumah dengan rumah arwah emak mertuaku. Antara jiran yang sangat rapat dengan keluarga isteriku. Berlebih kurang sudah menjadi perkara biasa...
Masa aku berkahwin dulu, beliau antara orang tua kampung yang mewakili emak mertuaku... Wang hantaran yang aku bagi pun dia yang memeriksa sah tidak bilangannya...
Kira-kira dua bulan lepas beliau dimasukkan ke wad ICU di Hospital Slim River kerana serangan angin ahmar... Kami sekeluarga sempat menziarahinya semasa di situ... Selepas itu beliau dibawa balik ke rumah dah menerima rawatan yang sebaiknya sewatu di rumah walaupun dalam keadaan koma. Keadaan ekonomi keluaragnya yang agak baik membolehkan peralatan yang diperlukan dapat disediakan...
Namun, pada minggu lepas aku dengar beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh. Tentulah keadaannya semakin tenat... Justeru, berita yang aku baru dengar itu tidak lah mengejutkan aku...
Kami bersiap-siap apa yang patut... Agak sedikit lambat kerana isterku pulak sejak selasa demam disebabkan ada kesan lepuh pada kakinya. Setelah solat Zuhur, kami singgah dulu di sebuah farmasi untuk membeli ubat demam isteriku dan terus kembali ke Sg.Tengi..
Jenazah sampai di rumah lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Mengikut menantunya, arwah meninggal lebih kurang pukul 9.00 pagi. Namun, beberapa urusan teknikal menyebabkan agak lewat sampai ke rumah...
Jenazah dikebumikan lebih kurang pukul 6.00 petang. Selang dua buah pusara dengan arwah emak mertuaku. Dalam hati, hidup di dunia berjiran... pusara juga berjiran. Semasa bacaan talkin dibaca oleh Tuan Imam, aku asyik memerhati pada pusara emak mertuaku yang letaknya bertentangan dengan arah aku duduk... Pelbagai ingatan silih berganti semasa hayatnya masih ada.. Kira-kira 16 tahun aku sempat menjadi anak menantunya. Dan.. saat yang memilukan.. dengan izin Allah S.WT. beliau menghembuskan nafas terakhir di depan mata ku dan adik-beradik ipar yang lain..
Pagi tadi sewaktu bergerak balik ke Tg.Mlaim, kami sempat singgah ke pusara untuk memberi peluang isteriku menziarahi pusara arwah emaknya. Lagi pun anak aku nombor thalith beria-ia nak tengok pusara arwah opahnya... Semalam dia tak pergi sekali sebab belum sepenuhnya pulih selepas berkhatan.. Lagi pun sejak batu nisan serta petak pusara diganti dengan tile, isteriku belum pernah melihatnya lagi...
Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam...
(Foto: sekadar hiasan)
BACA LAGI...

Tuesday, December 15, 2009

TAHNIAH NUR AMALINA...

Tuesday, December 15, 2009
Bookmark and Share
Salam 2 all.
Kebelakangan ini terlalu banyak berita idsebarkan konon cerita Nur Amalina Che Bakri telah gagal dalam pengajiannya.
Saya telah membangkitkan kesahihan cerita ini didalam Parlimen hari ini, kerana saya berharap isu saperti ini tidak diputarbelitkan. Tambah-tambah ramai yang menggunakan cerita ini untuk memperlekehkan keupayaan anak-anak Melayu bersaing diperingkat antarabangsa, dan memperlekehkan sistem sekolah kebangsaan kita, sebaliknya terlalu mengagung-agungkan sekolah lain!
Nur Amalina telah mengejutkan negara pada 26.03.2005 apabila menjadi pelajar Malaysia yang pertama mencapai kejayaan 17A didalam peperiksaan SPM dengan hanya belajar disekolah kebangsaan. Ramai yang mencemburui kejayaan Nur Amalina, terutama mereka yang terlalu mempertuhankan sekolah swasta dan sekolah-sekolah elit.
Berikutan kejayaan itu, Nur Amalina telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut pengajian perubatan oleh Bank Negara. Nur Amalina telah mengikuti pengajian A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom. Beliau mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dalam semua matapelajaran. Bukan itu sahaja, Nur Amalina telah mengambil matapelajaran tambahan Additonal Chemistry (hanya 3 pelajar yang berbuat sedemikian). Bukan sahaja beliau lulus cemerlang, malahan Nur Amalina memenangi 'extra-merit' dan dianugerahkan "Advance Award fo Chemistry".
Pada bulan Mac lepas, Nur Amalina telah membuat permohonan memasuki 4 universiti yang top di United kingdom iaitu Cambridge University, Imperial college, Bristol University dan Univeristy of Edinburgh. Tiga universiti yang akhir telah menawarkan tempat kepada Nur Amalina.
Nur Amalina telah memilih untuk mengikuti pengajian dalam Bachelor in Medical Study, Surgery & Science di University of Edinburgh. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ditahun kedua. Yang paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc.
Oleh itu saya berharap kabar-kabar angin berkenaan dengan Nur Amalina tidak akan disebarkan lagi. Malahan kita sepatutnya berbangga dengan kejayaan beliau dan mendoakan moga beliau bukan sahaja akan mencapai kejayaan cemerlang sebagai kejayaan peribadi, malahan menjadi ikon negara dan membuktikan bahawa anak Melayu juga berupaya menandingi orang lain dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa insyallah.
Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 zulhijjah 1430
14 Disember 2009
BACA LAGI...

Monday, December 14, 2009

CERITERA PILU SEORANG SUAMI...

Monday, December 14, 2009
Bookmark and Share
Dalam saat dan ketika tahap kesibukan bertaraf giga ini aku masih juga mahu mencuri masa untuk mencatat dalam entri ini.. Ceritanya tentang persoalan kepada diri sendiri dan juga kepada para pembaca budiman tentang di mana kita letakkan taraf pasangan kita...
Bukan nak mengajar sesiapa, cuma sekadar bahan menungan atau restrospektif diri tika lewat sore begini...
Lazimnya, jika kita sudah bersedia mahu berkeluarga.. maksudnya kita sudah bersedia melebarkan dan memperkasa pundak untuk menanggung beban dan tanggungjawab untuk berkongsi kehidupan dengan seseorang yang kita pilih... ertinya kita sudah berfikir beratus atau beribu kali. Jika kita bukan jutawan atau golongan beruang (hehe.. orang yang banyak wanglah..) sekali pun, kita telah mengambil kira banyak aspek untuk menerima dan menanggung kehidupan seseorang yang memerlukan semua perkara apa yang kita perlukan dengan sebaiknya mengikut kemampuan kita.
Namun, jika kita betul meletakkan kedudukan kita, aku fikir ia tidak akan menimbulkan masalah yang besar sehingga akhirnya perpisahan sahaja jalan penyudah kepada ikatan perkahwinan tersebut. Peranan dan tanggungjawab seorang suami kepada isteri, dan begitulah sebaliknya. Dalam konteks kehidupan moden kini, asalkan segalanya disepakati bersama, dan manusia di sekeliling kita tidak ditempiasi dengan masalah yang kita timbulkan.. sudah. Apa yang penting ialah semangat bertolong menolong, saling bantu membantu, bertolak ansur dan saling faham memahami. Biar sesekali dilihat janggal dan pelik pada pandangan orang lain, tetapi suami isteri tersebut bahagia, sudah tidak perlu dipersoalkan lagi.... kecualilah terlalu pelik sangat dan kita adalah orang yang selayaknya memberi pandangan... buatlah dengan penuh hikmah..
Cuma aku tak nafikan di luar sana ada suatu kehidupan suami isteri yang sungguh luar biasa keanehannya. Dan, aku ingin berkongsi suatu kisah yang aku kutip dari versi lisan yang aku pernah dengar sendiri dan versi visual kerana aku pernah melihatnya sendiri...
Sepanjang usia perkahwinan yang hampir sedekad, si suami sentiasa "makan hati berulam jantung" oleh sebab perangai siisteri yang tidak seperti perwatakan seorang isteri yang dia impikan. Dengan berlatar belakang agama (kedua-duanya) dan bukan calang-calang tahap pengajian, hubungan mereka lebih kepada hubungan yang penuh dengan persaingan. Dalam membicarakan sesuatu isu, mereka terpaksa berdebat dan perdebatan yang kekadang kelihatan seperti ilmiah akhirnya mengarah kepada penuh emosi dan terpaksa dirujuk pula kepada pihak ketiga bagi mencari titik noktahnya.
Kesungguhan siisteri untuk menyambung pelajaran dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi bersama-sama suami, pada peringkat awalnya tidak jauh beza seperti apa yang berlaku pada kebanyakan pasangan yang sama-sama belajar. Rupa-rupanya tidak... Ia dilihat penuh persaingan individu... Umpanya apabila siisteri lebih dahulu graduate, reaksinya kebanggaannya seperti seorang pemenang ke atas lawannya yang kalah...
Sisuami diperlukan apabila sesuatu urusan itu dia tidak mampu dilakukan sendiri. Apabila tidak diperlukan, hendak bercakap pun kekadang jenuh dipujuk... Kelihatan bijak dalam merancang sesuatu perkara secara ad-hoc, akhirnya apabila berakhir dengan kebuntuan, si suamilah yang lazimnya menyudahkan perancangan yang terbengkalai tersebut.
Apa yang sangat musykil, seakan-akan pendidikan agama siisteri tidak berupaya memimpin dan menyuluh dirinya untuk memilih antara yang hak dan batil antara kebenaran dan kepalsuan... Bila dalam keadaan baik dan ada kepentingan dengan suami, baik ungkap bicaranya, tetapi jika sebaliknya... seperti insan yang tidak tahu hukum.
Kini retak hampir menunggu belah... Sisuami kelihatannya seakan kewalahan memahami kerenah siisteri sejak awal perkahwinan sehingga kini sudah lima orang anak. Ke mana arah masa depan anak-anak hendak diperjudikan oun aku tidak berapa pasti... Sesi perbincangan antara kedua-dua pihak sedah masuk fasa antara keluarga dengan keluarga. Sambil mengharap ada lagi peluang membuat koreksi diri dan kembali kepada keadaan yang lebih baik daripada sedia kala... demi suami dan anak-anak. Namun, ego yang tinggi seakan menjadikan semuanya sirna...
Dalam majlis timbang tara yang terkini, pre judgement telah diambil... semua keadaan telah dikembalikan kepada keadaan sebelumnya, sebab ada urusan yang melibatkan mereka serta kedua-dua belah emak bapak ke luar negara. Dengan harapan ada sinar baru sekembali mereka ke tanah air pada awal bulan Januari nanti.
Harapan sisuami cuma, kembalikan sifat dan watak seorang isteri yang menenangkan hati suami dan menjadi penyeri kehidupan dalam tempoh yang cuma sekelumit waktunya di atas muka bumi yang sementara ini.
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template