Tetiba aku teringat kata-kata seorang penceramah semasa aku aku menyertai Konvensyen Kajian Tindakan peringkat negeri Perak baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa Malaysia menduduki tempat pertama di dunia dalam aspek power distance. Pada mulanya aku tertanya-tanya gak apa yang beliau maksudkan. Namun, aku tidak terfikir tentang sesuatu apa-apa pun, maklumlah dengan keterasingan aku dengan istilah tersebut serta jarak yang agak jauh dengan pembesar suara, suara beliau agak sayup kedengaran.
Beliau sebenarnya menjelaskan bahawa rasa hormat seseorang kepada golongan yang berkuasa sangat tinggi. Tidak kiralah kuasa di peringkat mana sekali pun. Namun, beliau lebih fokus terhadap kuasa di peringkat tinggi. Antara rakyat dengan tokoh-tokoh pemimpin umpamanya.
Kita ambil contoh lah kalau seseorang pemimpin nak datang ke sekolah. Apa yang kita buat? Mula-mula kita akan pastikan sebutan namanya dan gelarnya betul. Datuk ke... Dato' ke... Atau Dato' Seri ke... Kalau perlu ada buku program, tentunya gelaran-gelaran serta darjah-darjah pingat itu mesti ditulis sebijik-sebijik jangan ada yang silap walau setengah huruf... Kalau salah sebut lah contohnya, emcee lah kena! Kalau silap tulislah contohnya, petugas yang buat buku atur cara lah yang kena jawab...
Kemudian, pihak floor manager kena pastikan pemimpin tu datang sorang atau berkumpulan... Datang dengan isteri atau solo... Kalau solo senang nak kira, kalau datang berkumpulan kena buat tagging kat kerusi. itupun kena betul susunannya... mana boleh main aci belasah jer....
Masa nak address pun kena betul... floor manager kena semak skrip pengacara. Betul atau tidak, jangan sampai nanti menjemput orang lain pulak... atau yang datang orang lain (wakil), kita jemput juga orang yang tak datang...
Adat tetamu datang bertandang, balik kena bagi ole-ole. Jangan tidak-tidak tu.... Kalau sampai balik tangan kosong, nampak sangat tuan rumah tak pandai menghargai tetamu yang datang. Walaupun JPA dah kata jangan bagi cendera mata, akhirnya buah-buahan pun boleh lah.. asalkan jangan tangan kosong semasa meninggalkan sekolah...
Kalau ada jamuan pulak, kena ada main table. Bukan semua orang boleh main sapa dulu dia dapat... ada rangkingnya...
Sampailah bila balik, kena ada orang yang mengiringinya dan buka pintu kereta untuknya...
Tapi sekelip mata keadaan boleh berubah kalau orang yang sama telah tiada kedudukan atau pangkat... Kalau jumpa di mana-mana (dengan megandaikan dia tak ingat muka kita..) ada yang malas nak tegur pun... Biarlah kita yang tolong bukak pintu kereta kat beliau, buat tak nampak jer... Itu kita yang sekadar didatangi pemimpin tersebut dalam sesuatu majlis sekolah. Dalam kes-kes yang lebih ekstrim, seorang setiausaha sulit boleh memaki hamun bekas bosnya lantaran kini dia sudah berboskan manusia lain.
Inilah yang mungkin penceramah tersebut maksudkan. Kita menghormati seseorang bukan kerana ilmunya, tetapi kerana pangkatnya. Sedangkan pangkat itu boleh hilang sekelip mata, tetapi imu itu adalah milik mutlak individu. Kalau kita menghormati seseorang kerana ilmunya, sepatutnya selama-lamanya beliau akan dihormati. Kalau ada juga manusia yang tidak pandai menghormati tokoh ilmuan itu, memang sahlah dia itu buta hati dan perasaan... Tidak boleh membezakan antara kaca dan permata...
Itulah dunia...
Foto: sekadar hiasan...

3 PANDANGAN:
punya nak rai orang berpangkat sebagai mc siap pantun...
Buah langsat di tepi busut
Mari dimuat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati
Anak Ali main gelombang
Nampak dari Tanjung Jati
Tuan umpama bunga yang kembang
Sentiasa hidup di dalam hati
...betul cikgu, kita ni terlalu mengagungkan pangkat tapi bukan ilmu...siapalah yang dapat mengubah senario ni...
itulah cikgu...kalau nk sebut pasal protokol ni..mmg byk kena belajar...kadang-kadnag sedikit silap akan menjejaskan sesuatu program...
Dunia dah berubah...kadang-kadang kita begitu terlalai dengan nama 'pangkat' dan 'kuasa' sehinggakan maksud sebenar 'ilmu' tidak diendahkan..
Peringatan untuk diri sendiri juga...Terima kasih cikgu...entri yang berguna...
Hahaha.. terima kasih cikgu2... ebenarnya entri di atas adalah luahan hati seorang emcee.. Tekanan yang dihadapi selagi majlis tak selesai. Cikgu Iza, macam biasa jer jadi emcee? Bagus pantun tu... Boleh pinjam dan guna pd majlis akan datang kui kui kui.... Kembang sungguh orang yang ditujukan pantun tu...
Cikgu Wakuba, agaknya sampai sudah, budaya tu tak akan hilang... agaknya telah diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi... Cuma kalau pun ada ruang... di sekolah. Namun bila terjun ke dunia kehidupan sebenar... realitinya berbeza pulak...sehingakan demi pangkat dan nama manusia sanggup pijak memijak antara satu sama lain... Dan, oleh sebab ada sesetengah antara kita yang tak ada peluang untuk dapat pangkat dan kedudukan, jadi tukang kipas orang yang berpangkat pun tak apa... tapi tak ada pulak orang "pijak memijak" kerana berebut ilmu...
Entahlah dunia...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...