The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, December 18, 2009

CERITERA PILU DI AWAL TAHUN BARU HIJRAH...

Friday, December 18, 2009
Bookmark and Share
Aku tidak menjangka aku perlu bergerak ke mana-mana dalam sehari dua ini, kerana kerja-kerja rutin sejak minggu lalu, tidak begitu mengizinkan aku bergerak jauh. Kalau terpaksa bergerak juga, aku terpaksa melaksanakan rutin tersebut di mana aku juga aku berada...
Lebih kurang jam 10.45 pagi Rabu, telefon rumah berdering... Kebetulan masa tu aku yang mengangkat gagangnya; anakku yang nombor khomsah masih tidur lagi.. Kalau tak dia lah yang akan jadi telefonis...
"Dah tau belum?" Suara kakak iparku di Bukuit Badung sayup-sayup di hujung talian.
"Tahu apa ya..?" Soal balas yang diselubungi tanda tanya. Dalam hati terdetik, sama ada kemalangan atau kematian...
"Lek Som dah meninggal.."
"Inna Lillahi Wa Inna Ilaiha Raji'uun.." Balas ku dengan nada yang tenang.
Bukan kematian yang diminta, melainkan kesembuhan yang dihajatkan oleh sesiapa juga... Begitulah lumrah kehidupan kita. Kalau bisa, biarlah kematian itu tidak menjemput seseorang yang kita sayangi atau kita kenali... Tapi tadbir manusia tidak mampu mengatasi takdir Ilahi..
Almarhumah, jiran selang sebuah rumah dengan rumah arwah emak mertuaku. Antara jiran yang sangat rapat dengan keluarga isteriku. Berlebih kurang sudah menjadi perkara biasa...
Masa aku berkahwin dulu, beliau antara orang tua kampung yang mewakili emak mertuaku... Wang hantaran yang aku bagi pun dia yang memeriksa sah tidak bilangannya...
Kira-kira dua bulan lepas beliau dimasukkan ke wad ICU di Hospital Slim River kerana serangan angin ahmar... Kami sekeluarga sempat menziarahinya semasa di situ... Selepas itu beliau dibawa balik ke rumah dah menerima rawatan yang sebaiknya sewatu di rumah walaupun dalam keadaan koma. Keadaan ekonomi keluaragnya yang agak baik membolehkan peralatan yang diperlukan dapat disediakan...
Namun, pada minggu lepas aku dengar beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh. Tentulah keadaannya semakin tenat... Justeru, berita yang aku baru dengar itu tidak lah mengejutkan aku...
Kami bersiap-siap apa yang patut... Agak sedikit lambat kerana isterku pulak sejak selasa demam disebabkan ada kesan lepuh pada kakinya. Setelah solat Zuhur, kami singgah dulu di sebuah farmasi untuk membeli ubat demam isteriku dan terus kembali ke Sg.Tengi..
Jenazah sampai di rumah lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Mengikut menantunya, arwah meninggal lebih kurang pukul 9.00 pagi. Namun, beberapa urusan teknikal menyebabkan agak lewat sampai ke rumah...
Jenazah dikebumikan lebih kurang pukul 6.00 petang. Selang dua buah pusara dengan arwah emak mertuaku. Dalam hati, hidup di dunia berjiran... pusara juga berjiran. Semasa bacaan talkin dibaca oleh Tuan Imam, aku asyik memerhati pada pusara emak mertuaku yang letaknya bertentangan dengan arah aku duduk... Pelbagai ingatan silih berganti semasa hayatnya masih ada.. Kira-kira 16 tahun aku sempat menjadi anak menantunya. Dan.. saat yang memilukan.. dengan izin Allah S.WT. beliau menghembuskan nafas terakhir di depan mata ku dan adik-beradik ipar yang lain..
Pagi tadi sewaktu bergerak balik ke Tg.Mlaim, kami sempat singgah ke pusara untuk memberi peluang isteriku menziarahi pusara arwah emaknya. Lagi pun anak aku nombor thalith beria-ia nak tengok pusara arwah opahnya... Semalam dia tak pergi sekali sebab belum sepenuhnya pulih selepas berkhatan.. Lagi pun sejak batu nisan serta petak pusara diganti dengan tile, isteriku belum pernah melihatnya lagi...
Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam...
(Foto: sekadar hiasan)

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template