The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, December 15, 2009

TAHNIAH NUR AMALINA...

Tuesday, December 15, 2009
Bookmark and Share
Salam 2 all.
Kebelakangan ini terlalu banyak berita idsebarkan konon cerita Nur Amalina Che Bakri telah gagal dalam pengajiannya.
Saya telah membangkitkan kesahihan cerita ini didalam Parlimen hari ini, kerana saya berharap isu saperti ini tidak diputarbelitkan. Tambah-tambah ramai yang menggunakan cerita ini untuk memperlekehkan keupayaan anak-anak Melayu bersaing diperingkat antarabangsa, dan memperlekehkan sistem sekolah kebangsaan kita, sebaliknya terlalu mengagung-agungkan sekolah lain!
Nur Amalina telah mengejutkan negara pada 26.03.2005 apabila menjadi pelajar Malaysia yang pertama mencapai kejayaan 17A didalam peperiksaan SPM dengan hanya belajar disekolah kebangsaan. Ramai yang mencemburui kejayaan Nur Amalina, terutama mereka yang terlalu mempertuhankan sekolah swasta dan sekolah-sekolah elit.
Berikutan kejayaan itu, Nur Amalina telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut pengajian perubatan oleh Bank Negara. Nur Amalina telah mengikuti pengajian A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom. Beliau mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dalam semua matapelajaran. Bukan itu sahaja, Nur Amalina telah mengambil matapelajaran tambahan Additonal Chemistry (hanya 3 pelajar yang berbuat sedemikian). Bukan sahaja beliau lulus cemerlang, malahan Nur Amalina memenangi 'extra-merit' dan dianugerahkan "Advance Award fo Chemistry".
Pada bulan Mac lepas, Nur Amalina telah membuat permohonan memasuki 4 universiti yang top di United kingdom iaitu Cambridge University, Imperial college, Bristol University dan Univeristy of Edinburgh. Tiga universiti yang akhir telah menawarkan tempat kepada Nur Amalina.
Nur Amalina telah memilih untuk mengikuti pengajian dalam Bachelor in Medical Study, Surgery & Science di University of Edinburgh. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ditahun kedua. Yang paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc.
Oleh itu saya berharap kabar-kabar angin berkenaan dengan Nur Amalina tidak akan disebarkan lagi. Malahan kita sepatutnya berbangga dengan kejayaan beliau dan mendoakan moga beliau bukan sahaja akan mencapai kejayaan cemerlang sebagai kejayaan peribadi, malahan menjadi ikon negara dan membuktikan bahawa anak Melayu juga berupaya menandingi orang lain dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa insyallah.
Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 zulhijjah 1430
14 Disember 2009

Facebook Comments

4 PANDANGAN:

izakhairi on December 16, 2009 at 11:50 AM said...

Assalamualaikum cikgu,

Semoga kita lebih celik minda dan tidak buta hati...berbangga dengan pencapaian anak jati tulen

MALEQUE SELAMAT on December 16, 2009 at 12:11 PM said...

Salam... betul tu cikgu... sebelum ini saya pernah terpedaya dengan cerita palsu ttg Nur Amalina nih.. saya dapat email dr seseorang.. saya dah cuba retreive email tu tp setakat ni tak dapat.. hehe sbb dlm mailbox ada 7k lebih email... Apa pun terima kasih kpd YB Zul kerana prihatin dalam kes sebegini... Adios Amigos (aku tak tahu lah apa maksudnya hahaha...)

Shukri Mohd Ali on December 17, 2009 at 11:43 AM said...

berfikir dan mengkaji sebelum mencerna sebarang informasi =)

MALEQUE SELAMAT on December 18, 2009 at 12:45 PM said...

Itulah antara keburukan internet... Kalau kita sudah ada asas atau pengetahuan tentang sesuatu perkara, kita dapat mempertimbangkan sesuatuu itu dengan lebih wajar.. Jika tidak, kita seolah2 tidak cukup enzime untuk mencerna sesuatu maklumat... Dan, di sinilah para oportunist sering mengambil kesempatan...

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template