Dalam saat dan ketika tahap kesibukan bertaraf giga ini aku masih juga mahu mencuri masa untuk mencatat dalam entri ini.. Ceritanya tentang persoalan kepada diri sendiri dan juga kepada para pembaca budiman tentang di mana kita letakkan taraf pasangan kita...
Bukan nak mengajar sesiapa, cuma sekadar bahan menungan atau restrospektif diri tika lewat sore begini...
Lazimnya, jika kita sudah bersedia mahu berkeluarga.. maksudnya kita sudah bersedia melebarkan dan memperkasa pundak untuk menanggung beban dan tanggungjawab untuk berkongsi kehidupan dengan seseorang yang kita pilih... ertinya kita sudah berfikir beratus atau beribu kali. Jika kita bukan jutawan atau golongan beruang (hehe.. orang yang banyak wanglah..) sekali pun, kita telah mengambil kira banyak aspek untuk menerima dan menanggung kehidupan seseorang yang memerlukan semua perkara apa yang kita perlukan dengan sebaiknya mengikut kemampuan kita.Namun, jika kita betul meletakkan kedudukan kita, aku fikir ia tidak akan menimbulkan masalah yang besar sehingga akhirnya perpisahan sahaja jalan penyudah kepada ikatan perkahwinan tersebut. Peranan dan tanggungjawab seorang suami kepada isteri, dan begitulah sebaliknya. Dalam konteks kehidupan moden kini, asalkan segalanya disepakati bersama, dan manusia di sekeliling kita tidak ditempiasi dengan masalah yang kita timbulkan.. sudah. Apa yang penting ialah semangat bertolong menolong, saling bantu membantu, bertolak ansur dan saling faham memahami. Biar sesekali dilihat janggal dan pelik pada pandangan orang lain, tetapi suami isteri tersebut bahagia, sudah tidak perlu dipersoalkan lagi.... kecualilah terlalu pelik sangat dan kita adalah orang yang selayaknya memberi pandangan... buatlah dengan penuh hikmah..
Cuma aku tak nafikan di luar sana ada suatu kehidupan suami isteri yang sungguh luar biasa keanehannya. Dan, aku ingin berkongsi suatu kisah yang aku kutip dari versi lisan yang aku pernah dengar sendiri dan versi visual kerana aku pernah melihatnya sendiri...
Sepanjang usia perkahwinan yang hampir sedekad, si suami sentiasa "makan hati berulam jantung" oleh sebab perangai siisteri yang tidak seperti perwatakan seorang isteri yang dia impikan. Dengan berlatar belakang agama (kedua-duanya) dan bukan calang-calang tahap pengajian, hubungan mereka lebih kepada hubungan yang penuh dengan persaingan. Dalam membicarakan sesuatu isu, mereka terpaksa berdebat dan perdebatan yang kekadang kelihatan seperti ilmiah akhirnya mengarah kepada penuh emosi dan terpaksa dirujuk pula kepada pihak ketiga bagi mencari titik noktahnya.
Kesungguhan siisteri untuk menyambung pelajaran dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi bersama-sama suami, pada peringkat awalnya tidak jauh beza seperti apa yang berlaku pada kebanyakan pasangan yang sama-sama belajar. Rupa-rupanya tidak... Ia dilihat penuh persaingan individu... Umpanya apabila siisteri lebih dahulu graduate, reaksinya kebanggaannya seperti seorang pemenang ke atas lawannya yang kalah...
Sisuami diperlukan apabila sesuatu urusan itu dia tidak mampu dilakukan sendiri. Apabila tidak diperlukan, hendak bercakap pun kekadang jenuh dipujuk... Kelihatan bijak dalam merancang sesuatu perkara secara ad-hoc, akhirnya apabila berakhir dengan kebuntuan, si suamilah yang lazimnya menyudahkan perancangan yang terbengkalai tersebut.
Apa yang sangat musykil, seakan-akan pendidikan agama siisteri tidak berupaya memimpin dan menyuluh dirinya untuk memilih antara yang hak dan batil antara kebenaran dan kepalsuan... Bila dalam keadaan baik dan ada kepentingan dengan suami, baik ungkap bicaranya, tetapi jika sebaliknya... seperti insan yang tidak tahu hukum.
Kini retak hampir menunggu belah... Sisuami kelihatannya seakan kewalahan memahami kerenah siisteri sejak awal perkahwinan sehingga kini sudah lima orang anak. Ke mana arah masa depan anak-anak hendak diperjudikan oun aku tidak berapa pasti... Sesi perbincangan antara kedua-dua pihak sedah masuk fasa antara keluarga dengan keluarga. Sambil mengharap ada lagi peluang membuat koreksi diri dan kembali kepada keadaan yang lebih baik daripada sedia kala... demi suami dan anak-anak. Namun, ego yang tinggi seakan menjadikan semuanya sirna...
Dalam majlis timbang tara yang terkini, pre judgement telah diambil... semua keadaan telah dikembalikan kepada keadaan sebelumnya, sebab ada urusan yang melibatkan mereka serta kedua-dua belah emak bapak ke luar negara. Dengan harapan ada sinar baru sekembali mereka ke tanah air pada awal bulan Januari nanti.
Harapan sisuami cuma, kembalikan sifat dan watak seorang isteri yang menenangkan hati suami dan menjadi penyeri kehidupan dalam tempoh yang cuma sekelumit waktunya di atas muka bumi yang sementara ini.
16 PANDANGAN:
assalamualaikum. Tak tahu nak komen apa tentang masalah macam ni. Tapi satulah yang suami isteri tu kena fikirkan.... Fikirkan kepentingan anak-anak dulu baru penting diri sendiri. Anak-anak tertekan dan memberontak jika dapat ibubapa macam ni
Salam.. betul tu.. anak2 semestinya mendapat keutamaan dalam kes2 sebegitu... Tetapi kalau emak bapaknya dah tak boleh sefahaman... keputusan bukan pada si anak.. umpaman beruang dan gajah bergaduh, kancil mati tersepit... Harap ada sinar baru sekembalinya dari luar negara nanti...
Assalamualaikum,
Si isteri sepatutnya perlu lebih muhasabah diri...tapi seakan duniawi telah menenggelamkan segala ilmu yang ada...moga kemelut yang dihadapi dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin
sentiasa berdoa moga tidak lupa diri di dalam melayari kehidupan berumahtangga kerana ilmu duniawi dan status yang tinggi tak akan ke mana
Salam.. betul tu Cikgu ...
cikgu malek ambil dak Hukum Islam 1, 2 dan 3. Masa tu Doktor Alwi yang ajar Tahun 1,tahun 2 sapa ajar tak ingat dan doktor Mahfuz Muhamad ajar tahun 3. Best doktor mahfuz muhamad ajar...Hukum Hudud.
Salam.. Ya saya ambik semuanya... Hee.. UM jugak cikgu ni rupanya... Tahun bila grad... Dari tahun satu hingga akhir, saya ambik dua2 paper.. Sejarah Islam dan Hukum Islam...
graduate tahun 1988 sama dengan cikgu Malek(1985-1988). Cikgu ambik subjek apa. Saya ambil geografi dan pengajian melayu.Rasa-rasa kenal dak?
Haha.. satu batch rupanya! Saya ambik Sejarah (single major)... Tak berapa cam lah.. sebab sya duduk kat Kg.Kerinchi selama belajar kat UM.. seminggu jer duduk 1st college... menyampah ngan JKO.. ni batch Muhaimin Sulam lah ni... anak buah Prof.Hamirdin...
betullah tu, saya pelajar Prof Hamirdin Ithnin. Saya duduk seminggu juga kat fifth college. Saya menyampah juga dengan jko. Cikgu Malek duduk di kampung kerinchi, saya pula duduk di Pantai Dalam. Kadang-kadang jalan kaki dari Bukit C-2 lalu kot Kampung Kerinchi untuk ke UM.Bisa jumpa kot. Cikgu Malek orang perak ke orang selangor. Kadang-kadang macam orang kedah....asyik sebut depa....
Oh gitu... Saya pn selalu menapak dari Flat PKNS Kg.Kerinchi ke FSSS. Kalau ada duit lebih baru naik bas Sri Jaya no 238 atau 49, turun kat INTAN PJ. Saya selalu berdua dengan kawan sebilik... Kot2 cikgu kenal namanya Zaini...orangh Lahar Yooi, Penang. Cuba klik URL di bawah.
http://abdmalekselamat.blogspot.com/2009/05/sahabat-senang-dan-susah.html
Saya sebenarnya orang Selangor, tapi kan trend orang sekarang cuba bertutur dialek negeri lain.. jadi istilah tu dah merentas negeri.. Lagi pun saya ramai kawan belah utara..
ni, tak pa ke , asyik dok tulis di ruangan ni,nanti apa orang lain kata pula. Ruangan ni untuk komen bahagian di atas. Apa-apa pun esok saya akan ke Tanjung Malim iaitu Taman Perumahan sebelah UPSI. bawa pengantin dari kedah(adik ipar).Entah-entah sebelah rumah cikgu malek.
Emm. bagi saya perbincangan ini juga adalah sebahagian daripada fungsi sebuah blog yang sihat...tanpa diduga blog saya ini menemukan seorang rakan semasa di IPT walaupun masa kat UM tak kenal rapat...
Hehehe.. taman apa tu? Taman Unversiti ka? Simpang Empat ka? Taman Bina Ka? Sy tak duduk kat tepi UPSI... ada kot 5km...
Nak bagi tau, pun tak tau nama taman. Esok baru tau. Walaupun baru kenal, tapi lepas ni, memang kena kenal cikgu Malek lagipun cikgu malek guru PAm. Saya tengok cikgu PAM Perak memang rajin-rajin. Saya banyak guna modul yang cikgu-cikgu Perak buat sewaktu mengajar.
kisah yg saya bc dkt ats tu sbnrnya hal remeh temeh dlm kehidupan berumahtangga...setiap org mmg ada watak kelebihan dan kekurangan msg2...bg suami tu siisteri tu mcm ni mcm tu kurang ni kurang tu...ntah2 di pihak isteri tu si suami pun bnyk kurangnya...sepatutnya si suami tak perlu terlalu fokus pd kekurangan isteri...dia patut bimbing isterinya yg dah bnyk berkorban melahirkan 5 org anak utknya...bimbing isteri kearah perangai yg lbh baik...wanita mmg kompleks...
jgn bercerai sbb perceraian akan menjadikan "kisah pilu seorang suami" bertukar kepada "kisah pilu anak2 mangsa perceraian"...
masa depan anak2 lbh penting sbb masa depan mrk lbh pnjg dari kita yg dah dewasa ni...
Masalah bermula apabila pihak suami atau isteri meremehkan setiap masalah yang bertunas dalam hubungan mereka... Jika kedua2 pihak mengambil kaedah setiap masalah perlu ditangani secara berhemah serta mengambil kira hati dan perasaan masing2, apa juga masalah akan dapat ditangani dengan jayanya Insya Allah...
Sikap hanya melihat kesilapan pada satu pihak yang lain sahaja tidak menjanjikan sebarang penyelesaian secara tuntas...
Sikap gemar bermesyuarah dan bermuhasabah anra suami isteri dilihat sangat baik bagi menjaga hubungan ke arah yang lebih harmoni...
Wallahu 'Alam...
Salam..
Kdg2..dlm khidupan kita ni..dlam pd kite mncari dan mngejar kesempurnaan hdup..kdg2 kite xsedar @ dlm erti kata lain, kita tlepas pndang yg dlm kesempurnaan yg kite cri, sbenarnye dri kite juge tdaklah begitu smpurna sbgaimana yg kite khendaki..dri kita juga penuh dgn kekurangan yg slalunye hnya nmpak dmata insan lain dan bukan dri kita sndiri..maka..kite perlu berusaha utk melakukan n mnjadi yg terbaik ttp bukan utk mnjdi yg sempurna..ttapi yg terbaik antra yg terbaik..
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...