The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, December 26, 2009

SEPULUH MAUT BAS TERBABAS DI LEBUH RAYA PLUS

Saturday, December 26, 2009
Bookmark and Share
Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu ialah:

1. Shaharin Mohd Nor, 61, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
2. Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
3. Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah;
4. Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
5. Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.
6. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
7. Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah;
8. Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar;
9. Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah;
10. Identiti mangsa belum dikenalpasti - wanita dipercaya Melayu.

Wan Abdullah berkata penungpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Wan Abdullah berkata semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan. - Bernama

---------------------------------

Aku ingin ucapkan takziah kepada sanak saudara yang telah kehilangan insan tersayang disebabkan kecuaian pemandu bas tu... (terutama kepada nama yang aku highlihght sebab tak jauh dari rumah emak bapak aku...) Entahlah macam serba tak kena dengan pengangkutan awam di negara kita nih... Tahun ni sahaja dah lima kali kes kemalangan maut melibatkan bas. Itu tak termasuk lori... Pendek kata dua jenis kenderaan yang paling besar kat atas jalan raya nih macam lanun Somalia... Dia nak buat apa pun ikut selera sendiri... Seingatan aku lah... bas dua tingkat nih, satu ketika dulu tidak dibenarkan digunakan di negara kita atas faktor keadaan muka bumi dan jalan yang kurang sesuai...

Bila berada di highway memang risau betul bila tengok side mirror ada bas memandu dengan laju... nak potong kita. Begitu juga kalau kita nak potong.. memang risau kalau buat drebarnya tak perasan kita kat kanan nak over-taking bas... Dah lah besar dan bagak...

Tapi aku ada pengalaman lucu pasal bas ekspress nih... Masa tu aku balik dari Ipoh. Sedang aku nak potong sebuah bas ekspress, tetiba dia beri signal nak keluar... masa tu aku dah suku badan bas dah.. stelah bagi lampu dan hon berkali-kali tapi macam tak ada respon.... terpaksalah mengalah... lepas tu bas tu punya laju.. Aku pun naik hangin lah...nak bagi pengajaran sikit kat drebar bas tu..

Aku kejar sampai dapat dan potong balik... leps tu aku slow .. ikut 110km lah.. tapi bas tu ikut slow! Nak tahu kenapa? Sebab masa tu aku ngan kawan aku pakai uniform BSMM macam navy... siap ngan pangkat bercrown dan pips.. Aku rasa memang drebar tu ingat kami pegawai tinggi tentera laut... Kami punya lah gelak..kahkahkah...!!!


Facebook Comments

4 PANDANGAN:

ahmad humairi on December 26, 2009 at 10:02 PM said...

alhamdulillah cikgu maleque selamat...kalau tak...nahas...itu salah satu punca malang sbb tak boleh kawal perasaan marah...kontrol, kontrol...

takziah kepada keluarga yang ditimpa nahas.

insan pendidik on December 26, 2009 at 11:00 PM said...

Hari ni IP balik dr Penang. Hujan lebat pulak tu. Memang betul ade pemandu bas memandu melulu. Tadi pun ade bas tersadai tepi jalan rasanya pemandu tu sondol kereta. Sebab sebelum tu bas tu punyalah laju lebih 110km sejam.

MALEQUE SELAMAT on December 26, 2009 at 11:29 PM said...

Salam Cikgu Ahmad dan IP,

Memang betul tu.. antara sebab berlaku kemalangan sebab memandu secara melulu... Alhamdulillah tak apa2...

Rasa-rasalah apa yang patut dibuat kat area Ipoh ni. Sebelum ni orang kecoh sebab selalu kemalangan kat tol Jelapang, bila nak brek dalam keadaan menurun bukit selalu bermaslah.. tu yang langgar plaza tol lah.. pembahagi jalan lah... Bila sekarang ni laluan ke utara selatan tak payah masuk plaza tol.... pun jadi kemalangan jugak... huh...

.: Si BungaKopi : . on December 31, 2009 at 10:44 PM said...

o...nakal ye tuan malik,

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template