Saat dan tika begini, masih tercatuk di meja tulis sambil melayan kerja-kerja yang dipikul sejak dua minggu yang lalu... tetiba ffikiranku melayang ke bumi Kuala Penyu, Sabah. Di situlah aku dipostingkan sejurus tamat KPLI. Suatu perbumian asing yang kalau tidak dipaksa pergi semacam itu, sememangnya aku tak akan sampai. Maklumlah menyeberangi lautan serta meninggalkan keluarga (emak, bapak dan adik-adik ler...) untuk suatu tempoh yang agak panjang.
Lalu, aku terus melayan ingatan ku itu dengan meminta Lebai Google mencari apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Kuala Penyu. Sedikit hampa laman web sekolah masih yang dulu jugak, tetapi ada satu laman yang baru dengan extention ".net"... hatiku melonjak gembira.. tetapi rupanya site tu masih dalam pembinaan.
Kebanyakan URL yang Lebai Google bagi, aku dah selongkar... mencari-cari kalau-kalau ada foto yang mampu mengubati kerinduan pada SMK Kuala Penyu aka SMK Kayul. Sedang keluar masuk URL, tetiba aku mendapat sebuah imej flat guru SMK Kayul yang duduk di situ selama kirta-kira tiga tahun.
Aduss syahdunya... sebelah kanan Flat A dan kiri B. Masa tu flat A untuk majoritinya geng bujang dan sebelah kiri tu, untuk berkelamin. Namun, ada satu keluarga yang duduk kat blok A sebab mungkin tak cukup tempat di blok B. Cikgu Masni yang duduk di tingkat satu kami anggap macam penghulu kat blok A. Aras dua geng anak dara (sumandak) iaitu Donna dan Felecia, aras tiga geng aku lah... sebelum aku tinggalkan flat tu untuk menyewa di Pekan Kuala Penyu (selepas aku kahwin), yang menetap kat situ ialah Muhammad bin Abd Mutalib, Jailani Jaya dan aku. Atas sekali tak tetap... kebanyakannya yang pernah duduk kat situ adalah geng guru GSTT.
Itu semua unit-unit rumah sebelah kanan. Manakala yang sebelah kiri aku tak pasti sangat. Maklumlah dah lama sangat... Cuma yang satu aras dengan rumah yang aku duduk, geng Sabahan. Kipli Gitam, Fazlee Abdullah dan Ag.Besar Suran. Dua rumah ini asal ada orang jer.. seberang menyeberang jer...
Ahhhh... Itu memori 1993. Selepas itu aku tinggal di Kg.Periuk-Periuk, Pekan Kuala Penyu sehingga Me1 1995. Sempat ada anak seorang sebelum balik ke Semenanjung dan bertugas di mana aku bertugas sekarang. Namun foto tersebut memang menyentuh hati betul sebab... tiada perubahan apa-apa pada fizikal banguna tersebut... Mungkin foto itu diambil tidak begitu lewat dari tarikh aku meninggalkan bumi Kayul.
Apabila musim sukan sekolah... pada bahagian hujung padang yang ada garaj itulah kami membuat rumah sukan masing-masing. Oleh sebab takut kena sabotaj, aku pernah tidur di pondok sukan tersebut. Hehehe... antara bahan yang paling mudah hilang ialah buluh... sebab nak cari buluh agak susah. Tapi yang agak mudah cari ialah pokok rumbia.
Kuala Penyu: Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki... Semoga kita bertemu kembali...

5 PANDANGAN:
salam cikgu...
memang syahdu sesekali terkenang tempat dimana kita mula kita bertapak. Sesungguhnya pengalaman pertama itulah mula mencorakkan kehidupan kita seterusnya. Saya pula kena posting kat SM St Anthony, Tenom...aramaiti
Salam Ustaz,
Oh, saya pernah sampai kat Tenom tu... naik keretapi dari Beufort. Aduss klasiknya naik keretapi di Sabah... dah lah tu lalu siring2 bukit.... sy ke SMK Tenom, sekolah dalam taman yg sangat hebat di Sabah. Kebetulan pulak memang ada bapak saudara kat situ...
Seronoknya, melalui Facebook saya dah dapat berhubung kembali dengan anak-anak murid masa di Sabah.. walaupun tak semua...
Bila kita kurang pengalaman, pendekatan tegas akan menjadi pendekatan yang paling kerap digunakan... Itulah saya... kekadang kesian gak bila mereka ... Bila bercerita kembali tentang karektor saya pada masa tu..
Kini rata-ratanya dah berkerjaya dan sudah ada anak dua tiga orang... sebahagiannya saya pernah jumpa sewaktu di sini... ada yg jumpa masa di UM, UPSI dan seorang daripadanya pernah sampai ke rumah emak saya di Sekinchan, Selangor....
Dan, ada yang sanggup arrange buat special gathering kalau saya dapat ke Sabah... huhuhu sahdunya...
Salam. Saya Zolkaply Bin Yunus, bekas pengetua SMK Kuala Penyu 1985-1991. Selepas tu, pindah ke SMK Bongawan 1991-1994
Salam kembali Cikgu Zul... tak sangka kita berjumpa kembali melalui ruang maya ini... Sekarang mengajar di mana? Saya masih ingat lagi semasa saya mula posting di SMKKP cikgu adalah pengetuanya... Cikgu Rusila mengajar di mana ya?
Assalamualaikum cikgu.Selamat bersua di laman ini.Saya Isnani Salmah Ag. Tangah, bekas student cikgu di SMKKP. Atas bimbingan dan tunjuk ajar yang cikgu berikan kepada kami pelajar SMK Kuala Penyu SPM 92 kini saya telah mengalas bahu sebagai pendidik mewarisi cikgu di sekolah yang sama. Kini tanpa disedari, selama 13 tahun saya telah mencurah bakti di sekolah yang banyak berjasa ini.
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...